Showing posts with label Kami. Show all posts
Showing posts with label Kami. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Tahniah suami…

Assalamualaikum,

TAHNIAH buat suami ku. hehehe semalam MZ balik rumah, then bagi la satu cert nih. alaa award apa ntah ni. sebenarnya memang dah tahu dapat cert tu. sebab ada 1 of opismate mz yang tag di FB. masa kat kampung kitorang tengok. kalau tak silap MZ orang ke3 yang dapat cert ni.

IMG_2954 Parallels is product/sistem yang MZ support.

Alhamdulillah, bersama cert ni, dapatlah Parkson Gift Card. dapatlah kita shopping yer;)

IMG_2950 hijau…;)

IMG_2952 Tak banyak, tapi alhamdulillah utk rezeki ini. buleh isteri numpang shopping

TAHNIAH suami ;)

**datacom, bila nak naikkan gaji suami ku, dah dapat cert ni, naikkan la gaji ;) **

 

“Jengah mereka untuk tambah kenalan anda ARINA SHAMSUL, AUTOPUBIZ RELOAD, MISS BANU, AINE AINUN “

Sunday, January 29, 2012

Patutla semua pakat beli MPV


Assalamualaikum,
Memulakan perjalanan menuju darul iman. Kali ni bertiga,adik MZ balik sekali dengan kitorang. Kalau ada sorang lagi nak ikut ni kompom tak dapat. Huhu dah penuh kete. Maklom la bukan mpv kannn...;)








Sisi sebelah kiri;)

Beriya kitorang limitkan apa yang nak dibawa masa balik. Rasa memang dah sikit dah barang. Alih alih nak balik ke selangor balik,tetap penuh bonet sampai kena letak kat seat jugak. Sengeh je kitorang berdua. Barang adik MZ bag laptop je 1. Selebihnya barang kitorang la. Ntah apa yang di borong,haisshh rasa duit tak habis banyak pun kan.

Dah jadi tabiat kot,semua benda nak dibeli kat kampong,kitorang beli cok@cangkul,baldi mop,talam 2muka;),tupperware besar,downy,pita pengukur,gettah. Ahahaha kekdahnya downy pun nak beli kat kampong?sebab murah rm2 dr selangor.ahahaha berkira ok!

Lepas tu angkut dari rumah mertua lak,nyior 25biji,gula,limau,kuih muih. Bagus kan menanti sorang ni gula pun amek umah mertua;) nyior tu uk mak hany kat kampong,mertua hany ada pokok so banyak stok la kan. Kelapa mahal sekarang weh! Ni jap lagi mau dapat beras lak dari mak hany nih.hehehe

Serius kena belajar bawak barang dengan kadar yang perlu jer. Jap lagi ada anak lagi banyak barang kan nak kena bawak. Huhu patotla yang masuk anak 2 dah start beli mpv kan. Hurmm paham paham...hany yang baru ber2 ni pun dah penuh sampai kekadang takleh orang nak menumpang;)

**ater bonet gen2 idokler beso sangat kannn**



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, January 9, 2012

Abang Long & Kak Long

Assalamualaikum,

hurmm rasanya macam dah lama hany buat entri tak tempek gambar hany kan. hehehe yer lah sekarang ni kena kurangkan sikit menempel gambar sendiri. kenapa tu tak perlulah hany explain kan…

Ni gambar masa tahun lepas, bulan12. jalan jalan sekitar Putrajaya. masa ni bawa mak mertua jalan jalan.

Picture 025 sama kembang ahahaha;)

Sebelah MZ, dah jadi kaklong la hany, sebab MZ anak sulong, sebelah hany lak…ciksu, MZ lak Poksu. huhuhu…kalau sebelah hany senyap sikit sebab hany tak ramai adik beradik…sebelah MZ memang meriah, MZ ada 9 adik beradik ;)

Thursday, December 29, 2011

Di saat pemergian nya…

Assalamualaikum,

hurmmm, sikit update pasal arwah ayah hany. dua, tiga hari sebelum pemergian arwah, arwah sering kali memanggil manggil nama mak, ayah arwah (atuk n nenek hany). Lepas tu arwah ada menyebut nama abang dan kakak arwah yang telah tiada. hurmmm itu mungkin tanda tanda nya kan. hany dengan mak memang dah saling berpandangan, dalam hati memang terdetik. tapi taknak cakap seolah mendoakan arwah pergi.

 

Dua tiga hari sebelum pemergian arwah, nurse dan doktor ada jugak cakap, bawak balik la makcik. dah tak boleh buat apa. so Jumaat 16dec, hany dengan mak berbincang untuk bawak balik arwah esoknya iaitu hari sabtu 17dec. dan kebetulan jumaat malam MZ memang dah naik bus nak balik ke Ganu. so ngam ngam la kan.

 

Jumaat malam 16dec,

maghrib hany bacakan surah Yasin tepi katil arwah. masa tu arwah bernafas elok walaupun macam sedikit tersekat. mak kata mungkin sebab lelah, arwah memang ada lelah. Jam 8.30 hany keluar sebab nak fotostat sesuatu untuk urusan keluar dari hospital esoknya. hany balik ke hospital dalam jam 9++, tengok mak hany dah lena sebelah katil. hany biarkan saje, sebab mungkin mak penat kan. hany lap muka ayah, basahkan muka sikit, lepas tu bagi susu untuk makan malam. makan pun thru tiub sebab tak boleh direct nanti susu akan direct pergi paru paru, lagik haru kan.

