Tuesday, August 4, 2015

Keropok Seameq

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Weekend baru ni, sedara hany ada datang. Sekali diorang bawak la ketopok segera ni. Serius, hany taktahu pun akan kewujudan keropok seameq ni. Bungkusan dia fancy ala ala twisties gitu. Biasa keropok segera kan sempoi je bungkusan, yang lutsinar nampak rupa kat dalam tu kan.

Ha inilah rupa dia...kelasss ko jah

Yang hany dapat perisa keju dan lada hitam. Rupanya ada perisa bawang, perisa bbq lagi. Waaaa serius i is terkejut dan bangga sebab dah ada yang komersial kan cara gini. Mesti ramai yang suka. Senang kan. Yang lada hitam siap ada sos, yang keju tak de pulok.

100% keluaran Terengganu yer

Ejaan seameq, haha nak glemer la tuuu, padahal sebenarnya nak letak SEMEK je kot ;)

Baguslah kan, nampak umppphhh la bungkusan macam ni dan dipelbagai kan dari segi perisa. Kalau nak info lanjut lagi sila lah ke web diorang http://maperow2013.wix.com/index

Semoga terus maju jaya yer semek !

Monday, August 3, 2015

Tub Cleaning-Washing Machine

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaaa korang pernah tak basuh washing machine korang? Apa petanda korang kena basuh?

Haaa, pernah tak korang bila basuh baju, dah siap semua...masa nak sidai tu sekali tengok ada tompok tompok hitam melekat di baju? Kalau ada maknanya memnag dah kena sangat la basuh mesin basuh korang tu. Sebabnya dah terlalu banyak sangat benda alah tu terkumpul. Sampai terkeluar dan melekat pada baju.

Okay, hany nak share cosway punya sabun basuh. Eh ni khas untuk tub cleaning tu lah. Bukan untuk basuh baju yer.


Ha ini dia pencuci tu. Kalau tengok betol betol dia biji biji kan. Boleh nampak biji biji dia, tak macam sabun biasa yang halus butiran dia. 1kotak ada 2paket ni. Hany guna 1paket sekali basuh. Harga fia lupa lah. Hahaha sila rujuk cosway yer ;)

1) isi air penuh mesin basuh tu
2) masukkan sbaun drum cleaner tu
3) biarkan semalaman
4) esoknya, basuh macam.basuh baju biasa atau gunakan function tub cleaning yg ada di washing machine tu.

Masukkan air sampai penuh

Bila tuang sabun tu dia berbuih 

Lepas 20minit hany tengok,naik buih macam ni

Esoknya bila basuh buih akan terhasil mcm ni tebal,dan ada lah tompok2 hitam naik sekali.

Hany tak ambil gambar masa buang air dari mesin ni. Ada keluar sekali habuk habuk hitam. Memang banyak. Ye lah kalau bertahun tak pernah basuh kan. Berapa banyak habuk terkumpul kan. So cuba cuba lah bersihkan mesin basuh anda yer.

~TQ Dear~

Followers