Thursday, June 12, 2014

Popia Reben @ Simpulan Qaseh

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Hany kembali dengan Popia Reben @ Simpulan Qaseh. Yer lah dah tak kerja ni, apa salahnya tambah duit poket sikit kan. Lagipun masa kerja dulu memang dah ada buat popia ni kalau tiba musim nak raya. tak kerja ni maka boleh la spend masa lebih sikit buat popia ni…

Hany dah start edarkan tester untuk popia ni. Bagi pada member member terdekat lah sekarang.

IMG_5299[4] Tak sia sia beli bekas hijau besorrr ni. Dulu siap fikir bila la aku nak guna…

IMG_5998[3] Goreng goreng goreng…

IMG_5306[3] Ready for pickup…

Hany jual by balang, tak jual timbang kilo. hmmm macam susah jer timbang kilo ni;) Padahal takde penimbang kan… Alhamdulillah…ada la order dari kawan kawan. Untuk makan makan sebelum puasa pun dah ada order masuk.

Cabaran buat popia ni, selain leceh nak menyimpul atau mereben popia tu… kulit popia yang selalu pecah pun jadi cabaran. tak sure la peti ais hany tu suhu nya tak sesuai ke kan. Jadi pasrah ajer la setiap kali simpul tiba tiba pecah. Memang masalah sebab takkan la nak bagi kat customer yang pecah pecah sampai terkeluar sambal kan. Lagi satu bila goreng, nanti serunding tu akan keluar. sudahnya takde serunding langsung dalam tu.

Hany gunakan serunding Ikan import khas dari Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Bagi hany serunding dia sedap. dan Alhamdulillah tahun ni tahun ke3 hany jual popia ni, so far customer memang dapat rasa yang sama. Hany jual 1balang RM15. Tahun ni semua naik, serunding pun naik harga. tapi seingat hany last year hany jual RM10, tapi dah ada yang jual RM15 satu balang….

**InsyaALLAH…rezeki ALLAH tu luas…aamiin**

Wednesday, June 11, 2014

Temuduga F41 Pegawai Teknologi Maklumat, Negeri Terengganu

 

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Setelah berkurun lama…haha tak menjadi jugak azam nak selalu hapdet belog. maafkan saya wahai reader semua. cewahhh reader koooo…yang pasti daku tahu seseorang bernama hidayah pasti akan membaca belog hijau ni ;)

Okay…kali ni seperti yang dijanjikan nak sambung step ke3 untuk F41 ni. Temuduga untuk jawatan F41, Pegawai Teknologi Maklumat Negeri Terengganu. Setelah melepasi step peperiksaan, kemudian Kursus dan kini alhamdulillah dipanggil untuk Temuduga. Agak terkejut sebab tak esangka boleh lepas Kursus. maklum la calon yang datang semua hebat hebat. eh hany pun hebat aper;)

Temuduga adalah pada hujung Januari. serius tak ingat. Lepas tu malas nak cek surat.

Macam biasa Interview adalah pada hari Ahad. so tak perlu apply cuti. Bawak husband sekali, konon sebagai sokongan la.hahaha mengada. Naseb ada tiket flight murahan. Masa ni tiket MAS pun murah lagi, lepas insiden MH370 rasanya tak dapat dah sorang bawah 100.

Okay, dipendekkan cerita…ada 2 bilik untuk temuduga ni. satu sesi dalam 20 orang kalau tak silap. Dan ada 5 sesi. SO total dalam 100++ sebab ada hari yang lebih dari 20. Hany sampai dalam jam 8++ pagi, dapat no 6 rasanya…sengsara jugak la menunggu. haha dengan berdebar nya…

So far hany dapat bilik yang sempoi sangat soalan masa interview. tak sure la hany je kot di tanya sempoi. Bilik lagi satu tu memang banyak jugak killer question kan. ntah mungkin bergantung pada penemuduga jugak kan.

Antara yang ditanya:

1) Soalan wajib, kenapa nak bekerja di Terengganu.
2) Di tanya apakah pekerjaan sekarang, apa tugas sekarang yang dibuat. So explain la dengan yakin dan lancar yer. Dan bersedia untuk ditanya lebih detail lagi tentang apa yang kita tengah buat sekarang. Macam hany di tanya, apa perbezaan antara SQL dengan ORACLE.
3) Apa kebaikan dan keburukan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram…
4) Macam mana nak halang staff dari berlaman sosial semasa bekerja. Apa tindakan untuk staff yang selalu berlaman sosial ni.
   

Penemuduga hany tak ada langsung speaking, semua dalam Bahasa Melayu, so hany pun reply dalam Bahasa la. siap kekadang tubik loghat ganu. Soalan berkenaan peribadi ni memang ada la, siap tanya ibu bapa kerja apa, bilangan ahli keluarga, ada tak yang kerja kerajaan…

Lepas tu, silalah alert dengan isu semasa. tapi masa hany tak ada pun soalan berkaitan isu semasa. Bilik satu lagi siap di tanya pasal GST. haaa nasib la kan. kan tengah glemer GST nak di apply tahun depan. hany beriya study pasal GST ni.

Rasanya itu jerlah sikit sebanyak untuk info calon calon akan datang. ada apa apa soalan boleh tinggalkan komen yer.

~TQ Dear~

Followers