Monday, October 31, 2011

Apa itu S.H.I.T?

Assalamualaikum,

 

Picture 082

Ahaha, from BIGSHIT…ahahaha lawaking ;)

Mari belajar : IGAT

Assalamualaikum,

ahahaha sempena TERENGGANU dah kalah ni kan, tak per lah. dah kalah tu tetap kalah lah, nak buat macam mana kan. oleh itu, mari kita belajar perkataan TERENGGANU yer. senang sangat perkataan nya, contoh ayat pun mudah difahami….

 

IGAT, maknanya TANGKAP yer.

 

contoh ayat:

Oloh, sharbine alwi nih, IGAT bola serupa nok IGAT anok ayam.

(oloh, Sharbine Alwi nih, tangkap bola serupa nak tangkap anak ayam)

 

ha, faham dok? senang kang. bukan nak kutuk sharbinee, tapi itulah yer, sakit hati tengok ulangan gol pertama negeri sembilan tuh. ahaha agak susah untuk dimaafkan. owh ye, Sharbinee Alwi tu orang Pulau Duyong tau. ahaha tak malu nih mengaku ni. takper lah benda dah jadi kan…

Tukar lagik, eh ada sebab tau ;)

Assalamualaikum,

 

10-31-2011 12-32-36 AM

hahaha yer, hany tukar layout lagik, tapi ni layout yang dah biasa hany letak kt mzhany.com nih. kenapa hany tukar lagik, sebenarnya hany suka jer layout yang sebelum nih, seka sebab yang ni hijau sebelum ni pun hijau. memang takleh lari dari hijau kan. tapi yang sebelum ni ramai komen tak jumpa tempat untuk komen. mungkin ada yang tak perasan sebelum ni, ada bulatan sebelah kanan atar, kat situ lah komen nya.

dan,

memang ada yang jumpa, katanya lagik, susahlah dah baca habis entri sampai ke bawah, tapi bila nak komen kena pulak scroll naik ke atas. lecehlah. hohoho pastu ada jugak yang nak komen entri bawahnya tapi letak kat entri atas, yer lah sebab gara gara kena scroll kebawah kan. maka hany pun ubahlah balik pada layout lama ha. komen kat bawah tau…kat bawah tau. kat bahagian yang suka hijau tuh. kelik kat situh tau tau tau ;)

 

1

Sunday, October 30, 2011

Seafood Marinara, signature. signature la konon kan…

Assalamualaikum,

Selalunya, kalau ke pizza hut, hany akan order spaghetti. pizza nih memang hany suka, tapi tak der feberet sangat. Maka hari tuh, hany pun orderlah Seafood Marinara, huhuhu…sodapnyer…

10-30-2011 11-26-52 PM menarikkk kannnn, sape tak terliur weh.

 

Tunggu punya tunggu punya tunggu…akhirnya sampai lah spaghetti yang di pesan, sekali tengok…

Picture 091 erkkk

Ok fine, memang lah tak mengharap sebijik sejibun macam dalam gambar. itu untuk ilustrasi iklan semata mata. daku pun paham strategi pemasaran ni walaupun daku bukan dari merketing team. tapi boleh tak senonoh sikit. (eh ayat macam kakdi plak).

Ada ke kuah spaghetti tuh duduk dibawah. ishhh xsiyor teman tengok eh…aper pun tak boleh. failed. kot ye pun letak atas spaghetti tuh, pastu kasilah elok elok sikit kan. haishhh main siap je, hidang. ni kalau chef ramsay tengok nih, mau nye dia campak dalam tong sampah terus. tahu tak?

 

**agak agak kalau saman boleh menang tak ahahaha dasar mata duitan;)**

Saturday, October 29, 2011

Peteh Ganu Peteh

Assalamualaikum,
Rasa macam bersalah yang amat kalau tak buat entri pasal final piala malaysia 2011 ni. Yerlah Terengganu kan dapat pergi final. Gila tak update kan.... Tahun lepas Kelate pergi final update. Terengganu ko taknak update!!!

