Wednesday, October 30, 2019

Langkawi on October

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Lama sungguh tak update blog. kali ni nak update lah, haha setiap kali pun nekad nak update blog, sudahnya 1 jer update terus terkubur.

Pertengahan October,
kami ada ke Langkawi. tengah tengah bulan, time orang tak cuti lah. setakat ni anak umur 5tahun boleh lagi ponteng sekolah kan. lepas ni tak boleh dah oiii. kena ikut jadual sekolah la lepas ni. Pergi Langkawi jalan jalan je lah kan, main beli jer tiket flight sebabnya dapat promo AirAsia tu, memang beli awal sangat sangat, bulan 10 tahun lepas. 

bawak bag yg tak penuh barang, confirm membeli banyak nanti kan. anak dara yang nak tolak bag.

Kami park kereta di Putrajaya Sentral, 3hari 3malam rm22.50. then ambik ERL ke KLIA 2. Anak dara ni memang suka naik train. sambil sambil kan, tak silap 7tahun ke bawah FREE ya ERL ni.

kami sampai malam, lengang mungkin sebab hari bekerja kan, ahad malam kami sampai, kami stay sampai rabu di Langkawi

Sampai jer,
terus call runner yang nak hantar kereta sewa, dah update owner kereta sewa sebelum naik flight. so ngam ngam la, tak perlu dia tunggu lama, dan kami pun tak perlu tunggu lama. setel bayar kereta sewa, terus kami gerak ke Chalet. Kami stay di Delta Chenang, area pantai chenang. Kami ambik chalet 1katil double, 1single. cukuplah kami 3beranak kan. selesa dah tu.


Sewa kereta Langkawi - 011-10108985
kami sewa Axia, rm180 untuk 3hari 3malam. diorang ni boleh hantar & ambik di Airport tanpa caj, kalau ke jeti ada caj rasanya.

okay, next entry pulok 


No comments:

~TQ Dear~

Followers