Thursday, January 6, 2011

Awas, Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV








**from mail, thank u minahkacau ;)**

sharing is caring….


Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan  boleh menyebarkan penyakit bahaya.


Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, "Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV."


Tambah Dr Amin, "Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air."


Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis. Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan "memakan" sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.


Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika.


**korang pernah buat ke rawatan kaki, rendam dalam air yang ada ikan tuh…hany teringin nak cuba, tapi ni macam ragu ragu lak**

3 comments:

munna said...

munna pernah cuba yg rendam dlm air ... lepas ni tak mboh dah takut weiii

kella said...

hadoi! hany! orang baru pas cuba minggu lepas! hoooooooo

Wanzi said...

risau betul bila baca..... saya baru je lepas buat... belum buat tak jumpa entry ni....

~TQ Dear~

Followers