Wednesday, March 26, 2014

Hidup ini bukan pasal kita jer...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Situasi 1:

Tengah beratur untuk beli popcorn, depan kitorang ada sorang brader berbadan besar. Sekali, straw dah habis, adik di kaunter cari punya cari tak jumpa straw. Stok straw tak tahu kat mana. adik kat kaunte rpun roger la kawan dia dengan walkie talkie supaya hantar straw.

brader: "mana straw ni dik"

Adik: "kejap ye bang, sy dah roger"

brader: "macam ni la dik, kalu ko rasa rajin, ko hantar la kat dalam ye,4, seat 18 a" 
dengan nada agak menyindir...

Adik: "haaa aaa bang nanti kami hantar"

Adik kaunter ni blur blur sebab tak ingat no seat dia. haha kelakor lak.

Ala, bagi hany bukan tak boleh minum pun takde straw kan. bukan je lah penutup air tu, minum. tak complicated sangat la. memang la sengal la rasa sebab ais kan, tapiii ala hal kecik je lah. yer memang salah pun tak sediakan stok straw awal awal. memang kita admit itu salah bahagian kaunter tu. tapi benda nak jadi dah kan. hishhh tak pengsan la minum air tanpa straw.


Situasi 2:

Ke klinik kesihatan kerajaan. faham faham la kan dah namanya klinik kesihatan kerajaan. ramai orang memang confirm la. 

Ada la sorang lelaki ni, katanya nombor dia tak dipanggil langsung. kenapa lama sangat. hmmm taktahu la dia ni 1st time datang kot. bebel bebel pada nurse. siap tinggikan suara lepas tu cakap "saya ni reporter tau". nurse tu rileks je pandang dia sambil jawab " saya ni nurse tau". hahaha gud job cik misi.

Ya ALLAH, tak perlu la kot sampai mcm tu. kalau nak cepat, sila ke klinik biasa, confirm cepat, paling lama nunggu pun 15 minit je. haishhh taktahu la apa perasaan dorang ni. cuba la letakkan diri pada nurse tu. dari pagi hari dia kerja mengadap semua orang kan. sampai tengahari, muka elok je lagi senyum, cakap pun mesra. ini ko sedap sedap tengking dia kan. apa ko reporter, ingat ko besar sangat la. 

Nurse tu pun tak heran ko nak buat liputan pasal dia pun. orang tetap datang. lain la swasta kan, mesti la nak jaga reputasi. 

Yer lah, mungkin la kita ni tak berada di tempat lelaki tu dan tak juga berada di tempat nurse tu. tapi i sama sama menunggu okeh. ambil nombor tunggu giliran. sampai nak bengkok pinggang ni, tapi hadap je lah, dah ko pilih kan.

Kadang kadang terfikir jugak, kita ni kan mesti nak kira pasal kita jer, nak fikir pasal kita jer kan. Nauzubillah, semoga tak jadi seperti ni la.mintah dijauhkan sangat. semoga kesabaran semakin tinggi dan menebal di hati kita. InsyaALLAH...aamiin...

Tuesday, March 25, 2014

Semoga dipermudahkan semuanya...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Rasanya sejak semalam, dah tersebar pasal MH370. Seluruh dunia bersedih atas apa yang terjadi. Apatah lagi keluarga mangsa yang terlibat kan. memang tak dapat digambarkan macam mana perasaan mereka. Kita yang follow dari awal ni pun sedih.

Saat ni, kita hanya mampu berdoa dan berserah semoga semuanya dipermudahkan olehNYA. semoga pencarian pesawat ke, kotak hitam dan sebagainya dipermudahkan. Kita insan biasa ni memang tak boleh buat apa, sebagai umat ISLAM, kita hanya mampu berdoa pada DIA semoga segalanya dipermudahkan. itu aje lah. kalau pun kita mampu untuk bagi sokongan pada ahli keluarga, alhamdulillah teruskan. mereka pasti sangat bersedih saat ini.

Hentikan segala spekulasi, hentikan. Kita tak tahu apa sebenarnya terjadi. tak perlu untuk kita membuat sebarang spekulasi.

Seterusnya, kita perlu renungi atas apa yang berlaku ni. Sebagai umat ISLAM...kita perlu renungkan. Mungkin ALLAH nak kita sedar apa yang telah kita semua lakukan selama ini, sama ada melanggar apa yang DIA tetapkan, ataupun kita semua dah lama sangat tak berdoa pada NYA, juga mungkin kita lupa serta alpa atas apa yang kita perolehi selama ini. Wallahualam... tak salah rasanya kita ambil pendekatan untuk mengubah sikit sebanyak ke arah kebaikan, ke arah ke Islaman...

Allahuakbar!!!

Dari NYA kita datang, Pada NYA jua kita kembali...
Semoga ALLAH memberi hidayah dan rahmat NYA ke atas bumi Malaysia ini...aamiin

~TQ Dear~

Followers