 

Lepas tu hany tengok Merlin. alaa merlin yang dua jam tuh, jumaat malam. adik sebelah katil arwah pun tengok. kitorang tengok dengan lekanya. tingtongtingtong, kul12. Merlin pun habis. hany tak solat Isya’ lagi nih. adik sebelah dah bersiap nak tido, nurse suruh tutup tv.

 

Elok hany bangun nak pergi solat Isya’, hany tengok arwah bukak mata, bukak mata luas luas, lepas tu macam putih mata tau. masa tuh darah hany berderau. serius berderau lah, hany pandang arwah seketika, then terus ambil surah Yasin yang memang ada atas kepala tidur arwah. tanpa berwudu’ hany terus baca Yasin time tuh jugak. Sambil baca, sambil pandang arwah…nampak dada arwah berombak naik turun,perlahan lahan. Tiba tiba air mata arwah mengalir. hany lap, mengalir lagi. bacaan Yasin memang hany teruskan. dalam hati hany memang dah terdetik mungkin masanya dah tiba,hany doa dalam hati semoga bacaan Yasin ni ALLAH mudahkan arwah “pergi”, itu jer yang ada dalam hati saat tuh. lepas lap air mata, hany letak tapak tangan dekat dada arwah, boleh rasa dengupan makin perlahan. Yasin masih tak habis dan masih hany teruskan jugak baca.

 

Saat tu jugak, hany tak terfikir nak kejutkan mak hany bangun. apa yang hany fikir, habiskan bacaan Yasin sambil berdoa dalam hati semoga arwah “pergi” dengan mudah. itu jer. seiring dengan bacaan Yasin, nafas arwah perlahan lahan di tarik dan dihembus. Elok jer ayat terakhir dalam surah Yasin hany baca, hany tengok dada arwah dah tak berombak naik turun dah. sedang elok Yasin habis, hany tengok arwah pun dah tak bernafas. memang betul betul lah ayat terakhir surah Yasin hany baca, arwah hembuskan nafas terakhir.

 

hany terus bangun dan letak telinga di dada arwah. sah memang takde reaksi langsung. hany pun panggil arwah “POK, POK, POK” (bahasa standard PAK). sambil hany gerakkan bahu arwah. makin lama makin kuat hany panggil. ada sedikit sebak dalam suara hany. Adik kat sebelah pun tak tido lagi, dia pun bangun bila dengar suara hany makin kuat. dah tahu macam tu, hany panggil nurse dan kejutkan mak hany.

 

Nurse datang tengok dan panggil doktor, untuk cek. sambil bawak alat ape benda tah nama. yang macam letrik tuh letak kat dada. hany memang takkan bagi la kalau doktor nak gunakan alat tuh. sebab bagi hany memang arwah dah tak ada. hany memang bersama arwah tadi, dan sememangnya tak perlu untuk gunakan alat tuh. doktor cek, then dia panggil hany bagitahu “Pakcik Hashim dah tak ada ni”, “a’ah doktor saya tahu, tak pelah tak perlu buat apa apa”. Terus nurse simpan semua alat alat dan bersedia untuk prosedur seterusnya.

 

Alhamdulillah, mak hany tak menangis malam tu. hany pun sama. mungkin sebab kitorang dah boleh rasa yang arwah akan pergi malam tu. seriusly, itulah yang hany doakan selama ni, sekiranya arwah nak “pergi” biarlah hany ada di sisi arwah. Alhamdulillah syukur pada ALLAH, kerana izinkan hany ada di sisi arwah saat saat hembusan nafas terakhirnya.

 

doa-untuk-ibu-bapa_1024

Sunday, December 18, 2011

Perginya Ayahanda kesayangan…

Assalamualaikum,

17Dec2011@22muharam1433H, jam12.15pagi, ayah kesayangan hany telah pergi menemuai DIA yang maha ESA. Alhamdulillah hany dan mak ada disisi arwah semasa hembusan nafas terakhir. Syukur sangat pada ALLAH kerana itu yang hany mintak, supaya hany ada disisi sekiranya arwah akan pergi kepada NYA.

 

Upload-12_18_11-10.43.22-AM suami tercinta sentiasa disisi

 

ini je sempat utk hany update. nanti hany sambung yer.

Tuesday, November 22, 2011

Ayah

Assalamualaikum,
Hurmmm saat ni masih lagi di Pulau Duyong,rumahku syurgaku. Masih lagi bercuti. Sebab ayah hany masih lagi di hospital.

Ahad,14nov,ayah hany masuk hospital,mak hany call bagitahu tapi katanya tak ada apa pun just sakit perut je. So oklah mak pn cakap xyahla balik dulu kan. Apa apa mak inform balik.

Isnin hany call tanya keadaan ayah hany,mak cakap tak ada apelah. Biasa je pun macam biasa je sakitnya. Tapi hati hany tak sedap dan terasa sangat nak balik. Pagi isnin tu,banyak kali jugak lah hany call mak hany tanya betul2 kan. Jawapan nya masih sama tak ada ape. Sakit biasa jer. Kebetulan mz cuti isnin selasa khamis. Buat keputusan,isnin pagi gerak terus balik ganu.

