Friday, April 27, 2012

Teh sukat


Assalamualaikum




Teh sukat ni warna dia pekat sangat,warna oren gitu. Kan sebelum ni ada keluar kat paper and berita kan,tak elok amalkan teh ni. Berbahaya untuk kesihatan jika di amalkan meminumnya.

Tapi,yerlah dek kerana kemurahan nya rasanya ramai pekedai yang menggunakan teh ni. Taktahu la nama apa teh ni. Tapi panggil teh sukat sebab dia di jual beli dapat timbang kilo. Sebab tu harga dia murah.

Ni hany minum masa pergi pangkalan kubor hari tu. so lepas ni dah aim la kedai tu takleh pergi dah sebab guna teh sukat. Time tengah panas terik tu,lepas dapat minum teh ais,fuhhhh lega habaq hang;)

**zaman le ning macam2 hal kan,tahu tak tutti frutti dengar cerita tak dapat pengesahan HALAL JAKIM lagi,so....fikir sendiri lah**


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 24, 2012

Tupak Sutong


Assalamualaikum



Tupak Sutong @ Ketupat Sotong.

Version mak hany. Tak sure asal dari negeri mana. Tapi so far kelate ada,ganu pun ada. Tapi versi dia berbeza. Kalau ganu kuah dia putih macam gambar tuh.kalau kelate tak silap kuah dia tak putih sebab dia campur gula melaka@nissan.

Sabtu petang,sampai rumah,mak hany bagitahu ada tupak sutong,uisshh apa lagi siap je angkut barang,bukak tudung terus bukak tudung periuk. Ahaha terus hidang and makan la. Ahaha pelahap. Serius lama tak makan.

MZ makan 3 ekor jer sebab muak. Kuah santan,dalam perut sotong tu sumbat dengan pulut. Mana tak muak nya kan.

Puas hati makan tupak sutong ni wehhhhh;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, April 23, 2012

Kad Perakam Waktu


Assalamualaikum



Kosong lagi ;)

Ha,korang semua masih pakai kad ni ker? Ke dah pakai touch card tu? Takpun lagi canggih pakai thumb print? Kelasss ko canggih pakai thumb print. Eh takpun pakai retina scan?

Hany kembali menggunakan kad ni. Sebab station kat site,kat hq memang la guna touch card tuh. Rasa mengimbau kenangan lak kan guna kad ni. Yerlah dolu dolu kan guna kad ni. Sempat jugakla merasa guna kad ni dulu.

Sekarang ni,kompom la kat kad hany ni merah je memanjang pagi pagi. Ape tidaknya, jam di mesin tuh, 30minit awal. Ahaha giler tak. Sakig hati jer.sebab merah kan,walhal sampai kul8 pagi nih. Hany nye opis hour 8.30-5.30.

Lepas tu sejak station nih, tempuh jem la. Sebelum ni naik lemak ke opis 10minit je ok,kalau semua trafik lite hijau. Sekarang dah jadi tak tentu,ada kala 1jam,ada kala 45minit. Tengok keadaan la kan. Lepas tu kaki krem. Ahaha tak pernah tempuh jem,untuk 2minggu pertama ni krem lagi la. Kete manual kan nasib la ko;)

Tapiiiiii, hany suka station ni,sebab keje fokus pada 1benda jer. Kalau tak multitasking la ko. Kalau station ni,sah sah la ko buat keje tu jer. Projek tu jer. Tapi ko kena la ikut timeline la. Lari sikit mati la ko,kata fokus tak ada buat keje lain kannn.

Aperpun,semua kerja ada cabaran dia. Tak ada kerja senang dan kalau ikutkan kerja ni memang takkan habis.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 22, 2012

Cuti


Assalamualaikum,

Sekarang tengah bercuti. Cuti pendek jer pun. Sabtu pagi bertolak balik ke GANU,then ahad pagi bertolah ke KELATE lak. Dah kata cuti pendek,so tak dapat la duk lama lama sangat kan. Selasa pagi InsyaALLAH akan bertolak ke SELANGOR.

