Showing posts with label Mari Belajar. Show all posts
Showing posts with label Mari Belajar. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Lada Benar

Assalamualaikum,

 

Adik Ipar : Kakani, lada benar duk mane? cari tok jupo ni

Hany: ooo ado dale peti tu…(terbayang lada dlm balang dlm peti ais

Adik Ipar: ok ok

 

selang 15minit, telefon berdering lagi

 

Adik Ipar : kakani, takdok pun lada benar dale peti nih, cari doh takdok.

Hany : laaa…kan ade dale balang tuh, tingkat ke2 peti ais tuh.

Adik Ipar : takdok la, cari doh…dale robok kat dapur pun xdok

Hany: takdok…eh LADA BENAR lada gapo?

Adik Ipar : LADA ITAM la

Hany: ahaha, kakani ingatkan lada lumat.

 

LADA BENAR = LADA HITAM

LADA LUMAT = CILI BOH

 

**lain kali tanya betul betul hany**

Monday, October 31, 2011

Mari belajar : IGAT

Assalamualaikum,

ahahaha sempena TERENGGANU dah kalah ni kan, tak per lah. dah kalah tu tetap kalah lah, nak buat macam mana kan. oleh itu, mari kita belajar perkataan TERENGGANU yer. senang sangat perkataan nya, contoh ayat pun mudah difahami….

 

IGAT, maknanya TANGKAP yer.

 

contoh ayat:

Oloh, sharbine alwi nih, IGAT bola serupa nok IGAT anok ayam.

(oloh, Sharbine Alwi nih, tangkap bola serupa nak tangkap anak ayam)

 

ha, faham dok? senang kang. bukan nak kutuk sharbinee, tapi itulah yer, sakit hati tengok ulangan gol pertama negeri sembilan tuh. ahaha agak susah untuk dimaafkan. owh ye, Sharbinee Alwi tu orang Pulau Duyong tau. ahaha tak malu nih mengaku ni. takper lah benda dah jadi kan…

Friday, July 22, 2011

Mari Belajar : TUBIK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Mari belajar perkataan GANU lagi. hehehe ni semalam apak la yang duk tanya. ke sengaja tanya, buat buat tak tahu eh apak?

7-21-2011 10-30-08 PM

ha tu dia,
apak TUBIK tu adalah KELUAR


“weh, ko taknak TUBIK ker?”

“nak g maner?”

“jom g giant jom”

ha apak, dah faham kan?apa itu TUBIK…


**kat opis ni hany selalu sebut TUBIK, kelakor pulak bila dengar orang lain sebut, TUBIK TUBIK hihi yer lah loghat nya lain bunyi kan**

Monday, July 18, 2011

Mari Belajar : SIYEK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Ha, kali ni kita belajar perkataan GANU pulak yer. asyik KELATE jer kan. hehehe rasanya hany tak pernah lagi buat entri pasal perkataan SIYEK ni kan. hurmm ni pun sebab membe hany yang mesej hari tu.

okay, cara sebutan adalah SI-bunyi adalah SI, macam bunyi perkataan SILA. YEK pulak bunyi E adalah macam bunyi E dalam perkataan EKOR.


SIYEK adalah bermaksud KOYAK


“bakper la duk SIYEK ketah tu, abih sepoh rumoh ni”

“Kenapa koyakkan kertas tu, habis bersepah rumah ni”


Tuesday, July 12, 2011

Mari Belajar : NEKAR

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

NEKAR adalah DULANG. alaaa DULANG yang kita buat lapik gelas tu kalau ada tetamu datang kan. ha kelate panggil NEKAR.

situasi:
hany buat air ni, dah siap semua…hany pun ambil gelas dalam 5biji. sebelum sempat hany bertanya kat mana dulang tuh, tiba tiba mak mertua hany pun cakap:


