Tuesday, September 30, 2014

Bacaan Gula

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Bersiaran dari KK. Hehe time menunggu memang la sangat boring kan. Mari hapdet blog hijau ni. Sepatutnya sekarang hany checkup 2minggu sekali. Yer lah dah masuk 8bulan kan. Last week dah datang hari khamis,tapi hari ni kena datang lagi...gara gara gula naik.haha ko bantai ape lah hany sampai naik gula nya.




Ha ni result bacaan gula hany. Sebelum ni memang sebulan sekali,sama macam checkup perut la. Last week naik,cek punya cek...rasanya hany makan goreng goreng. Sebab nurse pun cakap goreng goreng ni cepat naik gula. Kan kena puasa start 8mlm sebab kul10mlm nak amek bacaan. Kul6lebih hany bantai jeput pisang n goreng pisang.haha nasebbb...

Tak pasal pasal kena datang minggu ni. Lagi satu sebab hany lepas ni nak balik Ganu dan checkup kat Ganu dah. Tu doktor cakap nak monitor lagi sekali. Kalau tak turun dia nak suruh refer hospital. Aaaaa tak sukanya kalau banyak banyak tempat ni. Tapiii...redho je lah kan,kau yang tak berpantang betul betul kenapa!!!

Alhamdulillah...hari ni perjalanan sangat seronok ke KK. Keluar rumah jam 7.15 sampai 7.40pagi. Huiiii selalunya lama jugak. Sampai siap dapat parking dalam kawasan klinik lagi. Kalau tak harapan laaa nak dapat park kat dalam. Rasanya hari rabu ni macam tak ramai orang je. Macam besh je checkup hari selasa ni. Tapi yerlah ikut kawasan...hany selalu kena hari khamis.

Duk sekejap je terus panggil nombor pergi makmal. Tapiiii tak besh jugak kalau siap cepat,sebab hany ambil darah je. Lepas ni cek darah kul 11 lak. Lamaaa tu nak nunggu ke kul11...haiyooo...kalau sekali dengan checkup okay sikit. Nunggu checkup pun lama,sedar sedar dah dekat kul11...

Alhamdulillah...setakat ni dah start rasa susah nak tido...tapi bila dah tido memang lena yang amat lah. Petang petang pun lena jer tido. Dah start jugak rasa sakit situ sini,senak situ la,krem kaki la...krem kat bawah perut la...hehe nikmat mengandung kan.

Masih boleh pakai baju kurung lagi. Setakat ni memang hany tak ada beli uniform mengandung lagi la. Semua blouse hany muat je lagi. Sebabnya blouse hany memang semua jenis kembang kat bawah hehe...Tengok nanti dah cecah 9bulan kot kot dah tak muat kan.hehe nak merasa jugak pakai uniform ni ;)

Selamat pagi kawan kawan ;)

Monday, September 29, 2014

Qaseh Junior Menggantikan Scott Emulsion???

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ • 

Assalamualaikum,

Qaseh Junior? Pernah dengar tak???

Ha Qaseh Junior ni ni adalah produk Ana Edar. Bumiputera Muslim. Ana Edar ni dah bertapak bermula tahun 1983 lagi. Almaklom la selalu nya produk Muslim ni kurang mendapat perhatian. Kebanyakan orang kita pandang imported produk jer kan. Walhal kebanyakan produk tempatan ada yang setanding produk import, malah lebih bagus lagi sebab dari segi keHALALan nya kan.

Ni adalah Qaseh Junior. Cecair dengan kepekatan sederhana.

Qaseh Junior, campuran minuman botani dengan formulasi 8 makanan SUNNAH. Antaranya, KURMA, MADU, KISMIS, BUAH TIIN, ZAITUN, DELIMA, AIR ZAM ZAM & HABBATUSSAUDAQaseh Junior juga mengandungi tambahan iaitu ZA'FARAN, GARAM BUKIT, GAM ARAB, PEGAGA, BADAM & BAYAM.

Khasiat Qaseh Junior:
1) Membekalkan Tenaga
2) Mencerdaskan Minda
3) Menyokong Tumbesaran
4) Menguatkan Sistem Imun
5) Membekalkan Serat

Ini antara Testi daripada ibu yang berikan si manja nya Qaseh Junior

Alhamdulillah,
memang kawan kawan hany pun ada berikan Qaseh Junior ni pada anak anak mereka. Alhamdulillah..feedback dari mereka sangat positif. Yang tang sembelit tu memang sangat sangat membantu. Ini kerana Qaseh Junior mengandungi KURMA & GAM ARAB. Memang baik untuk kurangkan dan elakkan sembelit. 

Ada juga kawan hany yang dah mula bertukar dari berikan si manja scot emulsion, sekarang sudah mula berikan Qaseh Junior. Katanya, Qaseh Junior ni ada makanan sunnah, kenapa tak nak bagi kan. Lagipun dari feedback, ramai yang katakan khasiat lebih kurang scot, lagipun nak support produk tempatan. Mula mula memang bercinta jugak nak bagi anak serasi...tapiiii dia kental sebab nak bagi anak anak khasiat makanan sunnah. Sekarang dah boleh makan dah. Yer lah budak kan, dah selalu dia amalkan sekali nak tukar...take time la kan.

Pasal kahak ni pun ada hany terima feedback. Anak selsema batuk batuk...bila amalkan Qaseh Junior ni, alhamdulillah kahak lendir keluar. Suka la hati ibu kan, sebab budak ni mana reti nak keluarkan kahak sendiri.

Alhamdulillah...
share kebaikan Qaseh Junior ni untuk semua. InsyaALLAH...banyak manfaat & khasiat nya kan. Kena cuba dulu baru tahu kan. Meh roger hany untuk info 019-9597323.


