بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Sunday, September 21, 2014

Mendobi...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Kali ni pasal mendobi baju baju baby. Sebenarnya hany ni macam rajin malas rajin malas jer nak basuh baby. Konon nya, ala ada 1minggu lagi sebelum balik kampung, kiranya sabtu or ahad next week nak setelkan basuh baju semua la. So kemain lagi rileks kan.

Lepas tu, tengoklah status senior hany, dia pun EDD bulan 11 nanti. Tengok status dia pasal tak basuh baju lagi, tak prepare lagi beg baby semua bagai. Tiba tiba hany macam, eh sama la hany pun tak buat semua tu lagi. Lepas tu, ada la 2,3 orang membe mesej, sambil sambil mesej diorang tanya skali. Dah ready ke beg baby dalam kete? Dah basuh semua baju baby? Hany macam...erkkk semua pun tak buat lagi.

Diorang cakap, eh dah boleh dah slow slow basuh baju baby, pastu beg baby tu dah patut letak dalam kete. Prepare je lah kan. Kita tak tahu apa akan jadi. Sudahhhh...gelabah dah hany. Pagi Sabtu, lepas subuh gigih menunggu nak basuh baju baby. Sekali hujan rahmat mencurah. Tak per lah, ahad jer lah basuh kan. Hany pun ke PICC, One Kiddie & Mom Expo. Tapi hampa, tak besh;) Balik rumah, elok matahari dah terik. hany pun rendam lah round pertama, baju berwarna. 

Elok nak spin baju, sekali hujan rintik rintik pun turun. sengeh je lah. teruskan spin then, sidai je lah dalam rumah. berangin pun kering kan;) tapi tu lah kering tak di bawah matahari tak berapa besh kan. tak garing ;)

batch pertama...kat sini dan bawah tangga ada lagi ni ;)

Ada lagi 3 batch ni. Yang berwarna putih, barut bedong, lepas tu mitten, botties & stoking hany. Tak per lah kalau tak der matahari terik pun, sebab batch pertama jemur di bawah kipas pun ok keringnya. Tak ada lah kering berbau kan. So nanti boleh la buat untuk batch seterusnya nanti kan. Bila dah datang rajin ni baik teruskan. Kan tak pepasal tak berbasuh semua nya.

Hany dah plan nak basuh semua kat sini. Nanti packing masuk box, bawak balik kampung. Sebab kat kampung ada lagi yang nak kena basuh lampin, baju 3,4 pasang lagi, mitten booties pun ade lagi. Sebab tak mau nampak banyak, jadi setelkan yang kat sini dulu. 

Ha dalam gambar kat atas nampak tak, banyak romper kan...itu semua rezeki si kecik dalam perut ni. Semua orang bagi tu. Hany beli romper yang Red Warrior tu je lah. yang entri sebelum ni. InsyaALLAH...sempat habis basuh weekend ni. Mana nak tahu weekend depan nak ke mana mana kan. Jadi, jangan tangguh lagi yer hany ;)

7 comments:

Etuza said...

asalam..rajin cuci ya..inilah realiti kerja x pernah habis klik blog baru Etuza..nanti Etuza linkkan balik ya http://madey09.blogspot.com/

Rohani Hashim said...

@Etuza
ye betol...memang kerja rumah takkan habis kan... bertabah lah ;)

wida said...

Bersalin kat terengganu ke hany? wah..x sabarnya..bestnya nak dpt baby kan?

ch@ said...

wow! pemandangan yg indah. cecomey-cecomey je. tingat arrizqi, tak sempat shopping baju bajan da lahir, seb baik baju adli bebaru lg, haha. better prepare awal2 hany, nnt tak kelam kabut. arrizqi hr tu, baju bb smua kat sg buloh, dia lahir di jb. bajet sempat blk sg buloh rupanya da lahir kat sana. kesimpulannya, prepare je awal2.

Azi Azidah said...

hany xpe lelewat duk umah lagi pn klu xde masalah rasanya jangkaan bersalin tu boleh dipercayai...perempuan ke hany?

Lady D'yot said...

mesti rasa bahagia je 1st time basuh and sidai baju2 baby ni kan? tgok stokin dia yg kecik comel2..rasa tak sabar tunggu baby kua..hehe..kalau putih tak pyh letak nila tau..and jgn guna pelembut biasa, guna sabun mmg khas utk baju baby je ;)

syukur said...

Sungguh bahagia menyambut persiapan baby. semoga dipermudah.

Followers