• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, BP dah turun, minggu lepas 150/90, semalam dah turun ke 137/83. Hati ada senyum. sebab Dr.Aslan Bacho ada cakap, monitor BP untuk 3minggu paling kurang la, kalau masih tak turun maknanya memang hany ada masalah darah tinggi yang berkekalan la. tapi kalau dah turun tu, alhamdulillah…mungkin disebabkan pemakanan, mungkin stress…
Owhhh bila berbicara pasal STRESS. semalam ada menerima perkhabaran yang boleh dikatakan cukup untuk buatkan hany down. Yer setiap orang diuji, setiap orang ujian nya adalah berbeza. tapi kita sebagai seorang MUSLIM, cukup bertuah kerana mempunyai si DIA yang mampu mendengar segala masalah, mampu memberi serta membantu kita. tensen, kecewa, sakit hati, semua ada…tapi tetap kena redha menerima ujian dari DIA….
Tapi, yerlah realitinya tak seindah kata kata. memang kita cakap, ok sabar sabar blablablabla…tapi bila tiba saat nya, bila berada dalam keadaan tertentu, pasti akan ada benda yang akan trigger kita, then akan buatkan perasaan kita ni kembali gundah gulana, kembali bergolak.
**please, kalau anda ada sahabat, saudara mara yang senasib macam hany, kalau betul anda prihatin, kalau nak tanya, tanya betul betul. jangan tanya dengan niat nak sindir nak apa.fizikal kami boleh senyum2, gelak2, tapi dalam hati siapa tahu. dan ini akan effect kehidupan seharian, akan effect segala benda. setiap manusia mahukan yang terbaik, tapi apakan daya bahagian kami ni macam ni…doakan kami…aamiin**
