Showing posts with label Pantai Timur. Show all posts
Showing posts with label Pantai Timur. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday part 2



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

190620115871



**terbaekkkk**

Thursday, February 10, 2011

NISAN

Semalam, FIQ ada yang tanya NISAN tu apa? mungkin dalam entri semalam hany tulis NISSAN, jadi ingatkan kereta NISSAN tuh.


sebenarnya NISAN.
ummm gula melaka perkataan standard kan? NISAN ni orang GANU/KELATE yang panggil.


macam hany,
hany lebih suka beli NISAN dari GANU/KELATE. sebab rasa dia lagi sedap. ni ikut lidah hany la, orang lain hany tak tahu. hany pernah beli yang jual kat kedai kat area seri kembangan ni…tapi rasa tak sama la. sebab tu bila balik kampung harus dibeli buat stock.


page5


FIQ sayang,
ni la rupa NISAN tuh. akak selalu guna kalau masak merah, letak dalam kuah daging buku, dalam bubur kacang. sebagai pengganti kepada gula la. rasa nya lagi sedap….compare rasa gula.


kalau kat kampong RM1 untuk 4keping yang kecik tuh. akak beli RM5 untuk buat stock. cukupla ni untuk sampai ke masa nak balik kampong lak nanti nih.


**kan dah kata semua nak dihangkut dari kampong…**

Wednesday, February 9, 2011

Parking Free

hehehe,
ini cerita di KELATE yer. ni first time hany ke KB MALL. sian kan. alaa sebelom ni memang tak eprnah pergi sebab selalu nya kitorang balik kelanta time cuti, dah KB MALL kat bandar kan, harussss la sesak napas, penuh orang kan…ni semua orang dah balek, kitorang amek kesempatan la jenjalan…


070220114699


dan,
hany terkejut sebab KB MALL, parking adalah FREE. tak perlu bayar. jarang kan MALL yang parking free nih. semuanya kena bayar, tapi jangan la compare dengan GIANT, TESCO pulak yer.


070220114670

ha inilah pas yang akan di beri masa nak masuk ke parking KB MALL nih. nak keluar bagi balik pada orang yang jaga tuh. parking sangat banyak…


Mungkin ada sebab nya kenapa parking tidak berbayar kan. mungkin sewa kedai pun dah mampu tanggung maintenance bangunan tersebut, tapi ape pun…ianya tidak membebankan pengunjung ;)


**hehe orang jakun baru 1st time sampai KB MALL**

“Tangkapan” dari kampong…




Alhamdulillah,
hari ni hany dah mula bekerja selepas 2hari bercuti. alaaa 2hari je kok. tak puas…ahahaha melampau…


semalam,
hany dan mz selamat sampai ke rumah jam 6petang. penat penat pun kami berkemas jugak. sebab hany tak suka tinggalkan semua barang2 macam tu, and then esok esok baru kemas. hany jenis, tang tang tu jugak kemas apa yang patot.


080220114733

ha,
inilah hasil yang dibawa balik dari kampong. ni pun ada yang hany dah kemas, tak snap pic. biasa lah kan, kata balek kampong, semua benda nak di angkut. dah tu, dua dua belah bagi itu ini, benda tu benda ni. takkan nak tolak, kecik ati pulak kan….


Kat rumah mak hany, hany amek:

1) beras 5kilo…ahahaha besh giler kan kan kan
2) paper
3) baju, kain pasang (ahaha patotonya anak yg belikan utk mak)


pastuh kat rumah mak mertua:

1) beli daging, hehe kitorang memang suka beli daging kat kampong
2) nissan
3) limau
4) kopok
5) makanan rapu
6) minyak masak
7) pinggan
8) mangkuk kecik buat isi budu MZ


apa lagi eh…hehehe semua nak diangkut kan. mak mertua hany dengan nenek MZ lak, suka bagi apa saja. ko cakap la kat KL ni benda ni mahal, ha jap lagik ko dapat la benda tuh. ahaha siap nak beli ikan selayang lagik 2kilo ok untuk bawak datang sini. ahaha seb baek la hany tak nak.


