Showing posts with label Keropok Lekor Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Keropok Lekor Terengganu. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Terengganu: Pasar Payang



Sangat excited untuk balik kampung, jadi tetiba teringin nak buat entri pasal negeri Terengganu ;). ok kali nih hany nak bercerita pasal Pasar Payang @ nama penuhnya adalah PASAR BESAR KEDAI PAYANG.


Pasar Payang

Di Pasar Payang nih,
korang boleh dapati semua jenis barang keperluan. barang keperluan yer, jangan korang pergi, pastuh nak beli BEZZA sebijik, memang la xder.


Pasar Payang ni terkenal dengan kain songket, batik, sutera. memang sangat banyak, tinggal korang sediakan duit dan sendiri pilihla kan. untuk hany, kalau batik, songket hany pergi je kedai makcik hany di PP33, ingat tuh nombor kedai. dah pergi nanti cubalah cakap makcik ni mak saudara rohani hashim kan, ha sy ni kawan dia. kurang2 ada la diskaun untuk korang sikit. eh ni makcik hany pesan tau;)


4d5d126edd39481c44df69b51711864c

Pasar payang (1)

kedai kain1

Sutera memang banyak kat sini. owh ya, sekarang ni area Pasar Payang nih dah ada dibina lot kedai baru, korang for sure boleh beza dgn kedai lama, dari segi nama dan binaan. dengar cerita area kedai baru tuh, harga agak up….tak sure la kan, sebab hany tak gemar kesana. suke lagik Pasar Payang yang lama nih.


Seterusnya,
korang jugak boleh dapati telur penyu si Pasar Payang nih. boleh makan terus kalau nak, sebab dah ada yang direbus disitu. atau korang boleh bawak balik dan rebus sendiri.

805323223_b5db6f8401


IMG_4607
Seingat hany, harganya adalah RM10 untuk 4biji. yang belom dimasak. maka sebiji telur penyu adalah RM2.50.



Seterusnya,
adalah keropok. ahaaa keropok lekor, keropok keping, keropok sira semesti nya boleh didapati di Pasar Payang. untuk keropok, lokasi nya adalah di bahagian aras bawah, ala Pasar Payang tuh setingkat jer, satu atas, satu bawah. sonang nak carik. kalau korang dari pintu utama, korang terus je masuk dan jalan terus, jangan naik tangga.

IMG_2641limpahan keropok


pasar payang4 

Sebenarnya,
banyak nak cerita, tapi gambar tak de lah. ahahaa alasan tuh, nanti la hany balek kampung, hany amek gambar sendirik la. baru sedap nak menggoreng kan. semua gambar adalah dari google, tapi ada sesetengah gambar dah ada watermark, so itu semua pun jumpa dari google.



**jom g GANU jom ;)**

Monday, December 13, 2010

Keropok Lekor BTB lagik

hehehe,
entri pasal kopok lekor lagik…almaklom ler ornag GANU kan…makan feberet tuh…


Last week makcik hany ada datang, maka macam biasalah buah tangan adalah kopok lekor. itu sesuatu yang pasti dan kitorang yang kt luor ganu nih, itu dah mencukupi…tak perlu lah bawak buah tangan lain, dapat kepok lekor, dah cukup nikmat ;)


rupenye kepok lekor BTB nih dah keluarkan produk baru….hehehe masih lagi kepok lekor…dari segi pembungkusan pun dah upgrade sket…pastu ada keluarkan produk kepok baru…



NEW PACKAGING

101220104142


101220104145

ha, nampak tak. sekarang ada diperkenalkan bungkusan yang membolehkan kepok ini tidak akan berlendir walaupun dibiarkan lama. Mungkin korang kena baca entri nih dulu, pasal kepok lekor berlendir.


kalau korang perasan la kan, biasa kepok lekor, akan berlendir sekiranya lama dalam plastik. ini kerana dalam keadaan panas panas, terus kepok itu dibungkus dan korang yang beli terus memulakan perjalanan balek ke kl kan. maka inilah yang terhasilnya lendir nih.


tapi, bungkusan baru nih, dorang sejukkan kepok itu dulu, dengan cara menganginkan depan kipas (hany pernah tgk), then mereka akan masukkan kepok kedlm plastik seperti diatas dan dengan menggunakan mesin, angin/udara dalam plastik dikeluarkan, maka no udara, no lendir laaa….hehehe hany pernah tengok dorang buat proses bungkus dan keluarkan angin dari kepok itu…eh dari plastik kepok itu.