Sunday, September 28, 2014

Sarang

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ • 

Assalamualaikum,

Hehehe...
masih lagi setia menonton rancangan Return Of Superman. Sebab Sarang ni lah. Tak silap hany start tengok tahun lepas. Terus jatuh cinta kat si Sarang ni. Rasa macam rindu giler kalau terlepas 1 episod. haha...sengal!

Kompem baru bangun tido ni ;)


Ni hany suker tengok...cute owh...

haha dalam kantung..mak dia Shiho

Makan yogurt...ni untuk iklan yogurt

Feveret pose Sarang

haha ni pun dia suka buat, Tenaga!!!

Ni untuk iklan kamera Nikon



Muka sedih ke apa ni..haha

Serius cute giler. hahaha sangat la addict kan. Hari Ahad jam 3petang @392 KBS. Ulangan Hari Khamis jam 5.47 ptg @392 KBS.



Thursday, September 25, 2014

Zikir Lembutkan Hati Boss

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,


Sila klik gambar untuk lebih jelas lagi


Yang last tu selalu selalu lah amalkan. Hehe Supaya bos senang nak luluskan cuti korang, luluskan claim korang....hehe

Di kelilingi Mereka Yang Mengandung

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Menaip entri sambil menunggu untuk ambil darah. Macam biasa lah kalau GDM ni kan 4kali ambil darah. Ni yang ke3. Bertabahlah;)

Ingat lagi masa hany masih kerja...memang ramai opismate mengandung masa tu. Bermula dengan PA bos,lepas tu cleaner kat opis,lepas tu 2orang team mate then 1orang contract staff. Last sekali baru lah hany pregnant. Berjangkit agaknya kan.




Ni komen dari membe hany. Dah lama komen ni kat entri hany yang berkaitan mengandung jugak lah. Hmmm mungkin jugak kan,berada di persekitaran orang yang mengandung ni...lama lama jangkit. Wallahualam la. Tapi kalau dengan kehendak DIA,apa saja boleh jadi kan.

Bukan je staff di opis masa tu ramai pregnant,membe serta exopismate pun preggy masa u. Anak ke2,ke3 laaa. Lepas tu hany pun selalu jugak lepak dengan membe2 pregnant ni time lunch. Agaknya la kot berjangkit.

And yessss... Of coz la dengan izin dan rezeki dari ALLAH kan. Alhamdulillah...

Wednesday, September 24, 2014

Permohonan Kemasukan Ke IKBN

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Baru ni ada yang bertanya pasal pemohonan ke IKBN ni. Ha sekarang IKBN dah buka permohonan kemasukan. Permohonan ni perlu dibuat secara On-Line yer. Ni iklan kat bawah ni.



Untuk maklumat lanjut sila ke http://www.ekbs.gov.my.

Tarikh tutup permohonan 31.oktober.2014 yer. Sila alert. dan ini adalah untuk ambilan/kemasukan Januari 2015.

Tuesday, September 23, 2014

Sambungan entri LPPKN & taknak jumpa doktor lelaki :)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Okay,
dalam entri semalam hany ada mention, Alhamdulillah...ALLAH makbulkan doa hany taknak jumpa doktor lelaki kan. Appoinment hany adalah di bulan Mei 2014. Hany dapat tahu hany mengandung pada Mac 2014

Ini pun setelah last period adalah pada Januari 2014, bulan Februari tak der period tu. Dalam hati hany dah terdetik...adoiiii masalah lama nak kembali lagi ke ni. Untuk info, hany ada masalah period tak normal, 3/4bulan sekali. tapi sejak Mei 2013 sehingga Januari 2014, alhamdulillah elok setiap bulan dia ada.

Bulan februari berakhir, hany cakap kat diri sendiri...kita tunggu bulan 3 ni. Mana tahu ada kan. Honestly, memang tak terdetik langsung yang diri ni PREGNANT, langsung tak terasa nak buat UPT. Sebab selalu -ve je kan. Boleh pulak terdetik yang period kembali bermasalah. Pertengahan Mac 2014, hany buat UPT. Buat pun sebab hany nak minum produk untuk kuruskan badan. hahaha kena lah cek, kan tak pepasal je kan. Itu yang hany tahu hany mengandung. Masa pertengahan Mac tu, dah 6minggu.

Hany ada entri lengkap pasal ni di sini Saat Menatap 2 Line

Alhamdulillah, rezeki dari ALLAH. Ada jugak yang tanya, ko mengandung sebab treatment LPPKN ker? Ke treatment Az-Zahra? Ke sebab ko amek QASEH GOLD? Seriusly, memang wallahualam...yang pasti REZEKI ALLAH untuk hany dan suami dah sampai. Semua tu adalah usaha dan ikhtiar yang kami lakukan. Jadi nya, kitorang memang boleh share usaha dan ikhtiar kitorang, tapi mana satu yang menjadi wallahualam...hanya ALLAH yang tahu, hanya ALLAH yang izikan...

Jadi, korang kalau nak tahu usaha dan ikhtiar kitorang, boleh tengok di sebelah kanan, ada hany buat senarai. 

**Ingat, ALLAH bagi ujian ni untuk mereka yang DIA nak. DIA tahu apa DIA bagi. Kita mesti kena usaha, DOA, jangan putus asa. Hany pun pernah nak putus asa, tapi bila fikirkan orang lain lagi lama, masih bersemangat usaha...jadi kita pun kena terus berusaha...InsyaALLAH...rezeki tu ada, cuma kita tak tahu bila...**


Monday, September 22, 2014

Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil: LPPKN part 2

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Okay, Sambungan entri rawatan di LPPKN. Okay, yang sebelum ni lepas appoinment pertama, Bulan Januari 2014. Hari pertama period kena call LPPKN untuk buat appoinment ke 2. Appoinment ke2 adalah untuk buat ujian darah, suami isteri kena buat ujian darah ni. Ujian darah ni adalah antara hari ke2 hingga hari ke 5 period. Maka, kami pun dapat tarikh untuk appoinment ke 2. Maaf hany lupa tarikh ;)

Sampai masa nya, macam biasa menaiki LRT ke LPPKN. Nurse jer yang attend untuk ujian darah ni. Memang tak jumpa doktor lagi. Cepat jer untuk appoinment ke 2 ni. Ambil darah jer dan diberi penerangan lah.

