Saturday, April 27, 2013

Madu+Halia+Lemon=Ubat Batuk

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Tak sure la korang pernah tahu ke tak, tapi hany baru tahu setelah melihat ramai yang share di laman muka buku ni. buat ubat batuk sendiri menggunakan Madu, Lemon dan halia.

Jadinya, hany pun cubalah untuk menghasilkan nya. Selama ni kitorang kat rumah amalkan madu sahaja. MZ pernah sekali batuk hampir setahun, tak elok elok. Batuk berpanjangan, bila jumpa doktor, katanya akan berpanjangan sebabnya MZ naik motor ke ofis, walaupun pakai mask, still jugak terdedah. Itu salah satu sebab la. Dah makan ubat batuk, tak jadi apa apa…lepas tu amalkan madu. sebelum tidur ambil madu. Alhamdulillah, mujarab.

Kali ni,nak try pulak cara ni, bahan bahan adalah Madu, Lemon dan halia ;)

IMG_5434 tapi tak tahu sukatan banyak mana madu, halia dan lemon. maka taram sajalah

IMG_5436 Hiris halus halus…

IMG_5438 Lemon pun dipotong macam ni, sebab botol kecik je…

IMG_5440 Masukkan lemon dan halia dalam botol then lepas tu tuang madu ke atas nya.Siap!!!

IMG_5442 hehehe sikit jer. okay masukkan dalam peti ais.

Cara pengambilan nya adalah, ambil sesudu atau 2sudu, lepastu campur dengan air, kacau kacau…dan minummmm!

Rasa nya macam mana??? Ntahla, baru siap buat, tak try lagi.hehehe semoga dapat menyembuhkan batuk batuk serta memberi kesihatan…aamiin. Okay selamat mencuba.

Friday, April 26, 2013

Kulit cantik mulus

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Kawan kawan semua, haaa skema nya. Rasanya semua memang kalau boleh nak elak dari mengambil apa apa yang mengandungi chemical berbahaya kan. tapi tu lah sesetengah nya memang tak boleh elak, terpaksa jugak guna. mungkin sebab tak ada pengganti.

Okay, hany nak cerita sikit la pasal kali ni fokus pada pencuci muka. kebanyakan antara kita memang menggunakan pencuci muka kan. dannnnn dekat pasaran sekarang ni memang banyakkkk sangat produk yang dikeluarkan. buka je facebook, berlambak, dengan testi yang bagus dan berjaya semuanya. tapi itulah kita ni bukan tahu ada chemical berbahaya ke tidak kan. sesetengah produk tu memang ada nyatakan apakah kandungan, tapi ada yang tak nyatakan langsung. so macam mana tu.

As a muslim, kita kena consider yang pertama adalah HALAL, lepas tu bebas dari bahan kimia berbahaya. yang selalu hany dengar dan hany tahu serba sedikit bahan kimia yang dikatakan berbahaya adalah PARABEN, yang ni ada berapa beradik ntah, paraben, methylparaben, buthylparaben, segala ben ben la. Lepas tu HIDROKINON, hahaha maaflah kalau salah ejaan nya, tapi kalaus ebut dah sama kot.tu baru dua tu, yang lain lain lagi. hadoiiii susah kan.

Yes, ada yang cakap,

“alah ko ni, berapa sangat la yang dimasukkan dalam tu, mestilah dah lalui ujian kalau tak takkan la akan dijual”

Tapi kena ingat, kalau dah lama sangat menggunakan produk produk ni tak ke banyak bahan kimia yang kena pada kita. haiyooo kalau difikir fikir kan, uishhh banyak tu. tapi seriusly, hany pun tak tahu la nak gantikan dengan apa kan…macam shampoo kalau rajin hany guna limau dan sental sental kat kepala ni. tapi kalau DEODORENT ni macam mana eh? korang ada ke jumpa DEODORENT yang free chemical..ahaha ada ker DEODORENT ORGANIK. kelasss kau jah…nak organik saja.

Tapi, serius…hany pernah tengok mereka yang dapat KESAN BURUK akibat penggunaan produk kecantikan ni. huissshhhh scary kau.Tapi tak tahulah pada kulit dia jer yang kena dan orang lain tak. Mungkin ikut kulit jugak, tapi kalau seminggu guna sampai naik gelembong kat pipi apa kes kan. mana tak scary weh. Sepupu hany pulak, lepas sebulan guna tiba tiba kulit muka rasa pedih, macam orang letak cili yang dah ditumbuk tu. terus rasa bersalah sebab hany yang bagi dia guna produk tu.

Yerlah, dia banyak jerawat, so hany sponsor la beli produk tu dan bagi kat dia. sebulan tu memang licin muka, semua jerawat hilang. Lepas tu baru lah buat onar. naseb baek tak teruk setakat pedih pedih jer. kalau tak kesian sepupu ku. dah la tak kawin lagi kan.

Yang satu produk lagi, serius mencantikkan serta memutihkan kulit akak ni. nampak sangat perubahan nya. tersipu sipu dia hany tegur dia, nampak putih dan makin cantik. tapi puji dengan ikhlas la sebab memang berubah giler. Sebulan lepas hany tegur, hamek kau…naik jeragat dengan banyak nya. sampaikan atak bibir bawah hidung nampak macam ada misai sebab banyak jeragat kat situ. terus diam tak kata apa…kang tak pasal pasal hinggap penampor sebijik.

jadi nya kawan kawan, berhati hati lah dalam memilih produk kecantikan ni yer. memang naluri wanita NAK CANTIK ajerkan…tapi kena sentiasa berwaspada lah.sebab kulit muka hany pun memang sensitif. pakai sekali jer, memang terus rasa kalau tak sesuai ke apa.

936330_640049376009555_574564893_n

Ha kau, kalah kakton…nak kulit cantik dan mulus begini, makan Popia Riben kami. Ianya mengandungi protein yang tinggi dan juga kolagen. Protein kerana intinya adalah serunding ikan. Kolagen ialah dimana ikan ikan yang kami jadikan serunding telah memakan rumpai di dalam laut Winking smile

padahal…rupa sebenar….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

934682_640049519342874_1595621003_n

okaylah ni, janji muka tak pedih tak gelembong gelombong kannn Winking smile

Okaylah, semoga bijak memilih…

~TQ Dear~

Followers