Sunday, July 31, 2011

Kini, Genap 2 tahun…allhamdulillah…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke2 Rohani Hashim & Mohamad Zuki.


Alhamdulillah,
semoga perhubungan ini dirahmati, diredhoi oleh MU ya ALLAH, sehingga ke alam syurga MU ya ALLAH.
 cover 8r zuki rohani


**sedey baca apek&elia dah putus tunang, takperla mungkin ada rahmat di sebalik segala yang berlaku kan…semoga TABAH Apek & Elia**

Friday, July 29, 2011

Ya ALLAH…ku mohon padaMU ya ALLAH,

 

Selamatkan diri kami daripada azabMU
Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan
Hindarkan diri kami dari tipu dayanya 
Hampirkan diri kami padamu Ya ALLAH


Selamat diri kami daripada azabMU
Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan
Hampirkan diri kami padaMu Ya Rahman


Selamatkan diri kami daripada azabMU
Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan
Hindarkan diri kami dari tipu dayanya
Hampirkan diri kami padaMU Ya Rahman


Selamatkan diri kami daripada azabMU
Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan
Hindarkan diri kami dari tipu dayanya
Hampirkan diri kami padaMU Ya Rahman

Thursday, July 28, 2011

Khairul Fahmi, Team Harimau Malaya, TAHNIAH…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Sepertimana semua ketahui, MALAYSIA kalah dengan SINGAPORE. 6-4. haishhh, macam macam perasaan ok. emo ok emo. sangat emo!

tapiiii,
tetap BERBANGGA dengan TEAM HARIMAU MALAYA. kerana dah sampai peringkat ni kan. well jangan la kutuk kaw kaw ok. memang sakit hati bila tengok perlawanan yang mana pertahanannya agak rapuh kan. ok tak perlah lupakan semua tu. benda dah jadi.

sangat BANGGA jugak dengan Khairul Fahmi Che Mat, permainan dia sangat lah superbbbb malam ni. kan kan kan, setuju tak? berjaya selamatkan daripada singapore dapat gol ke2, masa sorang lawan sorang tu. ahaha sempat lagi kuis walaupun dh tergolek jatuh kan. TAHNIAH.

semua orang macam risau jer fahmi takleh fokus, since kes dia dengan tunang dia kan, tapi dia buktikan dia tak terganggu gugat pun dengan menonjolkan aksi yang sangat mantap.

dannn,
bengang dengan pemain Singapore, banyak berlakon. konon dalam sidang media, takkan melengahkan permainan…haishhhh.


aperpun, TAHNIAH buat pemain MALAYSIA.


**kalaulah SHAFIQ dan NORSHAHRUL ada malam ni, pasti menjadi kan**

Ni kategori ulat tiket kah?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


MZ suruh search di mudah.my, search tiker bola malaysia vs singapore. sebab MZ cakap tadi masa kat opis, ada yang jual sehingga RM250 ok untuk 1tiket. gilosss ke haper. dan ini yang hany dapat bila search.


7-28-2011 8-52-31 PM


Ni paling mahal hany jumpa. RM100. huhu beli dengan harga RM30 kan. tapi kalau yang betul betul nak tu, rasanya sanggup beli weh. Tapi seriusly, memang tak boleh halang kan. dah orang tu berjaya dapatkan tiket, then dia nak jual…suka hati dia la nak jual berapa kan.hurmmm ni kategori ulat tiket ker???


**serius weh, berdiri bula roma kat lengan ni tengok bola, sebab jeritan penonton di stadium..huhu jom weh tengok bola jom…@801 astro arena or TV1**

Serangga yang suka kerumun lampu, untuk panaskan badan kah?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Malam malam, selalunya lepas Isya’ ke atas la, hany suka bukak pintu rumah, sebab boleh rasa angin sejuk malam, sedap jer…semalam sama la, buat perkara yang sama. sambil layan tengok cerita apa ntah kan. tiba tiba bunyi macam berdengung gituh dari luar.

mulanya tak hirau lagi, sekali bunyi makin kuat, hany pun bangun la nak tengok, mak haihhh dekat lampu luar penuh dah serangga duk kerumun lampu. terus panggil MZ, at da same time, ada call in masuk, MZ angkat then sembang la. tapi MZ tahu la sebab hany dah bagitahu. terus la hany tutup pintu.