Elok je sampai kat pahang. Baru je masuk pahang mak hany call tanya ada kat mana,lambat lagi ke nak sampai bagai kan. Hany dah risau ni kot kot la ada apa apa kan. Then barulah mak bagitahu,s sbnrnya AYAH HANY DAH TAK SEDAR LANGSUNG. Sejak dari pagi lagi. Masa tu tak tahu dah apa nk buat. Makcik hany call cakap bawak kete elok2,hati2 jangan fikir sgt. Ayah hany tak ada ape.

Hany sampai dalam kul8mlm. Terus ke hospital la.ya ALLAH mmg ayah hany tak sedar,brnafas pun pakai tiub pernafasan yg dimasukkan dlm
Mulut tu,kat hidung pn ada tiub. Mesin kiri kanan la. Terus menangis masa tu. Hany cakap kat mak hany,kesian tengok mcm ni,buangla tiub ni semua macam lagi seksa je. Mak hany diam jer.

Sepatutnya ayah hany kena pinsah ke CCU,tapi dek katil penuh kenala tunggu kat wad biasa.sedih kan.xperlah nanti dah siap bangunan baru kt hospital tuh hrap2 tak ada la sesak sgt wad kan.

Tak silap 15nov ayah hany pindah ke CCU. Di CCU memang tak boleh menunggu kan,so hany bawaklah mak hany ulang alik ke hospital. Better tidur kat rumah.at least tidur elok sikit selesa. So that tak ada la masalah xcukup tidur kan.

Masa kat CCU ayah hany antara sedar tak sedar.dengan tiub dalam mulut,hidung, setiap kali ayah hany mcm nk bercakap ya ALLAH seksa sangat. Tapi series hany tak menanges pun,air mata tak menitik pun.mana tah kekuatan tu datang kan.dlm CCU saat tu ayah hany je mcm tu. Yg lain semua elokla boleh brcakap makan kan.

Lepas tu pulak,doctor mintak persetujuan untuk buat dialisis pulak sebab buanh pinggang banyak toksin lak kan. Hany call abang hany tanya macam mana kan walhal hati hany memang setuju jer.lepas mak & abg hany setuju hany sign je lah. Lagi pilu tengok kat perut pulak ada tiub masuk.

Lepas ayah hany dah sedar,tiub dalam mulut pun dah buang, ayah hany duk cakap sakit sakit. Lepas tu ayah hany mintak air pulak.tp doctor xbg minum air dulu. Sangat kesian masa tu duk mintak air je. Mak hany siap keluar dr wad tu sbb tak tahan tengok.

Dan Alhamdulillah,saat ni ayah hany dah beransur pulih.cuma sekarang ada lelah je sikit lagi. Kalau tak dah boleh balik rumah dah.

Hany akan cuti sehingga ayah hany keluar hospital. Sebab kesian mak hany. Nak ape ape tak ada org hantar. Ni pun kira gilir gilir jaga la.

Aperpun redho je lah. Kena lah cuti kan. Dahla hari hari hany tak jaga ayah sbb duk jauh. Time sakit mcm ni lah kena ada kan...

**ingat lagi masa hany demam dulu dulu,hany penakut makan ubat ayah siap hancurkan ubat dlm air panas, supaya hany senang nak mkn ubat**



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 15, 2011

Masih di Terengganu

Assalamualaikum,
Hany sekarang di Terengganu. Ayah hany masih di hospital. Condition?hurmm takpe lah cukup lah sekadar hany cakap dalam keadaan stabil.ameen.

Cuti pun takbanyak ni,tapi hany memang direct cuti sampai weekend la buat masa sekarang. Kenalah cuti tak sanggup nk biarkan mak hany jaga sorang2 penat weh. At least gilir gilir ok lah sikit kan. Ni cuti kalau dah habis,terpaksa unpaid pun terpaksa lah. Nak buat macam mana kan. Dahla memang gaji pun ala ala kan,unpaid pulak. Takperlah semoga ada rezeki lain.

Sedih sangat bila kat hospital nih, betol betol menginsafkan lah. Jaga kesihatan betol betol ye kawan kawan. Perokok tu kalau boleh baeklah start kurangkan merokok. Sepanjang jaga ayah kat hospital,dah ada sorang pakcik kembali padaNYA...

Yerlah semua nya ketentuan ILAHI. doakan ayah hany yer. Jika ALLAH nak panjangkan umur ayah,cepatlah semoga ayah kembali stabil dan sedar. Tapi sekiranya ALLAH sudah mahu mengambil ayah,semoga ALLAH kurangkan penderitaan ayah dan hany redho ayah pergi bila bila masa sahaja ameen...

Ok,bya


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, September 9, 2011

Syawal yang bermakna ;)

Assalamualaikum,

Syawal yang bermakna buat hany (tanpa gambar) ahahaa…nak jugak ingatkan diri sendiri atas kesalahan sendiri yang gatal.

Bermakna kerana, syawal tahun ni, abang sulong hany yang telah lama lost contact datang beraya. fuhhhh sangat la terkejut tapi syukur sangat. sebenarnya hany sendiri tak pernah jumpa dengan abang hany nih. tapi ayah hany memang ada cerita la akan abang hany yang ni. Dah mempunyai 3orang cahaya mata. seriesly sebijik macam ayah hany. tak sangka sangat. bayangkan +- 30 tahun ok tak jumpa. sudahnya dia sekarang stay di Kajang…alahaiii doket jah ha….

