Ini Wilayah Hijau: Terengganu: Pasar Payang


31 January 2011

Terengganu: Pasar Payang



Sangat excited untuk balik kampung, jadi tetiba teringin nak buat entri pasal negeri Terengganu ;). ok kali nih hany nak bercerita pasal Pasar Payang @ nama penuhnya adalah PASAR BESAR KEDAI PAYANG.


Pasar Payang

Di Pasar Payang nih,
korang boleh dapati semua jenis barang keperluan. barang keperluan yer, jangan korang pergi, pastuh nak beli BEZZA sebijik, memang la xder.


Pasar Payang ni terkenal dengan kain songket, batik, sutera. memang sangat banyak, tinggal korang sediakan duit dan sendiri pilihla kan. untuk hany, kalau batik, songket hany pergi je kedai makcik hany di PP33, ingat tuh nombor kedai. dah pergi nanti cubalah cakap makcik ni mak saudara rohani hashim kan, ha sy ni kawan dia. kurang2 ada la diskaun untuk korang sikit. eh ni makcik hany pesan tau;)


4d5d126edd39481c44df69b51711864c

Pasar payang (1)

kedai kain1

Sutera memang banyak kat sini. owh ya, sekarang ni area Pasar Payang nih dah ada dibina lot kedai baru, korang for sure boleh beza dgn kedai lama, dari segi nama dan binaan. dengar cerita area kedai baru tuh, harga agak up….tak sure la kan, sebab hany tak gemar kesana. suke lagik Pasar Payang yang lama nih.


Seterusnya,
korang jugak boleh dapati telur penyu si Pasar Payang nih. boleh makan terus kalau nak, sebab dah ada yang direbus disitu. atau korang boleh bawak balik dan rebus sendiri.

805323223_b5db6f8401


IMG_4607
Seingat hany, harganya adalah RM10 untuk 4biji. yang belom dimasak. maka sebiji telur penyu adalah RM2.50.



Seterusnya,
adalah keropok. ahaaa keropok lekor, keropok keping, keropok sira semesti nya boleh didapati di Pasar Payang. untuk keropok, lokasi nya adalah di bahagian aras bawah, ala Pasar Payang tuh setingkat jer, satu atas, satu bawah. sonang nak carik. kalau korang dari pintu utama, korang terus je masuk dan jalan terus, jangan naik tangga.

IMG_2641limpahan keropok


pasar payang4 

Sebenarnya,
banyak nak cerita, tapi gambar tak de lah. ahahaa alasan tuh, nanti la hany balek kampung, hany amek gambar sendirik la. baru sedap nak menggoreng kan. semua gambar adalah dari google, tapi ada sesetengah gambar dah ada watermark, so itu semua pun jumpa dari google.



**jom g GANU jom ;)**
Komen
8 Komen

8 comments:

qasehraihan said...

nk dodol dlm daun palas tu!!!!

wida said...

sis betul ker boleh dpt diskaun ni?sbb cousin sy ada kirim kain sutera ni..kalau dia bg duit nnti, leh beli kat kedai mkcik sis

mzhany said...

@qaseh
hehehe sedap eh dodol dlm daun tuh, sy tak pernah lak cuba. selalu mkn yg kelate punyer je


@wida
makcik akak tak jual sutera, tp wida, awk akan berada di ganu bile yer. hany boleh tolong bawakkan ke kedai yg hany biasa, hany kat ganu 3feb-5feb jer. wida email la hany ker zukihany@gmail.com

SURIA AMANDA said...

mcm best jer kan..diorang ckp batik ganu mahal..betul ke?

apak cikidong said...

kirim baju melayu cotton selai

Hanis MY said...

rindu nyaa kat pasar ni huhu...

Norhafiza said...

balik ry thn lepas tak sempat pom nk p kedai payang huhuhuhu..dlu2 No beli rempah nasi dagang kat bawah tangga tuh..wokey..ade rezeki No akan cari kedai PP33 tu ye hany tp tahun depan la kot..

mzhany said...

@lisa
umm kalau yang Nor Arfa batik memang mahal sikit, tp kalau yg terengganu biasa, murah jer, bawah rm20 boleh dpt


@apak
waaa nak beraya dah ke apak


@hana
hihi mesti la hana rindu kan, dah lama kan...xpe xpe, nanti ada rezeki dtg la yer ;)


@no
a'ah no hany pun suke beli rempah kt situ