“Kak, amek NEKAR kak, kak ani siap buat air doh ni”


so, berdasarkan situasi maka hany pun faham lah yang NEKAR itu adalah DULANG. dan tanggapan hany diperkuatkan lagi apabila adik ipar hany datang sambil hulurkan DULANG pada hany. hehehe tak la termanggu manggu apo ko bondo eh.

owh yer, kalau loghat GANU pulak, DULANG ni kitorang panggil TALANG. sebenarnye TALAM, tapi dah di terengganu kang maka jadilah TALANG. hehehe…

dulang rotan set 3
Nekar Rotan…

Ha, meh la menziarahi perniagaan HAJI CRAFT nih…banyak NEKAR yang dijual;)

Thursday, June 9, 2011

SIGAR



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Macam biasa,
kelas pembelajaran perkataan KELANTAN masih ada lagi. hihihi waaahhh memang betul betul nak buat 1hari 1perkataan ker. InsyaALLAH.


ok,
perkataan untuk hari ini adalah SIGAR. yang mana SIGAR bermaksud TANGGA. tapi bukan semua tangga dipanggil Sigar yer. penggunaan perkataan SIGAR ni adalah untuk tangga yang mudah alih tu. alaaa tangga yang selalu digunakan kalau kita nak fix barang macam lampu ker…


2153739_tanggalipatalmunium

contoh ayat yang MZ sebut la.


situasi nya: kitorang kan nak pindah, InsyaALLAH awal julai nanti. maka hany pun sibuk la bertanyakan pasal ASTRO. siottt la ASTRO nak selaraskan harga pulak….adeihhh ada je naik lagi pakej ASTRO nanti ni.




H : B, nanti ASTRO tu jangan lupe kol, nak pindah ni

MZ : Astro…kita pasang sendiri la.

H : pandai ker cari channel?

MZ : senang je lah cari channel tuh.

H : yer ar tuh pandai…

MZ : Oloh, SIGAR takdok pulok, nak pasang cam mana…

H : ha? SIGAR…




MZ diam…hany tak terus tanya, hany fikirrrr…then hany teka, TANGGA eh b…hehehe betol!!!


ok, dah tahu yer SIGAR adalah TANGGA bukan SIGAR RAGA dalam cite P.Ramlee tu yer


images



**loghat telah di alih ke loghat standard yer…**

Wednesday, June 8, 2011

PISOH



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Mari Belajar,
Perkataan KELANTAN yer. dah lama tak buat kelas belajar nih. ampon asyik lupa jer nak buat entri Mari belajar nih.


ok, perkataan hari ni adalah PISOH. MZ cakap PISOH tu bermakna USAHA, IKHTIAR.


contoh ayat:

situasi dia macam ni, kepala paip air di sinki rumah hany asyik terkeluar je airnya, makin hari makin kuat. sebelum ni MZ dah balut apa benda ntah, tapi semalam air keluar lagi.


makanya, tadi MZ cakap kat hany,


“ujung minggu ni kena PISOH lagi la ni”
hujung mingu ni kena IKHTIAR lagi la ni.



hany pun, tercengang. Ha! PISOH, gapo PISOH tuh. kalau lagu tu hany tahu la, sokmo karaoke…”jangan Pisohkan aku dan dia…tuhan tolonglah ku cinta dia…”



Pastu MZ cakap lagi. tengok dok dalam cerita hantu kak limah balik rumah, kan tok bomoh yang kelate tu ada cakap, masa kak limah di tangkap tu.


“patutla aku PISOH tok leh, buke atu, ore ruponyo”
“patutlah aku IKHTIAR tak boleh, bukan hantu, orang rupanya”


ha, kiranya tok bomoh tu kan tak berjaya, sebab tok bomoh tu terer untuk hantu, tapi kan kak limah tu orang bukan hantu, maka ikhtiar/usaha si tok bomoh tak menjadi la.


ha, itulah maksud PISOH. hany pun baru tahu ok!


face_question_mark


sekian pembelajaran kita hari ini, sehari 1perkataan…ahaha…

Thursday, February 17, 2011

Hany cakap loghat GANU


Selalu hany buat MARI BELAJAR sama ada loghat GANU ataupun loghat KELATE. ha sekang jom tengok hany cakap loghat ganu…hehe tengok tau, bukan dengar;)


2-16-2011 10-07-09 PM


Bermula dengan kuiz nih.
dah nama anak jati GANU kan, takkan la loghat GANU pun hany tak lepas;)


Seterusnya…

2-16-2011 10-07-46 PM

ha,
ada faham ka?