Ni pun hany lupa nak beli rempah rempah. hany tak cakap la kat mak mertua, segan owhhh semua benda nak kan. takleh la nak buat daging buku, rempah dah habis…ishhh…


ok laaaa…
selamat bekerja semua ;)


**beras memang hany amek dr rumah mak hany, sebab mak hany tak habis makan, yerlah makan ber2 dengan ayah je kan…**

Monday, January 31, 2011

Terengganu: Pasar Payang



Sangat excited untuk balik kampung, jadi tetiba teringin nak buat entri pasal negeri Terengganu ;). ok kali nih hany nak bercerita pasal Pasar Payang @ nama penuhnya adalah PASAR BESAR KEDAI PAYANG.


Pasar Payang

Di Pasar Payang nih,
korang boleh dapati semua jenis barang keperluan. barang keperluan yer, jangan korang pergi, pastuh nak beli BEZZA sebijik, memang la xder.


Pasar Payang ni terkenal dengan kain songket, batik, sutera. memang sangat banyak, tinggal korang sediakan duit dan sendiri pilihla kan. untuk hany, kalau batik, songket hany pergi je kedai makcik hany di PP33, ingat tuh nombor kedai. dah pergi nanti cubalah cakap makcik ni mak saudara rohani hashim kan, ha sy ni kawan dia. kurang2 ada la diskaun untuk korang sikit. eh ni makcik hany pesan tau;)


4d5d126edd39481c44df69b51711864c

Pasar payang (1)

kedai kain1

Sutera memang banyak kat sini. owh ya, sekarang ni area Pasar Payang nih dah ada dibina lot kedai baru, korang for sure boleh beza dgn kedai lama, dari segi nama dan binaan. dengar cerita area kedai baru tuh, harga agak up….tak sure la kan, sebab hany tak gemar kesana. suke lagik Pasar Payang yang lama nih.


Seterusnya,
korang jugak boleh dapati telur penyu si Pasar Payang nih. boleh makan terus kalau nak, sebab dah ada yang direbus disitu. atau korang boleh bawak balik dan rebus sendiri.

805323223_b5db6f8401


IMG_4607
Seingat hany, harganya adalah RM10 untuk 4biji. yang belom dimasak. maka sebiji telur penyu adalah RM2.50.



Seterusnya,
adalah keropok. ahaaa keropok lekor, keropok keping, keropok sira semesti nya boleh didapati di Pasar Payang. untuk keropok, lokasi nya adalah di bahagian aras bawah, ala Pasar Payang tuh setingkat jer, satu atas, satu bawah. sonang nak carik. kalau korang dari pintu utama, korang terus je masuk dan jalan terus, jangan naik tangga.

IMG_2641limpahan keropok


pasar payang4 

Sebenarnya,
banyak nak cerita, tapi gambar tak de lah. ahahaa alasan tuh, nanti la hany balek kampung, hany amek gambar sendirik la. baru sedap nak menggoreng kan. semua gambar adalah dari google, tapi ada sesetengah gambar dah ada watermark, so itu semua pun jumpa dari google.



**jom g GANU jom ;)**

Sunday, January 30, 2011

Lagik 4 hari sebelom menjengah Pulau Duyong




Ha, nak bagitahu jugak hany ni berasal dari Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu. Anak jati ganu ni weh.


Last hany balek kampung adalah pada raya haji tahun lepas. umm bagi hany agak lama la kan tak balek kampung nih. dan sempena cuti raya cina nih, hany ngan mz macam orang lain la, amek peluang cuti lama ni untuk balek kampong.


hany bergerak ke Pulau Duyong, hari Khamis InsyaALLAH. sebab MZ tak dapat cuti 3hari sebelom chinese new year tuh kan. so tak pe lah, kitorang amek cuti selepas raya cina. yer 4hari je tak cukup owhhh, nak balek GANU dan KELATE ok…mana sempat.


163642_494183078598_299639378598_6109037_7109409_n Jeti di Duyong Kecil, Pulau Duyong ni betol betol mengadap Bandar Kuala Terengganu. inilah kawasan untuk parki boat nelayan juga bot penambang.