Tapi, kali ni tengok di rumah sahaja. Sebabnya tiket mahal ahahaha berkira okeh, lagi satu takder orang nak peri beli tiket,ahahaha sendiri malas nak pergi ahahaha...yer lah masa kelantan hari tu.adik iparku yang tolong belikan skali alang alang dia nak tengok kan.

Membe membe kampong hany dah mesej mesej dah.masa dorang semua on da way nak datang sini.sepupu hany pun datang. Seronoknya kalau dapat join kan. Ahaha sedor le dah bersuami kannn,kalau nak pergi ajaklah suami kok.

Well,all the best terengganu, peteh ganu peteh.

Friday, October 28, 2011

Klasik ke almond?

Assalamualaikum,
Wohooo akhirnya berjaya makan si klasik atau almond ni. Tapi hany pilih almond,sebab hany suka kekacang.


Mengancam kan???

Oh my Gucci, BVLGARI, Vera Wang ;)

Assalamualaikum,

DI pagi penghulu hari ni, Alhamdulillah, hari ni cerah bumi ALLAH ni, Alhamdulillah, dan syukur pada ALLAH s.w.t kerana masih mengurniakan kesempatan buat kita untuk melihat keindahan dan keajaiban kurniaan ALLAH ni. tapi kesempatan yang diberinakan ini, marilah kita sama sama gunakan ke arah kebaikan. Mintak dijauhkan dari kemaksiatan, kemungkaran…nauzubillah.

owh yer, hany tak pandai dan tak berani nak bercakap benda benda berkaitan hukum hakam ni, ilmu sangatlah cetek di dada ni, jadi untuk pagi ni hany nak share lah dengan korang 1perkara yang hany baca. kitorang ada beli buku soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus. oeh sebelum tu, korang pun boleh lah jengah dan baca sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang ada di blog Ustaz Azhar Idrus ni.

 

“Ambil wudhu’ dalam keadaan BOGEL/TELANJANG adalah TIDAK DIGALAKKAN tetapi wudhu’ itu adalah SAH”

okay, jelaskan ayat diatas, hany tak perlu huraikan yer.

seperti semua sediamaklum, kita ini akhirnya nanti akan di kafankan dengan kain kafan yang mana ianya PUTIH BERSIH, dimana bersama kain kafan itulah kita dikebumikan, dan dengan amalan amalan yang kita lakukan. bukan dengan KAIN BAJU yang branded, mahal mahal, henbeg mahal, or kasut mahal kita tuh. jadi sekadar renungan bersama, bersederhana lah kita semasa hayat ini.

Tetapi dikhabarkan, sekarang dan ada kain kafan branded, jenama BVLGARI lagik ngko. well ntahla tak tahu kebenaran nya.

02 pic : sini

05 pic : sini

Adalah lebih bagus untuk kita sama sama bersedekah dengan rezeki yang terlebih lebih itu, kerana ingatlah, dengan SEDEKAH JARIAH kita tu, mampu membantu kita di akhirat kelak…INsyaALLAH. tapi sedekah kita tuh, biarlah sedekah jariah ke arah kebaikan…InsyaALLAH…

 

Sekadar renungan kita bersama….;)

Thursday, October 27, 2011

Mana pergi ha???

Assalamualaikum,
3hari tak hapdet. Kenapa? Ntah, tak de apa nak tulis kot. Sebab benda benda yang bersarang di hati tak dapat diluahkan di wilayah hijau nih. Almaklom ler banyak hati kena jaga, banyak perasaan kena di ambil kira kan. Kita hidup bukan kita je atas muka bumi nih.

Kita hidup bermasyarakat. Sakit dihati lara dijiwa kadang kadang terpaksa di sembunyikan takot diluahkan nanti memudaratkan keadaan. Takperlah sekali sekala telan je lah pahit nya hempedu nih kan.