Diberi masa appointment ke 2

Yang no:
1) hany dah buat, call masa 1st day period. 
2) datang ke klinik untuk ujian darah, ini lah yang hany pergi untuk appoinmetn ke 2 ni. 
3) HSG hany tak perlu buat sebab dah buat masa rawatan dengan Az-Zahrah. Keputusan tu masih boleh digunakan lagi. 
4) Datang lagi pada hari ke 21 period. Yang ni hany terus dapat tarikh la, sebab kan boleh kira dari hari pertama period.

Ini bayaran untuk appoinment ke2. Bayaran ni termasuk bayaran untuk ambil darah masa appoinment ke 3 nanti. kira bayar in-advance la...

Sambil tunggu nak buat bayaran, hany nampak la nama doctor di kad hany. owh man..dapat doktor lelaki, Doc Ghafar nama dia. Setel bayaran semua, kitorang pergi kaunter cakap dengan nurse, boleh ke nak tukar doctor perempuan.

Hany: "Boleh ke kalau saya nak tukar dengan doctor perempuan"
Nurse: "hmmm tak boleh la kak, ni pun kita ikut jadual doctor ni"
Hany: "Memang tak boleh langsung ke tukar?"
Nurse: "Kak, doctor Ghafar ni bagus kak, ramai jugak berjaya mengandung lepas rawatan dgn dia"
Hany: "Ha xper la pasal tu, tapi memang tak boleh ke tukar dengan doktor perempuan?"
Nurse: "tak boleh la kak, susahla kalau semua orang mcm akak, nak doktor perempuan semua...."

Okaylah, dia dah start macam tu, maka mengalah lah...kang tak pasal pasal berpanjangan pulok kan. Tapi dalam hati macam sikit kuciwa lah. Tapi yer lah, dah kau pergi kerajaan punya kan, bukan main boleh pilih pilih ni, lain lah pergi swasta kan.

17.2.2014
Kami ke LPPKN untuk appoinment ke 3 kami, tapi kali ni hanya hany jer yang ambil darah untuk ujian. Kali ni just ambi darah sahaja. Then setel, boleh terus balik. Bayar pun dah setel masa appoinmet kali ke 2 baru ni. Suami ikut jugak walaupun dia tak terlibat apa apa kali ni.

Nurse berikan tarikh untuk appoinment ke 4 dan kali ni akan berjumpa dengan doktor. Doktor akan tengok semua result untuk ujian yang dah dibuat sebelum ni, dan sama ada akan buat apa apa terus atau pun ambil ubat dahulu. Jadinya dari 1st visit sehingga yang ke 4, memang hany tak dapat apa apa ubat lagi.

Hany akan berjumpa doktor adalah pada bulan Mei 2014. hehehe sebab nya itulah tarikh paling terdekat yang masih kosong. Maka kat sini kena faham lah, bukan kita jer buat rawatan di LPPKN ni. maka bertabahlah menunggu Mei menjelma...

Dalam menunggu Mei menjelma, macam biasa hany masih teruskan mengambil QASEH GOLD, teruskan aktivit harian macam biasa. Lepas tu ada lah satu malam tu, kitorang tengok semanis kurma. Tajuk nya adalah berkaitan dengan Aurat ketika bersalin...lebih kurang macam tu lah. Ingat ingat lupa;) Apa yang hany ingat, kita kena cari dulu doktor perempuan sebab doktor perempuan ramai lagi kat Malaysia ni, kecuali memang dah tak dapat kan. atas faktor faktor tertentu lah.

Hany pun cakap kat husband, hany sebenarnya macam taknak pergi je appoinment di LPPKN tu, sebab dengan doktor lelaki. Ntah rasa maluuu sangat, memang lah usaha untuk anak, tapi ntah memang sangat malu. Husband pun macam faham la. Lagipun dia tahu apa prosedur kan sebab dah pernah lalui masa di Az-Zahra. Dengan doktor perempuan pun ada jugak perasaan segan, doktor lelaki apatah lagi kan.

Suami kata, okay macam ni dah dekat dengan tarikh appoinment, call LPPKN, tanya dulu apa prosedur akan dilalui. Kalau memang doktor yang akan tengok bahagian semua...maka kitorang takkan pergi lah. Tapi kalau nurse perempuan yang buat, kitorang akan proceed.

Tapiiii...
ALLAH makbulkan doa hany, Hany PREGNANT sebelum Mei menjelma. Jadi memang hany tak perlu jumpa doktor lelaki tu...alhamdulillah...syukur ya ALLAH...okay yang ni next entry lah yer ;)

Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil: Rawatan Kesuburan Di LPPKN

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,



Okay, mari kita teruskan entry berkaitan Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil. Sikit jer lagi hany nak bercerita ni. Harap dapatlah membantu sikit sebanyak kan. Pengalaman setiap orang berbeza. apa itu LPPKN? Ha nama panjang dia macam banner kat atas tu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. 

Setelah stop rawatan di Az-Zahrah Bangi, kan kitorang decide untuk cuba secara normal kan. Namun sehingga ke hujung tahun 2013 masih tiada tanda lagi. Setiap bulan Miss P datang dengan normal. Kecewa sebab Miss P ada maknanya tak mengandung, tapi gembira lah jugak sebab sekurang kurang nya miss P dah normal, setiap bulan dia hadirkan diri ;) Setelah berbincang, kitorang pun buat keputusan untuk mencuba rawatan di LPPKN.

