Ini Wilayah Hijau: RON97 sebenarnya lebih murah dari RON95?


12 January 2011

RON97 sebenarnya lebih murah dari RON95?




saja nk share….

Petikan dari oleh Fakhri Ahmad – kedahlanie (Fri Dec 10, 2010 11:25 pm)

"Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini.


RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
RON95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km


Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.


RM1 RON97 = 9.85 km
RM1 RON95 = 7.33 km


Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km. Maka lebih baik anda membeli RON97.


Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?


Komen
9 Komen

9 comments:

Mawar Merah said...

Hm.. I think so too. Btol3. Dlu pakai Ron97 minyak lmbt abis. Then, lebih kilometer. skrg pakai Ron95, cpt je habis. Da kna top up plak.

ULtradya said...

nak kena wat kajian kat keta sendiri la pasnih....


*ada beza x antara minyak di setiap stesen minyak?
eg: shell,petronas,esso,caltex?

Jieda said...

betul cakap mawar merah tu.kawan2 kat opis ni kalau jalan jauh dorang akan gunakan minyak 97.

mzhany said...

@mawarku;)
ahah suke suke tukar jadi mawarku, betol gak, ha sebelum ni hany pun gune 97 tapi sejak dah naek 2.40 ni, rasa sedikit beban ar, try la gune 95 caltex skrg ni...


@ultradya
ha'ah kena buat kajian tuh. dgr cite sheel caltex BP power sket minyak nyer


@jieda
o ye eh...betol gak kot, ptt la MZ suke gak 97

Oasis said...

hany thanks atas information tu. Nasib baek lah oasis guna RON 97. Dulu guna 95 tiba2 kereta jadi cam tak best. Tu yg tukar 97 blk tu.

Fiza Amran said...

hany kagum ngan awak.. calculation lengkap baru la skrang saya nampak kelogikan nya.. thanks

fiq said...

b4 ni fiq mmg pakai ron97 sbb minyak dia lmbt abes. hal ini kerana (cewah macam wat karangan dulu2) ron97 lambat terbakar.

tp sejak harga nyer dah mahal, terpaksa la fiq berbalik kpd ron95 ='(

Liza said...

ye ke, nak kena buat experiment sendiri tgk mana yg lebih berbaloi

mzhany said...

@wadi,
sama sama, sharing is caring. betol wadi, MZ slalu ckp kalau gune 95, tak pickup...ntahla hany ni bute sket...asal jalan jer...ahaha
LADIESSS...;)


@fiza,
eh fiza, pembetulan, bukan hany buat calculation ni, hany dah letak kredit to sapa kat atas tuh.hehehe


@fiq
a'ah betol ckp fiq...duk naek mencanak je 97, maka....terpaksa la kan. tp ada org ckp kalau nak 95, try caltex or BP, 95 2 ni elok...


@liza,
a'ah liza try buat sendiri kan...tgk camne. tp mmbe hany cakap, dia kalau jalan jauh, balek kelate mmg gune 97, lagi jimat