Ini Wilayah Hijau: Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil: Rawatan Kesuburan Di LPPKN


22 September 2014

Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil: Rawatan Kesuburan Di LPPKN

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,



Okay, mari kita teruskan entry berkaitan Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil. Sikit jer lagi hany nak bercerita ni. Harap dapatlah membantu sikit sebanyak kan. Pengalaman setiap orang berbeza. apa itu LPPKN? Ha nama panjang dia macam banner kat atas tu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. 

Setelah stop rawatan di Az-Zahrah Bangi, kan kitorang decide untuk cuba secara normal kan. Namun sehingga ke hujung tahun 2013 masih tiada tanda lagi. Setiap bulan Miss P datang dengan normal. Kecewa sebab Miss P ada maknanya tak mengandung, tapi gembira lah jugak sebab sekurang kurang nya miss P dah normal, setiap bulan dia hadirkan diri ;) Setelah berbincang, kitorang pun buat keputusan untuk mencuba rawatan di LPPKN.

Sebenarnya, memang dah lama dengar dan dah tahu akan perkhidmatan yang disediakan di LPPKN ni. Cuma nya, masa tu kitorang duk terfikir, kerajaan kan kompem lah lambat, nak dapatkan appoinment satu hal lambat sebab ramai orang, lepas tu kategori jauh la jugak kan. Tu lah kan, belum cuba, tapi dah assume macam macam. Mana la ALLAH nak bantu kan. Diri sendiri dah sekat dan dah buat alasan.  Hany lupa bulan berapa call buat untuk dapatkan appoinment, serius lupa, tapi yang pasti hujung tahun dan selepas bulan 9 2013.

Ni info untuk dihubungi...

Bahagian Reproduksi Manusia
Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara
12B, Bangunan LPPKN
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.

No. Telefon:
03-26937555
(minta sambungkan ke Subfertility Treatment)

Hany call untuk buat appoinment. Inform la kan untuk rawatan kesuburan. Nanti diorang akan terangkan prosedur dia macam mana untuk yang pertama kali ni kan. Dia tanya la info sikit sebanyak pasal usia perkahwinan, umur suami isteri. Lepas tu nanti dia akan bagi 1 tarikh untuk kita datang. Ni memang betul betul 1st appoinment, tapiiiii belum jumpa doktor lagi yer, ni urusan semua dengan nurse. Nurse inform untuk ambil cuti sebab takkan bagi MC untuk 1st appoinment ni. Hany pun inform yang sebelum ni pernah buat treatment di Az-Zahrah. Jadi bagitahu lah dah sampai step mana. Alhamdulillah, HSG hany masih boleh digunakan, so tak payah buat HSG lagi dah. Alhamdulillah...jimat duit dan jimat perasaan malu..haha serius maluuu weh.

Okay, hari yang dinantikan pun tiba. Appoinment hany adalah bulan Januari. Maka kitorang berdua pun menapak la ke LPPKN. parking di LRT bukit jalil je. Lepas tu naik LRT dan turun di Stesen Sultan Ismail. Elok keluar dari stesen Sultan Ismail, sila pandang ke kanan, maka nampak lah bangunan LPPKN. Jalan lebih kurang 7-10minit la. Senang tak payah nak fikir mana nak parking semua. Tapi ada jer blogger yang pergi dengan kete, parking dekat hotel depan LPPKN la, di lalu pejalan kaki tepi bangunan la. Cuba lah google;)

Sampai je...kena isi buku pelawat dan naik ke Tingkat 6, Bahagian Reproproduksi Manusia. Alhamdulillah tak adalah ramai orang. Dan waktu menunggu kitorang pun tak lama. Serius, tak seperti yang kitorang bayangkan. Ye lah semua nya dengan appoinment kan, mestilah tak crowded. Alhamdulillah...dipermudahkan. Masa registration kena bagi IC suami isteri dan kad/sijil nikah. Selesai registration, kami menunggu dipanggil, Sekejap jer, terus nurse panggil.