Konon selamat la kan, sekali, dalam rumah pun diorang dah masuk, dah penuh lampu ruang tamu, tapi tak ada bunyi dengung. selalu kalau kat kampung KELKATU memang selalu kerumun lampu, ayah hany cakap kelkatu nak amek haba, sebab panas, kan malam kan dingin.

sepantas kilat, hany terus tutup lampu ruang tamu, then bukak pintu rumah…tak sampai 2minit, semua serangga dalam rumah keluar pergi lampu luar, cepat cepat hany tutup pintu. lepas tu hany mengintai, nak tengok apakah sebenarnya. rupanya bukan kelkatu, tapi LEBAH. patutlah bunyi dengung kuat.


250720116068


Scary ok tengok,
sebab kalau la kena kerumun kat badan ni, mau berbirat ni. lepas tu, MZ nak keluar kunci gate. kitorang tutup lampu luar, then terus serangga ni berpindah ke lampu jiran sebelah.

pagi nya, penuh depan tu dengan mayat lebah ni, eh takkan mati sebab kepanasan kot. hurmmm…ntah la. tapi kan, terfikir dari mana datangnya lebah ni? risau takot ada sarang sekitar rumah. intai intai jugak, tak nampak pulak…

Kalau kat kampung kan, ayah hany selalu letak plastik kat lampu. sebabnya kelkatu bau dia busuk, nanti dah panas tu dia akan jatuh ke lantai, jap lagi habis bau busuk. so cara dia, amek plastik, sapukan dengan minyak masak pada plastik tu, sapukan kat semua permukaan plastik, then lekatkan plasti kat lampu, sambil biarkan berjuntai…ha, nanti kelkatu tu terlekat la kat situ…matik la dia kat situ…;)


**kelkatu sekadar busuk jer, tapi lebah, kalau di sengatnya…haaa**

Wednesday, July 27, 2011

Lagi beberapa hari…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Bila log in FB, nampak mesej ni…

7-25-2011 12-43-39 PM


eh eh eh,
pastu kecoh tanya MZ, eh camne FB ni tahu anniversary kite eh? cam ne eh camne eh. ahaha cek punya cek, dah ko define tarikh kat situ, memang la dia ada popup, sengal.


Untuk anniversary ke2 ni, langsung tiada plan nak sambut bagai kan, nak pergi mana mana pun memang tak plan la. tak pe lah. lagipun Isnin dah puasa kan, tak per lah. kita duduk dalam rumah, kita sambut dalam gelap b eh…


**hurmmm, merenung nasib**

Sudu Kanak Kanak #2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Owhhh, ada part 2 ok. hihihi setelah sudu kanak kanak ini, MZ jumpa lagi sudu kanak kanak, siap tanya kat hany lagi…


“ha, ni sudu kanak kanak ni, taknak beli ker?”

“buat ape nak beli lagi, kan dah ada”

“mana la tahu, ni sudu kanak kanak ni besar sikit dari sudu kanak kanak kat rumah tu”

“kalau hijau buleh gak, ni tak hijau, takmboh la”



230720116062 sudu kanak kanak katanya…


**buat biskut raya jom**

Wordless Wednesday #5

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

170720116042



Tuesday, July 26, 2011

Jatuh CINTA…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Asyik duk ushar jer benda alah ni. haishhhh nak kena beli nih. weekend 2hari pun duk ushar, malam2 pun ushar jugak.apa dia? ABAYA….


SR046 XS RM230 cantik kan…kan….ni kat blog kakchik


light1 alaaa lupa nak copy link blog, tp bukan blog malaysian la


ex_nw.jpgkasual je kan


aab-sale simple macam ni pun hany suke, from hijabstyle


Apa beza abaya dengan jubah?

setakat yang hany tahu, abaya ni dia nye cutting jenis A cutting, bahagian bawah dia besar, alaa macam baju kurung pahang la kan, besor bawah. so untuk jenis macam hany yang bont*t lebar ni sesuai la;). lepas tu abaya ni, selalunya bukan semua jenis sarung, ada jenis butang kat depan, kat tepi, ada yang butang sampai ke bahagian perut jer. kiranya kena pakai baju lain la kat dalam.


Ntah la, hany rasa macam teringin sangat nak ada abaya, nak pakai abaya nih. duk survey jugak la…hurmm duk jumpa semua abaya mahal mahal jer, untuk first time ni taknak lah beli yang mahal mahal kan, lepas tu, risau jugak takot kain tak sesuai ker apa ker kan.


korang tahu tak, kat mana ada jual abaya murah murah (umm berpatutan la kan), sama ada online ker (kalu tahu tinggalkan URL eh), ataupun kedai yang ada jual abaya ni, tinggalkan kat ruangan komen eh…thank you so much.