2-16-2011 10-08-10 PM

ha,
mana perkataan yang tak faham? meh hany bagitahu jawapan ;)


**takperlu lah nak malu dengan loghat negeri sendiri, sepatutnya BANGGA ok**

Friday, January 28, 2011

Belaja Loghat Kelate: SADAK




SADAK,
adalah SABIT yer.


images


Cara sebut SADAK:

SA bunyik macam SAYANG
DAK bunyik macam BUDAK
ok, itu perkataan untuk hari ini, SADAK iaitu alat yang digunakan untuk tebas rumbut yang mana namanya adalah SABIT;)



**MZ pernah bermimpi dapat SADAK nih. ada orang bagi SADAK ni kat dia. hurmmmm motip? b…lalang kat belakang rumah kite nih dah naek dah…nak sama tinggi ngan sayang dah…apa lagi…ur job;)**

Wednesday, January 26, 2011

Belaja loghat kelate: CENA

 

 

 

Ok, mari kita belajar lagik. Loghat Kelate hari nih yer kawan kawan. dan perkataan hari ni adalah CENA.

 

 

 

CENA adalah dari perkataan CHANNEL. CHANNEL pulak bermaksud SALURAN kan. ahahaha boleh ada kan plak kat belakang…;)

 

 

 

cara sebut CENA:

 

CE, bunyik CE macam perkataan CEREK

NA, bunyik NA macam perkataaan NANA

 

 

 

Ok, itu jer untuk hari ni… sehari 1perkataan. hihihi ;)

Tutor versi Hany: Tiada tempat untuk komen di entri






Semalam SHAFIDA, ada mintak tolong hany. dia cakap di blog kedua dia takde tempat/ruangan untuk komen. ummm, sekilas pandang je la hany tengok. sebab mane bleh masuk dia nye dashboard kan…


ni hany bagitahu dari pandangan hany jer lah. ni dari mungkin dari segi setting nih.


1) Fida masuk ke DASHBOARD > SETTINGS then pergi ke bahagian COMMENTS

1-25-2011 10-27-37 PM


ok, cuba fida check,
macam dalam kotak yang hany tandakan kat gambar kat atas nih. make sure TICK pada SHOW.



then SAVE setting.


1-25-2011 10-28-06 PM


SAVE SETTINGS ni berada pada bahagian bawah sekali pada page tersebut.



2) Lepas tuh, cuba fida bukak blog fida. keluar tak tempat, bahagian untuk komen tuh.


1-25-2011 10-28-53 PM


eh n i adalah contoh blog hany ;)



fida, selamat mencuba ;)


**kalau tak jadi jugak, maybe layout la kan, fida cuba dulu cara nih yer**

Tuesday, January 25, 2011

Belajar loghat Ganu: JERANG



Yang last, kita belajar pasa loghat Kelate, PODA kan. jadi hari ni mari kita mengetahui akan perkataan JERANG, loghat GANU, na na na GANU kiter…


mari kita lihat situasi dulu ;)



Mak hany: duduk la dulu, moksu nok g jerang air dulu

Sepupu: ma, mok su nok wak mende? JERANG?

Makcik hany: laaa…moksu nok g masok air la…moksu panggil JERANG




JERANG bermaksud MASAK/REBUS


selalunya mak hany gunakan perkataan JERANG ni untuk air la. hehe tak pernah pulak dengar JERANG UBI. hohoho…


cara sebut JERANG:

JE, bunyi macam perkataan JEPUN
RANG, bunyik macam RANGKA


**hany pernah dengar orang sebut air jarang, iaitu air masak**

Friday, January 21, 2011

Belajar Loghat Kelate: PODA




Ha apakah maksud PODA?

