Wednesday, September 3, 2014

Gemok ;)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Haaaa...isu paling sensitif bagi setiap wanita...kan? Rasanya wanita lagi terkesan akan isu gemuk ni. hahaha lelaki, hmmm maybe lah ada jugak yang sensitif, tapi tak sesensitif wanita lah kan. Me salah seorang dalam kategori gemuk ni. ;)



Semalam ada terbaca di newsfeed, selebriti yang terkesot hati sebab di ejek GEMUK. hmmm hmmm hmmm camne nak cakap eh. Okay, berbalik pada diri sendiri, honestly hany kalau orang kutuk gemuk, depan depan pun hany rasa tak marah kot, terkesot hati tu pun rasanya tak jugak. Sebabnya hany memang selalu kena dengan exopismate dulu. Selamber je dia nak kata gemuk ke apa ke, memang dia kata depan hany.

Hany rasa sebab hany tak marah dan tak terkesot hanti, sebab memang betul hany GEMUK. Memang betul. Jadi benda betul kan, buat apa nak marah. Kalau nak orang berhenti cakap kita gemuk, sila berusaha untuk TIDAK MENJADI GEMUK. sebabnya kita boleh buat, kita boleh buat, tak ada kebergantungan dengan orang lain langsung. Kita usaha kita dapat.

Tapiiii,
Kalau orang ejek kata sound direct pasal ANAK...memang hany cepat terkesot hati...sebab nya soal REZEKI ANAK ni bukan kita yang tentukan, kita berusaha macam mana sekalipun, kalau ALLAH kata bukan masa nya lagi, maka tak de rezeki lagilah. Faham tak perbezaan antara dua ni. 

Berbalik kes tadi... kalau kita mampu lagi lah senang kan, pergi jer buat treatment kat mana mana InsyaALLAH...boleh kuruskan badan. sebagai contoh Aizat AF tu, tengok beza dia masa di AF dengan sekarang ni. Beza kan... dia diet secara sihat kan, tak de pergi mana mana pusat buat treatment kan. hany pun tak sure, tapi ada baca dia diet.

Isu ni memang hmmm ntahlah, tapi bagi hany lah taknak orang perli, kutuk kita sendiri kena ubah. Lagilah kalau anda dibidang glemer ni, ramai yang memandang kan...wallahualam...

**chaiyok chaiyok, berusaha!!!**


5 comments:

syalinda johari said...

1st time aku dengar perkataan terkesot tu...

Rohani Hashim said...

@Syalinda
haha ye ke tak pernah dengar terkesot? kakaka ada la aku selalu dengar ;)

Lady D'yot said...

penah rasa jadi gemok jap...9bulan je..hepi je..pastu kurus kering balik..haha

Rohani Hashim said...

@nard
Gemok mengandung org tak heran pun. Kalau terasa gak memang masalah diri sendiri la tu kakaka

syukur said...

Saya juga gemuk, sangatlah ingin langsing.hehe

~TQ Dear~

Followers