Balik ni pun amek mak hany untuk tinggal dengan hany. Memanglah mak xnak tinggal terus dengan hany. Tapi slow slow la kan. Orang tua kan, sayang dengan rumah la, itu la ini la. Takper lah,tengok la camne nanti kan.

Plan nya,esok nak pergi pangkalan kubur atau rantau panjang. Rantau panjang memang hany tak pernah pergi lagi,tapi dengar dengar harga di rantau panjang lagi mahal dari kalan kubur tuh. So masuh tak ada keputusan lagi nak pergi mana ni. Tengok je lah esok camner kan.

Tingtongtingtong, ahad dah nak habis dah. Cepat sangat masa berlalu kan...haissshhh. Esok dah isnin. Hurmmm.kalau cakap cuti memang takkan puas dan takkan cukup la kan. Nak tak nak kena hadapi.

Aperpun,semoga bergembira...;)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 18, 2012

Awan nano = RM25?


Assalamualaikum,





Tu dia...


Credit pic to fb Terengganu FC



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 17, 2012

Nak pindah randah,kompom la kena ada lori sewa kannnn….

Assalamualaikum…

Ingat lagi, kalau bab pindah ,memindah ni, fuiiiihhhh memang penat la, super duper penat okay. serius! so far setakat ni hany pindah dekat dekat jer, dari taman ni, ke taman sebelah…so sewa lori pun murah la. so far sepanjang duk pindah randah ni, hany memang cari lori sewa yang melayu lah, owhhh bukan memilih bulu, tapi lagi senang kan.itu keutamaan kitorang lah.

okay, ni hany nak perkenalkan Aza Trans Entreprise kat korang, yang menyediakan perkhidmatan sewa lori. Macam biasa sewa lori untuk korang pindah randah lah yer, tapi ada extra dari Aza Trans Entreprise ni, ada menyediakan KHIDMAT LORI TUMPANG iaitu dari KL@selangor ke Perak@Penang. ha jadi agak agak nak pindah merentasi negeri boleh la korang dapatkan khidmat Aza Trans Entreprise.

 

AZA TRANS ENTREPRISE (SA0179326-X)

Lot 7, Kg Kuala Sg. Baru, Bt 13 Jln Klang,

47150 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 017-240 9824 (EDY) / 019-203 3086 (AZI)

Email : edyeda@gmail.com

 

Macam biasa, man power disediakan, Perkhidmatan kami adalah 24 jam / 7 hari seminggu. dan yang penting, Lantai lori kami adalah jenis steel dan tahan karat. Barang anda di jamin tidak akan kotor.

agak agak nak pindah tu, cubalah hubungi Aza Trans Entreprise dan dapatkan sendiri harga terbaek dari mereka;)

Monday, April 16, 2012

Makan: Kek,Kueh Mueh

Assalamualaikum,

InsyaALLAH, hany akan promote beberapa blog la, especially BISNES BLOG la. ok fine, maybe la tak membantu sangat sebab blog hijau ni bukanla ramai sangat visitor…kurang kurang kot kot ada yang search kan, mana tahu terbuka blog hijau ni, maybe boleh membantu mereka yang berniaga ini kannnn…

128

DSCN1887

DSC03007

RV

Ini adalah hasil tangan IBUDHIRA, a.k.a RIN hany panggil. hehehe opismate hany. mula berjinak dengan bisnes buat kek, kueh mueh ni. Roti jala dia sodapppp. IBUDHIRA  ni menetap di seri kembangan. korang kalau nak order KEK ke, KUEH MUEH ker, DONUT ker, FROZEN KARIPAP ker…untuk apa apa majlis lah, korang bolehlah contact IBUDHIRA  ni ha, InsyaALLAH pasti boleh dipenuhi hajat korang. dan so far harga nya idokler mahai kan…

IBUDHIRA  ni jugak adalah seorang BF mom, huhu admire dengan kekentalan dia tau. jengahla IBUDHIRA, untuk perkongsian ilmu BF, InsyaALLAH ada yang dapat membantu dalam entri IBUDHIRA  nih. Korang jengahla blog IBUDHIRA ni dan sekiranya ada berkenan, nak order kueh untuk meeting ker, nak order kek untuk besday ker, korang boleh roger IBUDHIRA di ibudhira@gmail.com.