Sebenarnya, memang dah lama dengar dan dah tahu akan perkhidmatan yang disediakan di LPPKN ni. Cuma nya, masa tu kitorang duk terfikir, kerajaan kan kompem lah lambat, nak dapatkan appoinment satu hal lambat sebab ramai orang, lepas tu kategori jauh la jugak kan. Tu lah kan, belum cuba, tapi dah assume macam macam. Mana la ALLAH nak bantu kan. Diri sendiri dah sekat dan dah buat alasan.  Hany lupa bulan berapa call buat untuk dapatkan appoinment, serius lupa, tapi yang pasti hujung tahun dan selepas bulan 9 2013.

Ni info untuk dihubungi...

Bahagian Reproduksi Manusia
Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara
12B, Bangunan LPPKN
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.

No. Telefon:
03-26937555
(minta sambungkan ke Subfertility Treatment)

Hany call untuk buat appoinment. Inform la kan untuk rawatan kesuburan. Nanti diorang akan terangkan prosedur dia macam mana untuk yang pertama kali ni kan. Dia tanya la info sikit sebanyak pasal usia perkahwinan, umur suami isteri. Lepas tu nanti dia akan bagi 1 tarikh untuk kita datang. Ni memang betul betul 1st appoinment, tapiiiii belum jumpa doktor lagi yer, ni urusan semua dengan nurse. Nurse inform untuk ambil cuti sebab takkan bagi MC untuk 1st appoinment ni. Hany pun inform yang sebelum ni pernah buat treatment di Az-Zahrah. Jadi bagitahu lah dah sampai step mana. Alhamdulillah, HSG hany masih boleh digunakan, so tak payah buat HSG lagi dah. Alhamdulillah...jimat duit dan jimat perasaan malu..haha serius maluuu weh.

Okay, hari yang dinantikan pun tiba. Appoinment hany adalah bulan Januari. Maka kitorang berdua pun menapak la ke LPPKN. parking di LRT bukit jalil je. Lepas tu naik LRT dan turun di Stesen Sultan Ismail. Elok keluar dari stesen Sultan Ismail, sila pandang ke kanan, maka nampak lah bangunan LPPKN. Jalan lebih kurang 7-10minit la. Senang tak payah nak fikir mana nak parking semua. Tapi ada jer blogger yang pergi dengan kete, parking dekat hotel depan LPPKN la, di lalu pejalan kaki tepi bangunan la. Cuba lah google;)

Sampai je...kena isi buku pelawat dan naik ke Tingkat 6, Bahagian Reproproduksi Manusia. Alhamdulillah tak adalah ramai orang. Dan waktu menunggu kitorang pun tak lama. Serius, tak seperti yang kitorang bayangkan. Ye lah semua nya dengan appoinment kan, mestilah tak crowded. Alhamdulillah...dipermudahkan. Masa registration kena bagi IC suami isteri dan kad/sijil nikah. Selesai registration, kami menunggu dipanggil, Sekejap jer, terus nurse panggil.



Okay, Suami terus di minta ke Tingkat 7, ni untuk buat sperm test yer. Nurse cakap suami pergi sorang dulu, kalau tak dapat jugak baru panggil isteri untuk bantuan hehe pepaham lah yer;). Tapi semua nya ni dah diberitahu masa kita call untuk buat appoinment. Jadi kitorang memang dah prepare la towel semua kan. Disediakan keperluan lengkap lah, bilik, bilik air semua. Sementara suami ditingkat 7, nurse interview hany... tanya pasal usia perkahwinan, berapa kerap bersama, history keluarga, pernah kawin ke sebelum ni...Lepas tu ambil blood pressure. Setel, nurse suruh tunggu suami turun, nanti suami pula akan di interview. Lepas interview suami, nurse inform petang baru dapat result untuk sperm test tu. Jadi kami decide tunggu jer lah kan. Malas nak jalan jalan, cuma pergi cafe je makan sambil killing time. 

Lepas solat, kami tunggu depan entrace Bahagian Reproproduksi Manusia, semua nya on time, pintu dibuka betul betul ikut waktu yang ditulis, semua dah ready. Sangat berbeza dengan sangkaan kitorang. Tu lah kan, kalau tak alami sendiri sampai sudahla duk kata lambat la ramai orang la apa lah kan. Result keluar, alhamdulillah...semua okay. Nurse pun inform, dia kata memang tumpukan pada suami dulu, sebab lelaki ni kalau ada masalah 1 je, masalah dengan sperm. Tapi, kalau perempuan macam macam, itu la ini lah, jadi pelbagai penyebab kan. Jadinya, hany lah yang akan terima treatment.

Okay,
untuk next appointment adalah, bila miss P datang, make sure Hari Pertama miss P datang, call LPPKN. Nanti dia akan bagi appoinment ke 2. So kena tunggu lah miss P, baru call. Kira nya selepas appoinment pertama, kami memang tak dapat tarikh untuk appoinment ke2, sebab bergantung pada kehadiran miss P ;)

Bayaran, seingat hany untuk kali pertama ni adalah RM90, termasuk sperm test yer. Sumpah terkejut sebab sperm test masa treatment di Az-Zahra adalah 2ratus lebih. haha nama pun swasta kannn;)

Okay, kita sambung next entry, macam panjang pulak...panjang panjang ni korang bukan baca pun kan ;)

Sunday, September 21, 2014

Mendobi...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Kali ni pasal mendobi baju baju baby. Sebenarnya hany ni macam rajin malas rajin malas jer nak basuh baby. Konon nya, ala ada 1minggu lagi sebelum balik kampung, kiranya sabtu or ahad next week nak setelkan basuh baju semua la. So kemain lagi rileks kan.

Lepas tu, tengoklah status senior hany, dia pun EDD bulan 11 nanti. Tengok status dia pasal tak basuh baju lagi, tak prepare lagi beg baby semua bagai. Tiba tiba hany macam, eh sama la hany pun tak buat semua tu lagi. Lepas tu, ada la 2,3 orang membe mesej, sambil sambil mesej diorang tanya skali. Dah ready ke beg baby dalam kete? Dah basuh semua baju baby? Hany macam...erkkk semua pun tak buat lagi.

