Monday, May 19, 2014

Kursus/TAC F41 Pegawai Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri Terengganu

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

**Ni entry yang dah berkurun,baru nak di publish kan, untuk rujukan calon akan datang**

Alhamdulillah, lulus exam, tapiii kena join kursus pulok. Alhamdulillah…kursus diadakan pada Sabtu dan Ahad, so jimat cuti. tak payah apply cuti. lagipun hari ahad half day jer,malam terus fly balik Selangor, isnin kerja macam biasa. exam dan kursus ni adalah pada tahun lepas, 2013 yer. giler lama, sekarang baru nak up kan entri.

IMG_8932 Surat panggilan kursus

Dapat jer surat ni, terus la google apa kata mereka yang pernah join kan. Tak banyak info pasal kursus ni. eh tak boleh ke cerita pasal kursus ni eh? okay je kot, bukan ada p&c sangat pun. Rasanya setiap kali pengambilan mesti bertukar modul nya kan. okay,hany akan share apa yang dilalui sepanjang kursus 2hari 1malam ni.

Siap siap baju kurung semua, skema okay pakai baju kurung. sempat pinjam baju batik membe, kater nak jadi pegawai kerajaan…haha nampak sangat sendiri tak ada baju batik ;)

IMG_8934

IMG_8936

Bila nampak pakaian sukan, track bottom…owh mannn terus je dapat tangkap. hamek ko, kena berlari sejauh 2km yer…owh no, sekarang memang takdok stamina weh…

Pagi jam 8,dah sampai ke Sumai Resort. dah ramai orang, terus register…dapat tag nama, dapat tentatif untuk 2hari 1malam, dan kena cek nama untuk aktiviti dan berada di kumpulan mana, serta bilik mana. memang masa ni tak de kenal sorang pun. well, standard la kan, ko kena la buat kawan.

IMG_7985

IMG_7987

Setiap aktiviti adalah di tempat berbeza, dan kita berada di kumpulan berbeza. Jadinya kat sini kita akan berkenalan dengan ramai orang lah yer. Walaupun nampak macam pack je aktiviti, tapi bagi hany tak de lah pack pun, macam santai dan enjoy je. takde terkejar kejar sangat lah. Semua aktiviti di buat dalam bilik, kecuali yang sukan tu jer lah, buat di tepi Pantai Batu Buruk, Sumai Resort ni adalah terletak di Pantai Batu Burok.

IMG_7991

Masa registration, dapat fail. godek godek, rupanya ada 1 envelope yang mengandungi tajuk untuk Public Speaking yang akan diadakan pada hari ahad. Bagus la diorang bagi tajuk awal awal, so that kita boleh prepare dari awal untuk isi dan kuku semua la masa nak bercakap nanti. tajuk yang hany dapat adalah INFRASTRUCTURE & DEVELOPMENT. Terus macam, ape benda aku nak hentam ni. sembang sembang dengan orang lain, takde sorang pun dapat tajuk macam hany ni. Terus risau… antara tajuk lain adalah, MSC, e-GOVERNMENT, TOURISM, EDUCATION…Orang yang dapat sama tajuk ni, boleh bincang dgn sama diorang, hany sengeh jer lah…

Untuk Aktiviti berkumpulan, hany senaraikan ikut apa yang hany ingat jer lah, dah lama baru nak buat entri kan, gini lah gayanya:

1 Diberi beberapa batang mancis, lepas tu buat seperti gambar yang disediakan. Keratan kertas, di suruh untuk buat bentuk huruf.
2 Buat flow chart berdasarkan penerangan sistem oleh fasi.
Buat network diagram.
3 Debat ala Parlimen; Sila ambil tahu berapa kerusi di Terengganu, mana Parlimen mana Dun. Tajuk yang diberi berdasarkan isu di Terengganu. kumpulan hany dapat pasal e-book.
4 Pengucapan awam, yang ni dalam BM. tajuk dapat on the spot. diberi 1kotak dan dalam kotak ada gambar. bentangkan mengenai gambar yang kita dapat. hany dapat e-book. sangat bersyukur sebab masa debat tu dah banyak info pasal e-book. so recycle balik semua info tu. antara yang lain adalah IPV6, MSC, e-government, network diagram(so explain pasal diagram tu)
5 Avtiviti sukan, kena menari poco poco, berlari 2km.semput okeh berlari kat pasir pantai tau. tapiiii hany bukan yang last yer, 3/4 dr keseluruhan kot.haha
6 Public speaking, berdasarkan tajuk yang telah di tetapkan.
 
