بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Sunday, April 15, 2012

Tidak Sependapat

Assalamualaikum,

hurmmm, Biasa lah kan  kita ni manusia kan, semesti nya akan ada la hari hari nya, masa masa nya yang kita tak sependapat dengan orang lain. yer lah, semua nya subjektif kan. molek bagi kita, tidak bagi orang, indah bagi orang tidak bagi kita.

Dari semua segi rasanya boleh menjadi tidak sependapat. contoh CANTIK, cantik adalah sangat subjektif, boleh jadi sesuatu cantik di mata si dia, ttapi bagi kita biasa jer lah. tapi logiknya, jangan lah sampai bergaduh beriya dek kerana tidak sependapat ini kannn…

Begitu juga kes nya dalam blogging kan, contoh kita buat entri tak puas hati ke apa ker kan, majoriti komen menyokong kita. boleh dikatakan 20 komen semua sependapat dengan kita, tapi tup tup 1 jer komen yang suarakan pendapat dia yang mana tak sama dengan kita. ingat jangan kita terus macam alaaa…dia ni saja jer nak cari gaduh kan…

Kena fikir tau, mungkin apa yang dia suarakan tu betul, dan itu pendapat dia, kena la hormat kan. memang la itu entri kita di blog kita, tapi jangan pulak kita nak semua orang ikut kita kan…kadang kadang bagus untuk kita berada di kalangan orang yang tidak sependapat dengan kita, kerana ia akan buatkan kita berfikir lebih jauh berdasarkan pendapat dia tuh.

tapi, terdapat juga sesetengah orang, dia tak sependapat tapi dia taknak komen. mungkin dia bukan penakot, tetapi dia taknak timbulkan perbalahan…salah sangka ker…

**apapun, kalau rasa nak komen kat rumah hijau ni, komen jer, tapi jangan sampai memaki hamun,mencarut,mengutuk…jangan lah kita tambah dosa lagi…;)**

16 comments:

~Sweet Honesty~ said...

saya slalu mcm tu..kalo xsependapat,takut nk bgi komen..bkn takut pengecut,tpi takut disalah yafsir,kang jdi lain pla..(^_^)

Miss BaNu said...

betul..kite kena la ambil kira pendapat org lain..apa pun komen kena think positif kan..

Yana Libra said...

betul gak tu..just think positive~ :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

MM pulak suka buat entry bergambar, so sapa2 yg rasa takut nak komen ttg topik yg ditulis, mereka boleh alih tajuk pd gambar yg MM uploadkan.. ni berlaku especially bila menyentuh ttg isu2 keagaamaan. My readers pulak dr pelbagai kaum & agama, mmg kena buat mcm tu, klu tak.. mereka tak selesa pulak kan..

wida said...

ada ke komen2 yg meyakitkan hati hany ni?

Iffika | Ruslan said...

agreed . tapi kadang2 bila ada sorang yang tak sebulu tu memang rasa tak selesa . hee :)
i follow sini . sebab blog ni best ! feel free singgah2 my blog okayyy :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

kakD ok je...sapa nak komen..komen je...

lagi satu kalau tak boleh terima pendapat org jgn jadi blogger betoi dak?hehehehhe....mcm la kakD ni blogger yg tegar sgt....

Cik Nur said...

kadang2 kita perlukan pendapat org lain.

ok juga kalau ada yg xsependapat..sekurang2nya kita bfikir..

Chic Na said...

yelah, nama pun pendapat kan. mestila ada yg pro and cons. so terima & hormat jelah pendapat semua. Peace! :)

OgysiJemariSeni said...

Biasa la tu Hany... JS pon ada gak dpt komen2 mcm ni...Buat dek jer kalau rasa bole pakai komen dia kita pakai... Kalu tak anggap angin lalu jer.

9n0L4 said...

besela kan. lain org lain pendapat.

dyabunga said...

kalau dya tak sependapat dya tak akan komen/huhu

Eein Azryn said...

pendapat orang tak semua sama. yang penting kita kena hormat pendapat orang lain. ^^

etuza said...

Lumrah manusia inilah keadaan. Tak sempurna. Tak apa2 jika ada tak sependapat, hak masing2 ya. Apapun saya dah baca entry ni.

edy said...

ada ke komen yang teruk sampai macam tu kat rumah hijau ni hany?... slma azi berblog ni ada banyak jer komen yang xsetuju tapi xla smpi kena maki hamun...

Fiza Amran said...

kalau rasa x boleh di komen hany ckp jer kat org tue jgn nak berblogging heheheheh kejam kan statement fiza

Followers