166653_496100858598_299639378598_6137934_895198_n Bandar Kuala Terengganu tidak banyak bangunan pencakar langit, so jangan terkejut yer. kenapa yer? tahukah anda Bandar Kuala Terengganu ni betol betol dekat muara sungai, kalau musim terngkujuh dengan angin kuat ribut bagai, ombak saling menghempas…amat tidak sesuai untuk didirikan bangunan pencakar langit yer…;)


163880_488375758598_299639378598_5989376_5494963_n Inilah jambatan Sultan Mahmud yang menghubungkan Pulau Duyong dengan dunia luar. ini kabus diwaktu pagi hari Jumaat ;) ahaha sila jangan percaya hari Jumaat, itu hanya tekaan tuan rumah.


Buat membe membe yang dirindui di Terengganu, korang kerja hari ni kan. Keje Molek! i balek ganu khamis nih, nak jumpa tak???


roger roger lah yer kalau nak jumpa ;)


**balek gnau nak makan bihun sup pasor payang, nk mkn kepok lekor, nak makan sotong celup tepung, nok makan nasi dagang, nok makan je lah kekdahnya ;)**

Friday, January 28, 2011

Belaja Loghat Kelate: SADAK




SADAK,
adalah SABIT yer.


images


Cara sebut SADAK:

SA bunyik macam SAYANG
DAK bunyik macam BUDAK
ok, itu perkataan untuk hari ini, SADAK iaitu alat yang digunakan untuk tebas rumbut yang mana namanya adalah SABIT;)



**MZ pernah bermimpi dapat SADAK nih. ada orang bagi SADAK ni kat dia. hurmmmm motip? b…lalang kat belakang rumah kite nih dah naek dah…nak sama tinggi ngan sayang dah…apa lagi…ur job;)**

Permintaan isteri bila balik Kelantan nanti




Semalam petang,
hany balik dari opis, terus kuarkan bahan bahan nak masak bihun goreng. tak larat nak masak benda lain…ahahaha alasan perlu ada.;)


MZ pun sampai la, +-kul6.30,
sambil goreng bihun, heheh baru nak goreng…dari kul5.45 tadik. yerlah kan goreng kopok keping la, goreng ayam la…bihun last laa. pastu panggil MZ…chewaahhhh dengan nada manja tuh…ahahah manja ker!


“b….kelik kelate kekgi, kite g jalan jalan nok?”

“nok g mano”

“kite g pata buleh?dekat dok pata dengan umoh?”

“dekat jah…umm kite g kalang kubor la”


waaaaa, betol ke nih, dah itu MZ cakap kan. jangan janji tinggal janji. isteri ajak g pantai je pun…dia ajak g pengkalan kubor pulok. ok jer…boleh shopping kan;)


sebenarnya kan,
hany ni nama je suami orang kelantan. hehehe…selalunya hany balek kelantan kan, tak pernah pergi mana mana. balek rumah mak mertua, pastu pergi rumah sedara sedara…itu jer la rutin nye.


Pasar siti Khadijah, tak pernah, pengkalan kubor, tak pernah, wakaf che yeh, seb baek pernah…hehehehe….


sebenarnya,
2tempat hany nak pergi balek nanti,


1) pasar wakaf baru,
nak beli tudung…murah murah ooo kat sini. pastu nak beli tudung lagik, pastuh tudung lagik.ahahhaa giler!!!


2) nak g pantai,
ntah apa ke nama pantai tah area wakaf bharu tuh. padahal Terengganu, pantai sampai tak ada daya nak berjalan kan, nak jugak pergi pantai kat Kelantan. huhuu saja jer nak jenjalan kan…


tapi kan,
logikla tak pernah jalan jalan ke mana mana, sebabnya:

1) MZ kalau dah balek cuti ke Kelantan, masa orang tengah cuti, for sure jalan jemmm, so malas la nak keluar g mana2 kan.


2) kalau balik kampong, cuti berapa hari jer. ahahaha kata Terengganu Kelantan, kalau cuti mesti kena balik dua dua negeri. baru adil. dua dua belah mak ayah ada lagi. kan kecik ati plak kan tak balik. so, cuti 1week pun, masih tak cukup. nak kena bahagi 2. penat tok sah cakap la kan…


3) memang MZ malas nak jenjalan jenjalan nih. ahahaha titik. takleh cakap ape la kan.