Diorang cakap, eh dah boleh dah slow slow basuh baju baby, pastu beg baby tu dah patut letak dalam kete. Prepare je lah kan. Kita tak tahu apa akan jadi. Sudahhhh...gelabah dah hany. Pagi Sabtu, lepas subuh gigih menunggu nak basuh baju baby. Sekali hujan rahmat mencurah. Tak per lah, ahad jer lah basuh kan. Hany pun ke PICC, One Kiddie & Mom Expo. Tapi hampa, tak besh;) Balik rumah, elok matahari dah terik. hany pun rendam lah round pertama, baju berwarna. 

Elok nak spin baju, sekali hujan rintik rintik pun turun. sengeh je lah. teruskan spin then, sidai je lah dalam rumah. berangin pun kering kan;) tapi tu lah kering tak di bawah matahari tak berapa besh kan. tak garing ;)

batch pertama...kat sini dan bawah tangga ada lagi ni ;)

Ada lagi 3 batch ni. Yang berwarna putih, barut bedong, lepas tu mitten, botties & stoking hany. Tak per lah kalau tak der matahari terik pun, sebab batch pertama jemur di bawah kipas pun ok keringnya. Tak ada lah kering berbau kan. So nanti boleh la buat untuk batch seterusnya nanti kan. Bila dah datang rajin ni baik teruskan. Kan tak pepasal tak berbasuh semua nya.

Hany dah plan nak basuh semua kat sini. Nanti packing masuk box, bawak balik kampung. Sebab kat kampung ada lagi yang nak kena basuh lampin, baju 3,4 pasang lagi, mitten booties pun ade lagi. Sebab tak mau nampak banyak, jadi setelkan yang kat sini dulu. 

Ha dalam gambar kat atas nampak tak, banyak romper kan...itu semua rezeki si kecik dalam perut ni. Semua orang bagi tu. Hany beli romper yang Red Warrior tu je lah. yang entri sebelum ni. InsyaALLAH...sempat habis basuh weekend ni. Mana nak tahu weekend depan nak ke mana mana kan. Jadi, jangan tangguh lagi yer hany ;)

Saturday, September 20, 2014

Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil : Suami & Isteri

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Secara general nya, bila dah berkahwin...pastinya setiap pasangan memang inginkan zuriat kan. Sape yang tak nak? Mungkin ada sesetengah pasangan yang merancang untuk dapat lambat sikit, mungkin atas faktor faktor tertentu...tapi rasa nya tak ada lah sampai TAK NAK anak kan. hissshhh mintak jauh, kan ALLAH makbulkan, terus tak dapat dapat kan...

Sama macam kami, memang tak merancang langsung. Tapi semua nya atas REZEKI dan Kurniaan dari ALLAH. Memang satu hal kami sendiri lambat berusaha betul betul, jadi itu pun mungkin lambat kami dapat kan. Tahun ke3 perkahwinan baru betul betul berusaha berubat sana sini, ikhtiar sana sini kan. Tak per lah kan, orang kata better late than never ;)

Okay, dah namanya pasangan suami isteri, maka berdua lah kan. Ada isteri dan ada suami. Jadi dalam usaha kita nak dapatkan zuriat, bagi hany dua dua kena berusaha. Jangan main salah kan siapa siapa. Suami salahkan isteri, isteri kata suami la yang ada masalah. Walaupun kita tahu masalah ni berpunca daripada siapa kan. Tapi kita kena sama sama usaha lah untuk mengatasi segalanya. Sama sama bagi sokongan, dorongan serta semangat antara satu sama lain. Juga sama sama berusaha untuk berubat atau apa saja.

Susah, kalau isteri je beriya berusaha berikhtiar ke sana sini kan. Tapi, suami dengan angkuh dan sombong TAKNAK. Aku okay, tak de masalah. Buat apa aku nak berubat semua. Benda macam ni bukan boleh tengok dengan mata kasar. Kalau tak senang lah kan. Tak payah buat sperm test bagai kan. Lelaki ni memang, cukup susah kalau sebut pasal SPERM TEST ni. Rasanya majoriti lelaki susah nak buat kan. Tak perlu lah kita nak malu ke apa, ni semua untuk kita tahu kan, ada masalah ke apa ke kan. Kita beriya nak anak, tapi langsung taknak buat apa apa. Susah jugak.

Alhamdulillah, majoriti yang hany kenal, yang sama sama lambat dapat anak macam hany ni, suami sangat senang nak menyokong, nak berusaha, nak ikhtiar sama sama dengan isteri. Alhamdulillah... beruntung sahabat semua. Tapi ada jugak segelintir yang terpaksa usaha sorang diri sebab suami taknak. Yang macam ni honestly, hany pun tak boleh kata apa. Kita ni orang luar kan, terpulang pada isteri la untuk pujuk serta sentiasa doa pada ALLAH moga buka dan lembutkan hati suami.

Untuk lelaki juga, tolong lah...tolong sama sama usaha dan ikhtiar bersama isteri. Perit sangat kalau tak mendapat sokongan suami ni. Dahla isteri sedih dengan susah nak mengandung, tambah lagi suami endah tak endah bila masuk bab berusaha dan berikhtiar ni. wallahualam...

**InsyaALLAH...ada rezeki untuk kita semua...ALLAH punya perancangan adalah yang terbaek. Kita sebagai hamba, teruskan berikhtiar serta berdoa pada NYA. aamiin**


Sabtu, Hujan & Baju Baby

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Sabtu menjelma...selamat berhari minggu wahai sahabat sekalian. Besh kan 5hari harungi kerja,nak nak kalau kerja yang agak stress tu. Tiba je jumaat semua pun sengeh je...sebab esoknya sabtu bolehla rehat secukupnya kan.