Okaylah,lagi dibebel lagi lara kan.

Monday, October 24, 2011

Ayah : Balut buku

Assalamualaikum,

Kali ni nak bercerita pasal balut buku. ha, ingat lagi masa sekolah dulu, semua buku teks akan dibalut la, yer lah nak jaga buku teks tuh. kita kan dapat pinjaman buku teks tu kan, nanti kena lah pulangkan balik. so better balut kan, terjaga sikit, lepas tu tahun depan orang lain pulak nak pinjam. paling suke kalau dapat buku teks baru, lagiiiilah semangat nak balut kan.

Tapi, alkisahnya, hany ni tak balut buku sendiri, semua ayah hany balutkan. hanya da satu sufat tak sabar. kan nak balut buku tu kan, kena set betul2, pastu kena pegang, kena potong, pastu nak kena letak salotape lagi. pastu dengan pembalut lutsinar tu bergerak gerak kan, sampai hany naik hantu, marah marah dengan pembalut tuh.

Pastu ayah hany nanti kan, dia gelak gelak la, tengok hany marahkan pembalut tuh. pastu ayah pun tolong balutkan, keje hany pegang kan buku teks tu, tegak jer, yang lain ayah buatkan. heaven kan anak sorang nih. anak sorang je masa ni kan, tinggal yang ni masih bersekolah, bolehla ayah ko melayan ko. kalau ramai mau nye tak layan. pastu dah naik lemak,a da je buku rujukan kena balut, semua ayah buatkan ahahaha….

tapiiiiiiiii,

itu dulu. kan sekarang hany dah ada novel la konon kan, so nak la balut kan. pastu cerita lah kat MZ, dulu ayah tolong balutkan blablablabla…ayat last hany,

“so sekarang, b la kena tolong buatkan utk syg, pok takde sini”

“malas layan eh….” (sambil baring tengok tv)

ahahhaa, hamek ko. maka kedek kedek laaa, amek pembalut…ukur, gunting, buat sendiri. tapi kali ni bernasib baik sebab pembalut tuh dah boleh lekat sendiri. jadi senang sikit lah, stepnya dah jadi kurang dah.

Picture 070 kental ok balut semua nobel ku. pembalut siap ada gambar nanas lagi

Picture 067 ha lekat sendiri, sonang ok. tak perlu guna solatape lagi.

Pembalut lekat sendiri nih, hany beli dari kakibuku shoppe, area taman equine tuh, berharga 4.80 dan untuk size buku sophie kinsella ni, dapat la 6biji buku.

 

**kan besh kalau pok ade sini untuk tolong balut buku huhu, miss the moment**

Thursday, October 20, 2011

Tahu tak bahasa apa bahasa sejagat.

Assalamualaikum,




Klik gambar utk kejelasan yang memuaskan napsu mata.


Senyum,tak perlu kata apa apa.


;)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, October 19, 2011

How users see the programmers

Assalamualaikum.

319219_10150377905481085_50125406084_9971508_2088206538_n kahkahkah

So dayah, sebab tu aku, pawang, ashadi, fendy tak boleh jumpa user. ko yang kena jumpa user. sebab ko paham bahasa user, dan faham bahasa kitorang ahahaa…

cik cik autograf cik… @WW

Assalamualaikum,

 

Picture 025

Ahahaha….

KFC ke MCD kak?

Assalamualaikum,
ada la satu malam tu,mz mintak hany pergi kfc. Belikan sNack plate tomyam tuh. Maka isteri ni pergi lah pandu lalu kfc taman equine.

Hany : saya nak snack plate.

Staff kfc: tomyam ke original cik

Hany : tomyam ye. Ok lepas tu sy nk tambah krusher bluebery

Staff kfc : tak ada cik. Krusher tak ada

Hany : yang banana strawberry pun tak ada ke?