KEPOK KECIK DAN KURUS

ahahaha, tak tahu nak cakap macam mana…tapi kepok ni saiz dia lain dari yang biasa la.tapi kalau korang selalu makan kepok losong maka korang tahu ler. tapi BTB baru keluarkan kepok ni….sebelum nih tak ada…yang ada kepok beso tuh jer…

101220104143


ha,
kan kurus kurus kepok ni compare dengan yang atas tuh. dan kepok nih jugak, korang boleh goreng terus. sebenarnya kepok ni tidak direbus seperti yang saiz beso tuh, tapi di goreng terus. tapi bukan goreng garing macam kita nak makan tu, sekadar masukkan dlm minyak panas, then kita beli nih, boleh makan terus or nak bawak balek mana2, then bila nak makan goreng jer terus.


ahaha, korang paham ker?


ok, macam ni keropok lekor biasanya selepas di jadikan bentuk panjang2 tuh, ini yang mentah lagik nih. proses seterusnya adalah di REBUS. dan selepas itu…kalau korang boleh makan yang direbus, terus je boleh makan, atau boleh digoreng.


tapi, kepok yang saiz kecik nih, dalam keadaan mentah tuh, terus di GORENG, proses merebus telah di skip yer. dan seperti biasa, korang terus boleh makan….


yang beso, proses dia:

12-11-2010 10-09-16 AM

yang kecik, proses nya:

12-11-2010 10-11-37 AM

ha, nampak kan beza dia…
ahahaha sikit punyer susah nak terangkan, memang hany tak pandai explain ler, sebab tu tak jadi cekgu ;)


so, our dinner on friday nite adalah kepok lekor ;)

101220104146

101220104148
ni yang kecik tadi tuh, yang kurus kurus tuh…


101220104149 together kecik beso kurus ;)



**kalau hany nak balek GANU hany bukak order yer…ahahaha tapi hany amek order yang boleh amek sendiri ngan hany, pos tak dapek la yer sowiiii….**

Tuesday, October 5, 2010

Keropok Lekor B.T.B

Kalau sebut Keropok Lekor, mana lagi yang sedapp kan, kalau tak kat TERENGGANU. ok bukan perasan yer, tapi inilah hakikatnya ok, kalau korang tak setuju, ummm cuba korang cakap kat mana lagik sedap…ahahha…tak boleh, korang kena setuju jugak, GANU nye sedappp….


ada satu tempat,
nama kedai nya adalah Keropok Lekor B.T.B 2209. ok, B.T.B itu stand for BUKIT TOK BENG, ini nama tempat yer, tempat di mana kedai itu berada, 2209 itu…ntah hany pon tak tahu…mungkin merujuk pada lot kedai, alamat or mungkin tarikh lahir tuan punya kedai 22hb september kan kan….


selalu nya, memang akan full la orang kat sini. memang kena Q sokmo kalau datang beli kopok kat sini. hany jarang la beli sebab malas nak Q. nak nak time cuti skolah, lagik la ramai orang…lagik la hany malas ok.


021020103606
nak nampak jelas, sila r kelik gambar yer….

ha inilah keadaan kedai tuh, tepi sebelah kiri, memang ada kawasan lapang, khas untuk korang park kete…sebab depan sikit je dari motor biru tuh, dah jalan beso…2lane sahaja, mana ade tompat nak park kan….gud dia ada sediakan parking….