**teringin nak kek coklat pisang, haishhh menuju ke secret recipe lagik la lepas ni yer, hihihi sebabnya nak makan sepotong jer..ahahhaa**

Sunday, April 15, 2012

Tidak Sependapat

Assalamualaikum,

hurmmm, Biasa lah kan  kita ni manusia kan, semesti nya akan ada la hari hari nya, masa masa nya yang kita tak sependapat dengan orang lain. yer lah, semua nya subjektif kan. molek bagi kita, tidak bagi orang, indah bagi orang tidak bagi kita.

Dari semua segi rasanya boleh menjadi tidak sependapat. contoh CANTIK, cantik adalah sangat subjektif, boleh jadi sesuatu cantik di mata si dia, ttapi bagi kita biasa jer lah. tapi logiknya, jangan lah sampai bergaduh beriya dek kerana tidak sependapat ini kannn…

Begitu juga kes nya dalam blogging kan, contoh kita buat entri tak puas hati ke apa ker kan, majoriti komen menyokong kita. boleh dikatakan 20 komen semua sependapat dengan kita, tapi tup tup 1 jer komen yang suarakan pendapat dia yang mana tak sama dengan kita. ingat jangan kita terus macam alaaa…dia ni saja jer nak cari gaduh kan…

Kena fikir tau, mungkin apa yang dia suarakan tu betul, dan itu pendapat dia, kena la hormat kan. memang la itu entri kita di blog kita, tapi jangan pulak kita nak semua orang ikut kita kan…kadang kadang bagus untuk kita berada di kalangan orang yang tidak sependapat dengan kita, kerana ia akan buatkan kita berfikir lebih jauh berdasarkan pendapat dia tuh.

tapi, terdapat juga sesetengah orang, dia tak sependapat tapi dia taknak komen. mungkin dia bukan penakot, tetapi dia taknak timbulkan perbalahan…salah sangka ker…

**apapun, kalau rasa nak komen kat rumah hijau ni, komen jer, tapi jangan sampai memaki hamun,mencarut,mengutuk…jangan lah kita tambah dosa lagi…;)**

M@W@R Q@SeH

Assalamualaikum,

Okay, untuk GSF ni, ini blog yang last hany akan buat review satu satu. hehehe dengar kata GSF ni akan bertambah kan, so tak larat la nak buat review satu satu ni. ingatkan hari tu 20 jer. hehe, okay ini dia  M@W@R Q@SeH, mempunyai 1900++ follower. wow blogger femes nih.takotnya nak review dia ;)



Antara entri yang hany suka:


Salam kenalan M@W@R Q@SeH

Saturday, April 14, 2012

CIK PENGUIN


Assalamualaikum,

CIK PENGUIN, menggunakan url http://saranghaesolehah.blogspot.com/, ha ni mesti peminat K-POP ni kan, sebab guna saranghae tuh. ahaha sori lah dik akak ni tak minat kpop kpop ni, maaf lah kalau akak salah yer. hany suka blog dia biru tenang dan sweet. seorang pelajar yang akan mengambil PMR pada tahun ini. dik, belajar leklok...blogging pun blogging gak yer, pelajaran jangan terabai. chewahhh ko, nasihat kan orang ahahhaa...

cute kan header dia

CIK PENGUIN berasal dari Melaka. CIK PENGUIN ni pandai edit blog jugak, tengok dari entri dia ada dia editkan skin untuk kawan kawan. hurmmm mungkin kah CIK PENGUIN pun ambil order untuk template blog? hehehe...maybe la kot, kita tunggu jawapan dia kat sini nanti eh bila dia masuk sini ;)

salam kenalan CIK PENGUIN.