Hany gembira sebab tertunai jugakla hasrat ayah hany nak jumpa, yer lah dah sakit sakit ni mana tahu apa apa jadi kan. Abang hany ada cakap dia tergerak hati nak datang jumpa ayah hany selepas balik menunaikan umrah, alhamdulillah….ALLAH bukakan pintu hati nya.ameen.

Lega sangat, sekarang dah ada contact number dia, dah tahu tinggal kat mana, kurang kurang apa apa jadi senang la hany nak inform kan.

Anak saudara hany yang pompuan, Aira nama dia. kitorang cepat mesra, walaupun first time jumpa ni. manja sangat Aira nih. tak sampai setengah jam jumpa, dia datang duduk atas riba hany, sembang sembang dengan hany. Kuasa ALLAH kan, mungkin pertalian darah antara kami buatkan kami semesra itu…

 

Syukur padaMU ya ALLAH…

Sunday, July 31, 2011

Kini, Genap 2 tahun…allhamdulillah…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke2 Rohani Hashim & Mohamad Zuki.


Alhamdulillah,
semoga perhubungan ini dirahmati, diredhoi oleh MU ya ALLAH, sehingga ke alam syurga MU ya ALLAH.
 cover 8r zuki rohani


**sedey baca apek&elia dah putus tunang, takperla mungkin ada rahmat di sebalik segala yang berlaku kan…semoga TABAH Apek & Elia**

Wednesday, July 27, 2011

Lagi beberapa hari…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Bila log in FB, nampak mesej ni…

7-25-2011 12-43-39 PM


eh eh eh,
pastu kecoh tanya MZ, eh camne FB ni tahu anniversary kite eh? cam ne eh camne eh. ahaha cek punya cek, dah ko define tarikh kat situ, memang la dia ada popup, sengal.


Untuk anniversary ke2 ni, langsung tiada plan nak sambut bagai kan, nak pergi mana mana pun memang tak plan la. tak pe lah. lagipun Isnin dah puasa kan, tak per lah. kita duduk dalam rumah, kita sambut dalam gelap b eh…


**hurmmm, merenung nasib**

Sunday, July 17, 2011

Kategori mengada ngada

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Masa MZ MC last week, dah tengahari, MZ mesej hany tanyakan sesuatu.


MZ : “Plastik sapoh ite duk mano eh?”

Hany : “alaa ada dlm plastik kat rak pinggan tu”

MZ : “Tak dok, ko abih doh?”

HAny : “ye kot, last hari tu letak situ”



Nampak tak? ahaha mengada ngada, kechek luar konon ko hany…ceiiitttt!

Tuesday, December 21, 2010

NELAYAN

Korang ade dengar berita tak, baca paper tak, pasal NELAYAN yang terjun ke laut untuk menyelamatkan diri dek kerana bot mereka yang nak karam tuh…


Jaunadi Che Mohd., 50, Azmi Daud, 24, Sukri Sapee, 19, dan Zainuddin Aziz, 34, cuba melepaskan pukat tersebut yang tersangkut pada enjin bot namun, gagal. Setelah mereka memotong pukat tersebut, kipas pulak yang rosak dan seterusnya ombak besar telah memukul bot mereka.


67164_485034513598_299639378598_5929824_5697191_n

Ha,
mereka berlima nih adalah orang kampong hany. YA ALLAH, masa hany dengar berita nih kat TV3, SENTAP terus dada nih. shootttt sampai tak dan dan nih, ingat nak kol sape la hai…sekali dengar semua nya selamat. ALHAMDULILLAH…nyawa mereka panjang lagik.


dan naseb baek masa bot mereka dilanda ombak tuh, masih lagi di persekitaran laut Terengganu. sempat jugak berenang ke pantai kan.


Kenapa sentap? kenapa sedih?


harussslaaaa, dulu ayah hany pun nelayan, arwah abang hany pun nelayan. masih hany ingat, arwah abg hany cerita, masa tsunami besar melanda, arwah berada di tengah lautan…tapi ye lah tengah lautan mana nak terasa kan.ombak besar bila dah nak menghempas ke pantai kan.


Arwah abg hany jugak pernah di tahan lanun. LANUN ok, bukan geng geng pirate of da caribean tuh…bukannn tapi lanun dari INDONESIA. sebabnya, bot mereka dah termasuk sikit ke perairan laut INDONESIA. bayangkan masa tuh, mereka ingat dah maut la…pepaham la LANUN kan.


Arwah abg cakap, semua nya dorang rampas, bukan setakat hasil tangkapan, minyak bot, stok makana, bahkan pinggan mangkuk hayun, cawan periuk belanga semua nya di kebas. tinggal la bot mereka terhuyung hayang tengah lautan…tak de minyak, macam mana nak bergerak. naseb baek tak dibuang nya dorang semua ke laut kan….haaa naya weih….

32585_403157708598_299639378598_4291586_7445978_n


NELAYAN,
satu pekerjaan yang cukup bahaya. mungkin pada pandangan mata kasar kita di bandar nih, ha nelayan je ker? ishhh…begitu rasanya reaksi nya kan….tapi ingat, kalau bukan mereka mereka di kampung ni nak buat kerja NELAYAN ni, siapa lagik…siapa. seseorang harus buat sebab itu kitaran hidup kan.