**percaya tak, sebenarnya hany bercakap dengan MZ kat rumah, bukan loghat GANU mahupun loghat KELATE, tetapi adalah cakap luar. ahaha macam orang KL, Selangor nih…gila berlagak kan…tapi itulah hakikatnya ;) tapi adalah selit2 kelate ngan ganu.huhuhu**

Wednesday, January 5, 2011

Tak pandai ikat tali bantal peluk…




Ingat lagi,
kalau kat rumah kat kampung dulu dulu, time tukar sarung bantal kan…hany nye part masukkan bantal dalam sarung bantal….untuk bantal biasa ok jer…rileks je baut keje kan….


tapi,
bila tiba bantal peluk, hany masukkan bantal peluk dalam sarung nya, then pas kat mak hany…sebabnya…hany tak reti ikat tali kat bantal peluk tuh.


sebabnya lagik…design sarung bantal peluk tuh, dia kena ikat tali di bahagian bawah dan atas. nak ikat bukan sebaran gikat, sebab tali tuh dah bercantum…jadi sangat mendatangkan masalah kat hany….dah banyak kali belajar….tak pandai pandai….


020120114322

ha, inilah dia rupanya tali tuh…kalau tali tuh tak bersambung takper…ni memand dah siap siap bersambung. kalau tak sambung, pandai la hany ikat reben kan…


tapi, dek kerana dah berumah tangga ni. nak tak nak kena la ikat sendiri kan. takkan la setiap kali tukar sarung bantal, pastu bawak balik kampung suruh mak ikatkan…ahaha melampau lampau…


weekend baru nih,
hany berjaya ikat…hohoho bangga weihhh….meh tengok meh…

020120114323

cantik kan, kemas kan…kan kan kan…


tapiiii,
kekdah nya, tak sampai 2hari dah terbukak balek…hohoho naseb la hany…failed!!!


020120114324

ini adalah set sarung bantal dan cadar hadiah dari mak hany. ni adalah corak batik yang memang Terengganu punya la…seingat hany, mak hany dah beli set cadar nih lama dah sebelum hany nikah lagi. rasanya sebelom hany kenal MZ pun dah ada….


hany ingat mak beli nak buat pakai sendiri kan…hany yang tolong hantarkan pada sepupu hany untuk jahit. sudahnya masa malam pertama mak bagi set cadar ni…untuk kitorang gune….uuuuu terharu…sob sob sob…


kain nya jenis sejuk….selesa sangat…


**orang orang tua memang teliti kan dalam semua hal…**

budu&timun

Korang tahu budu kan?
ahahahaha, gile ar kalau tak tahu kan. budu sinonim dengan orang kelantan. suami ku orang kelantan menipu la weihhh kalau ada orang kelantan tak makan budu kan kan kan….eh ke ade? oppsss…


al kisah,
MZ selalu la jugak suruh hany try budu+tempoyak nih. wooo wooo rasanya terlalu sukar la nak masuk mulut hany nih…sebab sebelum masuk mulut, akan sampai ke hidung dulu kan…hehehe


kerana budu jugak, MZ jadi romantik tau.
ha nak cerita sikit pasal MZ yang ada kaitan dengan budu. MZ sebenarnya memang jenis tak suka melayan hany ni, biasa la pompuan nak bersuap bagai la time makan….uwerrrkkk..nak manja manja la kunun, tapi selalunya MZ tak layan. dah tu ko suruh dia suap time dia tengah lapar gilaa….memang la tak di layan kan…


ada la satu hari tuh,
MZ nak suruh hany try budu+tempoyak ni, siap nak suap bagai la kan, tanpa diminta minta…isteri pun rela la disuap, dah suami beriya nak suap….seb baek sikit je disuapnye budu tuh…kalau tak mahu tersembur keluar balek….terus cepat cepat hany minum air…serius, hany tak leh makan budu. pullstop!