Staff kfc : tak ada cik krusher memang tak ada.

Hany : oklah kalau macam tu bagi saya 1 McFLURRy OREO lah (dengan penuh konfiden ni)

Staff kfc : cik,mCFLURRY tu MCD,ni KFC cik. Cik nak pergi KFC ke MCD?????

Hany : hahaha salah salah. Ok, tu je lah ye.


Demmmit,malu siottt budak yang amek order gelak tak leh blah. Terbahak bahak. Yang tak tahan tuh. Dengan konfiden nya hany order mcflurry tuh. Ahaha sabau je lah kan. Hany nak bayar tu sikit punya lama. Hany tunggu dekat bahagian order dulu habiskan gelak. Lepas tu baru bergerak ke kaunter bayaran.

Masa nak bayar tuh. Budak tu amek order tersengh sengeh je. Ahaha takpe lah dik. Akak maafkan ko sbb gelakkan akak. Lagipun hari ni pasti akak dapat pahala sebab buatkan ko gelak dan senang hati;)





- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 18, 2011

Gerai Pak Mal, nasi ayam…

Assalamualaikum,

Cerita pasal makan lagi. hehehe biasalah hany kalau makan cepat jer kan. ahad lepas pergi shah alam, alaa ada show motorsikal tu, apa kenama dia, bikepalooza kot kalau tak salah. pergi jer lah ushar jer kan. seronok weh tengok motor besar nih. tengok jer lah, nak beli, ikutkan hati mz memang teringin nak beli motor besar, tapi sedor diri lah yer ;)

Lepas tu, kelaparan yang amat lah hai. mula mula pergi KFC, sekali ayam habis pulak, kena tunggu 20minit. sudahnya MZ ajak pergi makan tempat lain, mz ajak pergi makan nasi ayam yang dikategorikan sedap. dan glemer kot di shah alam tuh.

Picture 053 pak mal jual nasi ayam jer

Picture 055 the nasik

Picture 058 the ayam, jadilah nasik ayam;)

Punya lah penuh meja, ramai orang kar sini. nasib baik, kitorang sampai je terus dapat meja kosong kan. dah la memang tengah kelaparan yang amat kan. order, then lepas tu terus dapat nasik ayam. fullamak servis yang cepat pantas. hehehe tengah lapor kan kan kan!

so far, bagi hany sedap nasik ayam pak mal ni. dia punya sos untuk ayam tuh, lain daripada yang lain dan pedas. eh walaupun pedas, masih terasa sedikit kemanisan nya tuh. so ngam ngam soi lah.

Alamat? erkkk ntah tak tahu ;)

Isu HAID: Seorang wanita ISLAM perlu tahu…

Assalamualaikum,

 

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!


Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.


Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..
Dalam BAB TIGA :


" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :


1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.


2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)


HURAIAN MASALAH :
1.
Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? 
Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)


2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.  Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.


3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.


Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.


Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Monday, October 17, 2011

Abaya, ehem ehem…;)

Assalamualaikum,

Picture 019 chermin kat rumah….

Picture 018 chermin toilet JJ. ahaha

owhhhh, sebenarnya hany dah ada 3abaya sekarang ni ;). ahaha sukerrrrr, yang ni adalah yang ke3. yang ni buatan malaysia, dari johor. ala yang ni RM120. badan memang dah sedang elok dengan hany, cuma labuh nya sangatla labuh. hany dah jadi orang majlis bandaran dah, sapu lantai ahahaa. tapi kalau pakai wedges tu ok lah sikit…tak la sapu tanah kan.

Lagi 2 abaya, hany beli yang dubai kot, tapi yang tu diskaun punya nak clearance stock. so harga sangat murah. ahaha tak mampu la nak beli baru nih. tapi yang tu tak ada gambar lagi. next time yer hany amek.

well, sangat selesa memakainya…;)

Banana strawberry yogurt | kfc krushers

Assalamualaikum,

owhhh, ha semalam hany ada try sesuatu di KFC. mulanya terpampang di menu, yogurt blueberry ape tah. then bila order, boleh habis pulak kan. tapia da pilihan lain banana strawberry. so ambil je lah kan. kata nak cuba.