**seronoknya kalau dapat jadikan ABAYA ni pakaian harian…InsyaALLAH**

Monday, July 25, 2011

Suara perempuan berbisik kini kembali…tandanya..?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Tandanya aper? ahaha tandanya dah dekat nak PUASA dan RAYA pulak lepas tuh. sebabnya suara perempuan berbisik Yusuf Taiyoob

Hany ke JJ, sebelum beli apa yang dihajati, jenjalan la dulu, walhal JJ je pun kan, apa lagi yang menarik kan. setiap hari kekadang tu pergi. jalan jalan, eh dah ada KURMA la…a’ah la kan dah nak masuk bulan RAMADHAN…


190720116057 deretan kurma…




page2 beranika bungkusan


page3 ha pelbagai kan sekarang nih.


Teringat, kalau kat kampung, banyak sangat yang jenis timbang kilo tuh. ha yang tu sangat glemer kat kampung. hurmmm yer lah masing masing punya pilihan la kan. eh eh korang sila hati hati yer, sebab membe hany cakap dia ada tengok kurma kat kedai yg kaler biru, ala ala giant tuh. kurma nya sampai dah naik kulat berhabuk ok. jadi sila tengok betul betul masa nak beli yer.


**sedia kan mental dan fizikal untuk berpuasa yer**

Sunday, July 24, 2011

"RM338 ROOM CASH VOUCHER EQUATORIAL CAMERON HIGHLAND"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

cash voucher


Uishhh,
besh nyer kalau dapat hadiah untuk GA ni. buleh la berhanimun. uiiisssshhh syok nyer weh. tapi yer lah. atas LUCK jugak lah sebabnya, hadiah adalah berdasarkan cabutan. jadi semua nya bergantung pada tuah kan…


okay, nak TAG: [ Asfaliza ], [ Wida ], [MM]


okay, jom terjah penganjur kat bawah, dan untuk syarat syaratnya jom:




Wedding of the year : 12.2 Juta?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Tengah menonton Nasi Lemak Kopi O @TV9,
wow, wedding of the year akan berlangsung lepas raya nanti, dan hany ada dengar majlis pernikahan persandingan ini bernilai RM12.2 Juta ok? 12.2juta beb. wohooo…terkedu hany dengan MZ dengar, terus tak jadi tukar channel ok!
dan majlis itu adalah milik:





Apa tak nya banyak sponsor. fuhhh bertuah badan yer. meh nak senaraikan sikit harga yang disebut ni kat sini:

1) Kasut Jimmy Choo = RM600,000
2) Baju Memey 1jer bernilai RM500,000
3) Barang kemas jer bernilai RM2.8 juta
4) Make up pulak dari Hongkong & Jepun.
(ni apa yang hany dengar dari wedding planner dorang cakap kat nasi lemak kopi O)


wohooo, +- patutla sampai RM12.2 juta kan. barang kemas tajaan Raflesia. Alhamdulillah rezeki diorang kan. harap harap ada la live…ahaha nak tengok baju, barang kemas, kasut huhu bukan nak tengok orangnya ;)


**kasut memey 3kali ganda mahal dari rumah gue…ahahaha**

Friday, July 22, 2011

Mari Belajar : TUBIK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Mari belajar perkataan GANU lagi. hehehe ni semalam apak la yang duk tanya. ke sengaja tanya, buat buat tak tahu eh apak?

7-21-2011 10-30-08 PM

ha tu dia,
apak TUBIK tu adalah KELUAR


“weh, ko taknak TUBIK ker?”

“nak g maner?”

“jom g giant jom”

ha apak, dah faham kan?apa itu TUBIK…


**kat opis ni hany selalu sebut TUBIK, kelakor pulak bila dengar orang lain sebut, TUBIK TUBIK hihi yer lah loghat nya lain bunyi kan**

ANNISSA, episod akhir….

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

ANNA yang sangat marah dengan berita yang dia baru ketahui. macam orang gila, meracau, marah marah. lepas tu, dia boleh nak cederakan HAIKAL, anak BALQIS+FARID. ANNA marah sebab anak itu lah yang buat FARID buat ANNA macam tuh. nasib baik ada SARA yang tenangkan ANNA, kalau tak mahu nya mati si HAIKAL tuh.

