Assalamualaikum,
Rindu, teringin nok makang beke nih.
rasa BEKE ni macam lebih kurang dengan DANGAI la pulok. ;)
Assalamualaikum,
Rindu, teringin nok makang beke nih.
rasa BEKE ni macam lebih kurang dengan DANGAI la pulok. ;)
Assalamualaikum,
Hany ni kureng sikit marshmellow nih. Ni pun hany try masa kenduri adik membe hany. hurmmm ok laaa. huhu sebab dia nyet nyet kot, rasa nya takkan jadi feberet hany la…;)
Strawberi+coklat pun hany kureng jugak, tapiiiii kalau pisang+coklat hany suke…nyummm sedapnya…hehehe
Assalamualaikum,
Korang plan nak makan ape tengahari nanti? hehe tajuk jer nasi dagang for lunch. huhu padahal mana ada pun nasi dagang sekarang ni ha;). kitorang kalau balik ganu kan, mesti makan nasi dagang atas pasar payang tuh.
Selalunya kitorang akan pergi kedai makan NO1 atas pasar payang tuh, dan akan beli nasi dagang dalam kelongsong daun pisang yang memang ada atas meja makan tuh. harga RM1.50 untuk 1kelongsong tuh. dan selalunya MZ akan ambil 3kelongsong untuk dia sorang huhuhu…
Korang pergi cakap je kat budak yang kerja kat situ, cakap nak nasi dagang 3bungkus, nanti dia akan bungkuskan kuah dah bagi la kat korang…
sebesar ni je ha kelongsong nye
simple je, nasi kuah lauk, tapiiii kuah dia marbeles…
So, kalau korang berkesempatan untuk breakfast di pasar payang, cubalah nasi dagang nih. nyumnyum…
Assalamualaikum,
sotong celup tepung @mengabang teliput
**ada yang tengok jalan jalan cari makan tadi tak?ade Qi pergi ke tempat ni tadi**
Assalamualaikum,
Ha ni masih lagi pasal makanan. ehhh haruslah. makanan kan penting. eh hany makan, makan hany. ahaha…ha untuk pengetahuan, PUTU KUA ni sejenis kuih yang selalunya di temui pada musim perayaan especially, Aidilfitri. Kalau kat kampung hany, ramai la yang buat putu kua nih. tapi putu kua ni memerlukan hari yang panas, sebab kena jemur di bawah terik mentari. so jangan la nak cari putu kua time musim tengkujuh ni yer…
Tinggal sikit jer lagi ha…
saiznya sekali ngap je masuk mulut.
**eh eh, rumah korang ada lagi ke kuih kuih sekut raya ;)**
Assalamualaikum,
Paung Goreng ni adalah kuih yer. ahaha kelakor lak intro macam ni. ha ni lah antara makanan kegemaran MZ. katanya kat Kelate tak ada, ntah lah hany pun tak tahu. yang pasti ni memang makanan Ganu lah. selalunya pagi pagi adalah paung goreng nih. Balik baru nih, hari khamis kitorang cari tak ada, sudahnya hari sabtu masa on da way nak balik kelantan baru lah ada. Kedai makcik tu jual 4biji RM1. ummm kalau kat kampung hany 20sen je sebijik kalau tak silap.
Kitorang sental 4biji sorang ;)
Series, tak puas makan weh…ahaha ingatkan beli RM2 tu dah banyak, tapi dah makan makan, haishhh tak puas pulak dah. ahaha tapi takper lah, berpada pada lah kan. ;)
Assalamualaikum,
Cerita pasal makan lagi. hehehe biasalah hany kalau makan cepat jer kan. ahad lepas pergi shah alam, alaa ada show motorsikal tu, apa kenama dia, bikepalooza kot kalau tak salah. pergi jer lah ushar jer kan. seronok weh tengok motor besar nih. tengok jer lah, nak beli, ikutkan hati mz memang teringin nak beli motor besar, tapi sedor diri lah yer ;)
Lepas tu, kelaparan yang amat lah hai. mula mula pergi KFC, sekali ayam habis pulak, kena tunggu 20minit. sudahnya MZ ajak pergi makan tempat lain, mz ajak pergi makan nasi ayam yang dikategorikan sedap. dan glemer kot di shah alam tuh.
the ayam, jadilah nasik ayam;)
Punya lah penuh meja, ramai orang kar sini. nasib baik, kitorang sampai je terus dapat meja kosong kan. dah la memang tengah kelaparan yang amat kan. order, then lepas tu terus dapat nasik ayam. fullamak servis yang cepat pantas. hehehe tengah lapor kan kan kan!
so far, bagi hany sedap nasik ayam pak mal ni. dia punya sos untuk ayam tuh, lain daripada yang lain dan pedas. eh walaupun pedas, masih terasa sedikit kemanisan nya tuh. so ngam ngam soi lah.
Alamat? erkkk ntah tak tahu ;)
Assalamualaikum,
owhhh, ha semalam hany ada try sesuatu di KFC. mulanya terpampang di menu, yogurt blueberry ape tah. then bila order, boleh habis pulak kan. tapia da pilihan lain banana strawberry. so ambil je lah kan. kata nak cuba.
yang dalam straw tu adalah pisang
Rasa nya not bad lah. siap terasa lagi banana and strawberry tuh, ketul ketulnya besar jugak lah. so far hany suke. sedap la pada tekak ku ini. next time nak try yang blueberry pulak. blueberry tu nampak lagi menarik dan mengancam ;)
Assalamualaikum,
Selamat pagi ahad semua. apa cerita hari ni? owhhh sahabat di Pantai Timur, selamat bekerja yer. yang lain mungkin masih berdengkur. almaklom ler hari minggu kan. bila lagi nak tidur extra sikit kan…
Hari ni, hany macam biasa rutin nya, lepas subuh…mandi then ke gerai akak kelantan, cari NASI KERABU. tapi bukan hany lah, MZ la yang makan nasi kerabu tuh. so every week, Ahad, kitorang akan beli nasi kerabu nih. MZ kata setiap minggu kena gak sehari makan nasi kerabu. ahaha dah nama nya orang kelantan kannnn.
