Showing posts with label Pulau Duyong. Show all posts
Showing posts with label Pulau Duyong. Show all posts

Friday, December 6, 2013

Pulau Duyong versi Banjir

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Bila musim tengkujuh ni, Pulau Duyong sememangnya tidak terkecuali daripada dilanda banjir. tapiiii Alhamdulillah setakat yang diberitakan dalam keadaan terkawal.

1469797_10152039139193599_4269578_n

Jeti yang digunakan untuk ke Bandar Kuala Terengganu

1488172_10152039140423599_1601169408_n

1426176_10152039139503599_1143862615_n

Klinik Desa

1477480_10152039140303599_211899079_n

ALihkan kete ke tempat selamat

1470053_10152039141548599_1572073149_n

Budak budak memang seronok time gini

936543_10152039140068599_1159362859_n

ni antara yang teruk

1459917_10152039142073599_1879579470_n

Selalunya kereta akan dibawa dan parking kat tepi jambatan Sultan Mahmud, atau atas jambatan. ini je lah kawasan tinggi yang terdekat.

Sama sama lah kita bantu mana yang kita mampu untuk mangsa banjir. Tak rugi pun kalau kita bantu. kurang kurang doa lah kita kirim kan. Semoga semuanya selamat.aamiin…

**renung renungkan, musibah yang di beri pasti ada kaitan dengan perbuatan kita di atas muka bumi ALLAH ini**

Tuesday, November 12, 2013

NELAYAN di Pulau Duyong…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Sebelum hany teruskan akan cerita mengenai Pulau Duyong ni, hany nak inform kebanyakan gambar yang di upload di dalam entri hany mengenai Pulau Duyong ni adalah hak milik PULAU DUYONG. Ini adalah FB pages Pulau Duyong yang mana admin nya adalah anak jati Pulau Duyong. Semua gambar ini hany dah minta kebenaran untuk di publish di entry blog hany ini…

Okay, kali ni hany nak bercerita mengenai apa aktiviti yang merupakan punca pendapatan penduduk Pulau Duyong. Alhamdulillah masih ada lagi aktiviti warisan dari zaman dulu yang masih aktif.

1) NELAYAN

Sinonim dengan nama nya Pulau Duyong, maka sudah tentulah ianya di kelilingi air kan. dah nama Pulau. Kebanyakan nya adalah nelayan. tapiiiii itu dahulu, waktu hany kecik lagi. sekarang masih ada lagi yang bekerja sebagai nelayan. Alhamdulillah tak di telan zaman lagi. Malah generasi seumur hany pun ada yang menjadi nelayan. Untuk info, kat kampung kalau orang tanya, kerja apa…akan di jawab KELAUT dan bukan NELAYAN yer. orang bandar je panggil nelayan tu.

Contoh perbualan:

“Mu keje mende awang weh?”- mu kerja apa awang?

“Kite kelauk je mokcik”- dia bgtahu dia nelayan je.

**awang=panggilan mesra utk lelaki (muda selalunya)**

Situasi lain:

“Bile nok tubik ni”- bila nak keluar pergi ke laut, bila nak keluar tangkap ikan.

“Luse kite tubik ah”- Lusa kita pergi lah

32585_403157708598_7445978_n

Ni mutor kelaut (bot yang digunakan untuk menangkap ikan) yang tengah parking. Selalunya yang besar adalah untuk laut dalam dan pergi pun boleh mencapai seminggu atau lebih baru pulang.Ni parking moden yang disediakan oleh mereka yang bertanggungjawab.

483282_10151318028003599_564953688_n

Haaaa…nampak tak kayu terpacak kat dalam air tu. ini pun antara parking motor kelaut. ini yang penduduk asal buat. ikat je tali motor kelaut tu kat kayu kayu tu. setel.