Hany weekend ni tak ada lah plan beriya sangat. Kitorang biasa sehari akn keluar sehari lagi kat rumah je. Biasa sabtu lah kalau nak ke mana mana. Jadinya ahad boleh rehat je kat rumah. Minggu ni plan ke PICC je,kan ada expo baby tu. Haaa saja jer lah nak meramaikan;)

Sebenarnya,sabtu ni jugak plan nak basuh baju baby. Haaa syik tertangguh je kan. Sekali dalam 6.40 pagi tadi,hujan rahmat dari ALLAH pun turun. Takper lah tak jadi lah nak rendam baju baju tu semua. Boleh je sebenarnya basuh keringkan dan jemur dalam rumah. Tapi kering angin dengan kering matahari ni berbeza kan.



Sorting baju baju ikut kaler. Ni dah buat minggu lepas. Tapi tu lah tertangguh pulok. Last last masukkan balik dalam plastik. Hari ni dah hujan ni,tunggu esok la tengok macam mana cuaca kan. Hari jumaat semalam gigih basuh semua baju baju kitorang,baju kerja baju yang seminggu dalam bakul. Hany suka kumpul seminggu baru basuh. Kira basuh semalam sebab hari sabtu ni nak basuh baju baby la. Hehe tapi takper...kita tunggu mentari pasti muncul kan;)

Satu hapa pun tak kemas lagi,beg pun tak ready lgi ni.hehe...insyaALLAH semoga semuanya di permudahkan ALLAH...aamiin.

Friday, September 19, 2014

Selalu Sembelit?

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Kali ni nak bercerita mengenai SEMBELIT...kikiki maaf lah yer...janganlah cakap tak senonoh pulak. Ini masalah sejagat ni, dari budak, remaja dewasa sampailah ke warga emas kan, mesti ada mengalami masalah sembelit ni. Tapiiii memang sengsara kan kalau sembelit ni kan. Lagi kesian kalau budak yang hadapi sembelit ni kan.

Sebenarnya pemakanan kita jugak kan yang mempengaruhi dan menyebabkan masalah sembelit ni. Kita semua maklum kan, memakan buah, sayur, minum air yang mencukupi mampu elakkan masalah sembelit ni. Tapi, itulah dia pemakanan seharian kita ni kadang kadang tak cukup dan menimbulkan masalah sembelit ni.

Ibu mengandung juga selalu alami masalah sembelit ni. Macam hany, hany dah tahu kalau nak elakkan sembelit, hany kena banyak minum air. memang kena betul betul banyak la. Tapi tu lah, selalunya memang tak berapa nak banyak la sebab selalu nak terkencing, terus jadi malas ;) Tapi, alhamdulillah la, sebab hany kan amalkan QASEH GOLD ADINDA ni. alhamdulillah, tak der lah selalu sembelit. Tipu lah cakap tak pernah sembelit kan. tapi memang jarang.

Al-Manna/Arabic Gum/Gam Arab

Antara kandungan QASEH GOLD, adalah Al-Manna@Arabic Gum. Al-Manna memang membantu mengatasi serta mencegah sembelit sebab Al-Manna ni adalah prebiotik semulajadi. Boleh rujuk di sini untuk info Al-Manna

Qaseh Gold Adinda & Qaseh Gold Kekanda, 500ml

Alhamdulillah...feedback dari yang amalkan Qaseh ni pun positif. Memang semakin berkurang masalah sembelit. Siap boleh bajet la setiap pagi waktu membuang. Untuk budak seawal umur 1tahun ke atas pun ada. 

QASEH JUNIOR, untuk budak 1tahun ke atas. Yer lah budak kan selalu ada jenis tak makan sayur, ada jenis tak minum air masak secukupnya kan. Jadi terjadi lah masalah sembelit ni. Maka hany sarankan sangat la untuk berikan si manja QASEH JUNIOR. InsyaALLAH memang sangat bermanfaat untuk si manja.

Qaseh Junior, 420ml

Okay, kat sini hany share testimoni daripada mereka yang amalkan QASEH ni.

Simanja umur 3tahun, panggil Qaseh Junior ubat yak (ubat berak)

Yang ni amalkan Qaseh Gold Adinda....

InsyaALLAH, kita ikhtiar dan usaha je kan. Yer lah kandungan Qaseh ni pun terdiri antara makanan sunnah. InsyaALLAH selamat dan bermanfaat untuk kita...aamiin... 

Kalau nak tahu info pasal QASEH ni, boleh jer nak roger hany. Meh kita citcatcitcat..nak herga kasih sayang pun boleh;) 019-9597323.

Thursday, September 18, 2014

Storage Box

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Semalam jalan jalan di AEON BIG di Alamanda tu, tak pernah masuk lagi sejak bertukar ni. Masuk pun tak ada apa nak beli saja jalan jalan. Sekali terpandang la promosi Storage Box tu. haha memang feveret kitorang kalau tang storage box ni. Kitorang beli masa ada promosi jer. haha sebabnya mahal ler storage box ni.

 Yang ni Kitorang ambil 2 ketul. Biasa harga RM45 lebih ni...


 Yang ni lagi kecik dari yang atas, tp lagi mahal



 Pelbagai saiz

 Cute sangat..haha suke tengok

Pelbagai saiz pelbagai warna

Kitorang sejak pindah ke rumah sendiri ni, memang semua barang kalau boleh nak simpan dalam storage box ni. Senang. Si lipas pun tak masuk kan sebab bertutup. Tapi slow slow kitorang beli sebab beli masa promosi jer. sebelum ni beli kat Jaya Jusco. kalau promo memang harga beza sangat, pernah harga asal 60 turun ke 42. So memang beli la kan masa promo ni.

Sekarang ni semua dah dalam storage box ni. Barang barang baby kat kampung pun kitorang masukkan dalam storage box. Yang tu beli di KB MALL juga masa promosi. hehehe...kena bijak berbelanja kannn.