PODA adalah kapur kasut. alaaa kan kasut sekolah adalah kaler putih kan. so setiap wekeend pasti kita akan sapu kapur kasut nak bagi kasut tu lagik putih. ha itulah PODA.


kapur


cara nak sebut PODA:

PO bunyinya macam perkataan POLIS
DA pulak bunyinya macam perkataan DAPUR


pastuh,
hany tanya la MZ camne bleh dapat nama PODA pulak. MZ cakap sebenarnya dari perkataan orang putih, POWDER ok! kan kapur kasut kan putih. so macam POWDER la. jadi bila di kelate kan jadikla PODA.


itulah asal usul PODA nih.


ye ke tak ntah MZ nih.


**hany akan buat entri pasal loghat ni berselang seli antara loghat kelate dan ganu, hehehe untuk di kongsi bersama…sharing is caring what;)**

Wednesday, January 19, 2011

Belajar Loghat Ganu: Lebong




LEBONG yer kawan kawan!


Cara sebut LEBONG:

LE – bunyik macam LE dalam perkataan LEBAH
BONG – bunyik BONG tu macam perkataang BONGKAR


Maksud LEBONG adalah TIPU


“mu gitu ar, lebong sokmo la…”  = kau macam tu la, selalu tipu







satu lagi perkataan ganu yang mempunyai maksud tipu adalah NAWOK. ahahaha bukan biawak yer. ;)


Cara sebut NAWOK:

NA – bunyik macam perkataan NANI
WOK – bunyik macam perkataan WOKEH…ahaha sowiii tak tahu apa lagi perkkataan yang ada bunyik WOK tuh ;)


**macam seronok plak ada segmen belajar loghat ni..eh mampu buat segmen belajar loghat jer, segmen TERJAH tu tak mampu la kan;)**

Tuesday, January 18, 2011

Belajar Loghat kelate: KALA




KALA???
Kala Malam Bulan Mengambang kot? ahahaha…failed!!! sikit sikit nak kaitkan dengan Rosyam Nor kan kan…


Semalam,
hany dengan MZ bercakap pasal IPHONE dan BLACKBERRY? pung pang pung pang…ni semua gara gara kat ENDON, akan sekat laman web lucah supaya pengguna BLACKBERRY tak dapat access. MZ cakap la, ishhh ramai jugak yang guna BLACKBERRY kan. hany terus tanya, agaknye BLACKBERRY lagi besh dari IPHONE.
tetiba MZ bersuara,


“KALA jo hok bezo nyer”

hany terus pandang MZ…dalam hati, ishhh KALA tu amende pulak…takper lah, jangan tanya dulu biar MZ cerita dulu KALA tuh ape dia. sekali MZ tak sambung pulak pasal KALA, so nak tak nak, kena la bertanya kan…jap lagi kan sesat jalan pulak…


“B, KALA tu gapo? KALA Malam Bulang Mengambang ker?”
(sambil sengeh…aahha mengong sendiri buat lawak sendiri sengeh)


MZ: “laaa, KALA pun tok tahu”


MZ: “KALA KALA…kaler laaa, Warna”


Hany : “ooo kaler, warna la?”


