بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Saturday, September 20, 2014

Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil : Suami & Isteri

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Secara general nya, bila dah berkahwin...pastinya setiap pasangan memang inginkan zuriat kan. Sape yang tak nak? Mungkin ada sesetengah pasangan yang merancang untuk dapat lambat sikit, mungkin atas faktor faktor tertentu...tapi rasa nya tak ada lah sampai TAK NAK anak kan. hissshhh mintak jauh, kan ALLAH makbulkan, terus tak dapat dapat kan...

Sama macam kami, memang tak merancang langsung. Tapi semua nya atas REZEKI dan Kurniaan dari ALLAH. Memang satu hal kami sendiri lambat berusaha betul betul, jadi itu pun mungkin lambat kami dapat kan. Tahun ke3 perkahwinan baru betul betul berusaha berubat sana sini, ikhtiar sana sini kan. Tak per lah kan, orang kata better late than never ;)

Okay, dah namanya pasangan suami isteri, maka berdua lah kan. Ada isteri dan ada suami. Jadi dalam usaha kita nak dapatkan zuriat, bagi hany dua dua kena berusaha. Jangan main salah kan siapa siapa. Suami salahkan isteri, isteri kata suami la yang ada masalah. Walaupun kita tahu masalah ni berpunca daripada siapa kan. Tapi kita kena sama sama usaha lah untuk mengatasi segalanya. Sama sama bagi sokongan, dorongan serta semangat antara satu sama lain. Juga sama sama berusaha untuk berubat atau apa saja.

Susah, kalau isteri je beriya berusaha berikhtiar ke sana sini kan. Tapi, suami dengan angkuh dan sombong TAKNAK. Aku okay, tak de masalah. Buat apa aku nak berubat semua. Benda macam ni bukan boleh tengok dengan mata kasar. Kalau tak senang lah kan. Tak payah buat sperm test bagai kan. Lelaki ni memang, cukup susah kalau sebut pasal SPERM TEST ni. Rasanya majoriti lelaki susah nak buat kan. Tak perlu lah kita nak malu ke apa, ni semua untuk kita tahu kan, ada masalah ke apa ke kan. Kita beriya nak anak, tapi langsung taknak buat apa apa. Susah jugak.

Alhamdulillah, majoriti yang hany kenal, yang sama sama lambat dapat anak macam hany ni, suami sangat senang nak menyokong, nak berusaha, nak ikhtiar sama sama dengan isteri. Alhamdulillah... beruntung sahabat semua. Tapi ada jugak segelintir yang terpaksa usaha sorang diri sebab suami taknak. Yang macam ni honestly, hany pun tak boleh kata apa. Kita ni orang luar kan, terpulang pada isteri la untuk pujuk serta sentiasa doa pada ALLAH moga buka dan lembutkan hati suami.

Untuk lelaki juga, tolong lah...tolong sama sama usaha dan ikhtiar bersama isteri. Perit sangat kalau tak mendapat sokongan suami ni. Dahla isteri sedih dengan susah nak mengandung, tambah lagi suami endah tak endah bila masuk bab berusaha dan berikhtiar ni. wallahualam...

**InsyaALLAH...ada rezeki untuk kita semua...ALLAH punya perancangan adalah yang terbaek. Kita sebagai hamba, teruskan berikhtiar serta berdoa pada NYA. aamiin**


10 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Betul tu.. harap2 mereka tak berputus asa. Ada yg sampai 10tahun kawin baru dpt anak. Kalau lambat tu, pasti ada hikmatnya.. Allah nak suruh pasangan tu honeymoon puas2 dulu. Jadi, berbaik sangka je dgn Allah.

Rohani Hashim said...

@MM
betul MM, memang kena usaha dan yg penting jangan putus asa. Hany rasa hany pn hampir pitis asa, tp memikirkan org lain lagi lama pun masih berusaha. tu buatkan hany jadi semangat balik utk teruskan usaha...

ch@ said...

rezeki Allah dah tetapkan, kita berusaha tak mahu bb pun bila Allah kata nak bagi, kita tetap terima.
lebih2 lg utk yg menanti bb, pasti di tunggu-tunggu, cuma cepat atau lambat jgn putus asa. kan-kan-kan.

Kella said...

Masih berusaha dan terus berusaha hanny..
hanny.. ada terfikir mahu berhenti kerja laaa... humm

Anonymous said...

betul sekali, kebanyakan pihak istri saja yang diperiksa atau sering dituding menjadi penyebab tidak memiliki keturunan.

Anonymous said...

Kdg2 lihat perangai isteri yang masih nk enjoy xmau ank... ksian suami

dada said...

kak, lepas berapa bulan kwen baru boleh buat rawatan dkt lppkn?

Rohani Hashim said...

Dik,paling bagus after 1tahun. Kalau hukm 3thn lebih br dia ambil kes. Sebab ramai yang tunggu. So lppkn ni,better lepas 1tahun.

dada said...

tq yea kak. dah telefon die ckp tak amik kes yang baru 6 bulan. so kne usaha lagi. tq utk sume info akk. :)

Rohani Hashim said...

Dada,
Nak suruh hanimun lagi lah tu hihihi, xpe yang cuba swasta lah kot diorang amek. Kerajaan memang bagi yg sethn keatas...

Followers