Friday, September 30, 2016

Dekoder Mytv Diedarkan Secara Percuma

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Ha...
Sekarang dah diedarkan dekoder mytv percuma ni. Tapiiii bukan semua orang dapat ya. Mereka yang layak adalah penerima BRIM. Tapiii tak semua penerima brim dapat.  Tak silap ikut info lebih kurang 6juta penerima brim, tapi hanya 2juta sahaja yang layak mendapat dekoder mytv ni. Macam mana nak tahu? Nah semak kelayakan melalui link ni ya.
Masukkan no ic. Hanya yang layak dapat brim sahaja. Tapi tak semua yang dapat brim, akan dapat dekoder ni. Ye lah yang dapat brim 6juta, dekoder ni diedarkan secara percuma 2juta sahaja. Macam mana kriteria yang terpilih? Wallahualam... yang pasti mana mana kawasan yang tak dapat liputan lagi memang takkan dapat la dekoder free ni. 
Macam mak hany alhamdulillah dapat. Kitorang sendiri memang dah dapat yang trial version punya. Adik ipar kerja mytv ni, hari tu memang banyak dekoder trial yang nak dihabiskan, so kitorang dapat la jugak kan. Bezanya trial tu, di bahagian atas akan tertulis ssiatan ujian dtt. Memang tak hilang la tulisan ni.hahaha naseb la kan...
Ini dekoder yang diedarkan secara percuma. Isi dalam tak pasti warna apa. Macam yang trial version dekoder warna putih.
So, apa yang bagusnya kan. Macam ni lah secara ringkas nak explain. Kan selalunya siaran tv yang kita dapat biasa tak clear sangat kan. Mesti ada bintik2 putih mcm snow kan. Jarang lah kalau yang tak pakai apa apa ni dapat clear cantik superb kan. So mytv ni, masih lagi siaran biasa, tapi cantik clear macam korang pakai astro. Tapi beshnya bila hujan SIARAN MASIH ELOK, TAK TERGANGGU. Ha itu lah yang beshnya. 
Selain siaran biasa tv1 tv2 dan seterusnya yang free tu, akan datang akan ada channel lain. Ada yang berbayar, ada yang free.
Bagi kitorang,especially kat kampun. Dah ada dekoder ni dah ok. Sebab channel yang selalu tengok tu dah clear sangat2. So dah puas hati la. Takkan subscribe dah untuk yang berbayar ke apa kan. Astro a big no dah skrg ni. Banyak sangat ragamnya ehhh...
So cuba lah check nama kat situ. Kalau layak. Nanti posmen akan hantar. Tak perlu buat apa apa, tunggu je posmen hantar. Mak hany kat kampung dah dapat minggu lepas. Untuk yang tak layak, jangan risau... nanti akan ada dijual dekoder ni. Pastinya dengan harga mampu milik...

Monday, September 26, 2016

Achek Gadjet

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ha kali ni nak bercakap pasal screen protector tempered glass. Waaa ko glass lagi kan. Kemain ha. Kenapa pilih yang tempered glass ni? Okay sebab macam ni, hp hany ni selalu lah jadi balingan si adra tu. Eh budak dia ada kesah ke pasal pecah ke apa kan. Dia reti lah sangat nak jaga jaga ni kan. Jadi sebagai orang dewasa yang reti ni, pandai pandai lah ambil langkah berjaga jaga.

Sebelum ni hp ni pakai screen protector biasa je. Lepas tu tertanggal sikit. Terus tak pakai dah screen protector ni. Sekali tengok yang tempered glass ni, menarik sbb tebal tapi dr segi sensitiviti touch tu sama je. Tal de beza. dan kalau terjatuh yag tempered glass ni dulu yg pecah. Sebab memang betol2 glass pun di tampal di screen ni. Hany tengok di booth dalam aeon equine tu. Tapiii harganya agak membunuh, tak silap rm30 rasanya. Terus hilang hajat.

Okay, dengan achekgadjet ni serius murah sangat. Untuk hp asus zenfone 6 hany ni rm10 sahaja. Dapat beli 3 tau compare dengan yag di aeon tu tau. Terus la hany pasang screen protector tempered glass ni kan. Mula mula husband macam tebal sangat ni sama ke bila nak touch touch nanti kan. Dah siap semua pasang, bila main main hp takde beza pun sama macam guna yang xde screen protector. So memang baguslah kan.

Okay bukan tu je, usb kabel untuk charge pun sangat murah berbanding kedai lain. Serius memang berbaloi sangat sangat. Untuk hp apa, korang cakap je mesti ada di achekgadjet ni. Okay ni info pasal achelgadjet ni ya.

Achek Gadget
Mohd Faizul b Munari
019-261 9629
Fb : Faizul Jawe
Page/Ig: @achekgadget

Okay korang boleh contact sendiri untuk sebarang pertanyaan, info semua lah. Jangan risau achekgadjet ni peramah orang nya. Orang kata senang kira lah kan. Kalau lawasan berdekatan dengan dia, dia boleh buat door to door service ya. Korang boleh duduk depan dia sambil tengok dia pasang screen protector bagai ni. 

So, contact lah ya kalau ada nak dapatkan apa apa yang berkaitan gadjet ni. Pandai pandai lah berjimat kan. Kalau dah rm20 beza dengan di kedai...rugi wooo. Ini lagi jimat.


** ini entry tidak berbayar ye. Tapi memang kepuasan sendiri. Dapat berjimat cermat**

Monday, September 5, 2016

Preloved Item, Anda Ok Atau Tak Nak Lah...

بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bercakap mengenai preloved item. Preloved, ala kira barang baran yang orang dah pakai atau guna, tapi dia nak letgo sebab sekarang dah taknak dah. Mungkin la dia xmemerlukan dah, jadi dari terperap je baik dia letgo. Sama ada jual, atau bagi je pada siapa yang lebih memerlukan.

Contoh pakaian. Mungkin dah tak muat kan. Tapi keadaan pakaian tu masih sangat elok. So boleh dijual balik dengan harga yang berpatutan atau boleh diberikan pada yang memerlukan. Sama juga dengan barang barang lain, kalau masih elok masih boleh diguna. Tapi kita memang tak peelu dah, apa kata jual je kan. Boleh jimat ruang dan boleh dapat income sikit.

Alhamdulillah,

Semalam rezeki anak dara kami ni ha. Dapat baju dari member satu ofis dulu. Biasa lah budak kan cepat je membesar kan. Plan dah balik kampung ni nak cari baju basahan yang murah murah. Nak cari baju tidur. Nak cari baju jalan jalan selai dua lagi. Sekali membe bagi semalam. Bukan setakat baju basahan,baju jalan jalan pun ada. Alhamdulillah rezeki nama nya kan. Bagi kitorang takder masalah nak guna barang preloved ni kan. 

Balik rumah semalam keluarkan la baju baju semua kan. Nak sorting balik nak basuh balik. Sekali nampak di anak dara ni. Terus nak pakai. Haha aka aka aka mulut tuuu...selagi tak pakai kan, selagi tu lah berbunyi. Aka aka aka... sudahnya meh la kita pakai.


Haaa, dah dapat pakai. Tak mau bukak langsung. Rela je pakai 2lapis kan. Main main dengan berbaju kurung berseluar. Suka hati lah. Asal tak mengacau mak nak sorting nak basuh baju. Alhamdulillah rezeki kan. Terima kasih ex ofismate hanum...


~TQ Dear~

Followers