ANNA lagi marah, makin marah bila dia tahu, yang SARA dah lama tahu akan FARID dan BALQIS dah kawin. yer lah sebab SARA rahsiakan daripada pengetahuan dia.Ya ALLAH, kesian nya kat ANNA tuh…dia rasa dia di khianati oleh semua kawan kawan dia.

owhhh rupanya, masa sekola dulu, BALQIS dan FARID ni memang dah couple. patutlah. ummm tapi macam mana boleh nikah dengan ANNA pulak. hohoo…ooo rupanya ANNA pun ada hati pada FARID masa dorang kat kolej dulu. kiranya ANNA ni kacau hubungan BALQIS dan FARID jugaklah. ooo cenggitu…

haishhh, ni nama nya apa yang ko buat, ko kena balik. ha ingat ingat tu kawan kawan;)

BALQIS semakin pulih dan dipindahkan ke wad biasa dah. then dah tak perlukan bantuan pernafasan dah. BALQIS pun dah sedar dah. SARA bawa HAIKAL jumpa BALQIS. bagitahu BALQIS anak dia nama HAIKAL. BALQIS tanya:

“siapa bagi nama?”

“ANNA”, jawab SARA…

“Bukan FARID?” BALQIS tanya…alahai mesti dia tak tahu FARID dah meninggal.


BALQIS nak jumpa ANNA. mintak SARA bawa ANNA datang jumpa BALQIS. SARA suruh ANNA jumpa BALQIS, ANNA taknak sebab dia dah sangat benci dengan BALQIS.


“kau dah hancurkan kebahagian aku, mampu kah aku memaafkan ko BALQIS”


ANNA pergi melawat SHILA, hurmm SHILA pun dah mereng dah, asyik duk kira duit jer. haissshhh lepas tu meraung raung mintak maaf, cakap tak bunuh orang, tak tembak orang.

Akhirnya…
ANNA pergi jumpa BALQIS di hospital. ANNA ungkit semua depan BALQIS, dia bagitahu yang dia betul betul sayangkan BALQIS. dia sampai kan kata kalau BALQIS nak ambil FARID, dia boleh pertimbangkan, sebab ANNA pernah cakap, dia boleh izinkan FARID nikah, tapi dia akan mintak cerai.

ooo, BALQIS rasanya lumpuh, dia tak bboleh gerakkan anggota badan dia, hany mampu berkata kata jer. BALQIS sempat memesan pada ANNA supaya menjaga HAIKAL…dan akhirnya BALQIS…Innalillah….

yee, walaupun ANNA hilang dua orang insan yang disayangi, namun dia di anugerahkan HAIKAL, dia menjaga HAIKAL macam anak sendiri. dannnn suddenly ANNA muntah! waaaa akhirnya ANNA mengandung. see kan hany pernah cakap, mesti dengan kuasa ALLAH, nanti ANNA dapat mengandung…haissshhh….kuasa ALLAH….



ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf
ZAIRI : Zain Saidin

Thursday, July 21, 2011

Double Check | Sila berhati hati yer!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Hany dapat 1alert email dalam inbox. from MAYBANK ok!

7-20-2011 12-11-06 PM 
URGENT OK!


7-20-2011 10-29-35 AM
bila baca isi kandungan, ha sila jangan gabra, sila check betul betul. sender tuh betul ker?


Lepas tu cuba check bahagian yang dia tulis CLICK HERE TO BEGIN tuh. biasanya kita akan click situ la kan, kaalu dah gabra…konon la gabra kan…cuba jangan click dulu, on mouse over jer, alaa halakan jer tetikus anda ke perkataan CLICK HERE TO BEGIN tuh, cuba tengok URL yang akan keluar, tengok bawah nih.

7-20-2011 10-32-03 AM ahaha SAH SAH lagi SAHIH bukan dari maybank kan. so jangan gatal tangan nak click, nak login bagai. close, delete sudey email tuh.


Kok kalau rasa gatal jugak tangan kan nak jugak click kan, ha sila la sila…hany ada try click juak tengok kemana perginya kan.


7-20-2011 12-08-42 PM sudahnya gini yang tubik. so memang akan tahu la kan web ni penipu. (kalau dari awal tadi tak rasa penipu kan)


Lepas tu,
kalau click pada PROCEED ANYWAY tuh, hurmmm memang sebijik la maybank2u punya interface yang akan keluar. cumanya URL kat atas memang lain.

7-20-2011 12-09-00 PM see….
So,
sila berhati hati. tak kisahla duit banyak ke secoet ker dalam akaun tuh. berhati hati itu penting ok.