MZ,
suka makan budu+tempoyak, then kena ada timun di hiris hiris. fuhhh suke benar MZ tuh….


020120114327

020120114328


tengok rupe timun tuh, tebal nye hai. ni MZ potong, hany tak sempat potong…biasa la lelaki…selagi boleh je dia potong. dan satu hal lagi, selalunya hany takkan sediakan budu+tempoyak tuh. MZ sendiri akan masukkan dalam mangkuk, penyek2 cibai tuh…hehehe MZ dah sedia maklom isteri nya tka leh bau budu+tempoyak tuh ;)


020120114329 

pastuh,
makan lak dengan ikan goreng fuhhhh…layannnn… MZ cakap “NYAKUT” maksudnya, kena sangat makan ikan goreng dengan budu+tempoyak dan timun….
ikan goreng tuh, kalau tukar dengan ayam goreng pun NYAKUT gak MZ kata….


maka,
kalau hany dah malas nak masak remeh2, tak sempat ker….maka inilah lauk pilihan hany. hehehe…sonang gituh…seb baek la MZ boleh terima dan makan…sonang kerja kan…


korang makan tak budu, tempoyak ni???

Tuesday, January 4, 2011

oooh anok anok…


Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama


ingat lirik lagu nih, alaa lagu hijau zainal abidin tuh. hurmmm hijau ok. maka mari kekalkan kehijauan bumi kite yer…


 riang

Alhamdulillah….
suasana ni masih ada di kampung hany PULAU DUYONG. ini adalah jeti dimana bot penambang berhenti. jadi kalau mahu ke pasar payang menggunakan bot. di sini lah tempat nya untuk menunggu bot yer.


petang petang,
air pasang…maka sangat seronok kalau nak mandi manda tau. budak budak la yang paling… ye lah budak budak, yang dia tahu seronok je kan. tengok gambar kat atas tuh. betapa seronok nya mereka kan….


ini kelebihan tinggal di kampung. tak payah nak pergi swimming pool bagai kan. mandi sungai sudeyyy…tapi dah kit ani mane nak cekau sungai ye dak…so terpaksa la keluarkan duit barang RM1 @ RM2, utnuk anak anak mandi manda kan…xper la….


bangunan kat belakang tuh, adalah bandar Kuala Terengganu la tuh. hehehe sila maklom bandar Terengganu tidak la ada bangunan pencakar langit yer….;)semua ketot ketot je bangunan ;)


hany pun tak ketinggalan dalam bab mandi manda kat sungai nih. tapi tidakla di kawasan ini hehehe segan la pompuan mandi area sini. tempat yang selalu ramai orang tau…


Sepupu hany hampir lemas mandi di sini. nasib baek ada pakcik pakcik nelayan yang sedar. musim tengkujuh, sila maklum jangan mendekati sungai yer….kalau orang kampung harusla dah tahu pantang larang….


rinduuuu kat kampung weihhh ;)

Friday, December 24, 2010

Nasi Kerabu Tumis


fuhhhh,
kali kedua hany makan nasi kerabu….perghhh sangat sedap ok. huhu nasi kerabu tumis. dia punya kuah tumis tuh, sangatttt sedapppp wallah….


231220104213

alaaa,
tak nampak kuah tumis itu, sebab dah diliputi sambal itu. eh sambal ke namanya.


b, isteri mu sudah boleh makan nasi kerabu.yeayyyyy!!!

Thursday, December 23, 2010

Pulau Duyong, kampung ku yang ku rindu….






Saya berasal dari Pulau Duyong, Terengganu. lokasi nya adalah betul betul dekat dengan Bandar Kuala Terengganu. Pulau Duyong, adalah betul betul pulau, tetapi bukan pulau peranginan lah…pulau yang merupakan perkampungan nelayan…


19579_307729418598_299639378598_3502855_6914133_n ini pintu gerbang sempena Monsoon Cup



Tuesday, December 21, 2010

NELAYAN

Korang ade dengar berita tak, baca paper tak, pasal NELAYAN yang terjun ke laut untuk menyelamatkan diri dek kerana bot mereka yang nak karam tuh…


Jaunadi Che Mohd., 50, Azmi Daud, 24, Sukri Sapee, 19, dan Zainuddin Aziz, 34, cuba melepaskan pukat tersebut yang tersangkut pada enjin bot namun, gagal. Setelah mereka memotong pukat tersebut, kipas pulak yang rosak dan seterusnya ombak besar telah memukul bot mereka.