Aktiviti berkumpulan ni memang dia nak tengok kerjasama antara ahli kumpulan, lepas tu mungkin nak tengok boleh jadi leader ke tak, sebab F41 ni kan antara yang handle serta uruskan. Masa aktiviti buat flow chart network diagram, semua konfius. tertukar dengan Data flow diagram. masa ni yang tak aktif berbincang, tak dengar suara dia lah yang dipanggil untuk present.
 
Setiap aktiviti berkumpulan akan ada 1orang fasi dan 2@3 juri, yang akan perhatikan dan bagi markah. rileks je dan sila ambil part dalam semua aktiviti, jangan terlalu diam dan jangan terlalu aktif sampai tak bagi peluang kat orang lain.
 
Hari Sabtu, hari pertama, lepas aktiviti ada masa untuk google pasal public speaking. wifi pun laju. so tak perlu bimbang. memang sempat untuk prepare. agak agak malas nak cari, suruh je suami ke kawan2 ker buatkan ayat. dalam 2minit kalau tak silap.
 
orite, sampai sini dulu, Alhamdulillah…hany lulus dan dipanggil ke peringkat ke3, iaitu interview. next entri pasal interview yer…tungguuu… ;)

Peperiksaan F41 Pegawai Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri Terengganu

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum...

**Ni entry yang dah berkurun,baru nak di publish kan, untuk rujukan calon akan datang**

Hany adalah lah apply jawatan di kerajaan negeri Terengganu. hehe nak balik duk ganu kah? alaa cuba jer lah dulu kan, mana tahu ada rezeki dapat la, tak ada nak buat camno, sila cuba lagi…jangan putus asa. Pada yang nak apply mana mana jawatan di terengganu tu, terutamanya kerajaan, silalah rajin untuk ushar di page Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu ni.

Macam biasa untuk jawatan kerajaan ni, pasti akan lalui exam, TAC, dan interview. mungkin ada sesetengah jawatan akan lalui exam dan terus interview. TAC tu adalah Terengganu Assessment Center, alaa kira kena join course la untuk beberapa hari.

Alhamdulillah, Hany dapat exam. alaa selalunya exam ni semua orang akan dapat. mulanya macam berbelah bagi, hadoiii nak balik ke tidak kan. tapi fikir fikir, balik jer lah…

IMG_8939

Masa exam ni hany siap ambil gambar dalam dewan semua, tapi ter delete la pulok. marah betol laaa…kan dah kurang info untuk blogging ;) hany dapat exam di Taman Tamadun Islam.

Exam macam biasalah, ada beberapa seksyen. ada esei, ada mengira matematik dan pengetahuan am. Hany sebenarnya pergi exam ni, dengan sedikit yakin sebab memang study betol betol la, baca semua pasal negeri terengganu ni. sebenarnya untung sebab sebelum exam ni,hany dah pergi exam under SPA. so soalan dia macam dah boleh agak la style macam mana. yang SPA, exam pun tak lulus. haha…tu yang buat lagi berdebar debar tu…

Soalan Matematik; hany rasa tak la se susah se payah yang SPA. tapi masa tetap tak cukup. Kira hany jawab tu confident la, kira kira bagai mesti dapat jawapan dan ada antara A,B,C or D. ala soalan matematik ni macam form 5 punya la. boleh google soalan dia, banyakkk sangat. tapi soalan yang ada di internet ni rasanya lagi susah dari soalan exam yang hany dapat tu. sila google guna key Aptitude test. Berlambak contoh soalan, ni semua memang yang susah gak la (bagi hany la)

Pengetahuan AM; Ha yang ni kena ambil tahu pasal jawatan yang kita apply dan mengenai Negeri Terengganu. Macam untuk jawatan yang kita apply contoh Pegawai Teknologi Maklumat, so kena tahu la pasal IT ni. Serius dah lupa apa soalan dia, tapi secara general la…Kena tahu la singkatan singkatan yang di gunakan dalam IT ni, soalan semua dalam BM, kadang2 konfius jugak bila sesetengah term IT di tukar ke BM.make sure baca soalan betol2.