Picture 045 saiz nya mcm mcflurry tu jer.

Picture 047 yang dalam straw tu adalah pisang

Picture 049 macam ice blended je kan?

Rasa nya not bad lah. siap terasa lagi banana and strawberry tuh, ketul ketulnya besar jugak lah. so far hany suke. sedap la pada tekak ku ini. next time nak try yang blueberry pulak. blueberry tu nampak lagi menarik dan mengancam ;)

Friday, October 14, 2011

Jauh lagi aku ni nak dibandingkan…

Assalamualaikum,

Hany ada terbaca dekat satu blog. ni lebih kurang la hany taip balik ni sebab hany dah lupa blog mana, carik tak jumpa pulak.

“Pakaian yang menutup aurat bagi seseorang wanita ISLAM, adalah apabila pakaian yang dipakainya itu,boleh digunakan untuk SOLAT tanpa perlu memakai pakaian tambahan, iaitu telekung atau kain sembahyang”

muslimah

 

bila baca kan, Ya ALLAH, aku ni jauh benar lah hai, kalau nak solat tu, takkan LULUS pakaian yang hany pakai ni, mesti kena guna extra kain la, kain sembahyang. betapa jauhnya lagi…ini baru dari segi pakaian, dari segi amalan? Ya ALLAH…semoga diberi kesempatan buat diri ini untuk berubah dan menggapai segala nya sebagaimana dituntut ISLAM…ameen…

Bukan nak tunjuk pandai, apatah lagi nak bagi nasihat pada orang lain, tapi sebagai perkongsian buat semua.

Kalau di tengokan, difikirkan, dikaji (tak leh ada kan), nauzubillah…sekarang ni macam macam dah berlaku kan, dunia sememangnya dah makin uzur…dengan bencana kat mana mana saja kan. Kita ni sebagai khalifah ALLAH, dah macam kembali ke zaman dulu kala dah, dari segi pakaian, dari segi perbuatan, masalah sosialnya…nauzubillah mintak jauh la semua…

serius, tak boleh nak salahkan siapa siapa, pokok pangkalnya diri sendiri kan. yer lah ibu bapa dah lakukan tugas didik dari segi duniawi, dari segi agama…kalau yang tak lakukan tugas tu, hurmm fikir fikir sendirilah, guru pun dah bagi didikan…lepas tu terserah pada diri lah kan, nak teguhkan pendirian, teguhkan keimanan tu. bila jumpa/datang godaan…hanya diri sendiri je yang mampu tempis atau ikut kan….

aperpun, marilah sama sama fikirkan sejenak apa yang dah berlaku. dan sekiranya kita boleh buat tindakan untuk ke arah kebaikan, apa salahnya kita mulakan tindakan itu…sesungguhnya kita sebagai umat ISLAM ni, setelah tamatnya kehidupan kita di dunia ini, dan bakal menjalani kehidupan di akhirat, ingatlah 3 benda ini yang bakal menolong kita:

 

1) Sedekah Jariah

Amalan bersedekah semasa hidupnya, tak kira lah sedekah apa kan, janji yang membawa kebaikan dan manfaat untuk orang lain.

2) Ilmu yang bermanfaat

Ilmu yang diajarkan kepada orang lain yang mana memberi manfaat pada orang yang diajarnya

3) Anak yang soleh

Anak soleh yang mana sentiasa berdoa untuknya…

 

**sharing is caring**

rujukan : sini, sini

Thursday, October 13, 2011

TLC Campaign - Earnings Debit

Assalamualaikum,

Hurmmm, dapat mail dari nuffnang, pasal TLC nih. owhhh sekarang dah boleh derma thru akaun nuffnang. derma kepada TLC nih. hurmmm actually hany still algi blur pasal ni, tapi tadi log thru this link. http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/ , then buat lah sedikit derma, ahaha sebab duit tak banyak owh. so buat setakat termampu lah kan.

