Kami stay di Delta Chenang Resort, masa pergi ke Langkawi pertengahan October. Ni pun main book je sebab ada kawan pernah pegi, katanya chalet dia betul betul tepi pantai, kira bukak pintu chalet nampak pantai terus. and Yesssss betul memang dekat sangat dengan pantai.
Ini lah chalet 3orang kami ambik. walaupun rupa dia tak menarik, dalamnya selesa lah.
Ni hany ambil gambar dr chalet kami, nampak tak pantai tu dekat sangat tu, pagar tu ada pintu boleh keluar terus jejak pasir pantai.
Anak dara memang suka lah, pagi pagi ajak main pantai dulu. siap breakfast terus turun pantai, kami book chalet ni memang termasuk dengan breakfast sekali. so setel lah bab makan pagi kan, terus boleh jalan jalan lepas tu.
haaa nampak tak Langkawi Permata Kedah tu, pantai depan Delta chenang ni memang dekat dengan perkataan tu, so cantik sangat ambik gambar kan...
Tempat yang kami duduk ni, nanti depan tu akan ada la geng geng yang tawarkan permaianan jetski, banana boat, island hopping ker. Pagi pagi diorang tak der lagi, around 10pagi diorang akan pacak senarai harga, payung payung dan kerusi untuk lepak lepak.
ini antara yang ditawarkan
haaa tu kerusi untuk lepak, maybe kena bayar lah. kitorang tak tanya pun, sebab memang takkan lepak la kan....
Korang boleh ke page FB Delta Chenang ni ya, Portal Rasmi Delta ada banyak pembaharuan untuk tahun 2020. kat sini ada chalet yang sebiji sebiji macam kitorang tadi, ada juga Kabin untuk keluarga, ada juga Deluxe dalam bangunan batu.
ini deluxe, dalam bangunan macam ni
yang ni jenis kabin
Sekitar Delta Chenang pula,
malam nya sangat happening, keluar sikit je dah jumpa jalan besar. Sepanjang jalan tu ada kedai kedai yang menjual pelbagai barangan, Ada kedai makan, jual baju baju, blouse, cenderamata, ada juga outlet designer, kedai bebas cukai pun ada. yang lagi best sebelah Delta Chenang ni ada Underwater World, ha boleh la bawak anak anak masuk tengok haiwan dalam laut, sebelah nya pula ada kedai duty free. memang port yang sesuai lah Delta Chenang ni...
Ha korang boleh la susur berjalan sepanjang jalan tu kan, siang hari petang petang ngam la tak panas sangat, kalau malam lagi syiok. Ha ni bangunan yang ada jual branded handbag,
ada fossil, MK, Coach, Smiggle pun ada.
Kalau lalu bahagian pantai pulak, ada la hany ambik gambar sikit, panas oiiii malas nak beriya ambik gambar.
kat sini ada jual tshirt, ada kedai minuman juga
ramai pelancong asing suka lepak tengahari macam ni, geng malaysia mesti ramai tengah shopping hahaha
nah hany share video sikit,
Owh kalau nak book di sini, kena direct call atau whatsapp ya, 011-1245 5682. Okay, hany sambung part shopping di post lain lak ya...