Ini Wilayah Hijau: Panas buat aku rasa nak menangis


13 July 2011

Panas buat aku rasa nak menangis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Al kisahnya,
hany ni kan berbadan besar kan, jadi kalau badan besar, harus la lemak yang terkumpul dalam badan pun banyak. lepas tu semua lemak yang terkumpul ni menjalankan tugas masing masing. maka terasa la panas kan.


dia kalau panas biasa jer okay lah, boleh terima la kan, ni dah la lemak menjalankan tugas, di tambah pulak bilik ni besar, orang ramai, siling tinggi, jadi ekon macam tak serupa ekon la…lepas tu pulak meja hany betul betul sebelah tingkap, jadi bertambah la penyebab kepanasan tu.


Balik lunch pulak kan… dah la memang kat luar panas, lepas makan pulak, badan pun keluarkan la haba sebab proses makanan kan, fuhhh dia punya PANAS tadi. series tak boleh nak subscribe. ha ni kesan panas la ni, bukan subscribe, describe la hany.


orang lain diam jer, hany kepanasan ni, bising la mulut panas, tak leh tahan bagai. air masak 1.6Liter dah habis sebelum lunch lagi. dah la kepanasan badan ni, haishhh ada pulak buatkan hati ni nak jaadi panas.


disebabkan kewarasan akal hany masih berfungsi, sebelum hati turut jadi panas, hany cepat cepat blah, turun pantry. refill 1.6L air masak. then masukkan air masak+ais dalam botol air. terus minum. fuhhhh sedappp weh.


tapiii kan,
tadi hany nye panas kan, sampai terbit rasa nak menangis. seriussss. panasss sangat. 


sedih;(
Komen
7 Komen

7 comments:

ch@ said...

kat luar jerebu la hany, sebab tu panas semacam. rasa kering je kulit. kita yg kurus kering ni pun panas. ekon boleh tahan kuat. minum je air banyak-banyak.

fazilzura said...

now kan cuaca lain mcm ... sure bdn kite pun bertukor la suhu nye

LaLaLOLa said...

xpe la nak wat cane kan skrg dok lam ekon pon rase pns tp kalau ingatkan org2 kat afrika tu pns terik, insyaAllah boleh tahan kot.... ececeh pandai neshat org, sendiri pon merungut kalau panas huhu

Ardini Humaira said...

skang ni cuaca panas sampai rambut cepat bebenau rasa kering sobsss

Fiza Amran said...

betul tue hany.. panas nie boleh membunuh.. kena plak dpt colleahue yg sua bkin panas maka bertambah la panas

wida said...

jgn lah nangis hany...
tarik nafas dalam2..ingat tmpt sejuk, kuar salji..
x elok tension2..k

mzhany said...

@cha
a'ah la cha, skrg ni jerebu. patutla kan. ok ok tq, akan minum air banyak2...


@zura
huhu badanhany suhu makin naik la ni kot eh


@lalalola
erkk, baeklah insaf. tapi betul jugak kalau compare kan dgn orang kat sana kan. hishh tak bersyukur sungguh hany nih.


@dni
ha betul dni. dni take care ok, jaga diri darah manis skrg nih ha


@fiza
ahaha yg dpt opismate suka bikin panas tu la lagi haru...


@wida
ok ok, tgh bayangkan berada dalam peti ais ;)