Okay, Suami terus di minta ke Tingkat 7, ni untuk buat sperm test yer. Nurse cakap suami pergi sorang dulu, kalau tak dapat jugak baru panggil isteri untuk bantuan hehe pepaham lah yer;). Tapi semua nya ni dah diberitahu masa kita call untuk buat appoinment. Jadi kitorang memang dah prepare la towel semua kan. Disediakan keperluan lengkap lah, bilik, bilik air semua. Sementara suami ditingkat 7, nurse interview hany... tanya pasal usia perkahwinan, berapa kerap bersama, history keluarga, pernah kawin ke sebelum ni...Lepas tu ambil blood pressure. Setel, nurse suruh tunggu suami turun, nanti suami pula akan di interview. Lepas interview suami, nurse inform petang baru dapat result untuk sperm test tu. Jadi kami decide tunggu jer lah kan. Malas nak jalan jalan, cuma pergi cafe je makan sambil killing time. 

Lepas solat, kami tunggu depan entrace Bahagian Reproproduksi Manusia, semua nya on time, pintu dibuka betul betul ikut waktu yang ditulis, semua dah ready. Sangat berbeza dengan sangkaan kitorang. Tu lah kan, kalau tak alami sendiri sampai sudahla duk kata lambat la ramai orang la apa lah kan. Result keluar, alhamdulillah...semua okay. Nurse pun inform, dia kata memang tumpukan pada suami dulu, sebab lelaki ni kalau ada masalah 1 je, masalah dengan sperm. Tapi, kalau perempuan macam macam, itu la ini lah, jadi pelbagai penyebab kan. Jadinya, hany lah yang akan terima treatment.

Okay,
untuk next appointment adalah, bila miss P datang, make sure Hari Pertama miss P datang, call LPPKN. Nanti dia akan bagi appoinment ke 2. So kena tunggu lah miss P, baru call. Kira nya selepas appoinment pertama, kami memang tak dapat tarikh untuk appoinment ke2, sebab bergantung pada kehadiran miss P ;)

Bayaran, seingat hany untuk kali pertama ni adalah RM90, termasuk sperm test yer. Sumpah terkejut sebab sperm test masa treatment di Az-Zahra adalah 2ratus lebih. haha nama pun swasta kannn;)

Okay, kita sambung next entry, macam panjang pulak...panjang panjang ni korang bukan baca pun kan ;)
Komen
10 Komen

10 comments:

Kella said...

=)
hai hanny.. jalan jalan sini..

syukur said...

Semoga di beri kemudahan dan kelancaran.aamiin

Anonymous said...

Salam...Cuba try makan tembikai merah yg ada BIJI....bukan seedless. Jadikan amalan. Insyallah. Cuma nak cari tembikai mcm tu agak sukar pasal majority tembikai sekarang seadless.

Anonymous said...

Salam kak rohani, saya dan isteri dah berjaya melalui program LPPKN ni di bawah penjagaan Dr Hamizah, alhamdulillah isteri sekarang menagandung kembar (lelaki+????)dan due pada 13 Julai 2015. Kami mula rawatan pada Ogos 2014 (HSG, IUI, etc) Suasana yang kondusif, staf yang peramah, doktor yang professional. rawatan yang diberikan jauh lebih baik berbanding hospital swasta.

Rohani Hashim said...

Waalaikummussalam...
Alhamdulillah...tahniah tahniah...jaga isteri elok2 ye.nanti dah bersalin update tau.beshnyaaa dapat kembar lagi haaa...

Azeni Ahmad said...

Menarik.
Boleh tambah pengetahuan dengan baca disini.
Nice sharing dear.

Unknown said...

Assalam sis dr segi pembayaran disana cmne ya

Shida Jamsari said...

Assalam sis dr segi pembayaran disana cmne ya

Rohani Hashim said...

@Shida Jamsari
Pembayaran dia murah lah compare dgn swasta. Contoh kalau sperm test tu, swasta 2ratus lebih, di lppkn tak smpai 100. Tapi ni harga masa akak pergi tahun lepas lah yr. Thaun ni tak sure. Kena call tanya.

Rohani Hashim said...

@Shida Jamsari
Pembayaran dia murah lah compare dgn swasta. Contoh kalau sperm test tu, swasta 2ratus lebih, di lppkn tak smpai 100. Tapi ni harga masa akak pergi tahun lepas lah yr. Thaun ni tak sure. Kena call tanya.