Ini Wilayah Hijau: Di saat pemergian nya…


29 December 2011

Di saat pemergian nya…

Assalamualaikum,

hurmmm, sikit update pasal arwah ayah hany. dua, tiga hari sebelum pemergian arwah, arwah sering kali memanggil manggil nama mak, ayah arwah (atuk n nenek hany). Lepas tu arwah ada menyebut nama abang dan kakak arwah yang telah tiada. hurmmm itu mungkin tanda tanda nya kan. hany dengan mak memang dah saling berpandangan, dalam hati memang terdetik. tapi taknak cakap seolah mendoakan arwah pergi.

 

Dua tiga hari sebelum pemergian arwah, nurse dan doktor ada jugak cakap, bawak balik la makcik. dah tak boleh buat apa. so Jumaat 16dec, hany dengan mak berbincang untuk bawak balik arwah esoknya iaitu hari sabtu 17dec. dan kebetulan jumaat malam MZ memang dah naik bus nak balik ke Ganu. so ngam ngam la kan.

 

Jumaat malam 16dec,

maghrib hany bacakan surah Yasin tepi katil arwah. masa tu arwah bernafas elok walaupun macam sedikit tersekat. mak kata mungkin sebab lelah, arwah memang ada lelah. Jam 8.30 hany keluar sebab nak fotostat sesuatu untuk urusan keluar dari hospital esoknya. hany balik ke hospital dalam jam 9++, tengok mak hany dah lena sebelah katil. hany biarkan saje, sebab mungkin mak penat kan. hany lap muka ayah, basahkan muka sikit, lepas tu bagi susu untuk makan malam. makan pun thru tiub sebab tak boleh direct nanti susu akan direct pergi paru paru, lagik haru kan.

 

Lepas tu hany tengok Merlin. alaa merlin yang dua jam tuh, jumaat malam. adik sebelah katil arwah pun tengok. kitorang tengok dengan lekanya. tingtongtingtong, kul12. Merlin pun habis. hany tak solat Isya’ lagi nih. adik sebelah dah bersiap nak tido, nurse suruh tutup tv.

 

Elok hany bangun nak pergi solat Isya’, hany tengok arwah bukak mata, bukak mata luas luas, lepas tu macam putih mata tau. masa tuh darah hany berderau. serius berderau lah, hany pandang arwah seketika, then terus ambil surah Yasin yang memang ada atas kepala tidur arwah. tanpa berwudu’ hany terus baca Yasin time tuh jugak. Sambil baca, sambil pandang arwah…nampak dada arwah berombak naik turun,perlahan lahan. Tiba tiba air mata arwah mengalir. hany lap, mengalir lagi. bacaan Yasin memang hany teruskan. dalam hati hany memang dah terdetik mungkin masanya dah tiba,hany doa dalam hati semoga bacaan Yasin ni ALLAH mudahkan arwah “pergi”, itu jer yang ada dalam hati saat tuh. lepas lap air mata, hany letak tapak tangan dekat dada arwah, boleh rasa dengupan makin perlahan. Yasin masih tak habis dan masih hany teruskan jugak baca.

 

Saat tu jugak, hany tak terfikir nak kejutkan mak hany bangun. apa yang hany fikir, habiskan bacaan Yasin sambil berdoa dalam hati semoga arwah “pergi” dengan mudah. itu jer. seiring dengan bacaan Yasin, nafas arwah perlahan lahan di tarik dan dihembus. Elok jer ayat terakhir dalam surah Yasin hany baca, hany tengok dada arwah dah tak berombak naik turun dah. sedang elok Yasin habis, hany tengok arwah pun dah tak bernafas. memang betul betul lah ayat terakhir surah Yasin hany baca, arwah hembuskan nafas terakhir.

 

hany terus bangun dan letak telinga di dada arwah. sah memang takde reaksi langsung. hany pun panggil arwah “POK, POK, POK” (bahasa standard PAK). sambil hany gerakkan bahu arwah. makin lama makin kuat hany panggil. ada sedikit sebak dalam suara hany. Adik kat sebelah pun tak tido lagi, dia pun bangun bila dengar suara hany makin kuat. dah tahu macam tu, hany panggil nurse dan kejutkan mak hany.

 

Nurse datang tengok dan panggil doktor, untuk cek. sambil bawak alat ape benda tah nama. yang macam letrik tuh letak kat dada. hany memang takkan bagi la kalau doktor nak gunakan alat tuh. sebab bagi hany memang arwah dah tak ada. hany memang bersama arwah tadi, dan sememangnya tak perlu untuk gunakan alat tuh. doktor cek, then dia panggil hany bagitahu “Pakcik Hashim dah tak ada ni”, “a’ah doktor saya tahu, tak pelah tak perlu buat apa apa”. Terus nurse simpan semua alat alat dan bersedia untuk prosedur seterusnya.

 

Alhamdulillah, mak hany tak menangis malam tu. hany pun sama. mungkin sebab kitorang dah boleh rasa yang arwah akan pergi malam tu. seriusly, itulah yang hany doakan selama ni, sekiranya arwah nak “pergi” biarlah hany ada di sisi arwah. Alhamdulillah syukur pada ALLAH, kerana izinkan hany ada di sisi arwah saat saat hembusan nafas terakhirnya.

 

doa-untuk-ibu-bapa_1024

Komen
13 Komen

13 comments:

So Shy Lady said...

sebak....

al fatihah

misyamissyou said...

:'( takziah kak

wida said...

lepas ni kita hanya mampu berdoa semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman..amin

mak hany sapa yg jaga pulak yer..

apak cikidong said...

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

littlehumblelynn said...

sedih tgk org saat2 gitu kan..masa mak mertua nazak pun kak lin ada disitu..sedih sgt2..


apapun smg roh mereka ditempatkan bersama org2 yang beriman..

Azi said...

slm takziah hany...
smgo rohnya tenang disana

Kella said...

Ya Allah.. hany... :'(



semoga roh nya dicucuri rahmat..

Alfatihah..

syalinda johari said...

semoga ayah hang ditempatkan disisi orang2 beriman..ameenn

D'aNie said...

sebak..
smoga roh dicucuri rahmat Allah swt

Dokter faRyn said...

alfatihah..

JaJa'Z said...

alhamdulillah, arwah ayah hany pergi dengan tenang nya..semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman..

Ardini Humaira said...

salam takziah, kak.. terlewat dni datang sni. dni terbusy dengan mood jadi suri rumah. huhu...

Diela Zaimi said...

hany...salam takziah dari sy buat hany sekeluarga...maaflah sebab baru je tau...dah lama tak jenguk blog hany...sy doakan hany sekeluarga terus tabah menghadapi hari2 akan dtg...yg hidup pasti akan mati...kita juga...sabar ye hany =(

Al-Fatihah.