Friday, April 13, 2012

CENDOL

Assalamualaikum,

Menggunakan nama profile CENDOL, ihhihi ni mesti peminat CENDOL nih.



CENDOL ni baru lepas SPM. hurmm semoga terus berjaya dalam hidup yer CENDOL. hehe dia tak bagitahu pun result dia, yer lah takkan nak dedahkan kt blog, gilo ko satu dunia boleh tahu hehehe. antara entri menarik dia:


okay CENDOL, salam kenalan...jarang nampak awak kat blog akak ni. busy la tu ;)

Thursday, April 12, 2012

DYA BUNGA

Assalamualaikum,

DYA BUNGA, waaa klasik gitu nama profile dia.DYA BUNGA ni mula berblog pada November 2011.


Antara entri menarik DYA BUNGA adalah :



jom jom jom jengah DYA BUNGA jom

Wednesday, April 11, 2012

Kelate + Ganu ;)

Assalamualaikum,

529148_429138197100675_100000134960228_1903712_1633901354_n

hehe, kelate&ganu in da house;)

SOLEHAH SHAMSUDIN

Assalamualaikum,

SOLEHAH SHAMSUDIN nama blogger ini, baru berblog lebih kurang 3bulan lebih. Berasal dari Teluk Intan, Perak, lahir pada bulan yang sama dengan hany, hehe iaitu bulan mei. hany 16 mei, SOLEHAH SHAMSUDIN pula pada 27 mei. tapi you laig muda dari i la...hehehehe.




SOLEHAH SHAMSUDIN ni rajin join CONTEST, SEGMEN TERJAH...tapi maaf lah hany tak dapat nak copy link untuk entri dia. so kalau nak tahu contest terbaru mahupun nak join segmen terjah terjah ni... silalah terjah SOLEHAH SHAMSUDIN

SOLEHAH SHAMSUDIN, akak rasa better kalau takda yang perlu klik ENTER untuk masuk blog awak, sebab sesetengah orang tak suka. lagi satu bila akak klik pada older post, kena repeat clik ENTER untuk masuk blog awak. macam tak sesuai lah. eh ini pandangan akak je lah. depend on you la.

jom jengah blog ceria SOLEHAH SHAMSUDIN jom.

Tuesday, April 10, 2012

CIK AINI LAVENDER

Assalamualaikum,

Blogger hari ni adalah CIK AINI LAVENDER, ha Cik AIni kita ni anak bongsu tau, eh sama lah kita Cik Aini, hany pun anak bongsu...;) tapi kita tak manja kannnn hehehe. Orang Penang nih. mula berblog sejak November 2011. owhhh dari nama cik tu, haruslah tak nikah lagi kannn. ehem ehem ada can la nih buat jejaka jejaka di luar sana yer...;)


Hany rasa  CIK AINI LAVENDER ni suka kaler fink, sebab dia menggunakan URL http://miszpinkies.blogspot.com/ hehehe. 

ha, CIK AINI LAVENDER  ada buat entri pasal KHASIAT TOMATO, TIPS HILANGKAN JERAWAT, hany suka entri ni, nobita dan sizuka...ohohoho sweet ok kelik sini.


Apa lagi, jom jengah CIK AINI LAVENDER

Monday, April 9, 2012

MISYA MIALEN

Assalamualaikum,

MISYA MIALEN nama profile dia. Unik kan nama dia.

   

ha,  MISYA MIALEN ni ada buat tutorial pakai shawl tau. menarik owh. kagum tapi hany dah try tak jadi macam dia buat pun. ahhhh tensi betol la. kena cuba lagi r nih.menariknya shawl/pashmina yang dia ajar tu, gaya tu boleh cover la depan dan belakang. tu yang hany suka tuh. totop depan totop belakang;) ha sini link yang tutorial shawl tuh. 