NELAYAN,
itulah punca rezeki mereka di kampung. PUNCA REZEKI. ni ROHANI HASHIM, membesar, bersekolah, masuk universiti, semuanya hasil daripada seorang NELAYAN yang bernama HASHIM bin ABDULLAH. Seawal 4pagi turun dari rumah untuk ke laut. pulang nya lewat petang…kadang kadang menghampiri senja…panas matahari, masin air laut, ombak besar…itu mainan hidup seorang NELAYAN.


tapi,
bila tiba musim tengkujuh…NELAYAN bertarung nyawa. dengan laut yang bergelora….jiwa rasa gelora….mimpi kan ayah ku di sana…


NELAYAN,
jangan dihina pekerjaan ini. jangan diejek mereka ini…sesungguhnya mereka juga membantu dalam menjana ekonomi…


**hany akan sambung lagik entri NELAYAN nih…banyak nak dikongsikan pasal NELAYAN nih**

Friday, October 15, 2010

update pasal ayah

 

Dah lama rasanya hany tak hapdet pasal ayah hany. ummm bukan melupakan, tapi kekadang rasa sedey sangat nak bercerita, lagipon kan nanti ada yang cakap sengaja nak pohon simpati dengan mengeluarkan cerita pasal ayah nih….

 

 

1) Masa hany balek kenduri sepupu

 

- Masa tuh lepas maghrib, hany lak ngan MZ berada di Mydin, mak kol, suruh balek cepat…katanya ayah nak cekik mak. mak terpaksa duduk kat luor rumah tak masuk langsung dalam rumah.

 

 

- Berdesupp kitorang balek, memang betol mak kat luor smbil pegang HP. Hany takotttt giler weih nak masuk rumah. tapi terpaksa la gagahkan diri masuk. MZ pon masuk, Alhamdulillah ayah tgk hany ngn MZ ok jer. kitorg duduk sebelah tilam ayah.

 

 

- Mak pon masuk nak g dapur, elok je melihat kelibat mak, ayah serta merta membeliakkan mata, dgn pantas nak bingkas bangun dari baringan nih, MZ pegang…hany pon terbangun skali…cuba tenangkan ayah.mak takot, terus keluar balek…

 

 

- seketika tuh, tiba tiba ayah pandang MZ, terus dia hulur tangan nak bersalam, MZ sambut, tetibe ayah menangis…fuhhh terus mata hany bergenang jugak…MZ duk terkumat kamit baca apa tah…

 

 

- Hany beranikn diri tanya ayah, kenapa nak cekik mak. ayah cakap mak bawak balik HANTU, ayah nampak muka mak HODOH, RAMBUT PANJANG, NAK CEKIK ayah….

 

 

 

2) Malam semalam nye citer…

 

- Mak tido sebelah ayah, tengah malam…tiba tiba mak dengar orang menangis…mak terjaga la….tengok tengok ayah yang menangis. mak dah risau…knaper plak kan, selalu kalau terjaga tengah malam, sebab sakit kaki.

 

 

- Mak tanya ayah, kenapa menangis kan. ayah citer, ADA “ORANG” AJAK DIA PERGI JALAN JALAN, MELAMBAI LAMBAI ayah. ayah cakap la TAKNAK, sekali “ORANG” tu cakap, “BIARLAH BINI MU TIDO DULU, KEKG MU TURUN LA BILE BINI MU TIDO DOH”

 

 

- terus mak hany tak tido tau takot ape ape jadik…..

 

 

Mak, citer semua nih tak la selalu berlaku, kadang kadang jer. kitorang pon dah tak tahu dah camne nak buat, ikhtiar tu memang la, panggil la jugak orang orang yang ada kelebihan dalam perkara sebegini kan. tapi macam ni la jugak keadaan ayah hany.

 

 

mungkin ini ujian ALLAH…hany dah selalu ajak mak ngan ayah duduk dgn hany, memang la hany tak mampu nak jaga 24 jam, tapi sekiranya tinggal bersama, ada la masa hany tengok tengok kan ayah. tapi ayah hany degil, taknak nya dia tinggal ngan hany.

 

 

yelah, rumah yang dia dah duduk berpuluh tahun kan, mesti akt situ jugak dia nak duduk…andai kata nak habis umur pon, rasa nya dia rela habis umur di rumah tu kan….

 

 

**balek raya haji nih, nak pujuk lagik untuk datang tinggal ngan hany**

Monday, September 20, 2010

Jauh di sudut hati hany, seyes hany sedih, kecik ati sangat…

 

 

 

 

 

soalan yang bertubi tubi di tanya masa syawal baru nih

 

1) Doh demo tok sey anok lagi ko?

2) Demo takdok gapo gapo lagi ko?

3) Mu ganer le ning? adok lagi ker?

4) Dok lekat lagi ker?