Nak pindah balik kampung pun sonang kannn...chewahhh macam tak lama dah jer nak berpindah duduk kampung kan.hehe senang nak hangkut, ada roda lagi ;)

Wednesday, September 17, 2014

Pemakanan mereka yang ada GDM Semasa Mengandung

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Lama dah cakap nak buat entri pasal pemakanan GDM semasa mengandung ni. Tapi, asyik terlupa + malas ;) lagi satu gambar asyik lupa nak transfer je kan. Okay kali ni, hany tunaikan kata kata ku...

Hany minum air gula kalau tak silap masa 3bulan lebih atau 4bulan, lupa la pulok. Minum je terus kantoi...bacaan lepas minum 8. haha kan tak boleh lebih 6.7. Makanya kena lah buat Blood SUgar Profile (BSP). Melanguk la kat klinik untuk di ambil darah di siang hari sebanyak 3kali, malam sekali. Biasanya, malam jam 10malam, esoknya kena ambil jam 8pagi, 11pagi dan 3petang. Ni rutin untuk klinik seri kembangan la.

Untuk yang pertama dan yang kedua buat BSP, memang selang 2minggu. Tapi lepas result BSP kali pertama dan ke2 adalah terkawal, maka nurse suruh buat sebulan sekali, sama macam check up perut. Alhamdulilah...tidak la terasa sangat kan selalu ke klinik. hehe, suke suke. Tapi kena lah kawal makan minum kan. Kan tak pasal pasal kena buat 2minggu sekali...

Lepas tu kena jumpa pakar pemakanan. Bagus weh jumpa pakar pemakanan ni. Banyak maklumat dapat dari perjumpaan tu. Tidak lah scary sangat pun. Tak der lah sampai melampau sangat kena diet kan. Cuma kena pandai lah pilih makanan. okay, ni ada senarai dia bagi...

 Sila klik untuk lihat dengan jelas


Ini pun sama, kasi klik...

Kasi klik

Kalau perasan gambar kat atas ni, Makanan Bebas Di Makan, maksudnya makan je lah banyak mana pun kan, tak perlu pantang... adalah:

1) Air Mineral/ Air kosong
2) Air Barli Tanpa Gula
3) Air Limau Nipis
4) Teh/Kopi O
5) Teh Cina
6) Sup Kosong
7) Serbuk Cili
8) Lada Hitam

Ini kerana senarai kat atas ni tidak ditukar kepada glukosa. Hany pun kalau nak minum air manis order jugak Limau nipis atau Kopi O. hehe sebab dah tersenarai kat sini kan. InsyaALLAH apa yang pakar pemakanan ni bagi boleh dipercayai ;)

Lepas tu pakar tu ada bagi tahu, make sure makan berat tu kena ada sayur. Makan pagi, makan tengahari dan makan malam. Wajib ada sayur. Selalunya kita di Malaysia ni, tengahari jer lah ada sayur nya kan, itupun kalau ambil sayur. Pagi kalau makan nasi lemak, mana ada sayur, kalau roti canai pun tak ada kan. Jadi kena pastikan ada sayur untuk makan berat.

Lepas tu, pakar ajar cara nak makan untuk tengahari contohnya:
1) Ambil nasi 2/4 dari pinggan makan tu
2) 1/4 sayur
3) 1/4 lagi lauk pauk

Bukan lah tak boleh makan nasi langsung. Tapi kena pandai pandai lah. Macam hany, nasi hany ambil sikit, tapi sayur dan lauk memang banyak. haha selalu nya harga makan tengah hari memang sangat mahal sebab hany ambil lauk banyak. tapi Alhamdulillah la, kenyang jugak weh. 

Hany pun tukar kepada BROWN RICE, BROWN SUGAR...hehe demi nak menjaga kan. Berkorban ler, walaupun taksedap beras perang tu, tapi kalau lauk tu sedap...sedap jugak rasanya kan. Tak de masalah la...boleh telan punya ;)

Itu jer lah sedikit sebanyak yang hany boleh share...

Tuesday, September 16, 2014

Romper Red Warrior

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,



Haaaa...
Tu dia, nanti boleh pakai kan kat baby masa pergi tengok bola. hahaa berangan la ko kan. Mulanya taknak beli romper ni, tapi fikir fikir, hmm bukan senang nak jumpa romper Red Warrior ni. Terus la beli. Masa beli ni baru mengandung 4bulan ;) Gelojoh yer.

Setakat ni, hany pernah jumpa romper Red Warrior ni di GM KLANG dan KB MALL Kelate. Tempat lain tak pernah jumpa lagi. Yang di GM KLANG tu, logo Red Warrior biasa je, tak de sulam macam ni, harga pun beza rm5 kalau tak silap. So rembat je lah yang ni. Ater bapak nya banyak baju Red Warrior, anak kena lah ad ajugak. Tapiii Bini dia tak muat...hahaha so tak der lah.

Di GM Klang jugak, hany pernah jumpa romper JOHOR, PERAK, SABAH, SARAWAK. Ganu punya tak de pun. sabau je lah...So kalau nak cari tu boleh la ke GM Klang yer;)


Monday, September 15, 2014

Pemilihan Nama Anak

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...Jumaat ni genap usia kandungan 32minggu, 8 bulan la kan...Hmmm sebenarnya sehingga saat ni hany tak tahu lagi jantina baby ni. Sebab scan masa 6bulan lebih tak nampak, then masa cekap last week di Klinik Kesihatan, doktor ada scan, mula mula tak nampak jugak...lepas tu doktor cakap "macam perempuan je ni"...

Masa ni scan untuk lihat ukuran anggota badan la. sebab hany tak pernah scan kat KK. Ntah memang tak pernah scan sepanjang checkup. Jadi doktor tak tumpukan sangat pada jantina tu, dah lepas ukur semua then bila nak tengok lagi sekali, doktor cakap "ala dia dah pusing" cari cari tak jumpa jugak, then doktor cakap..okay, semua ok semua normal...berat baby 1.5kg.

