Tuesday, August 30, 2016

Katil Bersalin Pelbagai Posisi

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ha semalam ada ternampak orang share di fb katil bersalin di Royal Devon & Exeter Maternity Services, di UK kalau tak silap. Menarik sangat katil dia. Pelbagai posisi ya untuk bersalin. Ye lah selalunya guna flat bed tu kan, dan biasanya posisi baring terlentang je lah yang biasa kan. Kalau di hoapital swasta tak tahu lah boleh ke posisi selain baring melentang tu.

Ha jom tengok katil ni. Ada matron yang model sekali macam mana posisi nya.


Haaa banyak tu kan. Setiap labour room ada katil ni.








Ha kan pelbagai posisi. Ikut keselesaan masing masing. 

Monday, August 29, 2016

Farm in the City, Seri Kembangan

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Orang lain dah lama sampai ke Farm in the city ni,FITC. Kitorang yang boleh dikatakan agak dekat baru je sampai. Yer lah masa fitc di buka, kitorabg masih berdua. Jadinya hmmm haruslah tak berminat kan nak masuk tempat tempat mcm ni. Ni bila dah ada anak, yang dah memang kenal binatang ni baru terasa semangat nak bawa. Itu pun tak teringat langsung fitc. Plan asal nak pergi zoo negara.

Kitorang pergi katefori tengahari jugak, sebabnya menunggu anak dara bangun dulu. Tapi alhamdulillah, cuaca mcm mendung dan kat dalam fitc ni redup juga sebab banyak pokok pokok. Kira berjalan di bawah rimbunan pokok pokok. Okay kalau nak ke FITC ni, rasanya waze pun memang senang cari. Fitc ni belakang giant seri kembangan. Senang cari lah.

Okay untuk info bayaran masuk, untuk dewasa RM32 seorang, kanak kanak bawah 12thn RM27. kalau ketinggian kurang dari 90cm, maka free yer. Adra memang tak sampai lagi 90cm, 80cm pun tak sampai. Haha rasa macam kentot pulak si adra ni. Okay sini ada gambar untuk senarai bayaran masuk tu.


Tapi kalau korang ada anak 2org 3orang ke, rasanya baik ambil pakej yang disediakan. RM116 utk 2 dewasa, 2 kanak kanak. Ada la kupon naik kuda, voucher bila nak makan, voucher beli barang dikedai souvenier. So agak jimat rasanya ambil pakej ni.

Ha ini details untuk pakej RM116 tu. Ha itu lah dia. Jimat kan.

Masa kitorang pergi ni, ada dibuka kaunter kat tepi entrance, boleh bergambar dengan arnab ke tortoise ke, lepas tu post di fb nanti dapat free 2botol air tin. Haha ok lah kan, jimat ape. Bergambar pun free je, post di fb x susah pun kan. Dapat la air free. Tapi si anak dara ni penakut, takmau langsung dekat dengan arnab tu. Kat rumah bukan main rabbit rabbit rabbit...haha saboo je lah.


Boleh tahan besar jugak la tempat ni kan. Banyak jugak pit stop tu. Okay jommm explore... next entry lah, gambar tak pilih pilih lagi ;)