Ini Wilayah Hijau: Kemerdekaan | Hari Malaysia | Tak dapat pergi open house abang ;(


16 September 2011

Kemerdekaan | Hari Malaysia | Tak dapat pergi open house abang ;(

Assalamualaikum,

Okay, entri yang lambat keluar, dah separuh hari dah. SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA. dan sambutan HARI KEMERDEKAAN pun hari kan.

Buat apa hari ni? hehehe duk mengadap TV ha. suami pulak kerja. haishhh susah la kerja dengan company yang tak ikut cuti cuti kat Malaysia nih. memang tak besh. hari cuti macam ni, ada event yang orang buat, tapi tak dapat hadiri sebab suami tak ada. ni kes hany lah, sebab kereta ada 1 jer, suami bawak kan.

Nak pergi dengan motor, jauh sangat la. tak berani pulak sebab dah lama tak bawak motor ni. haishhhh tensen! ada jemputan dari abang hany, tapi tu lah tak dapat pergi. nak pergi lepas MZ balik, tapi abang hany tu nak fly pulak malam ni, so tak sampai malam la dia ada kat rumah. hadeihhhh. tensen+sedih!!!!!

Takkan nak salahkan orang tu kenapa buat sampai kul5 jer, heyyyy dah itu majlis dia, ko apehal kan nak marah marah pulak. Nak salahkan MZ balik lambat dan kerja hari ni, lagi lah tak boleh kan, itu kan sumber rezeki dia. haishhhh salahkan diri sendiri jer lah.

Alaaa, kenapa nak sedih sedih, yerlah sedih la, ni first time ok nak pergi rumah abang hany tuh. macam yang hany cakap baru ni, kitorang baru jer jumpa balik setelah lama lost contact kan. kami tak berapa rapat, memang tak rapat la, dah brapa puluh tahun baru jumpa, dan ini baru nak masuk 2kali hany jumpa dia. so hany rasa macam tak sedap la nak pergi bila bila masa, suka suka hati kan. ni time dia menjemput ni, okaylah kan. ni tak tahulah bila pulak dia balik sini. haishhhh.

yang pasti, sedih dan keciwa tak dapat jumpa dia petang ni.

Komen
4 Komen

4 comments:

Norhafiza said...

sabo ye hany,,,No faham sangat la prasaan hany time ni..nak buat camne kan...kita hanya merancang, keadaan plak tak izinkan..insyALLAH ade mase hany leh jumpa abang hany lepas dia balik mesia..ye la kan, ziarah tak semestinya time raye je kan..sabo ye hany,,,

abu idris said...

arrayah.info - Hari Malaysia/Hari Kemerdekaan/Hari Kebangsaan : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam

mzhany said...

@norhafiza
umm tu lah no, hanya merancang, tapi tak semesti nya berjalan ikut perancangan nkita kan...


@AbuIdris
hurmm jika difikirkan ada betul jugak apa anda kata, tapi harapan kita minta dijauhkan la dari semua tuh...

wida said...

sabor yer hany..