Satu lagi pengetahuan am berkaitan negeri Terengganu. huishh memang apa yang hany study keluar la, contoh Asal usul perkataan TERENGGANU tu, ada beberapa cerita berkaitan asal usul perkataan TERENGGANU ni. Pergi je web site negeri Terengganu, then baca la balik sejarah negeri, lagu negeri, logo jata semua tu. baca jer.

Esei; yang ni wajib ada. sebijik macam PTD kan. hany pilih soalan kebaikan dan kekurangan internet. blablabla…bedal jer lah.

Alhamdulillah, Hany lulus exam. tapiiii ada peringkat ke 2, iaitu mengikuti Kursus yang telah di tetapkan. katanya, sekarang memang untuk yang gred 41 ni memang akan lalui 3 fasa, iaitu EXAM, Kursus dan Interview. tak macam dulu, terus interview.

**next entry pasal kursus**

Monday, May 12, 2014

Bertukar Status...


• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,



April sudah berlalu. Kini status ku sudah berubah. Hehe mengada kan nak saspen kan jugak. Kini hany adalah seorang surirumah sepenuh masa.

Yer,hany dah berhenti kerja. Kerja pertama hany selepas belajar. Kerja yang telah hany lalui selama lebih kurang 7 tahun ++. Allahuakbar! Semuanya ketentuan DIA. No hany tak salahkan takdir ker apa tidak sekali kali.

Ada 2 perasaan bila berhenti kerja ni:
1) Gembira sangat bila dapat memenuhi permintaan suami dan of course gembiraaaa bila duduk rumah kan.

2) sedih pun ada. 7tahun tuuu banyak kenangan manis pahit masin masam kelat dilalui...

Hany masih ingat,setelah 4/5 tahun bekerja,hany ada kata pada diri sendiri, "hany akan resign dari company sekarang ni jika hany dapat keje kerajaan je,kalau tak memang nak stay kat sini je". Dengan husband pun hany ada bagitahu. Tapiiiii....itu perancangan hany,perancangan ALLAH tiada siapa boleh halang. Bila DIA dah tuliskan macam ni,macam ni lah jadinya kan.

Hany agak naik lemak sebabnya company ni dekat je dengan rumah, +-15 minit dari rumah,kalau lebih sebab trafik light la dan sikit jem. Dahla kitorang beli rumah area berdekatan kan,so buat apa nak susahkan diri keje sampai ke KL bagai kan. Haaa ni la namanya lemak. Sampai berlemak lemak jadinya haaa ;) Lagipun,bagi hany company ni memang okay. Tak la terlalu strict,ada part yang flexible kan.

Sayang nya pada company, waktu ada masalah hany stay lagi kat sini walaupun ramai mengorak langkah tinggalkan company. Yer company mana tak pernah ada masalah kan,dari segi kewangan ker,dari segi pengurusan ker. Semua ni tak boleh lari. Tapi hany fikir tak sampai hati nak tinggalkan waktu waktu macam ni. So hany teruskan ajer bersama. Bagi hany,ada kesetiaan jugakla pada company. Cewahhhh;)

Tapiiiiii,bila ALLAH dah tetapkan semuanya,maka hany pun laksanakan la. Hany berhenti atas permintaan suami dan juga keinginan sendiri. Makin hari terasa hany makin tak perform,makin rasa serabut,sampai terbawa bawa ke rumah. So itu adalah petanda nya,supaya hidup tak menjadi huru hara. Ada lah beberapa yang bagi hany tak perlu tulis kat sini. Pasti ada yang terasa nanti.

Setelah berfikir segala benda,maka keputusan dicapai.BUKAN SENANG yer untuk hany buat semua ni. Banyak benda kena fikir. Tapi berpegang pada "permintaan suami",dalam hati berdoa semoga ALLAH permudahkan dan berkati segala keputusan yang dibuat ini.

Hany hantar resign letter Januari notis adalah 3bulan. So april baru betol betol tak kerja. 3bulan tu sekejap sangat la hai. Tup tup dah habis dah. Hmmm..

Tapi,seriusly memang terasa lagi sayang nya tu. Hehe...

**kuasa dan perancangan ALLAH, setelah lepaskan rezeki ni,ALLAH bagi rezeki lain buat kami berdua. ALLAHUAKBAR!!!terima qaseh yang ALLAH atas segala rezeki mu**



- Posted using BlogPress from my iPhone

~TQ Dear~

Followers