67164_485034513598_299639378598_5929824_5697191_n

Ha,
mereka berlima nih adalah orang kampong hany. YA ALLAH, masa hany dengar berita nih kat TV3, SENTAP terus dada nih. shootttt sampai tak dan dan nih, ingat nak kol sape la hai…sekali dengar semua nya selamat. ALHAMDULILLAH…nyawa mereka panjang lagik.


dan naseb baek masa bot mereka dilanda ombak tuh, masih lagi di persekitaran laut Terengganu. sempat jugak berenang ke pantai kan.


Kenapa sentap? kenapa sedih?


harussslaaaa, dulu ayah hany pun nelayan, arwah abang hany pun nelayan. masih hany ingat, arwah abg hany cerita, masa tsunami besar melanda, arwah berada di tengah lautan…tapi ye lah tengah lautan mana nak terasa kan.ombak besar bila dah nak menghempas ke pantai kan.


Arwah abg hany jugak pernah di tahan lanun. LANUN ok, bukan geng geng pirate of da caribean tuh…bukannn tapi lanun dari INDONESIA. sebabnya, bot mereka dah termasuk sikit ke perairan laut INDONESIA. bayangkan masa tuh, mereka ingat dah maut la…pepaham la LANUN kan.


Arwah abg cakap, semua nya dorang rampas, bukan setakat hasil tangkapan, minyak bot, stok makana, bahkan pinggan mangkuk hayun, cawan periuk belanga semua nya di kebas. tinggal la bot mereka terhuyung hayang tengah lautan…tak de minyak, macam mana nak bergerak. naseb baek tak dibuang nya dorang semua ke laut kan….haaa naya weih….

32585_403157708598_299639378598_4291586_7445978_n


NELAYAN,
satu pekerjaan yang cukup bahaya. mungkin pada pandangan mata kasar kita di bandar nih, ha nelayan je ker? ishhh…begitu rasanya reaksi nya kan….tapi ingat, kalau bukan mereka mereka di kampung ni nak buat kerja NELAYAN ni, siapa lagik…siapa. seseorang harus buat sebab itu kitaran hidup kan.


NELAYAN,
itulah punca rezeki mereka di kampung. PUNCA REZEKI. ni ROHANI HASHIM, membesar, bersekolah, masuk universiti, semuanya hasil daripada seorang NELAYAN yang bernama HASHIM bin ABDULLAH. Seawal 4pagi turun dari rumah untuk ke laut. pulang nya lewat petang…kadang kadang menghampiri senja…panas matahari, masin air laut, ombak besar…itu mainan hidup seorang NELAYAN.


tapi,
bila tiba musim tengkujuh…NELAYAN bertarung nyawa. dengan laut yang bergelora….jiwa rasa gelora….mimpi kan ayah ku di sana…


NELAYAN,
jangan dihina pekerjaan ini. jangan diejek mereka ini…sesungguhnya mereka juga membantu dalam menjana ekonomi…


**hany akan sambung lagik entri NELAYAN nih…banyak nak dikongsikan pasal NELAYAN nih**

Monday, December 13, 2010

Keropok Lekor BTB lagik

hehehe,
entri pasal kopok lekor lagik…almaklom ler ornag GANU kan…makan feberet tuh…


Last week makcik hany ada datang, maka macam biasalah buah tangan adalah kopok lekor. itu sesuatu yang pasti dan kitorang yang kt luor ganu nih, itu dah mencukupi…tak perlu lah bawak buah tangan lain, dapat kepok lekor, dah cukup nikmat ;)


rupenye kepok lekor BTB nih dah keluarkan produk baru….hehehe masih lagi kepok lekor…dari segi pembungkusan pun dah upgrade sket…pastu ada keluarkan produk kepok baru…



