بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Wednesday, September 03, 2014

Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil: Pusat Rawatan Islam Az Zahrah

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Okay sambungan lagi...haha tak sabor nak habiskan part ikhtiar dan usaha ni, sebab dah start datang perasaan malas hapdet blog ni. Tapi hany tetap nak habiskan. Untuk perkongsian bersama. InsyaALLAH...semoga bermanfaat. aamiin...

Tahun 2013 lah tahun yang hany rasa memang kitorang betul betul berusaha lah. Kira start bermati matian berusaha. Yerlah 2013 dah 4 tahun usia perkahwinan. Umur makin meningkat kan. Mesti kena usaha. Kalau tak susah jugak. Hany start join group Trying To Conceive (TTC) di facebook. Terima kasih buat Kak Azie sebab add hany ke group tersebut. Honestly, bila join TTC ni memang sangat sangat membuka mata hany. ya ALLAH...orang lain punya usaha sangat lah banyak, itu ini, tapiii hany ni...macam tak berusaha langsung.

Hany baru masuk 4tahun kahwin, tapi dah give up, tak buat apa apa. orang lain yang dah bertahun tahun, masih tabah, berfikiran positif, berusaha untuk hamil. ALLAHUAKBAR! dari sini hany inform husband, cerita la itu ini... Alhamdulillah, husband supportive. Dia suruh call mana mana pakar yang terdekat la untuk appointment. Ntah macam mana kitorang pilih Pusat Rawatan Islam Az Zahrah. Call buat appointment. setel!!!

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ)
No.34, Medan Pusat Bandar 1, 

Seksyen 9, Bandar Baru Bangi 
43650 Selangor Darul Ehsan 

Phone: 603-8921 2525 

Fax:      603-8921 2677

Email: info@azzahrah.my 


Pergi la 1st appointment...dingdongdingdong...bercerita dengan doctor, doctor check itu ini, buat test itu ini...total untuk 1st rawatan RM550. Terkejut jugak sebab survey membe membe yang pernah pergi, rawatan pertama dalam 250-300 jer,tapi maybe sebab kitorang buat semua benda kan. Lebih kurang 4bulan jugak la, tapi tak ingat berapa kali rawatan...soriiii pelupa lah sekarang ni. Last sekali hany buat ujian HSG, test tiub fallopio. Tapi tak buat di Az Zahrah. Buat di KPJ tak silap. RM250 untuk test tiub. Alhamdulillah semua okay, takder tersumbat. Cuma masalah hormon jer hany ni. Pergi balik jumpa doctor di Az Zahrah.



Hany ingat lagi ayat doctor tu...memang bergenang airmata lah..."untuk pregnant secara normal, agak sukar. dan tengok usia awk ni, bagi saya baik teruskan dengan IUI atau IVF. tapi saya suggest IVF terus sebab IUI pun tak semestinya berjaya" nak jatuh air mata masa tu, tapi berjaya tahan sebab depan doktor.haha naseb berjaya tahan, dah la rupe hany buruk kalau menangis.kakaka...kitorang dengar dengan teliti lah apa yang doktor tu cakap.

Lepas tu kitorang stop jumpa pakar. Nak proceed dengan IVF memang tak mampu lagi. Kitorang decide untuk cuba secara normal lah untuk beberapa cycle...Sambil berdoa semoga dimurahkan rezeki. 

Start bulan April tahun lepas, hany mula ambil supplement. QASEH GOLD ADINDA. kiranya stop je rawatan di Az Zahrah, hany start ambil supplement Qaseh ni. Alhamdulillah period hany ada setiap bulan. Ya ALLAH memang suka sangat sangat...



Okay, next entri yer.haha saje je kan nak bersambung bagai ;)

Okay bagi hany kan, memang kita akan berusaha apa saja. Orang cakap itu bagus, ini bagus...mesti kita nak try kan. Yer lah orang yang susah nak hamil ni memang akan cuba apa saja. Hany just nak pesan, apa kata jumpa pakar dulu. Tanya apa sebenarnya masalah kita. Yer memang tak salah nak amek supplement apa saja kan, tapi adalah bagus untuk tahu apa sebenarnya masalah kita. Tak semua supplement sesuai untuk semua orang. 

Kuatkan semangat, Terus berusaha...ada sinar untuk kita yang sentiasa berusaha...aamiin

7 comments:

Ena said...

bagus entry ni..
ena pun dah consume Qaseh dah 2 tahun lebih.. banda pun dah makin bam bam.. hehe.. dulu cekeding. anak2 pun sama.. memg byk kan khasiat qaseh ni!

:-D

Rohani Hashim said...

@Ena
Alhamdulillah...kan ena kan...memang kita akan rasa perubahan tu. Dan yg junior utk budak tu memang sangat disyorkan. Elok utk budak.

Nurul Says said...

usaha tangga kejayaan kan dear..alhamdulillah dah membuahkan hasil insya allah

dada said...

kak. period kte tak teratur lepas kwen. bulan lepas smpai 51 hari cycle. skrunk tgh cuba shaklee gla complex. nak btolkan hormon. doakan yea

Rohani Hashim said...

Ha lepas kawin memangla,ada org elok je,ada yg kacau terus hormon nya. Ha cuba dulu yer. Secara konsisten tengok ok ke tak. InsyaALLAH...semoga ada perubahan.aamiin. jangan stress ye, stress pun punca jugak,nanti hormon kacau lagi. Enjoy every moment ye dear..

prog muten said...

UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
SMS/WASSUP 0148004302

prog muten said...

UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya, wassup /sms 0148004302

Followers