Friday, September 9, 2011

Syawal yang bermakna ;)

Assalamualaikum,

Syawal yang bermakna buat hany (tanpa gambar) ahahaa…nak jugak ingatkan diri sendiri atas kesalahan sendiri yang gatal.

Bermakna kerana, syawal tahun ni, abang sulong hany yang telah lama lost contact datang beraya. fuhhhh sangat la terkejut tapi syukur sangat. sebenarnya hany sendiri tak pernah jumpa dengan abang hany nih. tapi ayah hany memang ada cerita la akan abang hany yang ni. Dah mempunyai 3orang cahaya mata. seriesly sebijik macam ayah hany. tak sangka sangat. bayangkan +- 30 tahun ok tak jumpa. sudahnya dia sekarang stay di Kajang…alahaiii doket jah ha….

Hany gembira sebab tertunai jugakla hasrat ayah hany nak jumpa, yer lah dah sakit sakit ni mana tahu apa apa jadi kan. Abang hany ada cakap dia tergerak hati nak datang jumpa ayah hany selepas balik menunaikan umrah, alhamdulillah….ALLAH bukakan pintu hati nya.ameen.

Lega sangat, sekarang dah ada contact number dia, dah tahu tinggal kat mana, kurang kurang apa apa jadi senang la hany nak inform kan.

Anak saudara hany yang pompuan, Aira nama dia. kitorang cepat mesra, walaupun first time jumpa ni. manja sangat Aira nih. tak sampai setengah jam jumpa, dia datang duduk atas riba hany, sembang sembang dengan hany. Kuasa ALLAH kan, mungkin pertalian darah antara kami buatkan kami semesra itu…

 

Syukur padaMU ya ALLAH…

6 comments:

r.i.t.a said...

ya allah hany, seronok nya dpt berjumpa... terasa sebak pula baca... tp sesama terasa gembira juga...

Anonymous said...

sonok kan dpt jejak kasih dgn drh daging sdiri ..

syalinda johari said...

dekat ja Hany, kajang ja.. nnt leh la ko g selalu..

No Lan said...

syukur alhamdulillah...

p/s : tetiba No pula yang naik syahdu syahdan huhu...sebak le pulaaaak tang aira tuh..

wida said...

alhamdulillah...tumpang gembira hany

munna said...

alhamdulillah...bertaut kembali tali persaudaraan...

~TQ Dear~

Followers