249162_10151628487048599_2032602948_n

Ini adalah aktiviti ‘menjahit pukat’….selalu jugak terjadi bila lepas tangkap ikan, pukat pukat akan koyak. ye lah mungkin ada ikan yang memberontak sehingga pukat koyak kan. Jadi kenalah jahit pukat tu. tak perlu lah koyak sikit nak tukar baru. kasi jahit jer lah. Ini pun skill yang selalu nya ada pada seorang nelayan.

Macam biasa, mana mana kerja mesti ada risiko nya kan. Macam arwah abang hany nelayan juga. dia pernah kena rompak dengan lanun. Masa tu entah macam mana la boleh termasuk ke laut Indon rasanya. Tak pasal pasal kena rompak. semua kena kebas, bukan setakat hasil tangkapan, minyak motor diorang keringkan supaya tak boleh bergerak, yang paling haru pinggan mangkok untuk makan pun diorang kebas.

Ape korang ingat nelayan ni nak bawak pinggang mangkok corelle ker? arcopal ker? plastik punya jer. Lepas tu terapung la diorang ni kat laut. nak gerak minyak takde. tapi Alhamdulillah tak de yang dijadikan tebusan. diorang tinggal je macam tu. Dan Alhamdulillah ada nelayan Indon jugak yang baik hati bagi minyak. Dapatlah geng geng abang hany ni balik.

Dan ini satu lagi yang terjadi pada nelayan di kampung hany. Motor tenggelam/terbalik.

67164_485034513598_5697191_n

5 nelayan ni lah yang terlibat. tapi Alhamdulillah semua selamat berenang. ini bukan di Pulau Duyong, tapi mereka anak jati Pulau Duyong.

522935_10150731583728599_1241851707_n

165539_487479348598_2959363_n

Gotong royong untuk bot yang tenggelam. haaaa kau tengok tali tu…sikit punya besar kan.

165509_487479078598_1266748_n

Kalau tak silap tali terkeluar dari bot ni masa tenggelam. ni pun bot dah hanyut ke tepi pantai ni.

163809_487479018598_1036265_n

166415_487479273598_3619365_n

487616_10151194145968599_2137493355_n

Ni pulak bot tenggelam waktu tengah parking. Selalunya kalau musim hujan (ha mcm sekarang dah musim hujan) nelayan mesti kena rajin “buang air” dari bot.

Buang air tu adalah membuang air hujan yang bertakung dalam bot. Biasanya ada saluran yang keluarkan air, tapi kalau hujan lebatttt, dan berhari hari hujan, bahaya weh. ini lah salah satu contoh.

Arwah ayah hany dan arwah abang hany memang nelayan. Arwah ayah memang dari muda lagi nelayan. Mula mula arwah pergi yang jenia balik hari. kiranya sebelum subuh dah keluar dah, dalam kul4pagi mcm tu. dan selalunya pulang menjelang waktu Asar.

Serius seronok sebenarnya anak nelayan ni, sebab semua lauk pauk adalah sangat fresh. dapat ikan, asingkan sikit untuk makan anak beranak then lebih jual la kan. Ketam, sotong memang fresh la. kitorang suka makan ketam rebus je, then ratah macam tu. perghhh terbaek! kalau Sotong akan buat ketupat sotong…wallaweiiii sodap!!!

Sebak weh buat entri nih. Hany yang sikit je merasa ni pun rasa sebak.orang yang betul betul nelayan ni tak tahu la kan. Tapi Alhamdulillah cukup duit untuk sara keluarga. Rezeki dari DIA kan.

okayyy, dah panjang, next entri hany sambung lagi pasal aktiviti penduduk PULAU DUYONG.

Monday, October 28, 2013

Pulau Duyong… episod 1

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Untitled

Hany dapat komen di blog hijau ni, dari Anonymous. Ha kat atas ni adalah komen dia. Bertanyakan pasal Pulau Duyong. mungkin jugak dia ni pernah menetap di Pulau Duyong dan mahu kan perkembangan terkini. Mungkin juga dia nak mencari saudara mara…Wallahuallam.

