بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Tuesday, September 02, 2014

Pantang Larang untuk mudah Mengandung..

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Sebelum hany start menulis, hanya nak inform...untuk entry ni, semua yang hany tulis adalah apa yang telah diberitahu kepada hany. Pengalaman serta nasihat dari pakar yang hany jumpa. Sekiranya ada yang anda tak bersetuju atau tak betol, mohon untuk sama sama komen, kita share sama sama yer.

Okay,
Masa hany pergi Homeopati dengan Dr.Hashimee, banyak juga lah info yang dia beri. Ni masa 1st appoinment dengan dia. Lama juga untuk 1st appoinment, yer lah bercerita pasal latar belakang masing masing, nasihat dan info yang dia berikan. Okay, berikut apa yang dia minta serta beritahu pada kitorang.



1) Jangan Terburu Buru
- Dr.Hashimee minta supaya untuk mencuba sesuatu awatan mahupun supplement, sila berikan masa sekurang kurang nya 6bulan. Tak semua badan seseorang dapat bertindak balas dengan cepat terhadap apa apa supplement. Mungkin ada yang 2,3 bulan dah nampak kesan, dan mungkin juga ada yang masuk setahun baru nampak kesan kan. Jadi dia minta dengan kitorang atleast bagi 6bulan untuk cuba dengan dia TANPA CAMPUR CAMPUR apa apa produk yang lain.


2) Berhenti mengambil Fast Food
- Fast Food kena STOP terus. yang ni memang ramai pun bagitahu dan ada terbaca kat banyak tempat juga. Fast Food tak bagus untuk mereka yang sedang usaha untuk hamil/mengandung ni. KFC, MCD memang kitorang STOP laa. Kena berdisiplin lah kan. 


3) Amalkan makanan Organik
- Ha dia juga ada cakap, untuk ayam, telur kalau boleh tukar kepada ayam dan telur kampung. Kalau susah nak dapat, cari yang organik. Sebab ayam dan telur biasa kebanyakan nya adalah disuntik. Jadi sangat tidak bagus. 

4) Elakkan makanan yang didalam plastik/polisterin 
- Contoh kalau beli makanan, nak nak lagi makanan panas kan, kalau boleh elakkan guna plastik atau polisterin. Sebab macam yang kita maklum la, kalau panas dengan plastik apa jadi kan. Ada bahan yang tak sepatutnya dibebaskan. maka sangat tak elok. Dia nasihatkan, kalau nak beli jugak bawak la tupperware yang memang khas untuk makanan panas. 

5) Produk yang mengandungi bahan kimia
- Rasanya produk yang mengandungi bahan kimia ni, bukan saja tak elok untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil, malah untuk semua orang kan. Sebab bahan kimia ni boleh menyebabkan kanser. wallahualam.

6) Elakkan Kafein
- huuu, yang ni susah sikit, hany dah la suka nescafee. tapi memang sejak itu kat rumah hany memang tak ada nescafee dah. Memang boikot betul betul lah. sampai sekarang takde nescafee. Kalau tak silap Dr.Hashimee cakap kopi takper, tapi tidak nescafee.


Seterusnya, antara pesanan/nasihat yang hany selalu terima dari orang perseorangan/individu...

1) Banyakkan Bersedekah
- Macam yang semua maklum kan, Sedekah itu sebenarnya pemberi rezeki. Makin memurahkan rezeki kita. Ramai yang pesan supaya banyakkan bersedekah terutamanya Hari Jumaat. Tak kisahla banyak mana kita sedekah, dalam bentuk apa pun kan, janji bersedekah. Masa bersedekah tu, niat semoga ALLAH murahkan rezeki kita dalam bentuk REZEKI ZURIAT...aamiin.

2) Banyakkan Solat Sunat Dhuha
- Yang ni pun rasanya ramai sudah maklum kan, Solat Sunat Dhuha ni juga mumurahkan rezeki. InsyaALLAH kalau selalu di amalkan, semoga ALLAH makbulkan doa kita semua..aamiin.

Okay, itulah sedikit sebanyak yang hany ingat, wallahualam...mungkin ada betulnya kan. Terpulang pada diri masing masing la untuk ambil atau amalkan. Sebabnya kita tak tahu kan, yang pasti REZEKI ITU ALLAH yang bagi. Mungkin juga dengan kebersungguhan kita amalkan pantang larang, ALLAh makbulkan doa kita...wallahualam...

2 comments:

fazilzura said...

yg utama skali , REZEKI ..

kalau dh sume amal tp lom dpt.. mmg lum rezeki lg la tu .. kne tgk pd diri apa yg rs2 kekurgan tu .. kut2 la , ada benda yg kite trsilap buat ke .. or xtrbuat ke..

Rohani Hashim said...

ye zura, semua bergantung pada rezeki. tapi kena jugak berusaha kan. InsyaALLAH...

Followers