MZ: “kalu KALE lak tahu? KALE”


Hany: “tahu…ganu panggil KALANG. apela Warna tu KALA…macam KALA Malam Bulan Mengambang jer”
(tak habis2 dengan Kala Malam Bulan Mengambang)


KALA adalah WARNA/KALER/COLOUR.
Cara sebut K.A.L.A bunyi nya sebutan baku


KALE, KALANG adalah PENSEL/PENCIL

cara sebut KALE:
KA-bunyi macam sebut KAwan
LE-bunyi macam LEmpar

cara sebut KALANG:
KA-bunyi macam sebut KAwan
LANG-bunyi macamn LANGsir



Banyak lagik wooo perkataan kelate yang tak tahu tau. xper xper, slow slow la kan. tak tahu tanya, jangan sombong ;)


Wednesday, January 5, 2011

budu&timun

Korang tahu budu kan?
ahahahaha, gile ar kalau tak tahu kan. budu sinonim dengan orang kelantan. suami ku orang kelantan menipu la weihhh kalau ada orang kelantan tak makan budu kan kan kan….eh ke ade? oppsss…


al kisah,
MZ selalu la jugak suruh hany try budu+tempoyak nih. wooo wooo rasanya terlalu sukar la nak masuk mulut hany nih…sebab sebelum masuk mulut, akan sampai ke hidung dulu kan…hehehe


kerana budu jugak, MZ jadi romantik tau.
ha nak cerita sikit pasal MZ yang ada kaitan dengan budu. MZ sebenarnya memang jenis tak suka melayan hany ni, biasa la pompuan nak bersuap bagai la time makan….uwerrrkkk..nak manja manja la kunun, tapi selalunya MZ tak layan. dah tu ko suruh dia suap time dia tengah lapar gilaa….memang la tak di layan kan…


ada la satu hari tuh,
MZ nak suruh hany try budu+tempoyak ni, siap nak suap bagai la kan, tanpa diminta minta…isteri pun rela la disuap, dah suami beriya nak suap….seb baek sikit je disuapnye budu tuh…kalau tak mahu tersembur keluar balek….terus cepat cepat hany minum air…serius, hany tak leh makan budu. pullstop!


MZ,
suka makan budu+tempoyak, then kena ada timun di hiris hiris. fuhhh suke benar MZ tuh….


020120114327

020120114328


tengok rupe timun tuh, tebal nye hai. ni MZ potong, hany tak sempat potong…biasa la lelaki…selagi boleh je dia potong. dan satu hal lagi, selalunya hany takkan sediakan budu+tempoyak tuh. MZ sendiri akan masukkan dalam mangkuk, penyek2 cibai tuh…hehehe MZ dah sedia maklom isteri nya tka leh bau budu+tempoyak tuh ;)


020120114329 

pastuh,
makan lak dengan ikan goreng fuhhhh…layannnn… MZ cakap “NYAKUT” maksudnya, kena sangat makan ikan goreng dengan budu+tempoyak dan timun….
ikan goreng tuh, kalau tukar dengan ayam goreng pun NYAKUT gak MZ kata….


maka,
kalau hany dah malas nak masak remeh2, tak sempat ker….maka inilah lauk pilihan hany. hehehe…sonang gituh…seb baek la MZ boleh terima dan makan…sonang kerja kan…


korang makan tak budu, tempoyak ni???

Monday, June 14, 2010

Mari Belajar part 4 kot ;)

hahaha,
dah lame tak buat entry Mari Belajar kan!!! and dah tak hengat part brape dah...kali nih pasal loghat Kelate.


GERUK = GURUH

cara sebutan adalah, GE bunyik macam GERUN, RUK berbunyik macam RUKUN. okeh dapat kannnn... ingat GERUK bukan BERUK yer, marah ore Klate kan. ;)



PLAKA = PETIR

cara sebutan nya adalah, PLA adalah PLA laaa..hahahah taktahu contoh. KA, macam sebut KAWAN tuh.


sekian...

Monday, March 1, 2010

Mari Belajar....3




ok, kali ni kite akan tengok perkataan KLATE n GANU, yang mempunyai maksud yang sama, tapi sebutan berbeda....


BELAWOK & NAWOK

ha BELAWOK adalah perkataan KELANTAN, manakala NAWOK adalah TERENGGANU. cara sebutan WOK tuh adalah macam kita sebut WOKEH!

dan maknanya adalah MENIPU/DUSTA






Wednesday, February 24, 2010

Mari Belajar....2



kali ni mari belajar perkataan GANU...xmoo buat perkataan KELATE dulu...merajok...MZ cakap failed.... xsupport langsung kan...