To Anonymous yang meninggalkan komen ni…InsyaALLAH saya share kan serba sedikit pasal Pulau Duyong setakat yang saya boleh la yer. Pasal nama nama tu saya tak berani nak share sebab ada yang saya tak ingat…lagipun mungkin tak sama dengan nama panggilan kan…

Untitled

Ini printscreen dari google map yang hany ambil. awan ada terlindung sikit la. Garisan merah tu adalah Pulau Duyong.

17579_311004123598_4264758_n

Okay, kat atas ni adalah pembahagian yang hany dah buat. Garisan merah adalah keseluruhan PULAU DUYONG.

A = Pulau Ketam
B = Duyong Kelab Aya
C = Duyong Sekolah
D = Duyong Besar
E = Duyong Kecil – rumah saya kat sini

Kawasan dengan outline warna putih tu adalah yang baru, bukan asal dari Pulau Duyong. Tanah di tambah dan dibina chalet kat situ.

Asal Usul nama PULAU DUYONG

69328_455082753598_5694446_n

Pernah keluar dalam Metro sisipan ie, informasi elektif mengenai Pulau Duyong. Yang pernah hany tahu asal usul nama Pulau Duyong ni adalah berkaitan dengan Ikan Duyong yang datang ke Pulau ini. Lalu penduduk yang melihat akan kehadiran ikan duyong ini terus menamakan Pulau ini sebagai Pulau Duyong. Dikatakan anak ikan duyong mendarat di bahagian pulau yang hujang manakala ibunya pula di satu bahagian lagi. Lalu menamakan DUYONG KECIL pada bahagian yang anak duyong singgah dan DUYONG BESAR pada yang ibu duyong singgah.

Juga ada diceritakan mengenai seorang ulama’ yang pernah tinggal di Duyong Kecil. Di kenali sebagai TOK SYEIKH DUYONG. antara peristiwa yang pernah berlaku adalah pernah berlaku satu kebakaran yang mana telah memusnahkan seluruh rumah penduduk Duyong Kecil tetapi yang tinggal hanyalah MASJID TOK SYEIKH DUYONG. Masjid ini juga tidak tenggalam walaupun berlaku banjir besar di duyong kecil.

Pulau Duyong ni pernah juga dinamapak Pulau Peris sebab dulu bentuk nya adalah seperti buah peria. wallahualam sebab la ni rasanya tak macam buah peria pun.hehe

Okay stop dulu kat sini..kakaka tak sempat sambung la, nanti bersambung di episod lain pulok yer Winking smile

Sunday, January 30, 2011

Lagik 4 hari sebelom menjengah Pulau Duyong




Ha, nak bagitahu jugak hany ni berasal dari Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu. Anak jati ganu ni weh.


Last hany balek kampung adalah pada raya haji tahun lepas. umm bagi hany agak lama la kan tak balek kampung nih. dan sempena cuti raya cina nih, hany ngan mz macam orang lain la, amek peluang cuti lama ni untuk balek kampong.


hany bergerak ke Pulau Duyong, hari Khamis InsyaALLAH. sebab MZ tak dapat cuti 3hari sebelom chinese new year tuh kan. so tak pe lah, kitorang amek cuti selepas raya cina. yer 4hari je tak cukup owhhh, nak balek GANU dan KELATE ok…mana sempat.


163642_494183078598_299639378598_6109037_7109409_n Jeti di Duyong Kecil, Pulau Duyong ni betol betol mengadap Bandar Kuala Terengganu. inilah kawasan untuk parki boat nelayan juga bot penambang.


166653_496100858598_299639378598_6137934_895198_n Bandar Kuala Terengganu tidak banyak bangunan pencakar langit, so jangan terkejut yer. kenapa yer? tahukah anda Bandar Kuala Terengganu ni betol betol dekat muara sungai, kalau musim terngkujuh dengan angin kuat ribut bagai, ombak saling menghempas…amat tidak sesuai untuk didirikan bangunan pencakar langit yer…;)


163880_488375758598_299639378598_5989376_5494963_n Inilah jambatan Sultan Mahmud yang menghubungkan Pulau Duyong dengan dunia luar. ini kabus diwaktu pagi hari Jumaat ;) ahaha sila jangan percaya hari Jumaat, itu hanya tekaan tuan rumah.


