Thursday, August 22, 2019

MAKANAN TERENGGANU

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Berada di perantauan sudah semestinya banyak benda yang dirindui berkaitan kampung halaman kan. Haaa kali ni nak bercakap mengenai makanan. Berada di Selangor kini dah boleh dapatkan makanan tradisional Terengganu. Hahaha makan ajer kiter ye. Keropok lekor tu memang dah banyak la boleh didapati di luar Terengganu kan. Sejak ada nya teknik vakum ni. Keropok lekor rebus masukkan dalam pack vakum, dah boleh hantar ke luar.

Sekarang kuih muih tradisional terengganu lain pun  dah boleh didapati di luar terengganu. Boleh la melepas rindu kan. Bukan nya selalu boleh balik kampung ni. 


Haaaa tu dia. Yang berbungkus tu PULUT LEPA atau orang panggil pulut panggang. Terengganu punya versi inti dia sambal ikan. Ala lebih kurnag serunding ikan tapi yang ni versi lembab gitu. Yang bulat bulat tu panggil PAUNG GORENG, ada yang panggil kuih boom. Juga inti ikan. Dan yang kontot panjang tak berapa panjang tu, KAYU KAMAT kami panggil.

Puas hati dapat makan ni. Kalau ada orang Ganu sekitar Klang Valley ni, boleh lah contact/search Fb TEKOK GANU. ada area yang diorang boleh hantarkan. Ha gitu sampai depan rumah tau.

Okay lah,
Jumpa di next entry...

Monday, July 24, 2017

Selamat Pagi...



• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

2017 Dah melepasi separuh tahun. Marilah kita update blog ya. Dah berkurun lama ditinggalkan. Sempena tukar theme ni, maka kena lah rajin rajin kan diri. Haha semangat hijau ;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Syawal dah habis. Tetap nak ucap jugak kan. Tu lah kenapa lama tak update kan. Alhamdulillah Ramadhan tahun ni berjaya dihabiskan. Semoga ALLAH izinkan untuk ke Ramadhan tahun depan. Si kecik Adra pun baik je Ramadhan...senang la nak berbuka semua kan. Dia dah reti & faham... cakap nak berbuka puasa. Kalau sebelum ni asyik nak bertempek je. Susah nak makan.

Taknak panjang panjang...

Haha mood tak berapa nak datang lagi.



Moody di Hari Raya...

~TQ Dear~

Followers