• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
**Ni entry yang dah berkurun,baru nak di publish kan, untuk rujukan calon akan datang**
Alhamdulillah, lulus exam, tapiii kena join kursus pulok. Alhamdulillah…kursus diadakan pada Sabtu dan Ahad, so jimat cuti. tak payah apply cuti. lagipun hari ahad half day jer,malam terus fly balik Selangor, isnin kerja macam biasa. exam dan kursus ni adalah pada tahun lepas, 2013 yer. giler lama, sekarang baru nak up kan entri.
Dapat jer surat ni, terus la google apa kata mereka yang pernah join kan. Tak banyak info pasal kursus ni. eh tak boleh ke cerita pasal kursus ni eh? okay je kot, bukan ada p&c sangat pun. Rasanya setiap kali pengambilan mesti bertukar modul nya kan. okay,hany akan share apa yang dilalui sepanjang kursus 2hari 1malam ni.
Siap siap baju kurung semua, skema okay pakai baju kurung. sempat pinjam baju batik membe, kater nak jadi pegawai kerajaan…haha nampak sangat sendiri tak ada baju batik ;)
Bila nampak pakaian sukan, track bottom…owh mannn terus je dapat tangkap. hamek ko, kena berlari sejauh 2km yer…owh no, sekarang memang takdok stamina weh…
Pagi jam 8,dah sampai ke Sumai Resort. dah ramai orang, terus register…dapat tag nama, dapat tentatif untuk 2hari 1malam, dan kena cek nama untuk aktiviti dan berada di kumpulan mana, serta bilik mana. memang masa ni tak de kenal sorang pun. well, standard la kan, ko kena la buat kawan.
Setiap aktiviti adalah di tempat berbeza, dan kita berada di kumpulan berbeza. Jadinya kat sini kita akan berkenalan dengan ramai orang lah yer. Walaupun nampak macam pack je aktiviti, tapi bagi hany tak de lah pack pun, macam santai dan enjoy je. takde terkejar kejar sangat lah. Semua aktiviti di buat dalam bilik, kecuali yang sukan tu jer lah, buat di tepi Pantai Batu Buruk, Sumai Resort ni adalah terletak di Pantai Batu Burok.
Masa registration, dapat fail. godek godek, rupanya ada 1 envelope yang mengandungi tajuk untuk Public Speaking yang akan diadakan pada hari ahad. Bagus la diorang bagi tajuk awal awal, so that kita boleh prepare dari awal untuk isi dan kuku semua la masa nak bercakap nanti. tajuk yang hany dapat adalah INFRASTRUCTURE & DEVELOPMENT. Terus macam, ape benda aku nak hentam ni. sembang sembang dengan orang lain, takde sorang pun dapat tajuk macam hany ni. Terus risau… antara tajuk lain adalah, MSC, e-GOVERNMENT, TOURISM, EDUCATION…Orang yang dapat sama tajuk ni, boleh bincang dgn sama diorang, hany sengeh jer lah…
Untuk Aktiviti berkumpulan, hany senaraikan ikut apa yang hany ingat jer lah, dah lama baru nak buat entri kan, gini lah gayanya:
1 | Diberi beberapa batang mancis, lepas tu buat seperti gambar yang disediakan. Keratan kertas, di suruh untuk buat bentuk huruf. |
2 | Buat flow chart berdasarkan penerangan sistem oleh fasi. Buat network diagram. |
3 | Debat ala Parlimen; Sila ambil tahu berapa kerusi di Terengganu, mana Parlimen mana Dun. Tajuk yang diberi berdasarkan isu di Terengganu. kumpulan hany dapat pasal e-book. |
4 | Pengucapan awam, yang ni dalam BM. tajuk dapat on the spot. diberi 1kotak dan dalam kotak ada gambar. bentangkan mengenai gambar yang kita dapat. hany dapat e-book. sangat bersyukur sebab masa debat tu dah banyak info pasal e-book. so recycle balik semua info tu. antara yang lain adalah IPV6, MSC, e-government, network diagram(so explain pasal diagram tu) |
5 | Avtiviti sukan, kena menari poco poco, berlari 2km.semput okeh berlari kat pasir pantai tau. tapiiii hany bukan yang last yer, 3/4 dr keseluruhan kot.haha |
6 | Public speaking, berdasarkan tajuk yang telah di tetapkan. |
No comments:
Post a Comment