Buat membe membe yang dirindui di Terengganu, korang kerja hari ni kan. Keje Molek! i balek ganu khamis nih, nak jumpa tak???


roger roger lah yer kalau nak jumpa ;)


**balek gnau nak makan bihun sup pasor payang, nk mkn kepok lekor, nak makan sotong celup tepung, nok makan nasi dagang, nok makan je lah kekdahnya ;)**

Tuesday, January 4, 2011

oooh anok anok…


Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama


ingat lirik lagu nih, alaa lagu hijau zainal abidin tuh. hurmmm hijau ok. maka mari kekalkan kehijauan bumi kite yer…


 riang

Alhamdulillah….
suasana ni masih ada di kampung hany PULAU DUYONG. ini adalah jeti dimana bot penambang berhenti. jadi kalau mahu ke pasar payang menggunakan bot. di sini lah tempat nya untuk menunggu bot yer.


petang petang,
air pasang…maka sangat seronok kalau nak mandi manda tau. budak budak la yang paling… ye lah budak budak, yang dia tahu seronok je kan. tengok gambar kat atas tuh. betapa seronok nya mereka kan….


ini kelebihan tinggal di kampung. tak payah nak pergi swimming pool bagai kan. mandi sungai sudeyyy…tapi dah kit ani mane nak cekau sungai ye dak…so terpaksa la keluarkan duit barang RM1 @ RM2, utnuk anak anak mandi manda kan…xper la….


bangunan kat belakang tuh, adalah bandar Kuala Terengganu la tuh. hehehe sila maklom bandar Terengganu tidak la ada bangunan pencakar langit yer….;)semua ketot ketot je bangunan ;)


hany pun tak ketinggalan dalam bab mandi manda kat sungai nih. tapi tidakla di kawasan ini hehehe segan la pompuan mandi area sini. tempat yang selalu ramai orang tau…


Sepupu hany hampir lemas mandi di sini. nasib baek ada pakcik pakcik nelayan yang sedar. musim tengkujuh, sila maklum jangan mendekati sungai yer….kalau orang kampung harusla dah tahu pantang larang….


rinduuuu kat kampung weihhh ;)

Thursday, December 23, 2010

Pulau Duyong, kampung ku yang ku rindu….






Saya berasal dari Pulau Duyong, Terengganu. lokasi nya adalah betul betul dekat dengan Bandar Kuala Terengganu. Pulau Duyong, adalah betul betul pulau, tetapi bukan pulau peranginan lah…pulau yang merupakan perkampungan nelayan…


19579_307729418598_299639378598_3502855_6914133_n ini pintu gerbang sempena Monsoon Cup



Tuesday, December 21, 2010

NELAYAN

Korang ade dengar berita tak, baca paper tak, pasal NELAYAN yang terjun ke laut untuk menyelamatkan diri dek kerana bot mereka yang nak karam tuh…


Jaunadi Che Mohd., 50, Azmi Daud, 24, Sukri Sapee, 19, dan Zainuddin Aziz, 34, cuba melepaskan pukat tersebut yang tersangkut pada enjin bot namun, gagal. Setelah mereka memotong pukat tersebut, kipas pulak yang rosak dan seterusnya ombak besar telah memukul bot mereka.


67164_485034513598_299639378598_5929824_5697191_n

Ha,
mereka berlima nih adalah orang kampong hany. YA ALLAH, masa hany dengar berita nih kat TV3, SENTAP terus dada nih. shootttt sampai tak dan dan nih, ingat nak kol sape la hai…sekali dengar semua nya selamat. ALHAMDULILLAH…nyawa mereka panjang lagik.


dan naseb baek masa bot mereka dilanda ombak tuh, masih lagi di persekitaran laut Terengganu. sempat jugak berenang ke pantai kan.


