بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Wednesday, September 26, 2012

Crocs Pink made in china…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

haaaa, jangan tak tahu hany ada benda berwarna pink. ahaha crocs pink kaler gituh. ahaha bencikkk ok!

Begini ceritanya, masa di Forbidden City, tiba tiba tapak kasut hany sebelah kanan tercabut pulak. siotttt betol. tercabut jenis tertanggal terus tuh. mulanya hany ikat la guna tali kasut tu. lepas tu teruskan perjalanan lagi. banyak sangat berjalan kot. and maybe kasut tu dah sampai waktu kot. padahal memang ada kasut yg lagi baru dari kasut tu. tapi sebab selesa pakai kasut tu, maka itu jerlah yang hany bawak. dan 1sandal.

Bila dah keluar dari Forbidden City, memang totally out. takleh repair dah. masa ni semua dah tahu dah tapak kasut hany tercabut. maluu tu ada gak sebab dorang susah susah carikan teksi bagai. alaa tak besh la kan, datang berjalan sama sama takkan la hany nak naik teksi lak.

DSC_0353 Cubaan ikat tali kasut bersama sama tapak sekali. tengok 2orang bodyguard i ni, memang concern betol ;)

DSC_0357 Bodyguard tengah explain kat Bruce apa yang terjadi. owh yer Bruce tu adalah orang kuat Archibus, dialah founder untuk software archibus ni.

Okay, lepas tu berjaya la ikat…jalan laaa lagi…sekali ahaha tercabut jugak tapaknya, aahhhh cabut jer lah. nyusahkan pulak. lagipun ada lagi 1 layer kat bahagian bawah tu, bukannya terus cecah tanah. tapi rasa mcm pakai kasut ballet pun ada. sebab dah nipis sangat kan.

DSC_0366 ha tu dia cabut terus. masa ni serius hany segan giler, sebab semua dah tahu and kerumun macam tuh. serius malu segan rasa menyusahkan.

Yang perempuan pegang henbeg kuning tu, adalah Megan…dia lah banya organize event di Beijing nih. Masa ni dia dah start cari teksi untuk hany naik…yang si Bruce dah keluarkan duit bagai untuk bayar teksi. tapi area situ memang susah nak dapatkan teksi. hany cepat cepat cakap tak pe, hany masih boleh berjalan. ntah rasa macam segan lah. ko ni menyusahkan betol laaa!

DSC_0376 Kasut sukan bertukarrr menjadi kasut Ballet ;)

tengok siap lilit tali kasut lagik. ahaha seriusly ONLY IN CHINA jer lah benda macam ni. kenangan weh kenangan…

Kitorang teruskan perjalanan, then sampai satu simpang kitorang geng ASCKL ni berpecah sebab kitorang nak cari Muslim Food. jalan jalan jalan…ahaha memang la tak selesa kan sebab sebelah kasut tinggi sebelah lagi rendah, rasa jalan lak tu. ahaha redho jer lah masa ni. dalam hati tolonglah jumpa kedai kasut. ape jenis kasut pun hany rembat.

Alhamdulillah, doa dimakbulkan….

DSC_0388 cute giler kasut kat sini. ahaha tapi semua size kecik. hany try yang mcm kungfu punya kasut tu pun xdapat. teruskan lagi perjalanan…

Terjumpa kedai serbaguna, ahaha siap ada jual kasut. Dari jauh dah terpandang crocs tuh. aaahhhh amek je lah, jani ada kasut dan selesa. sampai je kedai tuh, terus capai crocs dan masukkan kaki, ngam ngam memang saiz hany. tapiiiii kaler pink. ahaha dalam keadaan terdesak macam tu, sempat lagi hany tanya kan warna HIJAU ada tak? ahaha patutnya ko amek je lah mana mana janji selesa kan, dah la tengah terdesak. Bos hany tanya kan ada tak warna hijau. sedih…yang ada Pink and Purple jer.

I rela ambil purple you dari pink. sekali tak ada size hany. ahhhhh tensen. tapi jangan cerewet sangat, tengah terdesak. maka rembatla crocs pink made in china 1. pinkkkkk uollllllls. berharga RMB15. kalau RM, korang bahagi 2 lah. rasanya memang lagi murah dari Malaysia lah.