 

 

dan jawapan hany hanyalah…

 

“takdok rezeki lagi”

 

 

yang ni hany sedkit terasa gak la, sebabnya bukan setakat dorang tanya jer, tapi siap compare kan dengan pasangan yang mereka kenal, yang mana nikah sama ngn hany atau pon nikah selepas hany. dorg semua ada yang dah bersalin, ada yang tengah mabuk2, pening2….jauh di sudut ati ni…kecikkkkk sangat ati nih…kot ye pon jangan la compare kan depan depan hany…

 

 

“hurmm, ikotkn sepatotnya dah ade nih, setahun lebih dah”

“ha tu la, budak yang belakang rumah tuh, dah mabuk2 dah”

“ha yg anak si **** tuh, bersalin dah…dia ni xde ape2 brita lagik”

 

 

 hany nih, ada kat depan ni, masa dorang duk sembang2 tuh, hany senyum, tapi sumbingggg…hany tak leh control dah. korang rasa korang boleh control???

 

ada sorang tuh, siap tanya mcm ni,

 

 

“memang taknak anak lagi ker? dah setahun ni”

 

Ya ALLAH, sape la yang bodoh taknak anak, maybe dia ingat hany ngan MZ planning kot, hany jawabla TAKDER REZEKI LAGI, baru la dia senyum angguk2 konon konon faham. masa nih, hany rasa taknak dah pergi beraya rumah orang, malashhhh, sebabnya hany takleh control prasaan, takleh control memek merekah muka langsung yer…

 

 

sumpah/seyes hati hany terguris, kecik atiiii sangat…

 

 

**MAK & MAK MERTUA hany tak pernah pon tanya2, dorang mesti nak jaga hati hany kan**

Wednesday, September 15, 2010

Ayah beraya di hospital

ha yer,

terus ke kisahnya terus, xde intro intro dah ni…hehehe ayah hany beraya di hospital, masuk hospital raya ke2 ok! siannn kat ayah hany, tapi Alhamdulillah, sempat la merasa raya pertama tuh kan…

 

 

kurang kurang, sempat la ayah hany merasa rendang, nasi dagang ketupat. huhu ha tu la penambah penyebab masuk hospital hehehehe….

 

 

sebenarnya,

masa ayah hany masuk hospital, adalah raya ke2 petang, masa ni hany masih di kelantan, beraya di rumah mertua. dah petang sangat. dan hany ngn mz dah plan nak balek ganu raya ke3, lepas zohor. so kol mak hany tanya camne keadaan, mak kata xperla balek jer raya ke3….so hany ikot plan asal laaa….tapi hati ni sendiri mau ingat r kan….riso tak agak r….

 

 

Ayah hany dimasukkan ke hospital disebabkan kakinya bengkak yang amat…then sesak nafas. kaki ayah mula membengkak masa bulan puasa lagik. ini gara gara ayah hany minom air banyak sangat, banyak sangat utk ayah la, bukan seorang dewasa yang normal. itu penyebabnya.

 

 

tapi, ayah hany taknak pergi hospital, sebab kalau duduk hospital, harusla tak leh puasa kan. so ayah pon tahan laaa…Alhamdulillah, ayah hany sempat dan mampu puasa penuh sebulan. pastuh lak, raya pertama, ha ngko di sental nya ketupat, rendang, nasi dagang…itu tak masuk lagik yang lain kan…hohoho….

 

 

ALHAMDULILLAH,

hari ni, ayah dah segar sikit, and dah boleh balek rumah, tapi sebab ada sedikit demam kena tahan lagik laa….huhu harap harap esok boleh la balek kan..sebab esok malam hany nak balek KL dah.

 

 

tahu tak, hany jahat giler, mentang mentang mak ayah hany takde kat rumah, perasaan nak melayan tetamu tuh xde langsung….ahahaha rumah hany asyik berkunci jer….kuikuikui kejamsss weihhh, lagik pon hanya da kt romah, raya ke4, so tak ramai dah yang datang beraya kan….

 

 

seb baek sedara mara semua datang berkumpul raya pertama tuh… kalau tak, adoiii hanyla kena melayan semua…hahah pemalassshhh weihhhh….

 

 

** tak besh la raya kt ganu sbb mak ayah kat hospital, seb baek raya kt kelate sronok ;) **

Thursday, May 13, 2010

13 Mei



Pastinya ramai tahu bila tengok, dengar 13 mei kan...rusuhan kaum yang berlaku pada 13 mei 1969. tapi kali nih, hany tak moo la cite pasal rusuhan tersebut...tapiiiii.....


13 Mei, adalah hari kelahiran suami tersayang, Mohamad Zuki...sekarang genaplah umur MZ hany 28 tahun. hehehe dah tua eh suami ku...;)


B,
Selamat Hari Lahir yang ke 28. Semoga berbahagia dengan kehidupan yang b kecapi sekarang. 
Semoga B sentiasa di rahmati ALLAH s.w.t...
Semoga Sihat sokmo...
Semoga semoga semoga....hehehe itu je lah b...yang lain nanti kat rumah la syg buat ucapan...hehehe ape lah hany nih tak romantik langsung kan...;)


I LOVE U.....

Saturday, April 17, 2010

Breakfast utk suami





Sabtu, 17April,
hari nih macam biasa la, kena bangun awal...nak membasuh seminggu punye baju bajan...baju hany baju mz. pastu plak, mz kena kerja lagik hari nih, jam8 dia dah kena ada di rhb...so sah sah la kena gerak awal. Maka, rohani pon kena la bangun awal...kena siapkan breakfast untuk suami...


hurmmm, kul7 baru terhegeh hegeh hany nak siapkan sarapan, terus je buat ape yang paling senang and cepat siap...simple giloss makan pagi utk suami, xper la...janji isteri yang buatkan kan kan...

roti goreng dengan telur ;)


secawan besar, white coffe...


hany goreng roti tuh, 5keping, tapi mz sempat makan 3jer, lagik 2keping dia suruh masukkan dlm tupperware, bawak bekal...alahaiii suke suke...ni la 1st time dia bawak bekal, makanan pagi...sebab selalunya mz xmakan pagi. ni maybe sebab wekeend kot. white coffe tuh pon tak habis...hany siap tanya, ni nak bekal ke tak...haha apa salahnye kan...dia takmo...isteri la habiskan yer...


