بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Friday, September 05, 2014

Lelaki ke Perempuan???

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,




Uiii sememangnya nak tahu lah kan jantina si baby kat dalam perut ni kan. Sedang elok 6bulan lebih, hany pergi buat details scan. Hitam putih je, yang scan jantung, tulang tangan kaki, otak, rahang, perut dan semuanya lah tu. Nampak lah dalam keadaan hitam putih tu...tapi ade je yang doktor cakap hany tak nampak pun betuk dia tu, doktor mungkin lah nampak sebab dah biasa setiap hari kan buat benda ni. Details scan Rm110. Hany buat di Klinik Jameaton, Pinggiran Putra.

Tapiiiii...
sayangnya tak nampak lah Boy ke Girl. Sebabnya masa ke arah dia punya anu tu, baby tegakkan kaki dan kepit. Lama jugak doktor cuba, tapi sudahnya tak nampak. hmmm, takper lah...baby nak berahsia la tu, nak bagi surprise kan. takper kita tunggu je lah baby tubik nanti yer. makanya, kami pun gigih la mencari nama untuk perempuan. hahaha nama untuk lelaki dah ready. Konfiden jer kan dapat lelaki. jadi baik sediakan dua dua, senang tak kelam kabut nanti kan.


Dan...
memang langkah selamat, semuanya hany beli kaler hijau.kakaka so senang dua dua boleh je kan. Lagipun memang hany suka hijau ;)


**sape yang nak pakai sebenarnya ni, baby ke mak nya ;)**



4 comments:

Azi Azidah said...

azi dari anak first scan bawah 8bln mmg xnampak dah 8bln keatas baru nampak. dua dua scan kat spital serdang baru betul jantina betul. yang swasta asyik xbetul. itu yang rasa mls je nak pi scan... kita lebihnya nak tau jantina kan... hihi

Rohani Hashim said...

@Azie
Ooo 8bln ke atas ke br nmpak. Hmmmm betol mmg teruja nk thau jantina.haha lagi la yg 1st ni kan. Tp husband cakap xpe lah biarlah surprise pun. Tengok masa keluar nanti je.

Nurul Says said...

3 x bersalin..3x anak nak buat suprise..so terpaksalah beli kaler unisex :)

Rohani Hashim said...

@Nurul
Kann kena lah beli yg unisex. tapiii hany haha kalau girl ke boy ke mmg nak hijau jugak ;)

Followers