**selalu je yang maybank kan, bank lain macam ta ada kan macam ni...hurmmm**

Minggu ke 3

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

170720116032

170720116033

Haisshhh kejap jer eh ko naik eh, ni susah nak maintain rumah atas tanah ni. meracun la jawabnya kan, nak upah orang potong, melayang duit kan…huhuhu kena berjimat. satu lagi kan, kalau dah potong rumput tu, orang yang datang amek sampah, langsung taknak ambil bungkusan yang ada rumput. InsyaALLAH, ada rezeki kita simen semua yer b, tak pun kita letak rumput karpet…wohoooo…

STROK haba?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA

Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar. RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan, Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.


GEJALA CUACA PANAS MELAMPAU


1. Sakit kepala
2. Keletihan
3. Lemah tumpuan
4. Pening
5. Lemah otot–otot atau kekejangan
6. Mual dan muntah
7. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).



CARA-CARA MENCEGAH & MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN


1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
3. Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
4. Hadkan aktiviti luar
5. Kerap berehat
6. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar
8. Pakai topi atau payung yang besar



ELAKKAN!


1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
3. Bersenam dalam cuaca panas





**Kawan kawan, sama sama kita jaga kesihatan kita juga orang tersayang yer**

ANNISSA…akhirnya…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Akhirnya,
SHILA dah kena tangkap. Polis dah tahu dah semua nya. hurmmm ANNA nampak sedikit kecewa lah. dia tak sangka kawan dia tuh khianati mereka. yerlah dia kan memang percayakan kawan kawan dia. sedikit pun dia tak pernah menaruh syak wasangka pada sahabat nya itu.

Shitto la, baru kejap jer, dah iklan..haishhh potong betul la, hadeiihhh. mungkin minggu ni last la nih, lengah lengah kan masa la.saat yang ditunggu, for sure ANNA akan tahu rahsia BALQIS & arwah suami nya tuh. mestilah SHILA akan bagitahu kan…

ZAIRI datang berjumpa ANNA di pejabat, then dia bercerita akan apa yang SHILA telah lakukan pada dia. ANNA mintak supaya ZAIRI kembali bekerja di syarikat dia. SHILA yang duk dalam lokap tu,a syik bermimpi si ZAIRI datang nak bunuh dia. hohoho nightmare la ko yer…Pastuh jap lagi gila la, duk menjerit sorang sorang jer kan.

Pengalaman owh si faradhiya ni, berlakon dalam lokap la,kat hospital laaa, siap berbalut dalam baju yang untuk orang gila tuh, tangan terikat ke belakang tuh. hurmm…

owhhh,
ANNA di minta untuk jumpa peguam mengenai wasiat yang di tinggalkan FARID. hohoho, akhirnya akan kantoi la dek kerana peguam tak dapat bacakan wasiat kerana waris tak cukup. then ANNA pun bertanya:

“siapa lagi WARIS yang tidak datang”

“Puan BALQIS, isteri kedua EN. FARID bin ISHAK”

danngggg…guruh kilat berdentum, marahnya ANNA. okay, jangan lupa, KHAMIS malam jam10.30 TV3.

eh apsal ko eja BALQIS, Q hany, dia tulis K…

**eh korang tengok tak persembahan NING, SHILA & JAC masa di APM, fuhhh mantap, suara pun mantap**


ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf
ZAIRI : Zain Saidin

Wednesday, July 20, 2011

Popia Simpul | Popia Riben | Jom buat popia jom

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Ha, hany ada cek keyword kat nuff, hurmm ada beberapa yang search pasal Popia Simpul/Popia Riben nih. almaklom la kan, dah nak puasa, lepas tu raya pulak kan. ha ramai nak buat popia eh eh eh…

7-19-2011 2-01-59 PM


hany ada buat entri pasal nak buat popia simpul nih. ni tahun lepas punya la, tahun ni macam nak buat lagi, tapi serunding nya tak ada pulak. nak kena mintak orang kampung pos kan. hurmm tapi memang popia ni macam kemestian je tiap tiap tahun ;)

ha sila lah terjah ke entri nih yer.



ANNISSA…di mana di mana…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

SHILA menemani ANNA balik ke rumah. hurmmm pastinya ANNA sangar sedih sebabnya, kan FARID dah tak ada. so mesti dia akan teringatkan FARID memanjang, yer lah dalam rumah tu hanya ada ANNA dan FARID je kan. mana tak sedih weh. silap silap meroyan ok. SHILA ada menemani ANNA di rumah.

