Ini Wilayah Hijau: Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil : QASEH GOLD ADINDA


08 September 2014

Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil : QASEH GOLD ADINDA

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

** ini bukan entri untuk promote produk**

Antara supplement yang hany ambil adalah Qaseh Gold Adinda. Hany akui memang banyak supplement yang pernah hany try. Antara nya Homeopati, Biodex, Maharani, Shaklee, Maajun Bonda, Cocoa Collagen. Semua ni hany ambil tak konsisten. Hany tak nak cakap sebab nya lah. hahaha tapi secara general, hany tak boleh telan pil. Lagi satu waktu duk ambil supplement ni, taksub sangat orang cakap itu ok, terus cuba. Yang ni cakap produk tu elok, cuba lagi...haha biasalah orang yang usaha nak hamil ni memang, gila sikit. kesian kan.

Hany kenal QASEH GOLD ni dah lama,sebelum nikah lagi, tapi yer lah degil. Ambil pun tak konsisten, habis sebotol tak sambung. Bila rasa nak, baru beli lagi. Tahun lepas, bermula April 2013, hany nekad dan buat keputusan, hany nak ambil Qaseh Gold Adinda secara konsisten serta istiqomah. Hany cakap pada diri sendiri, semoga dengan usaha hany, ambil secara istiqomah serta BERKAT makanan Sunnah dalam Qaseh ni, semoga ALLAH makbulkan usaha kami. Aamiin...

Rasanya dah ramai kot yang pernah dengar pasal QASEH GOLD ni, tapi produk ni tak sehangat shaklee, herbalife lagi la. Baru jer meningkat naik. Okay, QASEH GOLD ni ada 3 bawah dia:

1) QASEH GOLD ADINDA: Untuk perempuan berumur 13 tahun dan ke atas


2) QASEH GOLD KEKANDA: Untuk Lelaki berumur 13 tahun dan ke atas


3) QASEH JUNIOR: Untuk budak lelaki dan perempuan berumur 1tahun sehingga 12tahun


Okay, hany akan bercerita mengenai Qaseh Adinda yer. Yang lain maybe dalam entri lain.

Bermula April 2013, Alhamdulillah...memang hany betul betul istiqomah ambil Qaseh Adinda ni. Alhamdulillah, bermula Mei 2013, Period hany datang dengan eloknya...ALLAHUAKBAR! memang setiap bulan ada...sehinggalah January 2014. Hany tak mahu claim yg Qaseh Adinda penyebab nya, sebab semuanya dari ALLAH...maybe Qaseh Adinda hanyalah asbab kan. Walaupun kitar tak tetap, tapi setiap bulan ada. Bagi hany itu sudah cukup cukup cukup menggembirakan hany. hehe senang nak kira waktu subur kan ;)

Berikut adalah kandungan dalam Qaseh Adinda. 

Sila klik untuk lihat dengan jelassss

Sepanjang stop treatment, memang hany tegar Qaseh Adinda ni. Hany ikut sukatan dia betul betul, 3sudu sebelum tidur, 3 sudu sebelum makan pagi. Kadang kadang tengahari pun bedal sebab boleh kurangkan kelaparan. Pernah 1 bulan sampai 3botol Qaseh Adinda ok.  hahaha over, tapi itu hakikat dia, sebab kalau batuk batuk hany akan perah lemon dalam Qaseh Adinda dan minum. Biasanya kalau batuk memang ambil acapkali lah. Sebab tu boleh jadi 3botol sebulan ;)

Berikut adalah antara kebaikan Qaseh Adinda:

Klik ler gambor nih ye. tak reti nak bagi dia jelas ;)


Pernah bulan 9, hany period sampai 25 hari. Dia punya pekat, banyak, siap berketul ketul macam keguguran lagi. Terus pergi Az-Zahrah lagi, doctor bagi ubat stop kan period. Memang stop la. Tapi alhamdulillah, masih elok lagi untuk bulan bulan seterusnya. Hany tetap teruskan Qaseh Adinda, dalam hati hany dah set.. "okay, ni semua nak cuci, nak bagi keluar semua yang dah lama tak keluar". Hany rasa kalau orang lain mahu nya stop terus, takot nak ambil dah. Tapi tu lah, orang kata dah memang kita nekad kan...tetap teruskan.

Hany tak claim Qaseh Adinda ni buat hany pregnant. Tak yer, tapi mungkin asbab sahaja, dan ia nya adalah daripada si DIA, ALLAH punya perancangan. Alhamdulillah...hany maish teruskan Qaseh Adinda semasa mengandung juga, sebab Qaseh Adinda boleh diambil untuk mereka yang tengah usaha untuk hamil, yang tengah mengandung, yang tengah menyusu juga yer. Tiada masalah. 

Kalau nak tahu pasal Qaseh Adinda ni, boleh jer contact hany (019-9597323). Hany memang jual jugak, sebab hany dah rasai kebaikan dan manfaat Qaseh Adinda ni. Jadi kalau ada kawan kawan yang nak hany jual la. Share benda yang bagus kan. 

Okay, ada 3 entri lagi untuk usaha dan ikhtiar hamil ni, InsyaALLAH...hany akan habiskan.

Komen
2 Komen

2 comments:

Lady D'yot said...

alhamdulillah..rezeki kami pon tiba selepas 2bln konsisten amalkan qaseh kekanda dan adinda..dengan izin Allah ;)

Miz Eija said...

alhamdulillah... usaha & iktiar sangat bagus untuk mendapatkan sesuatu... jom follow blog saya :)