Nanti terus akan deduct dari akaun nuffnang lah. hurmm lagipun dapat duit ni dari nuffnang jugak dan rasanya tak buat keje berat pun dapat fuit nih. dan apa salahnya kita sama sama derma kan. cukuplah sorang derma RM1. bayangkan kalau semua blogger buat kan…alhamdulillah dapatlah bantu apa yang boleh kan.

10-13-2011 4-06-04 PM

 

Sama sama bantu setakat yang mampu.

Terima kasih Nuffnang, kerana membantu saya untuk membantu TLC Campaign…

Wednesday, October 12, 2011

Lepas gila borong buku, mari kita gila borong kat SOGO pulak…ada brani???

Assalamualaikum,

301200_2329236243024_1613270490_2391172_1244084155_n

ahaha, camno lah nak pujuk laki nih, ajak pergi nih. selalunya dia tak makan pujuk nak pergi tempat tempat macam ni nih. hadeihhh…tapi b, AKEMI ada up to 80% less, seronoknyer…Jom laaa…;)

sape nak pergi, nak ikut, laki kawe tok sey g tepat gini nih. kawe nok ikut laaaa….

 

**honestly, hany tak pernah pergi warehouse sale. kesyiannnn….cissss**

Yang elok di kongsi bersama, semoga mendapat manfaat…

Assalamualaikum,

 

298361_10150347713724704_622609703_7906538_1260200526_n

 

Sharing is caring…love ISLAM…

Tuesday, October 11, 2011

Baru bermula | Big Bad Wolf Books

Assalamualaikum,
Ha, Big Bad Wolf Books masih berlangsung sekarang ni sehingga 16oktober, di Mardi Serdang. Kalau nak pergi tu, bolehla pergi sementara masih banyak waktu lagi. hany dah pergi, tapi lagi 3buku tak jumpa. sekarang duk fikir nih, nak pergi lagi ker semata mata nak cari lagi 3buku nih. Kalau pergi harga untuk 3buku ni, adalah rm26 dah boleh dapat, kalau tak pergi, belum tentu RM26 tu boleh dapat satu buku kan. sebab yang ni memang murahhhh sangat…ha, kalau nak pergi tu bolehlah survey dulu buku mana yang korang rasa nak kan…meh ushar kat blog ni dulu dulu http://www.bigbadwolfbooks.com/.


Picture 033  time hany pergi taklah sesak sangat orangnya…

Picture 035 shopaholic ;)

Picture 037 nak bayar…*_*

Picture 041 ahaha selekeh and serius penat weh…dengan berat buku nya, lengoh kaki lagi….

Picture 047 parking kat luar, naik trem ni untuk ke HALL A…penat wehhh

Tapiiii, berbaloi owh, sebab harga memang la murah kan…dan rasanya kalau tak pergi sini, mahunya sebulan satu buku hany beli….ahahaha, tapiiii lagi…sangat puas hati. sebab semangat datang berkobar kobar untuk tanamkan minat membaca ahahaha….poor me, kahkahkah baru nak start tabiat membaca…


Picture 063 Dan inilah hasilnya, total RM104. sudoku tak de dalam gmbar atas ni


Agak agak sempat tak hany habiskan semua buku ni sebelum Big Bad Wolf Books tahun depan? ahahaha pasti akan ku habiskan semuanya…yeahhhh!!!

**better late than never kannn**

Surat versi Ganu & terjemahan nya ;)

Assalamualaikum,

Dapat ni dari FB opismate…suker….