Kalau MZ yang dia order setiap ahad, Nasi Kerabu(lengkap semua bahan2 tuh) + ikan goreng tepung. ha itu je lah menu dia. akak kelantan tu pun dah tahu dah apa dia nak. lepas tu, balik rumah. amik keropok dari balang keropok tuh. sebabnya keropok yg sekali dgn nasi ni 2keping je, mana cukup kan, kalau mintak extra akak tu caj. so kat rumah memang kena selalu ada stock la keropok nih.
Kalau hany lak, hany nak kena ada kuah jugak sebab tak boleh telan la nasi kerabu kering macam tu (gambar 1). Ada 1jenis nasi kerabu lagi, NASI KERABU TUMIS, yang tumis ni adalah yang berkuah. ha baru seronok makan. tapi dekat akak kelantan ni takde lak tumisnya, so hany memang tak beli la nasi kerabu tuh. tengok je MZ makan.
**Alhamdulillah, dah kenyang…maka boleh teruskan kerja lain pulak yer**
Assalamualaikum,
Well, sekarang STRESS dah kurang tau. Camne caranya? ahaaaa ** sambil gerakkan kening**, ahaha…
1) Penghilang tapi Penambah
“banana boat” kata mumyQistina
ni ntah apa nama, mini mouse telinga kuning ;)
Yes, aiskrim kekadang penghilang stress, bagi hany la, tapiiiii penambah segalanya kot, ahaha penambah berat ;)
2) Penghilang tapi pengeluar air mata
Pergi tonton hari sabtu, sampai lambat setengah jam, demmm terlepas awal cerita, tapi tetap enjoy ok. gelak gelak. eh dah ada bean, harus bergelak ketawa ok. tipu la cerita dia serius memanjang kannn. sesuai untuk kanak kanak jugak, lawak boleh difahami. yang pasti gelakkkkk je tengok Johnny English ni;)
3) Penghilang tapi eh takde tapi kot, suker!!!
Ok dah jumpa pilihan hati, eh dah beli;)
Akhirnya, setelah berapa lama mencari mencari, maka jumpa jugak yang berkenan di hati. yang pasti bukan brand yang dalam entri hany sebelum ni. huhu ok puas hati…zura, u perasan tak brooch bunga kat henbeg i tuh…
**dahhh, jangan nak STRESSSSS lagik**
Assalamualaikum,
Makan makan lagi ;), kali di d’Dapur, kedai ni betul betul sebelah, D’Tonga Futsal. sila lah search pasti jumpa.
Inilah tempat futsal tuh
Beberapa gerai menjual berlainan masakan
Nasi Lemak Ayam, yang kelihatan hanyalah ayam ;)
Laksa Utara+Nasi Lemak Ayam+Cucur UDang+Limau suam+Kopi O+air suam=RM12.70. okay tak harga dia? so far makanan ni semua OK. Owner nya pun ramah. Owner dia duduk satu taman dengan hany, lorong sebelah. tettttt tak kenal plak, ahahaha.
Assalamualaikum,
Minggu lepas, teringan nak makan chicken chop, tetiba la pulak kan. ahahaha ke sebab malas nak masak? ahaha…tidak lah, tapi memang tekak rasa nak makan western je kan. dah la rabu tu MZ puasa. Dia bebruka kat ofis, minum air jer dulu, then sampai rumah, baru nak hegeh hegeh pergi kedai…ahaha sian owh, berbuka kul10malam. makan western lak tuh…seb baek la ok kan.
Ni area roundabout ke UPM tuh…
Chicken chop aper tah, tak ingat nama penuh…dalam ayam tua da cheese…sodap!
Salad Dressing…ni hany tambah, ahaha dasar tong besar, tak cukup ngan chicken chop tuh ;)
Hurmmm, ramai owh orang kat sini, ni hany pergi bukan malam minggu pun ramai orang.mung kin tempat nya senang parking, besar, dan makanan nya okaylah, sedap jugak. Servis pun cepat. tapiii 1jer, dorang nye staff/pelayan macam kureng mesra sikit.
ha kat sini, koran gboleh makan bersila…ada meja jepun tuh
Ruangan makan, kat sebelah kanan ada lagi ruang nya…
sampai ke hujung sana ha penuh parking.
Alhamdulillah, kenyang perut ;)
Assalamualaikum…
Wordless Wednesday semalam, Laksam. hari ni nak buat entri penuh, tapi bukan entri resepi yer. ahahaha…tayangan makanan semata mata. Last day puasa, hany sempat berbuka di rumah hany di Terengganu. Mak hany buat Laksam. kuah putih. owhhh ye, laksam Terengganu ada kuah putih dan kuah merah, merah tu gulai/kari tuh. Kuah Putih tu, santan campur isi ikan rebus.
Tebal tebal, buat sendiri kan, boleh tahan banyak jugak mak hany buat
**Sedapnyer laksam…eh eh eh…tak puas lagi ker;)**