بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Monday, September 15, 2014

Pemilihan Nama Anak

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...Jumaat ni genap usia kandungan 32minggu, 8 bulan la kan...Hmmm sebenarnya sehingga saat ni hany tak tahu lagi jantina baby ni. Sebab scan masa 6bulan lebih tak nampak, then masa cekap last week di Klinik Kesihatan, doktor ada scan, mula mula tak nampak jugak...lepas tu doktor cakap "macam perempuan je ni"...

Masa ni scan untuk lihat ukuran anggota badan la. sebab hany tak pernah scan kat KK. Ntah memang tak pernah scan sepanjang checkup. Jadi doktor tak tumpukan sangat pada jantina tu, dah lepas ukur semua then bila nak tengok lagi sekali, doktor cakap "ala dia dah pusing" cari cari tak jumpa jugak, then doktor cakap..okay, semua ok semua normal...berat baby 1.5kg.

Jadinya, hany pun takder lah desak nak tengok betul betul kan. Takperlah baby, kita surprise je. Hany dah cari nama untuk dua dua jantina la. Akhirnya dapat jugak. Sebelum ni, susah nak cari nama perempuan. 


Kemain kan, sampai 2 buku ha;) Yang Ustaz Sharhan tu hany beli sebelum mengandung lagi. Beli sebab ada adab adab menamakan anak, lepas tu apa yang perlu dibuat ikut sunnah. Selalu buku lain tak ada. Ada jugak senarai nama yang perlu dielakkan, senarai nama nama jin. Yang buku kuning tu beli sebab susah nak cari nama perempuan.haha over kan. Lepas tu tak ada satu pun ambil dari buku kuning tu ;)

Ada membe hany bagitahu pasal group Nama Nama Indah Yang Bermakna, di FB. Dikendalikan oleh seorang Ustazah. Alhamdulillah, syukur sangat sebab rupanya kebanyakan nama nama yang kalau kita google, jauh sangat makna dia dalam Bahasa Arab. Serius terkejut, dan ada yang tak ada makna langsung. Nasbe baik membe hany bagitahu pasal group ni. Thank You Nadia

Di group ni kita boleh tengok nama nama yang disenaraikan, hanya yang ada makna dalam bahasa Arab sahaja. Kita juga boleh tanya apa maksud nama yang kita berkenan. Ustazah akan rujuk kamus Arab dan akan bagitahu makna. Kalau tak ada bermakna bukan bahasa Arab. Lepas tu siap diberitahu macam mana cara sebutan. Sebutan kadang kadang tak sama dengan ejaan. Jadi sebutan lain makna pun lain. 

Contoh:
Nak nama DHIA, tapi ejaan DHIA saja tak ada makna
Kena DHIYA atau DHIYA' - Sebutan dia DHI-YAK bermaksud SINARAN

Bagi hany, nama dan panggilan penting, sebab kita duk sebut setiap hari kan, ianya seolah olah doa la kan. Mesti lah kita nak doakan yang baik baik untuk anak kita kan...aamiin. Kalau korang berminat nak join group ni, inform la hany, hany boleh add ke group ni. ni FB hany https://www.facebook.com/mekanihashim

Di group ni jugak, anda boleh request nama yang bermula dengan huruf yang anda inginkan. Contoh nak gabungan R dengan Z. Inform pada ustazah menerusi whatsapp dan nanti ustazah akan email senarai nama ke email anda. Akan ada dalam 100 senarai nama. Tapi untuk yang ni dikenakan bayaran RM20 la.

Sekadar berkongsi sahaja...mana yang elok dan bermanfaat kita sama sama kongsi.

8 comments:

fazilzura said...

laaa awat x pi scan .. rugi2, bile lg nk tgk bby time dia dlm perut.. ptt wat 4d .. ms amni zr wat 2x .. 1x dpt pree.. siap dpt gmba gerak2 lg.. syokkkkkkkkk... tp part jantina mmg xnmpak cz amni pun nyorok cm abg dia.. yg doctor nmpak sgt part idung dia.. ala2 hindustan cm ayah dia.

kali ni, every week g scan ms memula dpt tau aritu wakakakakakak ... lawak kan .. lantak lew..

part nama mmg menduga oooooooo.. cz nak nama yg ada makna... tu psl anak2 ada 1 nama pjg 1 nama pendek, cz kalau nama pjg , bile pangil x kan nama pnuh kan .. kang bile potong jd pendek x de makna plokk...

munna said...

Tahniah hany. Dah tak lama je lagi tu.....

Lady D'yot said...

most welcome..hik hik ;p

Rohani Hashim said...

@Zura,
Hehe sbb dah buat details scan jadi xbuat la 4d bagai tu.plan penjimatan ;) janji dpt buat details scan.nak tahu semua yg anggota badan tu lah.

Ha betol tang nama tu mmg kena panggil yg ada makna,sama jugak hany pun pilih ni mmg pilih yg senang org tua nak panggil.selalunya kalau pnjang nanti semua main shortkan sesuka hati,jadi nanti takde makna kan.

@munna
Ha kakmunna tu lah.berdebor ada tak sabor pun ade ni ;)

@nadia
;)

ch@ said...

syukur, sekejap je da 32w, tahniah hany. btl, pilih nama anak yg baik2. di rmh pun kita panggil nama anak2 penuh, auni, adli, arrizqi. org lain je yg panggil nama2 pendek tu. oni, aie, rizqi.

Rohani Hashim said...

@Cha
Tu lah, hany kalau boleh nak elak nama yg 3suku kata, mcm rohani, mesti orang tak panggil penuh la. kalau 2 tu senang org nak panggil kan. rohani sudahnya jadi hany...;)

syukur said...

Menyenangkan sekali, memilih nama- nama untuk buah hati

Anonymous said...

saya ada add puan kat fb..

Followers