"malam ni suami balek awal sket yer, boley pegi party kak nora sama sama..."

** makan free lagik malam nih, sukerr tak yah masak...**

Wednesday, April 14, 2010

Assalamualaikum



Assalamualaikum....

apa khabar kalian semua? chewahhh macam mengacarakan rancangan tibi plak yer...ehem ehem...ni entry ni sepatutnya hany buat masa memula start blogging ni kan...tapi apakan daya masa tuh tak terfikir, tak terdaya (haha tak terdaya tuh)...

hany buat entry nih sebagai pengenalan kami berdua, kami tuh hany and my lovely hubby MZ. yer yer hany tahu ada yang dah tahu owner blog nih sape kan...tapi mungkin ada yang baru masuk ke blog nih, teringin gak nak tahu kan...

Tuan Rumah :
Hany@Hanybunny@mek
MZ@jukie@my Hero

Hany-anak bongsu
MZ-anak sulong

Hany-asal ganu
MZ-asal Kelate


Hany-ada "ferrari" (hahaha motor merah, nak gak panggil Ferrari)
MZ- ada "tom Grey" (kete dia kaler Grey-di beri nama TOM GREY)



Memule kenal : Julai 2008
Bertunang : 01.Mei.2009
Berkahwin : 31.Julai.2009

Besday Hany : 16.Mei
Besday MZ : 13.Mei



Citer citer dalam blog nih, berkisarkan kehidupan kami...persekitaran kami. Juga medium untuk kami update (mungkin ada kawan2, mmber2 yang nak tau kisah terkini kami). Kami di ijabkabul kan pada 9 Sya'ban bersamaan 31 July 2009. Kami masih belum mempunyai anak (tak dak rezeki lagi, bukan planning yer).Doa doa kan gak eh, semoga kami pon cepat cepat dapat rezeki ameen...


Hany:
ade sedikit sifat manja (kata anak bongsu kan), sikitt jer yer...masih memegang lesen P, pastu tak pandai bawak kete manual. tapi kena gak bawak sbb Tom Grey MZ manual.akan selalu la baca dlm blog ni pasal ke sengalan bawak kete, kete mati atas bukit (bukit yg tak berapa bukit laa), parking tak betol. Agak kerap outstation, sian MZ kena tinggal...makin tombam, diet pon tak turun turun jugak...lemak degil betol laaa...

Tiada adik beradik lain dah, semua dah meninggal, and sorang je pompuan dalam keluarga.yang paling ketara, hany ni peminat HIJAU. (tengok layout blog mesti dah tau kan). dia je yang selalu hapdet blog nih, (gila kuasa sket nih, kate blog ni kepunyaan bersama...)



MZ:
dia nih cool, tegas, pendiam...tak banyak cakap sangat. tak suke makan kat luar, seboleh boleh nak isteri masak. isteri lak "terer" masak...giloss laaa, siap beli buku masakan untuk isteri dia. selalu balek keje lambat...haha selalu ker...selalunya hari jumaat laaa balek lewat (sian isteri dia, sokmo sorg2 malam2 kt omah). suke kaler oren, merah...


Kalau amek gambar, MZ selalu je mata tertotop, ms amek gmbr kawin, setiap pose, kena amek 2,3 kali sbb mesti ade je yg gmbr MZ totop mata...hidung dia mancung sket, selalu r perli hidung hany yang kembang nih...uhhh, xper...


okay, salam kenalan semua...sudi sudi lah jengah mzhany nih lagik yer...daaaa

Tuesday, April 13, 2010

Turun sebanyak 9.4





Yer, saya turun sebanyak 9.4 kg...beshhh woooo, cik ijo sila jangan jelesh yer...


kah kah kah...memang kamoo tak perlu jelesh pon cik ijo oiii, ni bukanla cite penurunan berat badan ku... itu semua auta yer...kalau turun sebanyak tuh, dan dan hany snap pix angka kat penimbang, pastu snap gambar setiap 2 minit upload kt sini...hahaha


okayla, sebenarnya ni penurunan sukatan kencing manis bapak hany...Alhamdulillah...syukur sesangat...2weeks a go, pergi klenek (ni sebutan mak hany), mak datok ko...15 catatan di penguji kencing manis tuh, eh sebenarnya ape unit untuk sukatan kencing manis? sowii lah hany tak tau ler....alaa uji yang titik darah tuh, pastu nnti kuarla angka dia tuh...almaklom la bukan budak medic kan...