Kenapa sentap? kenapa sedih?


harussslaaaa, dulu ayah hany pun nelayan, arwah abang hany pun nelayan. masih hany ingat, arwah abg hany cerita, masa tsunami besar melanda, arwah berada di tengah lautan…tapi ye lah tengah lautan mana nak terasa kan.ombak besar bila dah nak menghempas ke pantai kan.


Arwah abg hany jugak pernah di tahan lanun. LANUN ok, bukan geng geng pirate of da caribean tuh…bukannn tapi lanun dari INDONESIA. sebabnya, bot mereka dah termasuk sikit ke perairan laut INDONESIA. bayangkan masa tuh, mereka ingat dah maut la…pepaham la LANUN kan.


Arwah abg cakap, semua nya dorang rampas, bukan setakat hasil tangkapan, minyak bot, stok makana, bahkan pinggan mangkuk hayun, cawan periuk belanga semua nya di kebas. tinggal la bot mereka terhuyung hayang tengah lautan…tak de minyak, macam mana nak bergerak. naseb baek tak dibuang nya dorang semua ke laut kan….haaa naya weih….

32585_403157708598_299639378598_4291586_7445978_n


NELAYAN,
satu pekerjaan yang cukup bahaya. mungkin pada pandangan mata kasar kita di bandar nih, ha nelayan je ker? ishhh…begitu rasanya reaksi nya kan….tapi ingat, kalau bukan mereka mereka di kampung ni nak buat kerja NELAYAN ni, siapa lagik…siapa. seseorang harus buat sebab itu kitaran hidup kan.


NELAYAN,
itulah punca rezeki mereka di kampung. PUNCA REZEKI. ni ROHANI HASHIM, membesar, bersekolah, masuk universiti, semuanya hasil daripada seorang NELAYAN yang bernama HASHIM bin ABDULLAH. Seawal 4pagi turun dari rumah untuk ke laut. pulang nya lewat petang…kadang kadang menghampiri senja…panas matahari, masin air laut, ombak besar…itu mainan hidup seorang NELAYAN.


tapi,
bila tiba musim tengkujuh…NELAYAN bertarung nyawa. dengan laut yang bergelora….jiwa rasa gelora….mimpi kan ayah ku di sana…


NELAYAN,
jangan dihina pekerjaan ini. jangan diejek mereka ini…sesungguhnya mereka juga membantu dalam menjana ekonomi…


**hany akan sambung lagik entri NELAYAN nih…banyak nak dikongsikan pasal NELAYAN nih**

Tuesday, November 30, 2010

PULAU DUYONG: Mengusik Kenangan, menyayat hati…






Semalam,
MZ kerja sampai malam…hany duk sorang2 kat rumah…hany on FB…seyes agak lama tak on FB…


Hany tak tengok update aper pon…terus hany taip kat search tu PULAU DUYONG, yang sememangnya hany join page nih. kalau korang nak tahu, PUlau Duyong adalah tempat hany membesar, tempat kelahiran mak hany….


Terus pergi ke Photos tab,
nampak perkataan PULAU DUYONG jer dah buat hati hany sebak…seyes….rindu sangat sangat…padahal baru je balek masa raya haji kan…tapi rindu ni bukan dek rindu dah lama tak balik…tapi rindu nih rindu yang mendalam….rindu terhadap kenangan lama….


34351_132919046746561_100000853987444_159608_8186035_n Rumah hany sekitar kawasan yang dibulatkan


PULAU DUYONG ni kecik jer….betol betol pulau, tapi bukan pulau peranginan. dihubungkan dengan Bandar Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud dan juga bole menaiki bot penambang yang kini semakin pupus.


Kebanyakan penduduk PULAU DUYONG adalah nelayan, namun kini semakin hari semakin ramai pemuda serta pemudi berhijrah ke luar negeri….contohnya hany kini di Selangor. Bukan tidak menghargai tempat sendiri….tapi apakan daya, rezeki hany di bumi Selangor nih….