297110_2280116816702_1662241947_2257375_1223653227_n

Perenggan 1:

Nak mintak tiang gol baru untuk padang di kampung

Saya tulis surat yang tak berapa molek/cantik kepada ketua kampung ni kerana ingin meminta tiang gol baru. Bukan apa, tiang gol lama teruk sangat, (ngokngek=bunyi tiang yang dah senget), kalau kambing senggol senggol sikit, rasanya boleh terbalik tiang tu. Lagipun tiang tu dah dekat dua puluh tahun dah.

 

Perenggan 2:

Bukan nak marah, nak bagitahu jer, cuba tengok kampung lain, tiang gol semua baru, lagi lawa/cantik dari tiang seri rumah ketua kampung. Tertekan jugak, dah orang kampung lain asyik persendakan kampung kita je. malu…Jadi saya minta jasa baik ketua kampung keluarkan bajet sikit untuk beli tiang gol baru. Nak yang biasa biasa jer, tak nak yang mahal, kan nanti kena curi pulak.

 

Perenggan 3:

Begitulah, bukan nak menipu mahupun sembang kosong, kalau tak percaya cuba pergi tengok. Rasanya lagi elok/cantik tiang jamban/tandas rumah Mek Semoh dari tiang gol. Beres la yer. Agak agak minggu depan dah ada tiang gol baru tak?…mengharap ni…

Yang bagitahu nak tiang gol : Mamat

 

**okay, faham tak???**

Monday, October 10, 2011

Workstation make over pleaseee | ni workstation ke tong sampah ni?

Assalamualaikum,

Serius, serabut perot weh tengok workstation sendiri, rasa macam bukan workstation dah, messy weh. for me lah, untuk orang lain tak tahu ler. dah lama memang tak amek tahu sangat, datang opis, on laptop, then teruskan seharian, walaupun ada kerja ke, tak ada kerja ker…tak ada usik pun apa kat atas meja.

then, tiba ada miting…bangun sambil search kat mana buku aku nih…seb baek ada…lepas tu campak balik buku tadi. dan sekarang dan ada penambahan buku, buku sudoku…pensel merata tempat, sekali handsaplast pun ada…ahahaa nasib ko lah hany….

Picture 002 for me, sangat messy ok. kalau MZ lah tengok ni depan mata, mahu seharian kena bebel;)

Picture 005 hansaplast ada, pos ekspress sapa tah anto pun ada, 3in1 pun ada sesat kt situ ha…

Picture 004 sudoku, tak cukup buku, yang print pun ada, macam terer kannn, pen pensel campak merata rata…

Beshnya kalau dapat, make over workstation nih…wohooooo seronoknye, pasti hijau pilihan ku…ngeeee….

plan, esok petang nak kemaskan workstation nih, nak kemaskan semua benda…dan cuba nak kekalkan kekemasan itu…INsyaALLAH, tapi for now, jom balik…tak de semangat lagi nak mengemas ;)

Purple | brownies | Last day

Assalamualaikum,

Macam biasa entri pasal sambutan hari lahir opismate, sambutan untuk bulan oktober, actually besday nya hujung bulan, tapi di awalkan kerana ada seorang opismate resign…kira nak bersama la untuk sambutan terakhir kan…

Tema:Purple, Lokasi:kedai english deco, Kek:brownies SR

IMG_1075 kek

IMG_1089 besday gurl…ceriaaa ;)

IMG_1057 dayah & kakmas

IMG_1059 Marlia & kakDoly

IMG_1061 Niza & Aina

IMG_1063 Nadia & KakLily

IMG_1065 Fizah & Hana

IMG_1067 KakAzie & Fatiha

IMG_1069 Rini

IMG_1073 Hafilah & Hany

page1 hadiah

page2 hadiah lagik

page3 Dan hadiah lagik

page4 dan lagi lagi hadiah ;)

page5 yeahhh hadiah…

IMG_1129 Group photo…

 

**ok daa….panjang weh…**

~TQ Dear~

Followers