SHILA menghalang ANNA daripada pergi ofis, konon nya kena berkabung la ape lah…haishh padahal dia taknak ANNA kembali ke opis, dia kan tengah bolot jawatan CEO kan…macam macam alasan yang dia bagi supaya ANNA tak pergi opis.

Owhhh, HAIKAL nama anak BALQIS+FARID. ANNA dah bawak HAIKAL balik rumah, siap dah sediakan bilik dah. eh bilik HAIKAL warna HIJAU tau. huhuhu. ANNA siap amik hormon untuk keluarkan susu, sebab dia nak susu kan HAIKAL. hurmm takpe lah itupun anak tiri dia jugak kan…

ANNA dah dapat kekuatan dengan hadirnya HAIKAL dalam hidup dia. yer lah darah daging dia kan…ANNA jugak dah kembali ke ofis, ahaha padan muka SHILA, gatal konon berangan nak duduk tempat CEO. huhuhu…

Rasanya minggu ni jugak ANNA dapat tahu yang FARID dan BALQIS dah kawin. tapiii tak besh la sebab FARID dah tak de, tak dramatik laaa…hohoho

ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf
ZAIRI : Zain Saidin

Wordless Wednesday #4

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

DSC04814  


040320115010


060520115514


SDC13351


SDC12988


**arghhh sedapnyaaa….nakkk**

Tuesday, July 19, 2011

Oreo Cheese Cake | Brown | Ibu Dhira

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Ha, entri sambutan hari lahir muncul lagi. ini sambutan terakhir sebelum puasa. seterusnya adalah selepas raya pulok. yang dibulan puasa dah di awalkan pada bulan 6 lagi;) in advance gitu.

150720116020 Besday gurl, rini a.k.a ibudhira


SDC13326 Oreo cheese cake, secret recipe


SDC13278 marlia, aina, nadia


SDC13316 aina, fatiha, niza


SDC13341 nadia, fizah, hana, kakmas


150720116022 kaklily, kak azie, filah


SDC13317 isshhh kat mana mana ada si aina nih…kan dayah kan


dan hadiah…


page1

page2

page3

page4


Pelbagai hadiah ko rin, ada untuk dhira, ada untuk ko..huhu dan ada untuk buat kek eh…ha buat tu bawak la jugak ke ofis eh;)

SDC13394 halamak…cerahnya ko edit hany…huhuhu


SDC13395 dhira dah boring, taknak pandang kamera dah.


dan…
gambar pilihan tuan rumah adalah…


150720116024 masa ni, dhira duk hulur tangan nak salam, auntie plak sibuk nak ambil gambar, hihi sian dhira…


SDC13310 hehe baru nak letak muka tuan rumah ;)


**sedap jugak oreo cheese cake, tapi agak muak la..hoho seb baek hany minum jer dan makan kek, kalau la makan berat, mesti tak mampu nak habiskan kek**

Monday, July 18, 2011

Mari Belajar : SIYEK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Ha, kali ni kita belajar perkataan GANU pulak yer. asyik KELATE jer kan. hehehe rasanya hany tak pernah lagi buat entri pasal perkataan SIYEK ni kan. hurmm ni pun sebab membe hany yang mesej hari tu.

okay, cara sebutan adalah SI-bunyi adalah SI, macam bunyi perkataan SILA. YEK pulak bunyi E adalah macam bunyi E dalam perkataan EKOR.


SIYEK adalah bermaksud KOYAK


“bakper la duk SIYEK ketah tu, abih sepoh rumoh ni”

“Kenapa koyakkan kertas tu, habis bersepah rumah ni”


MC, alahaiiii…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Hany MC hari ni…
pagi tadi Hany pergi kerja macam biasa, hurmmm memang tak plan nak MC walaupun memang dah sakit dari semalam lagi. hurmmm…



Alkisahnya,
semalam petang, hany nak amek wudhu’…so masa nak ambil widhu’ hany tunduk la sikit kan, dah nak habis…hany tunduk lagi sikit…tibatiba ada bunyik KTAK, sekali jer di bahagian pinggang hany sebelah kanan. ingatkan tak ada ape. then hany bangun la…Ya ALLAH…sakitttt sangat pinggang ni, nak berdiri tegak/lurus tak boleh.