2minggu lepas,
bapak hany xleh jalan, tipuuu la, buleh jalan, tapi setiap kali jejak tapak kaki, macam nak terjatuh balek...sedih giloss laaa....waktu tu hari jumaat, hany amek time off terus bawak bapak hany g klenek...doktor mengucap cakap tinggi sangat 15 tuh (kawan hany yg nurse cakap xla tinggi 15 tuh), memangla naek sebab seminggu bapak hany stop makan ubat...ha hamek ko naik mencanak canak...doctor terus inject, bagi ubat bagai...


malam ni, kitorg pergi lagik utk check laa...and at da same time, sbb kaki ayah hany asyik lenguh jer...cek cek tekanan darah tinggi plak...hadoiiii, tapi tak la tinggi sangat...cam biasa doc bagi ubat laaa...pastu bley lak ubat kencing manis kt klenek dia expired and stok ubat tak sampai lagik...huuuu kena g carik kt farmasi lak...ayyyoooo...sekara bacaan kt penguji kencing manis tuh menunjukkan 5.6 (unit tak tahu)... mak hany tanya la doktor..


Mak : doh molek ah 5.6 (sebutan enam mak hany nang) tu doktor? --> loghat ganu ni
Doktor : Molek Molek (sambil cuba guna loghat ganu gak)


hany sengeh je ngn doktor tuh, tak pe la doc, janji mu pahang...hahaha sempoiiiii....


sambil tunggu giliran ayah hany kan, tetibe teringat masa hany kecik2 dulu, umah hany selalu di landa banjir, time nak g skolah kan, bapak hany dokong hany yang besor nih, sebab tak nak kain sekolah anak dia basah...kasut sekolah basah...padahal masa tuh boleh jer, mengharung banjir then nanti dah sampai kt kawasan xde air, pakai kain and kasut...tapi takkkk bapak hany sanggup dokong hany...


sepupu hany selalu ejek hany manja sebab itu pon nak suruh bapak dokong...bior r, ko jeles kan, dulu dulu zaman budak2 cakap camni laaa...tapi now nih, ummm sedey tengok bapak hany, tapi Alhamdulillah...hany masih berpeluang untuk jaga mereka berdua..InsyaAllah...akan hany jaga mereka sehingga ke hujung nyawa nya...

mek sayang pok nge mok....

Thursday, March 18, 2010

Genap 1 Week....




ha,
dah seminggu mak ayah hany ada kt umah hany nih....hehehe, genap seminggu dah...
hehehe, camno laa perasaan mak ayah hany eh...huhuhu, mestilah suker kan, hahaha sendiri nye anggapan...


ingat lagi minggu lepas...weekend hany ajak ayah g alamanda, pastu g umah kazen hany kt puchong...dah la umahnye tingkat 2, terpaksa ayah hany menapak panjat tangga...thihihihi...bukan nak susahkan ayah, tapi bila lagik nak kenal and kebetolan mak sdara hany pon ada datang sini...


pastu, kekdahnya...malam tuh ayah hany xdapat tidoooo..sebabnya??? kaki ayah hany sakit...lenguh lenguh katanya...alahaiii sian ayah hany...adoilaaa...sok paginya, mak hany cakap mak hany pon xdapat tido...sebab duk urut kaki ayah hany...alahaiiii ampon pok...ampon....


then, isnin baru nih,
sebelom hany g keje...hany salam ayah and cakap...ni minggu ni pok brehat jer...mek keje dok g jalan mane doh...bapak hany sengeh jer....pastu mak cakap...pagi rabu, semalam...adalah malam paling lena mak tido... adohaiiii sian mak....bayangkan dari khamis lepas, malam semalam baru lena tido....hany ingatkan mak hany xslesa....tapi alhamdulillah...mak cakap sebab beralih tempat, sebab tu yang tak lena tuh....ameen....



pastuh,
pagi tadi (khamis), masa hany nak g keje...hany nampak ayah hany kuor jalan2 kt lorong rumah tuh...alhamdulillah...maknanya ayah dah ok ameen....slalu nya kalau umah kat ganu tuh...ayah langsung xkuor rumah...ye la umah kampong kan, dengan tangga nya...kat sini tak yah nak daki daki tangga...pakai seliper terus kuor....


tapi,
still kesian kat mak ngan ayah...mesti bosan yang amat kan...kalau kt kampong, ayah hany suke dengar radio, kasik FM...hehehe mak pulak...suke bersembang ngn jiran2...yang mana sah2 la dah lame kenal kan...pastu mak pergi kedai...beli apa yg patot....tapi, kat sini...mungkin bagi ayah xde masalah sbb duduk kat umah gak...and still dpt tonton tv...ha lagik bosar dari tv kt kampong...hehehehe brlagak ye ko hany...ayh sendirik cakap puas hati tingok tv umah hany....


tapi, mak ckp dia macam susah la, nak beli ape2 jauh...hehehe so semuanya hany tulis dalam list hany, pastu nanti hany g beli....hehehehe, tapi semalam petang hany nampak nmak sembang2 ngn jiran sebelah n sebelah umah...huhuhu tapi yer la kan, kat sini, petang la baru ade org nak keluor rumah kan...huhuhu...alhamdulillah...


pastu, malam ni,
hany tanya mak, dah bosan ke duk sini...hehehe mak cakap dok eh...mok suke duk sini...alhamdulillah...hihihi suke suke....


ha, nak nonton Asmaradana lak nih...till now...daaaa


** ayah hany dah tido kul9 lebih td, tapi ni lagi 10minit kul11, tetibe ayah bangun...ropenye nak tingok wrestling...huhuhu **

~TQ Dear~

Followers