DSC_0398 inilah kasut pink made in china. tertekannn weh pakai pink.

Tapiiii, memang selesa la kan. ahaha lepas tu kemana mana dengan si pink tuh. sebab kalau jalan jauh selesa pakai yang bertutup kaki ni.kalau tak macam tak besh jer. lepas tu kaki pun kotor. dan Crocs ni macam licin jer. ahaha seb baek kat sana masa tu bukan musim sejuk kan, kalau tak memang la licin…basah kan.

Moral of da story, sila make sure kasut anda adalah kukuh. ahaha ni sebabnya hany dah lama xpakai kasut ni, dulu guna untuk jogging. alih alih ambil dari rak kasut, masukkan dalam beg, try pun macam tu jer…yer lah benda tak expect nak jadi kan. aperpun, ia nya pengalaman. kalau tak, tak merasa la ko pakai kasut pinkkkkkk kan. hahahahahahaaaa…

20 comments:

SweetYatt said...

ha ha ha... hani.... kelakarnya... org yg taksub hijo kena pakai pink... mesti feeling2 nak grrrr je kan?... anyway.. tahniah kerana berjaya pakai kaler pink.. tupperware pink mau??

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Olololooooo siannya Hany!!. Mengimbau kenangan MM masa remaja. Ni Hany kira ok lg bukan high heel. MM kan... tumit yg tercabut tau!. Berkaki ayam kat shopping complex... sampai jumpa kedai kasut baru settle.

Hany kat Beijing ye?. Heee bestnyaa!!. Nanti share tempat2 makan halal kat sana ye. Ok Hany, enjoy yg day!

Mrs Velentine said...

sya suka kasut2 yg dijual...nak 1 sebagai ole2 boleh???hehe..cubit2 sini

Cik Nur said...

pink pun comeilah hany.. :)
kasut yg lama tak pakai mmg bahaya kalau kita balik balik untuk jalan jauh.. lepas ni kena berhati2... :)

Zura@Iwan said...

tpksa la cari kasut br ye..nasib baik ada crocs tu.hehe

dya bunga said...

kasut kat sana mmg kecik2 ke

Si Matatajam said...

Pink pun ok la...sweet gitu...

satonaka a.k.a ajak said...
This comment has been removed by the author.
satonaka a.k.a ajak said...

hahahah aku nk komen sebagai org yg suka pink..boleh?

cube ko tgk gambar time kerumun tu..aku rasa mcm time tu ko tgh jual DVD cetak rompak je..hahhahhaa

Chic Na said...

glemer hany kasut punya pasal. hehe.. suka tak suka kena pakai jugak. huhu..

Rohani Hashim said...

tu lah kak ati, carik hijau jugak, tapi apakan daya tak ada kannn. ahaha taram je lah, demi keselesaan kannn.

tupperware hijau boleh pelawa kat saya, pink tok sey ;)

Rohani Hashim said...

MM, owh no! sengsara kannn.

hany dah balik dan MM, ahad baru ni sampai

Rohani Hashim said...

ahaha xbeli pun sya kasut2 tu sbb hany pilih mana yg muat dgn hany jer, nk bagi lepas sbb nk jalan jauh lagi.

Rohani Hashim said...

comey ker CikNur? hehehe susah org yg tak suka pink ni nak trima. hehe betol cikNur, hany setuju, memang hany tak check langsung, amek kasut, terus packing. takde try apa dah...ha nasib la kan sendiri yg susah.

Rohani Hashim said...

a'ah zura, seb baek ada kan. kalu dok berkasut ballet la sampai sudah ;)

Rohani Hashim said...

dya, agak kecik la, takpun kaki hany yg besar kot. ahahaha

Rohani Hashim said...

ok lah M, hany trima la sweet tu ;)

Rohani Hashim said...

ahaha aper ni nak suka suka pink kat sini nih. no no no!

a'ah la, 3spuluh 3spuluh mali mali, mulah mulah, tengok abg bruce tengok pilih pilih, mulah mulah...kahkahkah

Rohani Hashim said...

betol chicna, memang kena pakai jugak...janji selesa kan...

Deqla manjew said...

haha..x suke pink ke?deqla suke sgt...pink itu comel! buktinye kaki akk nmpk comel..hahaha

Followers