Lepas tu, jalan slow slow nak solat. masa nak sarungkan kain telekung tuh, hany tunduk sikit nak rendahkan badan nak masukkan kaki dalam kain, masa tu SAKITTT sangat.
Alhamdulillah, masa solat tu ruku’, sujud tak rasa sakit. cuma masa berdiri jer sakit. KAKLYNNN, mintak maaf yer, takdapat pergi rumah kaklyn semalam. maaf yer.

Malamnya,
nak tido pun sakit, takleh luruskan badan, kalau luruskan badan…bahagian perut pun sakit jugak. ntah la…hany dah risau giler la takut tulang kan. haiissshhh.

Pagi tadi,
masuk kereta…duduk dalam kereta pun rasa sakit…tak per la pergi jer la dulu, then pergi klinik…doctor cakap muscle. fuhhh alhamdulillah…nasib baik bukan tulang kan.

doctor cakap tadi, balik ni makan ubat, then rest…tido jer sepanjang hari…masalahnya doc, baring pun sakit macam mana?

Soalan sensitif buat seorang wanita yang tengah mengandung…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Hai kawan kawan, hai sahabat,
umm sebenarnya kan, hany nak tanya kat korang semua la pada wanita yang telah berkahwin lah yer…sebab yang belum berlahwin pasti belum merasai lagi kan. macam hany pun dah berkahwin masih belum merasai. sebab itu lah hany nak bertanya nih…


“bagi seorang wanita yang tengah mengandung, apakah soalan soalan yang TAK PATUT ditanya, yang mana akan membuatkan wanita mengandung ini TERASA/TERCUIT hatinya”


hurmm,
sebabnya selalu sangat la hany jumpa dengan kawan kawan MZ, ada antara mereka ni baru mengandung, ada dah tengah sarat. yer lah, kita ni jumpa takkan nak senyap jer kan. takkan la lepas SALAM, terus senyap jer kan. mesti la nak berbual jugak.


Taknak la kan, dek kerana soalan yang salah tu, terus buatkan orang terasa hati, kecik hati ker…ishhh nauzubillah…

Sunday, July 17, 2011

Kategori mengada ngada

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Masa MZ MC last week, dah tengahari, MZ mesej hany tanyakan sesuatu.


MZ : “Plastik sapoh ite duk mano eh?”

Hany : “alaa ada dlm plastik kat rak pinggan tu”

MZ : “Tak dok, ko abih doh?”

HAny : “ye kot, last hari tu letak situ”



Nampak tak? ahaha mengada ngada, kechek luar konon ko hany…ceiiitttt!

Saturday, July 16, 2011

AL-Rajhi, CIMB dan Dr. Geetha


Semalam aku gi Al-Rajhi and CIMB bank utk replace ATM kad. Dua2 ATM kad aku patah.

AL-RAJHI 

Kaunter pertanyaan: Selamat pagi encik. Boleh saya tolong?
MZ: Selamat pagi. saya nak tukar kad atm. Dah patah.
Kaunter pertanyaan: boleh tp kena charger RM12 (sambil tekan nombor)
MZ: OK 

Belom sempat aku duduk, nomborku dipanggil sbb xde orang

MZ: Saya nak tukar kad atm. dah patah.
Kaunter: Kena charge RM12 (sambil pass borang). Isi nama, IC dan sign
MZ:(menunggu akak proses)
Kaunter: So, RM12 nak bayar ke nak tolak akaun?
MZ: Hmmm… saya bayar
Kaunter: Ni kad atm baru ni pin. nanti tuka pin baru ye
MZ: OK, terima kasih
Mudah bukan?


CIMB 

MZ: Saya nak tukar atm kad la. dah patah.
Kaunter pertanyaan: xleh guna lg ke?
MZ: Boleh lagi tp kadang2 dia tendang
Kaunter pertanyaan: Isi borang ni dulu (sambil hulur borang) dan bagi nombor
MZ: (mengisi borang) dan duduk menunggu giliran.

Nombor yg aku dpt ialah 3003. Nombor skg ialah 3002. Maknenya cpt la kan. aku tgk nombor yg timbul kat screen tv sume berkepala 1XXX dan 2XXX. org lain tgh menunggu ade dlm 4-5 org. Kaunter ade 8. 5min menunggu nombor berkepala 1 & 2 je timbul.

MZ: (dalam hati) mana nombor aku nih?

Lebih kurang 10-15min, baru la nombor aku dipanggil. Rupa2nya nombor berkepala 3XXX kaunter 7 je yg serve.

