Monday, January 3, 2011

Semua memuji, agak2 ada tak bagi komen negatif???





Perasan tak…
dah beberapa hari…hangat pasal MALAYSIA juara Piala Suzuki…. harusslaaa perasan kan kan kan….


Semua entri yang up, semua berita memang memaparkan khabar yang indah, yang memuji yang bangga…yang gembira…harusla gembira, sebab dapat cuti yer dok???


Superior hany,

“tak payah la nak bangga lebih lebih…ni baru Asia…kite kejar juara Dunia. tengok la biasanya Malaysia tak konsisten kalau bolasepak nih…lainla squashhh”


Perghhhh,
TAK BANGGA??? huissshhhh mu ni GILE ke aper kan!!!!


meh nak bagitahu sikit kenapa perlu BANGGA…dan bukan nya BANGANG yer!!! meh sini baca meh meh meh :


1) Pernah ke MALAYSIA menang Piala SUZUKI nih?

~ tak pernah kan, ni first time kan kan kan kan….so kena la BANGGA. Bangga bukan bermakna BERLAGAK. cuba carik dalam kamus yer. hany takleh bagi maksud, almaklom ler BM masa SPM bukan dapat A1 pun…sila carik sendirik.


~ ingat senang ke nak dapat kejuaraan seperti nih? senang ker? tak kan…Rajagopal tuh cam ne dia train anak buah dia nak sampai ke tahap macam ni….


~ ha ni satu hal lagik, semua yang main pemain muda. percaturan berani rajagopal. ok fine hany tak la terer benar bab bab bola nih…tapi bolasepak MALAYSIA hany follow…so berani la hany nak bercakap pun. kalau international tuh, mane pernah hany ulas kan…sebab tak follow..so diam diam sudey…harus r BANGGA der…semua bawah 25…paling tua Amri Yahya kan…iss geram…


~ Bolasepak MALAYSIA TAK KONSISTEN, tak macam squash…squash memang konsisten…tapi kita akan tahu squash yang akan menang sape…Nicol kan….dia sorang je kan…tapi Bolasepak ni, 1team ok, 1team…bayangkan kerja yang dilakukan oleh 1team itu. kerja nak train 1team itu….bukan senang weih…


~ Bolasepak ni, peminat nya pelbagai lapisan yang minat…tapi squash? cuba buat survey…cuba cuba cuba…sebab tu bila menang…dia punyer BAHANG tuh berlanjutan lamanya…


~ buat apa NAK BANGGA lebih lebih….ok fine tapi Kalah….ape korang akan cakap…alah bolasepak Malaysia, tak kemana nyer….tapi bila menang cakap TAK YAH BANGGA. korang paham tak…hany rasa macam berbelit lak weihhh….tapi nak sampaikan macam ni jer, bila MENANG tuh adat laaa weihhh kena BANGGA semangat weih…


~ cuba tengok peminat INDONESIA yang berada di stadium, dorang nye peminat masa kalah tuh termenung, ada yang bergenang airmata…boleh bayangkan tak betapa kuciwa, betapa mereka nak sangat akan kemenangan berpihak pada mereka. tapi yang MALAYSIA bila menang, di suruh jangan terlalu BANGGA.issshhh tak faham ler…


~ kadangkala, KEBANGGAAN kita, KEPUJIAN yang kita beri….membangkitkan SEMANGAT orang lain. so apa salahnya memuji dan memeberi semangat pada orang lain kan…


~ dengar tak Safee berucap masa sampai ke MALAYSIA, Syukur Alhamdulillah…dia kata…itu membuktikan dia bukan berlagak ok. walaupun dia dapat penjaring terbanyak…


ishhh,
banyak ni kalau nak balas balek..tapi diamkan diri jer…malas nak gaduh2 mulut ni…fikir sendiri ar. tapi mesti dalam hati dia mengakui MALAYSIA nih power sebab berjaya bawa balik Piala Suzuki nih.


macam macam kan…
akui lah…kite kena berBANGGA dengan MALAYSIA nih, jangan duk berBANGGA dengan negara luar tuh, sikit2 sinetron INDON, sikit2 budaya barat yang ditiru, dibawak masuk…ape hal…lama lama masalah sosial makin banyak…dari mana dapat semua tuh…

FIKIR FIKIR kan lah….


**banyak je benda nak dicoretkan, tapi apakan daya…nanti ada yang terasa…so **

10 comments:

ardinihumaira said...

hehe..
dni no komen :P

noor said...

bangga menjadi anak malaysia

PCL said...

setiap kejayaan perlu dibanggakan sebagai penyuntik semagat kepada mereka yang berusaha kearahnya..walau ada kritikan pon perlulah menjurus kepada yang boleh meningkatkan lagi prestasi akan datang.

SUHAIDA said...

bangga jd org malaysia

Hanis MY said...

Betul tu Hany, hana stuju...yerlah harap2 dapat suntik lagi semangat mereka kan... moga2 mesia terus up2 and away!

matahati-aishahazhar said...

bangga sangat... tak terkatalah..

munna said...

kak munna rasa bangga sgt

Fiza Amran said...

bangga ooo... itu orang x de semangat patriotik lansung .. ker nk berlagak konon nya high class dgn squashhh nya tue..

Unknown said...

org yg kata tak bangga tu cuba tya dia, dia g ngundi ke tak. hahahha. tiba2 kuar topik pilihanraya. biasanya org mcm ni tak sokong pembangunan negara. tak kira lah penyokong pembangkang or penyokong kerajaan. asalkan mmg ko ada pilihan. maka ko akan sokong mana2 pihak contohnya team malaysia. maaf komen tersasar

RedBerry said...

Hany mmg suka bola ke? Byk post Hany pasal bola. Good! RB mmg parah kalau cakap pasal bola. Tak tahu.

~TQ Dear~

Followers