Monday, November 28, 2011

Hijrah Sperma Menjadi Seorang Manusia


"
Setelah sekian lama menginap di dalam skrotum di bahagian epididimis seorang insan yang bergelar lelaki, telah berlakunya peristiwa penghijrahan beramai-ramai jutaan sperma ke suatu tempat yang asing bagi mereka.

Mereka berhijrah melalui kaedah pancutan ke dalam tubuh seorang wanita. Ke suatu tempat yang tidak pernah mereka jejaki sebelum ini.

Di tempat asing tersebut, para sperma berlumba-lumba pula menuju ke Tiub Fallopio. Dengan hasrat dan azam yang tinggi, menjadi satu-satunya sperma yang berjaya memikat hati sang ovum. Pelbagai rintangan ditempuhi. Hingga ada yang sesat dan terperangkap. Malah ada yang terbunuh. Hanya satu sahaja sperma bertuah yang layak bersatu dengan ovum.


Setelah mereka berdua bersatu, selaput ovum tiba-tiba bertukar dan bertindak menyekat kemasukan sperma yang lain. Ovum dan sperma bersenyawa dan menjadi zigot. Setelah membesar menjadi embrio, berhijrah pula ke uterus untuk menempel di situ. Setelah itu, berlaku pelbagai lagi transformasi hingga menjadi fetus yang hampir lengkap ciri-ciri seorang bayi.

Genap 9 bulan 10 hari, fetus mula mengganas. Menendang-nendang tempat penginapannya sebagai tanda protes mahu berhijrah lagi. Kali ini, dia mahu berhijrah ke tempat yang lebih luas dan indah. Akhirnya... Uwekk.. Uwekk.. Uwek.. Dia berjaya keluar dari alam rahim untuk berhijrah ke alam dunia. Fetus kini bergelar bayi. Dan bakal terus membesar dan membesar menjadi seorang manusia.

Hijrahnya tidak akan terhenti setakat itu saja. Di dunia yang fana ini, dia akan terus berhijrah. Berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat. Berhijrah dari darul kufur ke darul Islam. Berhijrah dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Berhijrah daripada seorang manusia menjadi seorang insan yang soleh dalam usaha menjayakan misi penghijrahannya yang terakhir. Iaitu hijrah menuju keredhaan Allah serta syurga yang kekal abadi. InsyaAllah...

"Dan sesiapa yang berHijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berHijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berHijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala Hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisa : ayat 100)

hasil karya : www.solihinzubir.com

Kisah di hospital

Assalamualaikum,
Hospital macam macam ragam manusia. Dah masing masing sakit kan.

Abg tu:"busuk weh,bau mende ni"

Abg tu: "ayoh berok ker"
(tanya hany)

Hany: "a'ah ayoh berok"

Abg tu baring,sambil tutup hidung...

Abg tu: "owoh busuknya bau"

Hany: " jap lagi sy tukar la pampers dia bang. Tunggu habis berak dulu"

Selang seminit,serius memang selang seminit jer...

Abg tu: "owoh busuk nya bau"
(sambil pandang hany)

Hany: " Tunggu la kejap bang,jap lagi sy bersihkan"

Terus abg tu baring sambil tutup hidung dgn baju dia. Kecoh. Lepas tu hany br perasan,ada air kencing bawah katil abg tu yg tumpah. Yg patient sblm ni punya.

Hany bagitahu abg tu dan hany bgtahu nurse jugak.abg tu pun start bising bising.

Abg tu: " owoh patut busuk ngat,bawoh katil.berape lama doh air kecing ni.apsal dok buang, apsal tinggal situ. Busuk weh. Hancing weh"

Eiiiii rasa nak lempang je.air kencing manusia biasa ni mana ada wangi bang. Kecoh.

Nak selesa nak besh, pergi private hospital la bang, untung untung kencing ko pun org tadah kan!


- Posted using BlogPress from my iPhone

~TQ Dear~

Followers