Juga ada review pasal produk kecantikkan SKII, SAFI RANIA GOLD. okay jom singgah  blog MISYA MIALEN

Sunday, April 8, 2012

AYUNI

Assalamualaikum,



Mula berblog pada July 2010, rasanya AYUNI ni salah seorang student UNISZA, Terengganu. serius tak banyak info hany boleh korek dari blog dia, or maybe hany tak jumpa. Blog AYUNI ni, agak messy la kat bahagian bawah, tapi tak per...janji yang atas okay dan senang orang nak baca entri. Lagi satu, tak sure la AYUNI ni sedar ke tak dia ada join dan termasuk dalam GSF nih. tapi apa pun, salam kenalan yuni.


Saturday, April 7, 2012

help me to win abaya...plissss

Assalamualaikum,

hehehe, kawan kawan...hany nak mintak tolong nih. tolong hany untuk menang ABAYA. hurmmm dari dulu lagi hany kalau join contest yang memerlukan vote ker, referral ker...susah sikit la nak menang. almaklongla tak glemer, mesti susah orang nak vote kannn...


Cara cara nya:


1) LIKE page ABAYA ELEGAN LOVERS


2) Tulis kat wall  ABAYA ELEGAN LOVERS, "Saya diperkenalkan oleh (nama FB Rohani Hashim)


hehehe, macam susah kan. ummm takper lah kalau tak boleh tolong, sebab hany tahu sesetengah orang tak suka LIKE LIKE nih. tapi kalau sudi...harap boleh tolong hany yer. dan hanya WANITA sahaja ya. Kalau korang pun nak join boleh. masih terbuka sehingga 27.April.2012. Bukan murah tau ABAYA nih. hehehe dapat free lak tuh, beshnya....

hany in abaya...;)


**sedang kumpul duit nak beli abaya lagik ;)**

SWEET HONESTY

Assalamualaikum,

Blogger ini berasal dari Sabah, SWEET HONESTY. kalau tak silap namanya Dayang kan. hehehe betulkan hany yer kalau salah. tema blog nya adalah kaler ungu gituh. juga mempunyai header yang lain dari lain. selalu header kita memanjang ke tepi kan, tapi SWEET HONESTY. ni header dia memanjang ke bawah.   



jom jengah SWEET HONESTY.

Friday, April 6, 2012

A Page of Quran A day…

Assalamualaikum,

547556_275140509233095_156981977715616_620285_1431058253_n pix amek dr fb…(sori tak igt sapa punya)

Salam jumaat semua…

ETUZA

Assalamualaikum,

Ha, blog kali ni adalah blog ETUZA, seorang Pendidik, berasaldari Keningau, Sabah. Template blog juga ada kehijauan nya...



Di blog ETUZA, ni jugak korang boleh dapati sajak...waaa gitu ETUZA, kita ni. klik sini untuk tengok sajak sajak yang ada.ETUZA, jugak banyak bercerita mengenai pendidikan, Agama, nasihat, dan macam macam lagilah.

ha, ETUZA,ada buat 1 entri mengenai ruangan FOLLOWER, apa yang hany baca, bagi ETUZA, dan beberapa yang komen bersetuju untuk diletakkan FOLLOWER pada bahagian atas. senang untuk orang follow kita. tapi tidak bagi hany, hehehe biasalah tak semua sama pendapat, ye tak. bagi hany, tak suka sangat diletakkan ruangan follower ni, betul betul diatas, maybe bawah header ke, tapi yang pasti hany tak suka letak di atas, maybe di tepi okaylah, tapi blog hany ada kat bawah sekali.

Reason, sebab kadang kadang yang follow blog kita ni bukan betul betul nak follow pun, sekadar datang follow, then bagitahu kita, saya dah follow awak, follow me back please...then bila kita lambat sikit, mulalah meroyan then unfollow.takper lah kan. depend la pada kamu kan nak unfollow pun.itu pandangan hany lah. semua terpulang pada masing masing la. 

okay kawan kawan...cuba lah pergi ke blog ETUZA, nih, serius pasti ada entri yang sangat berguna buat semua. dan para pendidik semua, bolehla anda bertukar tukar pandangan dan pendapat dengan ETUZA, nih...salam kenalan buat ETUZA;)

Thursday, April 5, 2012

LELAMAISARA

Assalamualaikum,

Masih ada entri pasal blogger lain, dan kali ni adalah LELAMAISARA. Mula berblog pada June 2011 dan mempunyai 37followers. 

 cute kan header LELAMAISARA ni...