Jadinya, hany pun takder lah desak nak tengok betul betul kan. Takperlah baby, kita surprise je. Hany dah cari nama untuk dua dua jantina la. Akhirnya dapat jugak. Sebelum ni, susah nak cari nama perempuan. 


Kemain kan, sampai 2 buku ha;) Yang Ustaz Sharhan tu hany beli sebelum mengandung lagi. Beli sebab ada adab adab menamakan anak, lepas tu apa yang perlu dibuat ikut sunnah. Selalu buku lain tak ada. Ada jugak senarai nama yang perlu dielakkan, senarai nama nama jin. Yang buku kuning tu beli sebab susah nak cari nama perempuan.haha over kan. Lepas tu tak ada satu pun ambil dari buku kuning tu ;)

Ada membe hany bagitahu pasal group Nama Nama Indah Yang Bermakna, di FB. Dikendalikan oleh seorang Ustazah. Alhamdulillah, syukur sangat sebab rupanya kebanyakan nama nama yang kalau kita google, jauh sangat makna dia dalam Bahasa Arab. Serius terkejut, dan ada yang tak ada makna langsung. Nasbe baik membe hany bagitahu pasal group ni. Thank You Nadia

Di group ni kita boleh tengok nama nama yang disenaraikan, hanya yang ada makna dalam bahasa Arab sahaja. Kita juga boleh tanya apa maksud nama yang kita berkenan. Ustazah akan rujuk kamus Arab dan akan bagitahu makna. Kalau tak ada bermakna bukan bahasa Arab. Lepas tu siap diberitahu macam mana cara sebutan. Sebutan kadang kadang tak sama dengan ejaan. Jadi sebutan lain makna pun lain. 

Contoh:
Nak nama DHIA, tapi ejaan DHIA saja tak ada makna
Kena DHIYA atau DHIYA' - Sebutan dia DHI-YAK bermaksud SINARAN

Bagi hany, nama dan panggilan penting, sebab kita duk sebut setiap hari kan, ianya seolah olah doa la kan. Mesti lah kita nak doakan yang baik baik untuk anak kita kan...aamiin. Kalau korang berminat nak join group ni, inform la hany, hany boleh add ke group ni. ni FB hany https://www.facebook.com/mekanihashim

Di group ni jugak, anda boleh request nama yang bermula dengan huruf yang anda inginkan. Contoh nak gabungan R dengan Z. Inform pada ustazah menerusi whatsapp dan nanti ustazah akan email senarai nama ke email anda. Akan ada dalam 100 senarai nama. Tapi untuk yang ni dikenakan bayaran RM20 la.

Sekadar berkongsi sahaja...mana yang elok dan bermanfaat kita sama sama kongsi.

Nasik Minyak Kenduri Kahwin

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Haaaa, Musim mengawan dah tiba...;) Biasalah kalau musim Cuti Sekolah ni, ramai lah yang melangsungkan perkahwinan kan. Sebenarnya teringin nak makan nasi minyak di kenduri kahwin ni. Kalau ikutkan memang la nak yang Ganu punya...tapi dah ko kat mana sekarang ni kan. Balik Ganu ler kalau nak...

Kebetulan memang ada jemputan daripada kakak ipar hany, adik dia punya kenduri 14sept. Harus pergi ni,sebab mesti ada nasi minyak kan, kalau takde pun kurang kurang lauk tu pun dah boleh kurangkan kerinduan dan keteringinan. Lauk daging ala ala kurma ker, ala ala gulai nasik minyak ker...tak kisah la, janji seangkatan dengan nya.

Majlis di Dewan Belia Antarabangsa, Cheras. Kitorang sampai dalam kul1 macam tu lah. Memang plan nak sampai sebelum majlis bersanding, sebab tak mahu la bersesak sesak dengan sebelah pengantin perempuan yang baru sampai kan. Sebab dalam kad, majlis bersanding jam 2petang. Sekali sampai, pengantin tengah makan beradap dah pun. Mungkin bersanding jam 12 kot. haha patut la penuh orang.

Gambar daripada jauh je ;)

Kitorang duduk sebelah makanan. haha senang kalau nak menambah, tak perlu menapak jauh jauh kannn. Antara menu adalah nasi beriyani, lauk daging, ayam goreng, sambal sotong, pajeri nanas, acar buah, papadom, bubur kacang campur durian, teh tarik, air sejuk tak tahu air apa, ada aiskrim, kueh mueh serta kerepek. haha soriii gambar makanan tak ada. sebab segan nak ambik gambar makanan. duduk dengan auntie uncle ni...kan xsenonoh lak kan.

Dah habis merasa semua makanan yang ada, owh kuih muih tak ambil sebab dah sendat perut. Kitorang pun plan nak gerak balik la, tapi abang dan kak ipar cakap tunggu dulu lah, nak ambil gambar dekat photobooth tu. tapi masa tu tengah ramai yang Q nak ambil gambar. kitorang pergi solat dulu...lepas tu baru la tengok dah lega tak de orang dah tengah Q.

Patut la ramai yang Q, rupanya photobooth tu, boleh dapat terus gambar nya. Diorang sediakan perkhidmatan print skali. Memang la ramai orang kan, mesti lah nak jugak.

Ni lah rupanya gambar tu.saja nak letak gambar ni supaya xnampak sgt kebesaran daku ;)

door gift

Nak balik tu, mak pengantin bekalkan aiskrim Malaysia lagi. haha ni antara doorgift spesel jugak ni. Letak di bahagian yang jaga kaunter hadiah tu. Hanya yang tertentu jer dapat. Mak pengantin cakap amik amik, ni untuk baby ni. Makan sebelum bersalin ni. Ini macam, kena mengandung selalu lah kan ;) Dapat aiskrim keladi, asam dan jagung.

Yang keladi selamat ngap sebab dah bocor

Alhamdulillah...
dapat jugak makan makanan kenduri kahwin ni. 

~TQ Dear~

Followers