MZ: assalamualaikum. saya nak tukar kad atm. dah patah.
Kaunter: IC?
MZ: (bagi IC)
Kaunter: Isi borang ni. Nama, IC, sign.
MZ: (mengisi borang)
Kaunter: sign ni di setiap page.

Yg kena sign di setiap page ialah terms & conditions. Ade 4 page semuanya.

MZ: (menunggu proses)
Kaunter: (sambil menunggu proses siap, mengisi borang…)

Aku tgk la akak ni isi borang tp aku xtau borang pe. Tp bila aku tgk RM12, aku pasti 99.88% itu adalah charge utk kad atm baru dan semestinya dia nak deduct dari akaun aku.

Kaunter: Isi nama dan sign

NI pulak aku xpasti utk ape tp aku agak2 mcm list of name yg tukar kad atm baru.

Kaunter: Ni kad baru ni nombor pin. tukar pin baru kat bawah ye. Terima kasihh…


Bagi aku, aku lebih suka the way Al-Rajhi does their processes. 1 borang siap.

CIMB? 1 borang kat kaunter pertanyaan 1 borang lg kat kaunter sebenar. Kena sign terms & conditions, tmbh lg 1 borang kena tulis nama dan sign. Yg paling aku TAK SUKA ialah dia x bgtau pon yg kad atm baru kena charge RM12 dan dia akan DEDUCT dari akaun aku. Dalam ape2 cara skali pon customer berhak diberitahu!!

Selesai proses replace kad aku gi jumpa Dr. Geetha.

~MZ~

Bayaran naik sokmo, tapi servis…

Boleh pulak kan tengah syok syok menonton, tiba tiba

150720116030

Haishhhh…
mariii tukar UNIFI lah. tapi kontrak tak habis lagi. kang kena bayar penalti pulak. arrghhhh…

Friday, July 15, 2011

Dek kerana kepanasan yang hampir buatkan aku menangis…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Ingat lagi entri hany yang hany cakap, sebab panas sangat rasa macam nak NANGIS tuh. itu hari rabu. masa tengah kepanasan tuh, terus mesej MZ, nak bawak kipas dari rumah sebab panas.

Lantas, hari khamis hany terus bawak kipas hijau itu.khamis hany puasa. ooo yeahhh!!! dah habis ganti puasa, Alhamdulillah. gembira tak terkata okay bila dah habis puasa nih. fuhhhhh. ingat hany ganti awal awal ok!jangan last minit. khamis jugak cuaca macam redup jer, mendung jer. jadi kepanasan tidak di rasai sangat. huhu…tapi dah bawak kipas kan. letak jer lah.


140720115986 hamek ko, letak atas meja, depan muka terus ha…mengadu panas lagi tak tahu la kan…


140720115991 sebenarnya ekon betul betul jer atas kepala hany. ahahaha dasar kulit tebal, lemak menimbun…;)


dan,
Alhamdulillah…hari khamis ummm tak panas.huhu maybe sebab hany puasa kot, jadi tiada haba dibebaskan, lampu pun hany tak bukak sebab tak nak jadi penyumbang haba, cuaca di luar pun redup. fuhhh selamat. cuma masa tengahari jer hany bukak kipas. sebab matahari dah mula keluar, jadi terasa la bahangnya kan.


orang lain pun terasa kepanasan, cuma nya dorang macam rasa lite lite jer panasnye. kita tunggu jumaat. huhuhu tengok camne lak kan. tapi yer lah cuaca sekarang tak menentu. aperpun banyakkan minum air masak yer…

Bila MZ sidai baju ;)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Owhhh,
MZ tengah MC sekarang nih. 3hari. hurmmm doktor cakap ada infection kat paru paru…pastu batuk pulak. hany rasa ni mesti sebab sekarang kan jerebu kan. MZ pergi kerja dengan motor, memangla dah pakai mask, tapiii ntah laaa…

So, sepanjang MC ni, MZ hantar hany pergi kerja, hehe seronok pulak, bukan senang nak suami hantar dan ambil nih kan. semalam, balik kan…tengok baju ada di sidai kat luar.huhu seronok owhhh. MZ dah tolong basuh baju. suker. weekend ni kurang la sikit beban kan.


140720116017 tak kesah la tunggang langgang pun kan…janji dia tolong.
dah cukup bagus dah tu.


bak kata ahkak geli, tak apa lah suami tak romantik sangat kan, janji boleh tolong buat kerja rumah kan…alhamdulillah.

~TQ Dear~

Followers