Showing posts with label Monsoon Cup. Show all posts
Showing posts with label Monsoon Cup. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

Monsoon Cup Day 1 – 30th november 2010




30.11 bermula nya acara tahunan Piala Monsun. Dengar cerita kat Terengganu nih hujan turun dengan lebatnya…maka peserta peserta terpaksa bertarung dengan hujan hari ni dalam sesi kelayakan.


sayangnya, pelayar Malaysia, tidak mengumpul sebarang mata dalam sesi kelayakan hari ini.

12-1-2010 9-41-31 PM

12-1-2010 9-43-12 PM

Perasmian disempurnakan oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. dan perarakan Piala Monsun di arak masuk untuk dipamerkan pada para hadirin…

149245_471782791389_52504271389_5549978_4859159_n
Paasti angin kuat dan cuaca sejuk sekarang ni di Terengganu…uuu rinduuuu….

154612_471784411389_52504271389_5550032_719581_n Piala…


148613_471783771389_52504271389_5550013_3494658_n


155419_471784516389_52504271389_5550034_1552432_n Pelayar yang kebasahan…hohoho dah musim tengkujuh kan…hujan tu makanan ler….


148799_471784126389_52504271389_5550023_2658192_n

Pix: thank u http://www.facebook.com/monsooncup

**hany pernah sekali jer berada di Terengganu semasa acara ini berlangsung…3years a go kalau tak silap**

Tuesday, November 30, 2010

PULAU DUYONG: Mengusik Kenangan, menyayat hati…






Semalam,
MZ kerja sampai malam…hany duk sorang2 kat rumah…hany on FB…seyes agak lama tak on FB…


Hany tak tengok update aper pon…terus hany taip kat search tu PULAU DUYONG, yang sememangnya hany join page nih. kalau korang nak tahu, PUlau Duyong adalah tempat hany membesar, tempat kelahiran mak hany….


Terus pergi ke Photos tab,
nampak perkataan PULAU DUYONG jer dah buat hati hany sebak…seyes….rindu sangat sangat…padahal baru je balek masa raya haji kan…tapi rindu ni bukan dek rindu dah lama tak balik…tapi rindu nih rindu yang mendalam….rindu terhadap kenangan lama….


34351_132919046746561_100000853987444_159608_8186035_n Rumah hany sekitar kawasan yang dibulatkan


PULAU DUYONG ni kecik jer….betol betol pulau, tapi bukan pulau peranginan. dihubungkan dengan Bandar Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud dan juga bole menaiki bot penambang yang kini semakin pupus.


Kebanyakan penduduk PULAU DUYONG adalah nelayan, namun kini semakin hari semakin ramai pemuda serta pemudi berhijrah ke luar negeri….contohnya hany kini di Selangor. Bukan tidak menghargai tempat sendiri….tapi apakan daya, rezeki hany di bumi Selangor nih….


Hany sedih, sebab semakin hari semakin lain PULAU DUYONG nih…maklumla pembangunan giat dijalankan…PULAU DUYONG kini dah komersial, dah glemer serata Dunia dengan adanya Pertandingan Kapal Layar Dunia (Monsoon Cup)….ada baik ada buruknya….

25323_384853988598_299639378598_3857583_7258873_n

38971_423196793598_299639378598_4816782_1133162_n

25323_386636163598_299639378598_3899589_6156004_n


36899_412132193598_299639378598_4529656_7269599_n


RINDU weih suasana nih…bergenang air mata hany tatkala melihat gambar gambar ni semua…hany pernah lalui…pernah lihat semua ni…tempat kita membesar kan….


hany bukan menolak pembangunan,
tapi pembangunanlah bakal melenyapkan semua keharmonian yang ada. kampung hany ni memang kategori kampung yang betol betol kampung lah…petang petang, akan ramai lah orang kampung turun ke tebing sungai, duduk dudk ambil angin…


pakcik pakcik, makcik makcik berbual sesama mereka, anak anak ada yang bermain bola, sepak takraw, mandi sungai yang kategori selamat…heheh walaupon ada yang lemas, tapi budak kampong apa adahal…kelihatan jugak pemuda yang sedang mengecat motor bot…menampal motorbot yang retak/bocor…itukan sumber rezeki mereka….


sumpah sedey weih…
terasa sudah terlalu lama hany meninggalkan kampung halaman…kalau diberi pilihan, memang akan tinggal di PULAU DUYONG kesayangan…dengan taraf hidup yang rendah…dengan ibu bapa, saudara mara serta rakan taulan di sekitar rumah….siapa mahu menolak….


tapi apakan daya….
semoga suasana yang wujud sekarang di PULAU DUYONG akan kekal selama lamanya….ameen….Sumpahhh RINDU SANGAT KENANGAN LAMA…..


29845_393591913598_299639378598_4063738_3223632_n

32585_403157708598_299639378598_4291586_7445978_n 

highlight_Alt_Bot Penambang 01_Std
inilah bot penambang yg hany selalu naik kaalu nak ke bandar kuala terengganu….dan inilah bot yang semakin hari semakin pupus…tolonggg kerajaan Negeri Terengganu, kekalkan budaya ini….


pix: tengkiu to FB PULAU DUYONG


**mode:sedey sangat…rinduuuu kampong halaman**

Monday, November 29, 2010

Monsoon Cup 2010

Korang pernah dengar akan MONSOON CUP @ PIALA MONSUN?


ha,
for info MONSOON CUP  ini diadakan di Pulau Duyong, Kuala Terenganu, Terengganu. Ini adalah acara antarabangsa yang diadakan setahun sekali.


venue_02 Inilah tempat…Terengganu Heritage Bay Club, Pulau Duyong


Korang boleh menyaksikan pertandingan ini dengan hanya berada di kawasan Kuala Terengganu, iaitu berada di area Pasar Payang, Dataran Syahbandar…banyak seat disediakan untuk penonton. atau korang juga boleh masuk ke Terengganu Heritage Bay Club, Pulau Duyong ini sendiri. ha bukan senang nak masuk sini tau…time Monsoon Cup ni la dia open kepada umum.


venue_01


venue (1) ni antara pemandangan di Terengganu Heritage Bay Club, Pulau Duyong



155395_469677121389_52504271389_5517235_6852820_n

156651_469677271389_52504271389_5517239_1925455_n

Tapiiii,
hany tengok perlawanan ni kan, satu haper pon tak faham. ye lah mcm mana dorang dapat mata, macam mana cara main, ape yang boleh buat, apa yang tak boleh buat kan…huhu tapi nanti hany buat entri lagik k….


Acara ini akan berlangsung :
30 November 2010 – 5 December 2010


Banyak acara lagi selain perlawanan utama nih, nak tahu jom tengok:

http://www.monsooncup.com.my
http://www.facebook.com/monsooncup


**hehehe Pulau Duyong tuh Kampong hany ler ;)**

~TQ Dear~

Followers