• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
April sudah berlalu. Kini status ku sudah berubah. Hehe mengada kan nak saspen kan jugak. Kini hany adalah seorang surirumah sepenuh masa.
Yer,hany dah berhenti kerja. Kerja pertama hany selepas belajar. Kerja yang telah hany lalui selama lebih kurang 7 tahun ++. Allahuakbar! Semuanya ketentuan DIA. No hany tak salahkan takdir ker apa tidak sekali kali.
Ada 2 perasaan bila berhenti kerja ni:
1) Gembira sangat bila dapat memenuhi permintaan suami dan of course gembiraaaa bila duduk rumah kan.
2) sedih pun ada. 7tahun tuuu banyak kenangan manis pahit masin masam kelat dilalui...
Hany masih ingat,setelah 4/5 tahun bekerja,hany ada kata pada diri sendiri, "hany akan resign dari company sekarang ni jika hany dapat keje kerajaan je,kalau tak memang nak stay kat sini je". Dengan husband pun hany ada bagitahu. Tapiiiii....itu perancangan hany,perancangan ALLAH tiada siapa boleh halang. Bila DIA dah tuliskan macam ni,macam ni lah jadinya kan.
Hany agak naik lemak sebabnya company ni dekat je dengan rumah, +-15 minit dari rumah,kalau lebih sebab trafik light la dan sikit jem. Dahla kitorang beli rumah area berdekatan kan,so buat apa nak susahkan diri keje sampai ke KL bagai kan. Haaa ni la namanya lemak. Sampai berlemak lemak jadinya haaa ;) Lagipun,bagi hany company ni memang okay. Tak la terlalu strict,ada part yang flexible kan.
Sayang nya pada company, waktu ada masalah hany stay lagi kat sini walaupun ramai mengorak langkah tinggalkan company. Yer company mana tak pernah ada masalah kan,dari segi kewangan ker,dari segi pengurusan ker. Semua ni tak boleh lari. Tapi hany fikir tak sampai hati nak tinggalkan waktu waktu macam ni. So hany teruskan ajer bersama. Bagi hany,ada kesetiaan jugakla pada company. Cewahhhh;)
Tapiiiiii,bila ALLAH dah tetapkan semuanya,maka hany pun laksanakan la. Hany berhenti atas permintaan suami dan juga keinginan sendiri. Makin hari terasa hany makin tak perform,makin rasa serabut,sampai terbawa bawa ke rumah. So itu adalah petanda nya,supaya hidup tak menjadi huru hara. Ada lah beberapa yang bagi hany tak perlu tulis kat sini. Pasti ada yang terasa nanti.
Setelah berfikir segala benda,maka keputusan dicapai.BUKAN SENANG yer untuk hany buat semua ni. Banyak benda kena fikir. Tapi berpegang pada "permintaan suami",dalam hati berdoa semoga ALLAH permudahkan dan berkati segala keputusan yang dibuat ini.
Hany hantar resign letter Januari notis adalah 3bulan. So april baru betol betol tak kerja. 3bulan tu sekejap sangat la hai. Tup tup dah habis dah. Hmmm..
Tapi,seriusly memang terasa lagi sayang nya tu. Hehe...
**kuasa dan perancangan ALLAH, setelah lepaskan rezeki ni,ALLAH bagi rezeki lain buat kami berdua. ALLAHUAKBAR!!!terima qaseh yang ALLAH atas segala rezeki mu**
- Posted using BlogPress from my iPhone