korang nampak tak ada bulatan hijau kat dlm gambar nih. tengok betol betol. ha itu menunjukkan sama ada keropok ada lagik tak. kalau ada papan tanda ADA dipamerkan, kalau tak de dah, dia akan pamerkan HABIS. so pepandai la nak faham sendirik yer…


nampak ada anak panah merah dengan huruf A? A bahagian kopok yang dah siap goreng. manakala bahagian B pulak, kopok yang rebus.
sekarang kopok BTB nih ada sediakan perkhidmatan baru iaitu kopok kopok itu di vakumkan. bukan vakum kat romah korang tuh, bujal sila baca nih yer….macam ni, selepas kopok di rebus, kopok akan di sidai depan kipas untuk proses keringkan air dari bekas rebusan tadi. selepas dah kering, kopok akan dimasukkan dalam plastik dan dimasukkan dalam 1mesin yang mana akan menyedut angin dair plastik tersebut. hany rasa dgn cara nih, kopok akan tahan lebih lama.


tapiiiii,
untuk dapatkan kopok yang dah di vakumkan ni, korang tak leh walk in, kena kol and order dulu baru bleh dapat. order berapa hari sebelom itu, hany ngak tahu…dan number phone, hany luper nak hamek…nanti dah dapat hany hapdet ok.


021020103605ni plak bahagian merebus kopok.



cuba korang tengok api nya…cuba…cuba…dan periuk nya boleh tahan beso. ni kalau masak hany pon telus nih…dan kalau tak silap hany ada 6periuk yang beroperasi apda satu satu masa….korang bayangkan berapa banyak dorang produce kopok nih ha….bayangkan sekarang….


dan,
pekerja yang jaga bahagian rebus nih, memang tak yah g sauna la weihhhhh…tetiap hari mengadap weihhh….fuhhhh gilosss laaa. then dorang kat sini, bungkus pencecah tuh manual yer, guna man power untuk isi ke setiap bungkus kecik kecik….banyak tuh weihhhh….


Alhamdulillah,
membuka mata pencarian pada penduduk sekitar kan…ameen….semoga terus maju jaya….


**erk lokasi kopok ni adalah menuju ke airport GANU, korang tanya jer sape sape yang korang jumpa tgh jalan, kepok BTB kat aner gok? kompom semua orang tahu**

Sunday, June 20, 2010

Camne nak buat bila kepok lekor ber....






LENDIR!!!!

kalau dah nama orang GANU kan, konpem takleh dipisahkan dari kepok lekor. ehhh ini hanylah kan, taktau ler orang GANU lain k...setiap kali cuti yang mana balek ke GANU, harussss beli kepok lekor nih...kalau tak, mesti macam tak lengkap jer...ye r kepok kat kl kepok batu...keras ketung...


ok,
kali nih nak ajar korang sket pasal kepok lekor k. let say la, korang mintak tolong kengkawan beli kan kepok lekor nih, then bila korang terima kepok yang dalam bungkusan tuh, then korang bukak korang nampak kepok lekor tuh macam semacam:

1) Macam busuk
2) berlendir


and haruss la korang tak lalu kan. TAPIIIIII, ingat kepok tuh sebenarnya OKEY, BOLEH DI MAKAN, kepok tuh jadik cenggituh sebabnya:
~ panas panas terus dibungkus, so wap air tuh takleh nak keluar, maka dia akan melekat balek kat kepok tuh.

dan, caranya,


1) kalu korang dasar pemalas, boleh jer terus potong potong kepok tuh, and goreng dalam minyak mendidih. tapi masa nak potong tuh, korang tahan la yer lendir bagai tuh ;)


2) cara betol:
~ korang panaskan air dan garam
~ bila dah mendidih, masukkan kepok
~ lepas seketika...haha ayattt, agak agak kepok tuh macam kembang...korang angkat laaa
~ pastu toskan dan biar sejuk sket
~ potong potong potong, dan boleh la mulakan aktiviti menggoreng kepok k


ok, itu jer caranya...hahha cara yang hany selalu buat ler...;)


ni yang dah direbus, tgh tos nak bagi sejuk sebelom goreng
ni bukan saiz asal, hany dah potong dua...


potong kecik kecik sebelom goreng...


hurmmm...panas ke minyak tuh???


ni pencecah nye, org GANU panggil LADA
tp org luar panggil SOS kan...


siap di goreng...
JOM MAKANNN...

sangat besh makan petang petang...wuuuu syokkk sangat...tapi lagik besh makan tepi pantai kat GANU ahahah angau ape ko hany...

~TQ Dear~

Followers