NEW PACKAGING

101220104142


101220104145

ha, nampak tak. sekarang ada diperkenalkan bungkusan yang membolehkan kepok ini tidak akan berlendir walaupun dibiarkan lama. Mungkin korang kena baca entri nih dulu, pasal kepok lekor berlendir.


kalau korang perasan la kan, biasa kepok lekor, akan berlendir sekiranya lama dalam plastik. ini kerana dalam keadaan panas panas, terus kepok itu dibungkus dan korang yang beli terus memulakan perjalanan balek ke kl kan. maka inilah yang terhasilnya lendir nih.


tapi, bungkusan baru nih, dorang sejukkan kepok itu dulu, dengan cara menganginkan depan kipas (hany pernah tgk), then mereka akan masukkan kepok kedlm plastik seperti diatas dan dengan menggunakan mesin, angin/udara dalam plastik dikeluarkan, maka no udara, no lendir laaa….hehehe hany pernah tengok dorang buat proses bungkus dan keluarkan angin dari kepok itu…eh dari plastik kepok itu.


KEPOK KECIK DAN KURUS

ahahaha, tak tahu nak cakap macam mana…tapi kepok ni saiz dia lain dari yang biasa la.tapi kalau korang selalu makan kepok losong maka korang tahu ler. tapi BTB baru keluarkan kepok ni….sebelum nih tak ada…yang ada kepok beso tuh jer…

101220104143


ha,
kan kurus kurus kepok ni compare dengan yang atas tuh. dan kepok nih jugak, korang boleh goreng terus. sebenarnya kepok ni tidak direbus seperti yang saiz beso tuh, tapi di goreng terus. tapi bukan goreng garing macam kita nak makan tu, sekadar masukkan dlm minyak panas, then kita beli nih, boleh makan terus or nak bawak balek mana2, then bila nak makan goreng jer terus.


ahaha, korang paham ker?


ok, macam ni keropok lekor biasanya selepas di jadikan bentuk panjang2 tuh, ini yang mentah lagik nih. proses seterusnya adalah di REBUS. dan selepas itu…kalau korang boleh makan yang direbus, terus je boleh makan, atau boleh digoreng.


tapi, kepok yang saiz kecik nih, dalam keadaan mentah tuh, terus di GORENG, proses merebus telah di skip yer. dan seperti biasa, korang terus boleh makan….


yang beso, proses dia:

12-11-2010 10-09-16 AM

yang kecik, proses nya:

12-11-2010 10-11-37 AM

ha, nampak kan beza dia…
ahahaha sikit punyer susah nak terangkan, memang hany tak pandai explain ler, sebab tu tak jadi cekgu ;)


so, our dinner on friday nite adalah kepok lekor ;)

101220104146

101220104148
ni yang kecik tadi tuh, yang kurus kurus tuh…


101220104149 together kecik beso kurus ;)



**kalau hany nak balek GANU hany bukak order yer…ahahaha tapi hany amek order yang boleh amek sendiri ngan hany, pos tak dapek la yer sowiiii….**

Thursday, December 2, 2010

Monsoon Cup Day 1 – 30th november 2010




30.11 bermula nya acara tahunan Piala Monsun. Dengar cerita kat Terengganu nih hujan turun dengan lebatnya…maka peserta peserta terpaksa bertarung dengan hujan hari ni dalam sesi kelayakan.


sayangnya, pelayar Malaysia, tidak mengumpul sebarang mata dalam sesi kelayakan hari ini.

12-1-2010 9-41-31 PM

12-1-2010 9-43-12 PM

Perasmian disempurnakan oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. dan perarakan Piala Monsun di arak masuk untuk dipamerkan pada para hadirin…

149245_471782791389_52504271389_5549978_4859159_n
Paasti angin kuat dan cuaca sejuk sekarang ni di Terengganu…uuu rinduuuu….

154612_471784411389_52504271389_5550032_719581_n Piala…


148613_471783771389_52504271389_5550013_3494658_n


155419_471784516389_52504271389_5550034_1552432_n Pelayar yang kebasahan…hohoho dah musim tengkujuh kan…hujan tu makanan ler….