Jom sama sama jengah LELAMAISARA jom...

Marilah join contest ni sama sama…

Contest Blog Green Apple. Uishhh rasanya blogger memang kenal la kalau sebut GREEN APPLE, takpun KAK D. ahahaha giler tak kenal, glemer tu weh. ahaha KAK D, bukan mengampu tau, mengampu pun bukan boleh menang, sebab bukan KAK D yang pilih pemenang kannnn…Silalah ke blog KAK D kalau nak tahu syarat syarat contest ni, juga hadiah contest ni.

Okay, sini hany sertakan printscreen syarat ke 3 dan ke 4.

4-4-2012 10-56-30 PM dah LIKE ILuvBagIncorporation

4-5-2012 12-15-00 AM

ILuvBagIncorporation ni dimiliki oleh Puan Nurul & Datin Ummi dan telah berusia +- 4 tahun, kerana bermula dari tahun 2009. dan sehingga ke malam ni telah mempunyai 2599 follower, hehehe hany lah orang yang ke 2599 tuh.

 

Ha, buat korang yang suka branded bag ni bolehlah korang jengah dan terjah http://www.facebook.com/ILuvBagIncorporation(FB) dan blog nya adalah ILuvBagIncorporation. Terdapat bukan hanya branded handbag, malah ada juga MAKEUP dan FROLLIC KASUT. ha? tak tahu FROLLIC SHOES tu macam mana?

 

brochure 1 ha ni salah satu yang ada di ILuvBagIncorporation

CHRISTIAN DIOR Cannage Couture Collection 2011 All Over Make Up Kit The Dior Cannage Couture Collection 2011 All Over Makeup Palette

ha gituh, menarik kan…serius masuk ILuvBagIncorporation ni, uishhhh geram tengok kan. Terdapat pelbagai brand di ILuvBagIncorporation ni, antaranya ANYA HINDMARCH, BURBERRY, CHANEL, CHLOE, CHRISTIAN DIOR, COACH, DOROTHY PERKINS, ESTEE LAUDER, GUCCI, KATE SPADE, MARC JACOBS, MULBERRY, PRADA, LIZ CLAIRBORNE dan pelbagai brand lagi. Silalah ke ILuvBagIncorporation untuk tengok dengan lebih lanjut lagi.

 

Korang jangan risau, korang boleh bayar guna semua bank, lebih lebih lagik CIMB Bank, lepas tu boleh jugak guna Credit Card,mahupun Paypal. ha so tak ada masalah la kan. ahaha cuma kena ada duit saja;)

 

ILuvBagIncorporation, hany ada beberapa komen, ahaha suka suka hati jer nak komen blog orang kan, ko saper? hehehe, tapi ni pada pandangan hany lah:

 

1)

hany rasa FB badge tu perlu diletakkan di bahagian atas sikit sebab terlalu ke bawah, selalunya orang suka lagi tengok gambar di FB compare to blog.so pasti orang akan cari link FB.

2) Label Brand: Label by brand ni bagus, senang untuk pengunjung blog search item.
3)

Tab di bawah header jugak hany suka sebab senang untuk pengunjung yang datang, terus pilih dari tab tuh, nak kosmetik ker, handbag ker, kasut ker, cara bayaran ke…

   

SO, korang, jomlah sama sama join contest nih, hehe hadiah lumayan kok;) apa algi jom kunjungi Blog Green Apple dan yang penting jangan lupa kunjungi

ILuvBagIncorporation.

Wednesday, April 4, 2012

CHIC NA

Assalamualaikum,

Pemilik blog ni berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan. hehe MZ pun dari Wakaf Bharu. Raya nanti boleh lah hany beraya kat rumah CHICNA yer ;). CHICNA ni peminat coklat. dan anda pun boleh order coklat dari CHICNA nih.

blog2

 

Antara coklat yang hany suker tengok…cantikkkk!

