Friday, September 30, 2016

Dekoder Mytv Diedarkan Secara Percuma

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Ha...
Sekarang dah diedarkan dekoder mytv percuma ni. Tapiiii bukan semua orang dapat ya. Mereka yang layak adalah penerima BRIM. Tapiii tak semua penerima brim dapat.  Tak silap ikut info lebih kurang 6juta penerima brim, tapi hanya 2juta sahaja yang layak mendapat dekoder mytv ni. Macam mana nak tahu? Nah semak kelayakan melalui link ni ya.
Masukkan no ic. Hanya yang layak dapat brim sahaja. Tapi tak semua yang dapat brim, akan dapat dekoder ni. Ye lah yang dapat brim 6juta, dekoder ni diedarkan secara percuma 2juta sahaja. Macam mana kriteria yang terpilih? Wallahualam... yang pasti mana mana kawasan yang tak dapat liputan lagi memang takkan dapat la dekoder free ni. 
Macam mak hany alhamdulillah dapat. Kitorang sendiri memang dah dapat yang trial version punya. Adik ipar kerja mytv ni, hari tu memang banyak dekoder trial yang nak dihabiskan, so kitorang dapat la jugak kan. Bezanya trial tu, di bahagian atas akan tertulis ssiatan ujian dtt. Memang tak hilang la tulisan ni.hahaha naseb la kan...
Ini dekoder yang diedarkan secara percuma. Isi dalam tak pasti warna apa. Macam yang trial version dekoder warna putih.
So, apa yang bagusnya kan. Macam ni lah secara ringkas nak explain. Kan selalunya siaran tv yang kita dapat biasa tak clear sangat kan. Mesti ada bintik2 putih mcm snow kan. Jarang lah kalau yang tak pakai apa apa ni dapat clear cantik superb kan. So mytv ni, masih lagi siaran biasa, tapi cantik clear macam korang pakai astro. Tapi beshnya bila hujan SIARAN MASIH ELOK, TAK TERGANGGU. Ha itu lah yang beshnya. 
Selain siaran biasa tv1 tv2 dan seterusnya yang free tu, akan datang akan ada channel lain. Ada yang berbayar, ada yang free.
Bagi kitorang,especially kat kampun. Dah ada dekoder ni dah ok. Sebab channel yang selalu tengok tu dah clear sangat2. So dah puas hati la. Takkan subscribe dah untuk yang berbayar ke apa kan. Astro a big no dah skrg ni. Banyak sangat ragamnya ehhh...
So cuba lah check nama kat situ. Kalau layak. Nanti posmen akan hantar. Tak perlu buat apa apa, tunggu je posmen hantar. Mak hany kat kampung dah dapat minggu lepas. Untuk yang tak layak, jangan risau... nanti akan ada dijual dekoder ni. Pastinya dengan harga mampu milik...

2 comments:

Hana said...

Merta Hna dapat tapi tak pandai pasang. huhuhu

Mellya Musa said...

Salam kenal singgah dan follow :D
mellyacrayola.blogspot.my

~TQ Dear~

Followers