148799_471784126389_52504271389_5550023_2658192_n

Pix: thank u http://www.facebook.com/monsooncup

**hany pernah sekali jer berada di Terengganu semasa acara ini berlangsung…3years a go kalau tak silap**

Tuesday, November 30, 2010

PULAU DUYONG: Mengusik Kenangan, menyayat hati…






Semalam,
MZ kerja sampai malam…hany duk sorang2 kat rumah…hany on FB…seyes agak lama tak on FB…


Hany tak tengok update aper pon…terus hany taip kat search tu PULAU DUYONG, yang sememangnya hany join page nih. kalau korang nak tahu, PUlau Duyong adalah tempat hany membesar, tempat kelahiran mak hany….


Terus pergi ke Photos tab,
nampak perkataan PULAU DUYONG jer dah buat hati hany sebak…seyes….rindu sangat sangat…padahal baru je balek masa raya haji kan…tapi rindu ni bukan dek rindu dah lama tak balik…tapi rindu nih rindu yang mendalam….rindu terhadap kenangan lama….


34351_132919046746561_100000853987444_159608_8186035_n Rumah hany sekitar kawasan yang dibulatkan


PULAU DUYONG ni kecik jer….betol betol pulau, tapi bukan pulau peranginan. dihubungkan dengan Bandar Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud dan juga bole menaiki bot penambang yang kini semakin pupus.


Kebanyakan penduduk PULAU DUYONG adalah nelayan, namun kini semakin hari semakin ramai pemuda serta pemudi berhijrah ke luar negeri….contohnya hany kini di Selangor. Bukan tidak menghargai tempat sendiri….tapi apakan daya, rezeki hany di bumi Selangor nih….


Hany sedih, sebab semakin hari semakin lain PULAU DUYONG nih…maklumla pembangunan giat dijalankan…PULAU DUYONG kini dah komersial, dah glemer serata Dunia dengan adanya Pertandingan Kapal Layar Dunia (Monsoon Cup)….ada baik ada buruknya….

25323_384853988598_299639378598_3857583_7258873_n

38971_423196793598_299639378598_4816782_1133162_n

25323_386636163598_299639378598_3899589_6156004_n


36899_412132193598_299639378598_4529656_7269599_n


RINDU weih suasana nih…bergenang air mata hany tatkala melihat gambar gambar ni semua…hany pernah lalui…pernah lihat semua ni…tempat kita membesar kan….


hany bukan menolak pembangunan,
tapi pembangunanlah bakal melenyapkan semua keharmonian yang ada. kampung hany ni memang kategori kampung yang betol betol kampung lah…petang petang, akan ramai lah orang kampung turun ke tebing sungai, duduk dudk ambil angin…


pakcik pakcik, makcik makcik berbual sesama mereka, anak anak ada yang bermain bola, sepak takraw, mandi sungai yang kategori selamat…heheh walaupon ada yang lemas, tapi budak kampong apa adahal…kelihatan jugak pemuda yang sedang mengecat motor bot…menampal motorbot yang retak/bocor…itukan sumber rezeki mereka….


sumpah sedey weih…
terasa sudah terlalu lama hany meninggalkan kampung halaman…kalau diberi pilihan, memang akan tinggal di PULAU DUYONG kesayangan…dengan taraf hidup yang rendah…dengan ibu bapa, saudara mara serta rakan taulan di sekitar rumah….siapa mahu menolak….


tapi apakan daya….
semoga suasana yang wujud sekarang di PULAU DUYONG akan kekal selama lamanya….ameen….Sumpahhh RINDU SANGAT KENANGAN LAMA…..


29845_393591913598_299639378598_4063738_3223632_n

32585_403157708598_299639378598_4291586_7445978_n 

highlight_Alt_Bot Penambang 01_Std
inilah bot penambang yg hany selalu naik kaalu nak ke bandar kuala terengganu….dan inilah bot yang semakin hari semakin pupus…tolonggg kerajaan Negeri Terengganu, kekalkan budaya ini….


pix: tengkiu to FB PULAU DUYONG


**mode:sedey sangat…rinduuuu kampong halaman**

~TQ Dear~

Followers