Saturday, February 21, 2015

Toyyiban Sushi

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Rasanya dah ramai yang tahu akan kewujudan kedai Toyyiban Sushi di Bangi Gateway ni. Tahun lepas memang ada pergi Bangi Gateway ni, saja jalan jalan. Hehe hany mengidam nak jalan jalan masa mengandung dulu, makanan ni kurang sikit. Maybe sebab hany ni dah semulajadi kuat makan kot.

Pergi tahun lepas pun jalan jalan kat kedai kecik kecik yang dekat open space tu, jadi tak tahu pun kat food court dia ada apa kan. Baru ni macam ramai yang share pasal Toyyiban Sushi ni. Hany pun forward kat husband, dia pun agree. Hehehe marilah kita melantak ;)

Toyyiban Sushi ni kedai dia open,sebab di foodcourt gitu kan. Tapi dia ada la meja dia,tapi kalau nak duduk di meja foodcourt pun okay je...kitorabg pilih meja foodcourt dan meja yang hujung, sebab senang nak nyusukan Adra nanti.

Sudahnya hany teringin makan claypot pulok haha, husband je order bento dari Toyyiban Sushi. Ramai jugak orang order, depan tu je Sushi King tu. Kalau sushi king memang husband hany tak bagi sangat,ntah laaa...

Kitorang order Salmon Teriyaki Bento dengan Cawan Mushi. Hany lah tergoda Cawan Mushi ni,sebab macam menarik je kan.

Ini Cawan Mushi

Salmon Teriyaki Bento

Ha itu lah yang kitorang try. Husband memang xminat yg sushi ketol ketol kecik tu, dia suka bento ni terus. Kenyang pun kenyang katanya. Hany pau salmon je sikit. Sebab dah ada claypot kan, nanti tak habis pulok. 

Toyyiban Sushi ni ada 7pekerja masa hany pergi tu. Kedai dia macam sempit je, jadi padatla dorang kat dalam tu. Ye lah nak buat makanan camni,sushi ni banyak keje kan,remeh je. Sebab tu lah kena ramai pekerja agaknya. So far MZ kata besh, sebab sebelum ni dia slalu makan bento ni masa keje di Phileo damansara nun,lebih kurang rasanya dia kata. 

Tapi haruslah Toyyiban Sushi ni lagi meyakinkan sebabnya memang di jamin halal...alhamdulillah...

Wednesday, February 18, 2015

Feedback Rawatan Di LPPKN

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Hany pernah tulis mengenai rawatan kami di LPPKN kan...sila tengok link kat side bar sebelah kanan ni. Hari ni alhamdulillah, ada orang komen mengenai LPPKN ni...


Haaa,
Wife dia mengandung kembar lagi ha. Murah rezeki dia..alhamdulillah...ALLAH dah tunaikan doa diorang suami isteri. Aamiin...

To anonymous yang komen ni, TAHNIAH dik...jaga isteri dan kandungan baik baik ye. Nanti apa apa update laaa akak ye. Suka dapat berita gembira macam ni, walaupun kita tak kenal kan. Alhamdulillah...

Pasal LPPKN, yes agree memang servis dia boleh celen swasta laaa. Start operasi on time, nurse yang peramah, info yabg diberikan senang serta mudah difahami...alhamdulillah...



Thursday, February 12, 2015

Al-Fatihah


• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum...



~TQ Dear~

Followers