SE'EH

bunyik sebut, SE' tuh macam sebut perkataan SELAK, tapi kena bunyik kan ' tuh, macam sebut SEKS, tapi tak bunyik S tuh...EH pulak...ayyyooo susah nye nak tulis camne bunyik nye...wink wink wink...ayark EH xtau la nak explain cmner tapi bukan bunyik Eh cam dlm ayat ni, "Eh, ko nak kemana tuh..."


contoh ayat yang menggunakan perkataan SE'EH ni...

Owoh, banyok ngat makang takdi...se'eh wase perok ni...

Banyak sangat makan tadi, SENDAT perot ni...

ha, oleh itu tentu anda dah dapat agak kan, makna SE'EH adalah SENDAT, KETAT, PENUH....kalau perkataan jawa lak KEBUNTAT...hahaha betol ke tuh...zai yg ajar...


RATE RITI

okeh, perkataan kedua adalah RATE RITI...RATE tuh cara sebut TE adalah macam TERIK...ok dapat kan!

contoh ayat:

mu letok daner gok pisa tuh, RATE RITI carik, dok jupe jupe....

kat mana ko letak pisau tu, cari habis tempat dah, tak jumpa jumpa....


rate riti nih, lebih kurang macam merata rata la...ha dari ayat kat atas faham kan penggunaan rate riti tuh?




Tuesday, February 23, 2010

Mari Belajar....1

Mari Belajar perkataan Kelantan...
ha naper perkataan Kelantan? yer lah sebabnya hany nak la kena tahu kan perkataan perkataan Kelantan, al maklomlah hany nih dah jadik isteri seorang yang berasal dari Kelantan...then bila balek ke Kelantan, sah sah la banyak perkataan perkataan Kelantan yang akan hany dengar...pastu semuanya yang pekat pekat...yang jarang di dengar oleh ku....

1) TEMBOK = JALAN RAYA

mak mertua bertanya hany pasal umah yang rombongan hany berhenti untuk solat....macam ni soklan nyer...

MIL : Kat mane umah yang brenti masa rombongan mari?
Hany : masuk dekat pintu gerbang umno tuh...
MIL : dekat tembok luar nu la....
Hany : ha, tembok? (ade ke tembok masa aku datang tadi? ingatkn tembok yang macam dinding tuh...)
MIL : Tembok besar luar la tuh....
Hany : ha ye la kat tembok luar laa...( iyakan aje laaaa...mane punyer tembok pon xtau)

* MIL menggunakan loghat kelate yer...hany dah convert kan  *

Hany : B, tembok tu gape gok?
MZ : bakpo?
Hany : tadi ma tanya pasal umah mmbe ju tuh...sayang royak laaa, ma kate kt tembok besar luar tu...masa syg mari, mane ade tembok b....syg pon kate ye je...sbb xtau doh mane temboknyer...
MZ : laa syg mari tadi syg lalu kt tembok laaa...tembok tuh jalan laaa....
Hany : laaa jalan ker...hahaha syg ingat tembok tuh, mcm dinding tuh...hahaha



2) SISE = DOOR GIFT

Sise (SE sebut macam bunyik Selimut), adalah door gift atau hadiah yang pihak pengantin bagi kat tetamu, xkira la tetamu tuh exclusive ke idak....

MIL : ani amek gok SISE blake pintu tuh...dale bakul tuh....
Hany : nok brapo ma....

hany tengok blakang pintu ada bakul khas di tempatkan kt situh, then dalam tuh...ada kotak kotak untuk tetamu...ok hany faham...sebab benda ni direct...hehehe...




** UPDATE on 23feb,1.30 **

SISO = Sebutan dia SO macam SOPAN....

makna dia sama seperti di atas...


~TQ Dear~

Followers