Ini Wilayah Hijau: Bacaan Gula


30 September 2014

Bacaan Gula

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Bersiaran dari KK. Hehe time menunggu memang la sangat boring kan. Mari hapdet blog hijau ni. Sepatutnya sekarang hany checkup 2minggu sekali. Yer lah dah masuk 8bulan kan. Last week dah datang hari khamis,tapi hari ni kena datang lagi...gara gara gula naik.haha ko bantai ape lah hany sampai naik gula nya.




Ha ni result bacaan gula hany. Sebelum ni memang sebulan sekali,sama macam checkup perut la. Last week naik,cek punya cek...rasanya hany makan goreng goreng. Sebab nurse pun cakap goreng goreng ni cepat naik gula. Kan kena puasa start 8mlm sebab kul10mlm nak amek bacaan. Kul6lebih hany bantai jeput pisang n goreng pisang.haha nasebbb...

Tak pasal pasal kena datang minggu ni. Lagi satu sebab hany lepas ni nak balik Ganu dan checkup kat Ganu dah. Tu doktor cakap nak monitor lagi sekali. Kalau tak turun dia nak suruh refer hospital. Aaaaa tak sukanya kalau banyak banyak tempat ni. Tapiii...redho je lah kan,kau yang tak berpantang betul betul kenapa!!!

Alhamdulillah...hari ni perjalanan sangat seronok ke KK. Keluar rumah jam 7.15 sampai 7.40pagi. Huiiii selalunya lama jugak. Sampai siap dapat parking dalam kawasan klinik lagi. Kalau tak harapan laaa nak dapat park kat dalam. Rasanya hari rabu ni macam tak ramai orang je. Macam besh je checkup hari selasa ni. Tapi yerlah ikut kawasan...hany selalu kena hari khamis.

Duk sekejap je terus panggil nombor pergi makmal. Tapiiii tak besh jugak kalau siap cepat,sebab hany ambil darah je. Lepas ni cek darah kul 11 lak. Lamaaa tu nak nunggu ke kul11...haiyooo...kalau sekali dengan checkup okay sikit. Nunggu checkup pun lama,sedar sedar dah dekat kul11...

Alhamdulillah...setakat ni dah start rasa susah nak tido...tapi bila dah tido memang lena yang amat lah. Petang petang pun lena jer tido. Dah start jugak rasa sakit situ sini,senak situ la,krem kaki la...krem kat bawah perut la...hehe nikmat mengandung kan.

Masih boleh pakai baju kurung lagi. Setakat ni memang hany tak ada beli uniform mengandung lagi la. Semua blouse hany muat je lagi. Sebabnya blouse hany memang semua jenis kembang kat bawah hehe...Tengok nanti dah cecah 9bulan kot kot dah tak muat kan.hehe nak merasa jugak pakai uniform ni ;)

Selamat pagi kawan kawan ;)

Komen
6 Komen

6 comments:

munna said...

Letih kalau GDM ni..... Time buat bsp mmg letih

ch@ said...

setiap kali pregnant, masa menunggu kita buat aktiviti "wordsearch" beli yg paling tebal (sudoku kita tak pandai), lambat habis. dlm beg mmg penuh mknn dan buku, haha.
sabar ye Hany.

Etuza said...

tahnia ya sangat setia menjaga kesihatan...cara ini lah yang kita nak..ada usaha dan usaha

Ida Iar said...

weh...yang gi bantai pisang tu memang la gula naik.haha. misi pesan dah kat lida dulu..pisang antara buah yang boleh tggikan bacaan gula. tny kat misi klu saya teringin sgt? boleh nak mkn tapi jgn lebih 3 kpg je klu goreng pisang. klu buah fresh tu jgn makan byk gak pisang ni..cari yg comel2 tu je mkn sebiji dua. klu mcm pisang montel tu..sebiji dh cukup byk dh.

klu jemput pisang lagi la tggi gula..kita tambah gula kan buat jeput pisang ni..haha. bukan mcm jeput biasa tepung+telur+air garam basic dia. klu jemput pisang, pisang lagi,tepung, gula..haha..mmg kena beringat la.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sebulan je lagi segala "keperitan" itu kan berakhir. Bestnya Hany.

Azi Azidah said...

hany semoga semuanya ok ok... dh xlama dh kn... mcm azi bersalin awal 2minggu. be ready k