بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Monday, October 28, 2013

Pulau Duyong… episod 1

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Untitled

Hany dapat komen di blog hijau ni, dari Anonymous. Ha kat atas ni adalah komen dia. Bertanyakan pasal Pulau Duyong. mungkin jugak dia ni pernah menetap di Pulau Duyong dan mahu kan perkembangan terkini. Mungkin juga dia nak mencari saudara mara…Wallahuallam.

To Anonymous yang meninggalkan komen ni…InsyaALLAH saya share kan serba sedikit pasal Pulau Duyong setakat yang saya boleh la yer. Pasal nama nama tu saya tak berani nak share sebab ada yang saya tak ingat…lagipun mungkin tak sama dengan nama panggilan kan…

Untitled

Ini printscreen dari google map yang hany ambil. awan ada terlindung sikit la. Garisan merah tu adalah Pulau Duyong.

17579_311004123598_4264758_n

Okay, kat atas ni adalah pembahagian yang hany dah buat. Garisan merah adalah keseluruhan PULAU DUYONG.

A = Pulau Ketam
B = Duyong Kelab Aya
C = Duyong Sekolah
D = Duyong Besar
E = Duyong Kecil – rumah saya kat sini

Kawasan dengan outline warna putih tu adalah yang baru, bukan asal dari Pulau Duyong. Tanah di tambah dan dibina chalet kat situ.

Asal Usul nama PULAU DUYONG

69328_455082753598_5694446_n

Pernah keluar dalam Metro sisipan ie, informasi elektif mengenai Pulau Duyong. Yang pernah hany tahu asal usul nama Pulau Duyong ni adalah berkaitan dengan Ikan Duyong yang datang ke Pulau ini. Lalu penduduk yang melihat akan kehadiran ikan duyong ini terus menamakan Pulau ini sebagai Pulau Duyong. Dikatakan anak ikan duyong mendarat di bahagian pulau yang hujang manakala ibunya pula di satu bahagian lagi. Lalu menamakan DUYONG KECIL pada bahagian yang anak duyong singgah dan DUYONG BESAR pada yang ibu duyong singgah.

Juga ada diceritakan mengenai seorang ulama’ yang pernah tinggal di Duyong Kecil. Di kenali sebagai TOK SYEIKH DUYONG. antara peristiwa yang pernah berlaku adalah pernah berlaku satu kebakaran yang mana telah memusnahkan seluruh rumah penduduk Duyong Kecil tetapi yang tinggal hanyalah MASJID TOK SYEIKH DUYONG. Masjid ini juga tidak tenggalam walaupun berlaku banjir besar di duyong kecil.

Pulau Duyong ni pernah juga dinamapak Pulau Peris sebab dulu bentuk nya adalah seperti buah peria. wallahualam sebab la ni rasanya tak macam buah peria pun.hehe

Okay stop dulu kat sini..kakaka tak sempat sambung la, nanti bersambung di episod lain pulok yer Winking smile

5 comments:

PakcikLie PCL said...

assalamualaikum hany, apa khabar ? syabas kerana masih lg aktif blogging..

ciklie dah lama tak kunjung blog hujau ni rasa rindu plak..

pcl ~ www.nazlee.com

Solehah Shamsuddin said...

Oh kiranya kawasan rumah akak tu anak duyong singgahla ye.hehe mesti best kan duk kat sana.

kacang buncis said...

assalamualaikum....salam perkenalan

Rosmiza Ali said...

Wah! Walaupun Mieza ni orang Terengganu tapi tak banyak tau pasal tentang negeri sendiri.. Derhaka plak rasa dengan negeri sendiri.. Huhu.. Btw, thanks Hany sebab share info pasal Pulau Duyong ni.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL

Anonymous said...

Assalamualaikum....
saya nak bgtau duyong besar yang awk line tu org panggil duyong wan su. duyong besar besar termasuk duyong sekolah,kelab aya dan duyong wan su.tu org panggil duyong besar.

Followers