Ini Wilayah Hijau: Bertukar Status...


12 May 2014

Bertukar Status...


• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,



April sudah berlalu. Kini status ku sudah berubah. Hehe mengada kan nak saspen kan jugak. Kini hany adalah seorang surirumah sepenuh masa.

Yer,hany dah berhenti kerja. Kerja pertama hany selepas belajar. Kerja yang telah hany lalui selama lebih kurang 7 tahun ++. Allahuakbar! Semuanya ketentuan DIA. No hany tak salahkan takdir ker apa tidak sekali kali.

Ada 2 perasaan bila berhenti kerja ni:
1) Gembira sangat bila dapat memenuhi permintaan suami dan of course gembiraaaa bila duduk rumah kan.

2) sedih pun ada. 7tahun tuuu banyak kenangan manis pahit masin masam kelat dilalui...

Hany masih ingat,setelah 4/5 tahun bekerja,hany ada kata pada diri sendiri, "hany akan resign dari company sekarang ni jika hany dapat keje kerajaan je,kalau tak memang nak stay kat sini je". Dengan husband pun hany ada bagitahu. Tapiiiii....itu perancangan hany,perancangan ALLAH tiada siapa boleh halang. Bila DIA dah tuliskan macam ni,macam ni lah jadinya kan.

Hany agak naik lemak sebabnya company ni dekat je dengan rumah, +-15 minit dari rumah,kalau lebih sebab trafik light la dan sikit jem. Dahla kitorang beli rumah area berdekatan kan,so buat apa nak susahkan diri keje sampai ke KL bagai kan. Haaa ni la namanya lemak. Sampai berlemak lemak jadinya haaa ;) Lagipun,bagi hany company ni memang okay. Tak la terlalu strict,ada part yang flexible kan.

Sayang nya pada company, waktu ada masalah hany stay lagi kat sini walaupun ramai mengorak langkah tinggalkan company. Yer company mana tak pernah ada masalah kan,dari segi kewangan ker,dari segi pengurusan ker. Semua ni tak boleh lari. Tapi hany fikir tak sampai hati nak tinggalkan waktu waktu macam ni. So hany teruskan ajer bersama. Bagi hany,ada kesetiaan jugakla pada company. Cewahhhh;)

Tapiiiiii,bila ALLAH dah tetapkan semuanya,maka hany pun laksanakan la. Hany berhenti atas permintaan suami dan juga keinginan sendiri. Makin hari terasa hany makin tak perform,makin rasa serabut,sampai terbawa bawa ke rumah. So itu adalah petanda nya,supaya hidup tak menjadi huru hara. Ada lah beberapa yang bagi hany tak perlu tulis kat sini. Pasti ada yang terasa nanti.

Setelah berfikir segala benda,maka keputusan dicapai.BUKAN SENANG yer untuk hany buat semua ni. Banyak benda kena fikir. Tapi berpegang pada "permintaan suami",dalam hati berdoa semoga ALLAH permudahkan dan berkati segala keputusan yang dibuat ini.

Hany hantar resign letter Januari notis adalah 3bulan. So april baru betol betol tak kerja. 3bulan tu sekejap sangat la hai. Tup tup dah habis dah. Hmmm..

Tapi,seriusly memang terasa lagi sayang nya tu. Hehe...

**kuasa dan perancangan ALLAH, setelah lepaskan rezeki ni,ALLAH bagi rezeki lain buat kami berdua. ALLAHUAKBAR!!!terima qaseh yang ALLAH atas segala rezeki mu**



- Posted using BlogPress from my iPhone
Komen
11 Komen

11 comments:

Azi said...

sekarang hany buat apa? fultime housewife atau ada buat keje lain dari rumah.. bestnya klu azi dapat jadi fultime housewife

syalinda johari said...

hany, perancangan dari Allah SWT lebih dari yang kita harapkan...
take care hany...

bestnya duduk umah weiii..cita2 aku tu..ntah bila nak terlaksana...

N.Aima K said...

amin.. rezeki tu ada di mana-mana :)

Rohani Hashim said...

@azie
Setakat ni memang duk rumah je azie. Ada la bisnes online tp skrg ni malas melanda. Haha. Yg pasti memang kena cari income lain jugak kan. Xjadi duk saja jer.

@syalinda
Betol weh. DIA punya perancangan memang terbaek. Jangan disangkal. Xpe beb ko dah selesa gomen. Jangan la resign. Haha

@aima
Aamiin...betul tu. Setuju.

Ida Iar said...

seronoknya dapat duk umah..boleh la tu jadi WAHM pula..impian ku juga nak jadi WAHM tapi hati belum cukup kuat nak putuskan lagi..mentang2 sebab masih keje gomen lagi..rasa mcm ade secure job padahal klu nak jadi WAHM dh boleh sgt sebenarnya ni. Tapi tak tau la lps dah cuti bersalin ni ape plannya. Maybe kena putuskan utk try CTG plak dl sebelum betul2 resign.

naniklang said...

Tahniah beb..insyaallah kalau dah juki suruh tu maknanya dia da pk masak2 nak tanggung anak isteri..rezeki Allah luas, bukan semestinya kerja mkn gaji baru nmpk kemajuan..
Doakan aku lak smpai rezeki nak jg suri rumah dan ibu sepenuh masa dirumah..belum ada kekuatan dan kemampuan lg nak hantar surat resign hehe

Rohani Hashim said...

@Nani
Hehe insyaALLAH semoga ALLAH murahkan rezeki juki dan boleh la aku jadi pengasuh kan. Aamiin...

Takper beb,ko doa la semoga alip pun suruh ko resign and jaga anak2 hihi. Dan boleh tambah lagi. Ko kan teringin kembar ;)

InsyaALLAH aamiin...

Rohani Hashim said...

@Lida
Hmmm lida mmg boleh sangat kalau nak resign n jadi wahm hehe...xpe mana tau rezeki kan. Lepas bersalin ke tiba2 nak berenti.

Tapi lida gomen. Sayabg gak nak resign kan. Xpe la InsyaALLAH kalau dah DIA rancang xtunggu dah kan. Aamiin...

fazilzura said...

lorrr akhirnye bnti ye, ni sure masyk wat business qaseh

littlehumblelynn said...

Untunglah!!
Kak lin pun harap dpt resign awal
Masalahnya hubby kata tggu 4 tahun lagik
Huhuhu!!

Rohani Hashim said...

kaklynnn...
hehe 4thn lagi yer...