Hany sedih, sebab semakin hari semakin lain PULAU DUYONG nih…maklumla pembangunan giat dijalankan…PULAU DUYONG kini dah komersial, dah glemer serata Dunia dengan adanya Pertandingan Kapal Layar Dunia (Monsoon Cup)….ada baik ada buruknya….

25323_384853988598_299639378598_3857583_7258873_n

38971_423196793598_299639378598_4816782_1133162_n

25323_386636163598_299639378598_3899589_6156004_n


36899_412132193598_299639378598_4529656_7269599_n


RINDU weih suasana nih…bergenang air mata hany tatkala melihat gambar gambar ni semua…hany pernah lalui…pernah lihat semua ni…tempat kita membesar kan….


hany bukan menolak pembangunan,
tapi pembangunanlah bakal melenyapkan semua keharmonian yang ada. kampung hany ni memang kategori kampung yang betol betol kampung lah…petang petang, akan ramai lah orang kampung turun ke tebing sungai, duduk dudk ambil angin…


pakcik pakcik, makcik makcik berbual sesama mereka, anak anak ada yang bermain bola, sepak takraw, mandi sungai yang kategori selamat…heheh walaupon ada yang lemas, tapi budak kampong apa adahal…kelihatan jugak pemuda yang sedang mengecat motor bot…menampal motorbot yang retak/bocor…itukan sumber rezeki mereka….


sumpah sedey weih…
terasa sudah terlalu lama hany meninggalkan kampung halaman…kalau diberi pilihan, memang akan tinggal di PULAU DUYONG kesayangan…dengan taraf hidup yang rendah…dengan ibu bapa, saudara mara serta rakan taulan di sekitar rumah….siapa mahu menolak….


tapi apakan daya….
semoga suasana yang wujud sekarang di PULAU DUYONG akan kekal selama lamanya….ameen….Sumpahhh RINDU SANGAT KENANGAN LAMA…..


29845_393591913598_299639378598_4063738_3223632_n

32585_403157708598_299639378598_4291586_7445978_n 

highlight_Alt_Bot Penambang 01_Std
inilah bot penambang yg hany selalu naik kaalu nak ke bandar kuala terengganu….dan inilah bot yang semakin hari semakin pupus…tolonggg kerajaan Negeri Terengganu, kekalkan budaya ini….


pix: tengkiu to FB PULAU DUYONG


**mode:sedey sangat…rinduuuu kampong halaman**

Monday, November 29, 2010

Monsoon Cup 2010

Korang pernah dengar akan MONSOON CUP @ PIALA MONSUN?


ha,
for info MONSOON CUP  ini diadakan di Pulau Duyong, Kuala Terenganu, Terengganu. Ini adalah acara antarabangsa yang diadakan setahun sekali.


venue_02 Inilah tempat…Terengganu Heritage Bay Club, Pulau Duyong


Korang boleh menyaksikan pertandingan ini dengan hanya berada di kawasan Kuala Terengganu, iaitu berada di area Pasar Payang, Dataran Syahbandar…banyak seat disediakan untuk penonton. atau korang juga boleh masuk ke Terengganu Heritage Bay Club, Pulau Duyong ini sendiri. ha bukan senang nak masuk sini tau…time Monsoon Cup ni la dia open kepada umum.


venue_01


venue (1) ni antara pemandangan di Terengganu Heritage Bay Club, Pulau Duyong



155395_469677121389_52504271389_5517235_6852820_n

156651_469677271389_52504271389_5517239_1925455_n

Tapiiii,
hany tengok perlawanan ni kan, satu haper pon tak faham. ye lah mcm mana dorang dapat mata, macam mana cara main, ape yang boleh buat, apa yang tak boleh buat kan…huhu tapi nanti hany buat entri lagik k….


Acara ini akan berlangsung :
30 November 2010 – 5 December 2010


Banyak acara lagi selain perlawanan utama nih, nak tahu jom tengok:

http://www.monsooncup.com.my
http://www.facebook.com/monsooncup


**hehehe Pulau Duyong tuh Kampong hany ler ;)**

~TQ Dear~

Followers