Red Hot Coklat!
Coklat Untuk Nadia
Coklates lagi..
 
**CHICNA, tak der coklat untuk hany ker? ;)**

Tuesday, April 3, 2012

Dimana Kak Hijau...

Assalamualaikum,

yer, 2,3 hari ni...semuanya entri autopublish jer yang keluar kat blog hijau nih kan. ahahahaha serius tak nyempat nak buat autopublish entri. yang promote blog ni, semua hany dah siapkan masa weekend lepas. sebab taknak la tergendala tang promote blog tu kan. hehehe rela ok tak buat entri, tapi buat jugak tang promote blog nih.

Isnin,
hujan renyai renyai...kereta tak banyak lagi aprk depan ofis. ntah macam mana, hany pilih nak park sebelah kereta membe hany, plat MAN. hany nampak macam jauh la lagi, so dengan slowwwww nya hany masuk parking, sekali DUMMM (eh bukan bunyi mcm ni, tapi tak tahu nk describe bunyi camner), aaaaaaa terlanggar pulak kereta mamat ni. aaahhhh nampak jauh lagi, siot la boleh kena plak. masuk parking elok elok, keluar dan tengok kereta member tuh.

"hanybunny, apa ko buat ni" kata si mamat tu, tapi masih duduk dalam kereta, rileks je member tak gelabah langsung. 


ini kereta membe, kereta MZ...takde gambar...ahaha malas nak amek. nasib ko lah hany, pagi pagi dah buat hal. lepas tu camne la boleh cuai sangat kan. macam lah hari ni first day bawak kereta. aaahhhh. benda dah nak jadi. 

ada orang kata, kalau permulaan pagi tu tak bagus, maka seharian lah  hari ko tak bagus. wallahuallam, jangan terlalu percaya. tapi sudahnya hari isnin tu, jam 10.30malam baru balik rumah. ahhhh banyak kerja weh. dah lama tak stayback kat opis sampai malam. boleh tahan la penatnya.

Next week, ada exam untuk amik cert. giler la, satu haper pun tak study nih...kena make sure LULUS, kalau tak...matik la nak menjawab dengan bos.takper usaha usaha ok. jangan give up.


Aperpun, lepas ni berhati hati hany, keluar rumah naik kereta, ingat baca doa dan ayat Qursi. InsyaALLAH dilindungi sokmo...ameeen

CIK NUR

Assalamualaikum,

ha blogger kali ni dikenali dengan nama CIKNUR. Lokasi Perak.

3-25-2012 2-02-22 PM

CIKNUR ni berbakat dalam penulisan. CIKNUR ada hasilkan cerpen iaitu :

 
IZINKAN AKU BAHAGIA
CAHAYA IMAN
 

Ha, jom sama sama support CIKNUR  dalam dia berkarya…semoga berjaya CIKNUR .

Monday, April 2, 2012

MS VELENTINE

Assalamualaikum,

MS VELENTINE, hehe jangan kacau yer, MS VELENTINE ni dah nikah dah ada anak tau. anak bernama Wani Syazwana, Ayu Syamirah dan HaikalFaiz. Mula berblog sejak Novermber 2010.

Publication2

Petua Memagar diri dari ancaman sihir
10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran

Jom kunjungi MS VELENTINE

Sunday, April 1, 2012

DEQLA MANJEW

Assalamualaikum,

Unik gotuh nama profile dia, DEQLA MANJEW, nama sebenar Normala. Mula berlog pada February 2010. Mesti suka pink nih…hehehe sebab blog dia adalah pink jer;) Blog DEQLA MANJEW ni sedikit slow la nak loading masa masuk tuh, maybe sebab dekat sidebar tu ada aksesori kot…

Tapi, hany suka header dia, simple tapi nice. owh header ni sebenarnya gerak gerak, tapi hany save ni png type, so tak der lah gerak gerak kan.

pink

so, mariii kita jengah DEQLA MANJEW

~TQ Dear~

Followers