بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Tuesday, September 25, 2012

Maka, Bermula lah…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,

Ha, sudah sampai kerajinan untuk hapdet blog.yeahhuuuu…maka, marilah marathon buat entri sampai muak. ahaha ko sendiri yang muak takpe lah, jangan sampai orang yang tengok pun muak sudah ;). tapi hany tak der lah sampai nak buat travelog kan, tak layak pun sebab bukan nya selalu travel pun. jarang sangat lah. dan untuk beijing ni, rasanya sangat ramai dah yang buat entri pasal beijing nih. tapiiii setiap orang pengalaman yang dilalui adalah berbeza kan. mungkin apa yang hany lalui, orang lain tak lalui, dan mungkin apa yang orang lain lalui, hany tak lalui kan…

Flight kitorang jam 12.25 pagi, ambil masa 6jam, dan masa adalah sama dengan Malaysia,sampai dalam 6.30 la. sampai sampai…Nak terkencing, tapi botol tak bawak lak sebab mana bleh bawak air kan, adeihhh tahan la jugak. keluar dr Beijing Capital International Airport, laju laju cari teksi sebab nak cepat sampai ke hotel. Kononnya nak naik subway la kan…ahaha ko giler pagi pagi dengan penuh manusia nak naik subway. last last carik teksi ler. sepatutnya teksi RMB150 jer. tapi ntah macam mana kitorang naik yg muatkan 4org mcm mpv tu, RMB600 ok. kalau RM adalah RM300. ahaha dari airport ke beijing city adalah sejauh 32km. Jem pun tak teruk. kitorang still rasa mahal, tapi takleh nego apa, dan semua pun mcm nak cepat sampai jer, maka redholah kongsi ber4 kan.


DSC_0395 Suka ngaco org bergambar kan…tapi suke gambar nih, i nampak glowing serta sangat fair kan…ahahaa…

Bila dah sampai hotel tuh, nak check in la kan, sekali receptionist yang jaga kaunter tok pehe sepatah pun kechek english. Hany inform la nombor booking kitorang kan, tak faham, ok hany tulis pulak dalam kertas. ahaha tak sure la dia faham ke tak. tapi memang sangat lama la kitorang nak check in tuh. haiyoooo…lepas tu muka receptionist tu macam stress giler, sebab dia cakap apa ntah, hany tak paham, then hany cakap dia pun tak paham…ahaha mampos. sudahnya dia call sapa yang tolong booking kan bilik kitorang. then baru lah dapat bercakap dengan betul. kitorang bagi passport, lepas tu barulah dia dapat proceed…kesian tengok receptionist tu, stress yang amat la muka dia ahaha…

DSC_0484  ahaha muka stress yer ko….

DSC_0502 nampak duit barulah boleh senyum sikit kan…ceitttt….

Hotel kitorang stay ni, area University. memang tarakkk syiokkk sangat. tapi dekat la dengan tempat training, iaitu 2km jer. so kitorang pergi training, jalan kaki saja. kitorang ber4, dua orang tu husband and wife, so 3bilik kami dapat. ahaha mestilah yg husband wife tu nak duduk bersama kan, aahaha takkan nak share dengan hany. so horeyyy la duduk sorang sorang;) lepas dah setel semua, laju laju naik bilik sebab nak shishi ;)

ahhhh macam dah panjang jer entri nih. ahaha pemalas betol nak menaip kan. so sepanjang hari pertama sampai tuh, hany setelkan baju semua and then terus bersihkan badan, lepas tu terus keluar pergi Forbidden City, join group APAC beramai ramai ke Forbidden City. memang tak sempat rehat la. dorang ber3 tu sempat la jugak lelap barang sekejap. bagi hany, dapat mandi tu dah rahmat dah, badan akan segar kembali laaa. training nya start pada 19&20 hb9. kitorang sampai 18hb.

Masa hari pertama sampai tuh, kitorang rasa orang kat Beijing ni memang semua garang garang agaknya. ye lah dari driver teksi, receptionist, bercakap macam nak marah orang. dahla susah nak senyum. tapi yerlah dah dorang memang cenggitu kan.

Macam biasa, benda kena ada nak kemana mana di China ni adalah botol air. ahaha tandas dorang adalah tidak berpaip air. so pepandai lah tadah air kat sinki dulu. hany selalu bawak 4botol air mineral yang kecik. ahaha tu pun rasa semacam jer…Kalu nak terberak tu, ahaha sendiri mau ingat laaa;)


7 comments:

wida said...

susahnya kalau nak berhajat..tp x de paip air kan.mmg potong lah..hihi

Mrs Velentine said...

xda air mmg naya..kat sabah pun ada mcm 2..hehehee..cubit2 nuffnang

are_lin@yu said...

wahh beznya jln2..nk gmbr lg!!hehe

syalinda johari said...

beb....kalau aku kan, maunya tahan berak, makan pun sikit2 ja, minum air pun sikit..hahahahahaha

dya bunga said...

xsyoknya xde air..

~Cik Sweety~ said...

hadeh..bab2 air tu yg xleh nk kompromi..

ch@ said...

org sana mmg tak pandai berbahasa inggeris. pensyarah kita dulu beritau dia pergi sana, rasa hendak menangis bila berjual beli. hiii... best hany dpt tgk negara org.

Followers